Anda di halaman 1dari 37

1.

0 PENDAHULUAN


Perjanjian Hudaibiyyah serta peristiwa-peristiwa yang berlaku selepasnya merupakan
rentetan peristiwa politik dan ketenteraan.Keadaan yang berlaku sebelum dan sehingga ke
saat termeterinya perjanjian Hudaibiyyah yang bersejarah ini,bukanlah hanya
pertempuran seperti mana yang difahami dalam istilah tentera.Pertempuran sengit tidak
pernah berlaku antara orang-orang Islam dan Quraisy di saat menjelang perjanjian
damai.Bukan seperti mana berlakunya pertempuran-pertempuran di Badr,syiab Uhud dan
Khandak danKhaibar.Kejayaan Rasulullah s.a.w. mengadakan perjanjian damai dengan
orang-orang Quraisy sebenarnya telah memberi hasil yang amat berguna kepada
perkembangan dakwah Islamiyyah dalam semua aspek sama ada politik atau
kententeraan.

Hasil seperti ini belum didapati dalam mana-mana pertempuran yang melibtakan
Nabi melalui perjanjian daman disaksi sendiri oleh para sahabat nabi yang pernah
menetang baginda dalam membuat keputusan tersebut.Al-Quran sendiri telah
menjelaskan kejayaan ini nelalui ayatnya dengan mensifatkannya sebagai al_Fath al-
Mubin.Al-Quran tidak pernah memberi sebrang komen terhadap peperangan atau
pertempuran yang sebelumnya.Dari hakikat ini dapatlah disimpulkan bahawa perjanjian
Hudaibiyyah merupakan kejayaan yang amat bererti dari perjuang dan pertempuran yang
berlaku antar Islam dan musyrikin.

Sebenarnya nabi s.a.w. berjaya mengadakan perjanjian ini setelah baginda
menghadapi pertarungan sikap yang amat mencabar berpunca dari dua golongan
manusia.Sikap sahabatnya sendiri yang menetang perjanjian dengan nada yang lantang
dan sikap kaunnya sendir (Quraisy).Kaum keluarganya yang terdiri dari orang-orang
musyrikin yang berusaha sedaya upaya untuk menekan dan menundukkan nabi s.a.w. dan
sahabat-sahabatnya.
Pertarung sikap ini mula dihadapi oleh baginda sejak mula keluar dari Madinah menuju
ke Makkah lagi.Dari kalangan sahabat baginda sendiri,nabi terpaksa berdepan dengan dua
keadaan.Pertama kematangan fikiran,berpandangan jauh,serdahana dan kesabaran yang
tidak mengenal batas wujud di kalangan sebahagian sahabat-sahabat baginda.Kedua sikap
emosional yang tergesa-gesa yang tidak memikirkan risiko dari tindakan yang akan
diambil.Baginda mengambil sikap cenderung kepada golongan sahabat-sahabat pertama
kerena mereka ini berfikiran matang,sederhana dan sabar di mana mereka lebih memberi
perhatian untuk tidak melayani sikap terburu-buru dan emosionla di kalangan pengikut-
pengikut dan sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh menolak keinginan pengikut-
pengikutnya untuk berperang serta berusaha untuk mengadakan perdamaian.

Segolongan sahabat yang emosional menentang keputusan nabi mengadakan
perdamian dengan bersungguh-sungguh.Mereka mahu nabi mengisytiharkan perang
dengan orang-orang Quraisy.Mereka lebih suka menyelesaikan masalah dengan pedang
lantaran sudah lama mereka menunggu di Hudaibiyyah.Mereka berpendapat bahawa
mengadakan perdamaian bererti terpaksa menerima beberapa syarat yang mungkin boleh
menjatuhkan imej Islam dan Muslimin.Sementara di kalangan orang-orang musyrikin
Quraisy pula terdapat dua golongan yang bersikap saling tidak percaya sesama
mereka.Golongan pertama berusaha sudaya upaya pertumpahan darah dan kehilangan
nyawa tidak berlaku.Golongan kedua pula mendesak supaya orang-orang Quraisy
bersikap liar dan bongkak dalam menghadapi orang-orang Islam.

Kegigihan,ketabahan dan kesabaran Rasullullah dalam berdiplomasi akhirnya
disetujui dalam kesepakatan yang jitu.Kaum muslimin dibenarkan mengziarahi Makkah
pada tahun hadapan.Ternyata keputusan Rasulullah tidak hanya menyelamatkan manusia
dari pertempuran darah bahkan mengundang sanjungan musuh-musuhnya.Setahun
kemudian,Raulullah bukan hanya dapat memasuki Makkah bahkan sejumlah besar kaum
Quraisy menyatakan masuk Islam kerana melihat kepada kejayaan dan kesan-kesan
perjanjian Hudaibiyyah.
2.0 KEADAAN POLITIK DAN KEAGAMAAN ARAB PRA PERJANJIAN
HUDAIBIYYAH


Sebelum kedatangan agama Islam, mereka telah pun mempunyai berbagai macam
agama,adat istiadat,akhlak dan peraturan-peraturan hidup.Agama Islam ini datang
membawa akhlak,hukum-hakam dan peraturan-peraturan hidupnya yang tersendiri.Jadi
agama baru ini muncul di tengah-tengah suatu bangsa yang bukan bangsa baru.Maka
bertembunglah agama Islam dengan agama jahiliyah,peraturan-peraturan Islam dengan
peraturan-peraturan bangsa Arab pra-Islam.Kemudian terjadilah pertarungan yang
berlanjutan,tiada dapat kita mennghayati keseluruhanya kecuali sesudah kita mengetahui
sedikit sebanyak kehidupan bangsa Arab era pra perjanjian hudaibiyyah dan sebelumnya.


Politik Kesukuan

Selama berabad-abad sebelum Islam,wilayah Hijaz tidak pernah memiliki kesatuan
politik di bawah satu pemerintahan.Hijaz merupakan satu-satunya kawasan di Jazirah
Arab yang tidak pernah dijajah oleh kekuasaan mana-mana pun termasuk dua kerajaan
besar ketika itu,yakni Romawi dan Persia.Dengan demikian Hijaz satu kawasan yang
unik dan tergolong stabil,aman dalam yang mana perkembangan tradisi,budaya serta
sosial kenasyarakatan tidak banyak dipengaruhi oleh masyarakat luar.















3.0 SEJARAH PERJANJIAN HUDAIBIYYAH

Selama tiga belas tahun berdakwah kaum baginda di Makkah dengan cara aman,baginda
dan sahabat-sahabatnya terpaksa menghadapi berbagai-bagai tekanan dan ugutan dan
malahan terpaksa menghadapi penyiksaan dan kezaliman.Ada di antara penganut-
penganut Islam yang mati disiksa kerana hanya disebabkan oleh pegangan mereka
memilih agama tauhid dari agama berhala.Tindak-tanduk orang Quraisy bukan setakat itu
sahaja,mereka malah mengambil sikap bermusuh terhadap nabi dan cuba mengatur
pakatan untuk membunuh nabi.Pembesar-pembesar Ouraisy dengan persetujuan qabilah-
qabilah lain mengambil keputusan sebulut suara apabila mereka bermesyuarat di Dar al-
Nadwah,untuk membunuh nabi kerena mereka percaya dengan terbunuhnya nabi dengan
sendirinya Islam yang mula bertapak di hati sebahagain penduduk Makkah akan mati dan
tidak akan berkembang (Audah 1990: 175).

Tetapi Allah S.W.T memberi perlindungan kepada Rasulnya dari komplot Quraisy
yang merbahaya itu.Baginda bersama sahabat baginda Abu Bakr berjaya lari
menyelamatkan diri dari Makkah di malam rancangan membunuh baginda dilaksanakan
oleh orang-orang Quraisy.Sebelum dan selepas meninggalkan Makkah itu,ramai sahabat-
sahabat baginda yang yakain dengan dakwah baginda berhijrah ke Madinah.Sebenarnya
orang-orang Quraisy tidak senang dengan perpindahannabi ke Madinah,malahan mereka
menjadi lebih bimbang (Muchtar 1975: 153-154).

Kerana itulah mereka mengambil keputusan membunuh baginda.Mereka yakin
dangan berjayanya Rasul menyelamatkan diri ke Madinah bererti akan berjayalah
pembinaan ummat baru di sana yang akan dipimpin oleh baginda sendiri.Tetapi apakah
daya bagi orang-orang Quraisy .Apa yang mereka bimbangkan selama ini benar-benar
telah berlaku.Rasul yang mereka musuhi telah pun tiba di Madinah dengan selamat dan
disambut dengan penuh penghormatan.Sambutan seperti ini tidak pernah berlaku dalam
sejarah madinah.Selepas nabi dan sahabat-sahabat baginda berpindah ke Madinah,orang-
orang Quraisy Makkah mula merasa tidak tenang.
Lebih-lebih lagi apabila mereka mendapat tahu Madinah yang dulunya dikenali dengan
Yathrib sudah menjadi negara Islam yang pertama dalam sejarah dan mendapat sokongan
dari sebahagian besar penduduk Madinah (Watt 1956: 1).Mereka meneruskan rancangan
jahat yang tetap bergelora dalam hati mereka untuk bermusuh dan melakukan kezaliman
terhadap orang-orang Islam.Keputusan yang paling keras yang diambil di Dar al-Nadwah
oleh orang-orang Quraisy selepas ialah mengisytiharkan bahawa orang-orang Islam
adalah musuh yang mesti dibunuh di mana-mana sahaja didapati dan mengharamkan
orang-orang Islam dari masuk ke kawasan Kabah.Kerana itu orang-orang Islam di
Madinah tidak dapat melakukan tawaf di Baitullah itu selama enam tahun.Sejak dari
mereka berhijrah ke Madinah,kerinduan untuk melakukan tawaf sentiasa membara di hati
meraka.

Bukan setakat itu sahaja.malah orang-orang Quraisy merancang dengan berbagai
cara untuk menghancurkan Islam serta membunuh Rasulullah.Mereka melakukan
berbagai-bagai Komplot,tetapi semua rancangan mereka gagal.Walaupun begitu mereka
terus melancarkan peperangan dan permusuhan yang menyeluruh dan teratur dengan
tujuan hanya untuk menghapuskan orang-orang Islam dan menyekat arus perkembangan
Islam.Mereka pernah melakukan gerekan tentera sehingga mara ke pingir Madinah
dengan begitu membahayakan sekali.Kita tentu tidak lupa kepada gerakan tentera tang
amat mencabar yang terpaksa dihadapi oleh orang-orang Islam iaitu peperangan
Badr,Uhud dan Ahzab.

Dalam peperangan Badr misalnya,tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera
Quraisy dengan teruk sehingga kewibawaan Quraisy terancam.Dalam peperangan ini
tujuh puluh orang panglima Quraisy terkorban,tujuh puluh lagi tertawan,sementara yang
lain pula lari dari medan perang menyelamatkan diri.Dalam peperangan Uhud,angkatan
tentera Quraisy mara ke pinggar Madinah.Mereka gagal mencapai tujuan sekalipun
mempunyai persedaiaan dan kelengkapan yang cukup dan berjaya membunuh tujuh puluh
orang tentera Islan berbanding dengan dua puluh orang dari mereka.Dalam peperangan
Ahzab yang dianggap sebagai peperangan yang paling mencabar bagi kedudukan Islam di
Madinah,keangkuhan Quraisy patah sama sekali di hadapan tentera Islam.
3.1 Nabi Mengumumkan Umrah Ke Makkah


Nabi Muhammad bermimpi bahawa ia memasuki Makkah dalam keadaan damai dan
aman.Akibat mimpi tersebut ia mengambil keputusan untuk melakukan umrah ke
Makkah.Kemudian nabi s.a.w. pun mula bergerak bersama sahabat-sahabatnya menuju
Makkah.Dua ratus orang dari mereka adalah penunggang kuda.Apabila tiba di Zi al-
Hulaifah nabi dan sahabat-sahabatnya memakai ihram bagi membuktikan bahawa
tujuannya ke Makkah itu bukan untuk berperang tetapi hanya untuk menziarahi Baitullah
dan berumrah.Sebagimana selalunya apabila baginda akan keluar meninggalkan Madinah
baginda akan melantik seorang untuk melakukan tugus pemerintahan bagi pihak
baginda.Untuk itu baginda melantik Numailah ibn Abdilah al Laithy dan juga melantik
Ibn Umm Maktum sebagai iman masjid.

Semasa di Dzi al-Hulaifah,Umar dan Saad ibn Ubadah menasihatkan nabi
mengarahkan sahabat-sahabat siap sedia dengan senjata bertujuan menghadapi
kemungkinan serangan mengejut dari pihak Quraisy.Nabi s.a.w. menerima nasihat Umar
dan mengarahkan sahabat-sahabat mengambil semua senjata masing-masing di
Madinah.Nabi s.a.w membawa bersama tujuh puluh ekor binatang untuk disembelih
semasa berumrah.Tujuan baginda yang utama ialah supaya orang-orang Arab seluruhnya
mengetahui dan memahami niat baginda ke Makkah itu.Disamping sebahagian sahabat-
sahabat yang kaya juga membawa sama binatang-binatang untuk sembelihan
mereka.Antara meraka ialah Abu Bakr,Abd Rahman ibn Auf,Uthman ibn Affan,Talhah
ibn Ubaidullah dan Saad ibn Ubadah.

Nabi mula meninggalkan Madinah pada hari Isnin satu Zulqaedah 7H.Baginda
menunggang untanya bernama al-Qaswa di depan pintu rumahnya dan terus bersama-
sama dengan kaum muslimin sehingga tida di Zi al-Hulaifah.Setibanya di Zi al-Hulaifah
baginda bersembahyang zuhur.Antara binatang yang akan dikorbankan oleh nabi semasa
Umrah nanti ialah unta Abu Jahl ibn Hisyam yang dapat dirampas dalam peperangan
Uhud.Untu ini sengaja dibawa oleh nabi ke Makkah untuk menunjukkan
kemarahan.Setelah baginda berihram di dalam masjid,baginda memanggil unta
tunggangannya dan menunggangnya di pintu masjid.Apabila unta itu menghadap kea rah
kiblat baginda pun berniat ihram dan mengucapkan talbiyah.Rombongan umrah ini
disertai juga oleh empat orang wanita.mereka ialah isteri baginda sendiri,Umm Salamah
dan tiha dari golongan Ansar.Rombongan ini juga disertai oleh dua orang kuat munafiqin
iaitu Abdullah ibn Ubaiy ibn Salul dan al-Jadd ibn Qais.Penyertaan kedua-dua orang ini
seberarnya bukankerana dorongan iman tetapi kerana dorongan cuba berusaha untuk
menimbulkan keraguan dan kebimbangan di kalangan orang-orang Islam.Nabi
mengambil langkah-langkah berjaga dengan mengarahkan seorang pengintip untuk
merisik-risik berita dari orang-orang Quraisy untuk mengumpul maklumat penting
tentang sikap dan reaksi mereka apabila mendapat berita perjalanan baginda ke Makkah
berumrah.


3.1.1 Reaksi Pembesar-Pembesar Quraisy Terhadap Umrah Nabi


Sebaik sahaja mendapat kepastian tentang kemaraan nabi menuju Makkah,mereka
mengadakan mesyuarat terjempar di Dar al-Nadwah untuk mengambil langkah
bagaimana untuk menghadapi perkembangan terbaru yang amat mencabar ini.Mereka
menubuhkan satu jawatankuasa (Lujnah al-Mutaah) khas yang akan memerhati dan
mengkaji langkah-langkah yang patut diambil berhubung dengan kedatangan nabi ke
Makkah untuk berumrah itu.Anggota jawatankuasa itu terdiri dari Ikramah ibn Abi
Jahl,Safwan ibn Umayyah dan Suhail ibn Amru.Jawatankuasa bertindak yang dilantik
oleh pemimpin-peminpin Quraisy di Dar al-Nadwah itu telah mengadakan rundingan
dengan pemimpin-pemimpin mereka mengenai langkah-langkah yang patut diambil bagi
menghadapai orang-orang Islam.Keputusan utama yang dibuat ialah menghalang orang-
orang Islam dari masuk ke Makkah berumrah.Antara lain Lujnah al-Mutabaah itu
menggariskan
I. Mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga terutama terhadap orang-orang yang boleh
memikul senjata bagi menubuhkan angkatan untuk berperang dengan orang-orang
Islam
II. Meminta bantuan sekutu mereka antaranya al-Ahbisy,Thaqif dan lain-lain supaya
bersama-sama orang-Quraisy menghalang orang-orang Islam
III. Menyediakan peruntukan khas bagi kewangan tentera sekutu yang telah bersetuju
bersama orang-orang Quraisy untuk menghalang orang-orang Islam
IV. Bagi melaksanakan perancangan ini,setelah berunding dengan pembesar-
pembesar Quraisy,jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa semua
angkatan tentera termasuk tentera sekutu mestilah bersiap sedia dan berkhemah di
luar Makkah supaya mereka boleh mengatur dan memperkemas barisan.
V. Angakatan tentera hendaklah diikuti serta oleh wanita dan kanak-kanak bagi
tujuan menunjukkan kepada orang-orang Islam bahawa orang-orang musyrikin
bersungguh-sungguh menghalang kedatangan mereka dan tidak akan mengubah
keputusan mereka.Disamping itu juga,kewujudan wanita dan kanak-kanak
bersama angkatan tentera menjadikan mereka akan bermati-matian untuk
berperang
VI. Membetuk pasukan berkuda yang teguh di bawah pimpinan Khalid ibn al-
Walid.Pasukan ini hendaklah berada di jalan utama Makkah Madinah
berhampiran dengan sempadan Makkah,sebagai langkah menunjukkan kepada
orang-orang Islam bahawa halagan yang mereka lakukan adalah tegas dan tidak
berganjak.
VII. Menubuhkan pasukan perisik yang akan mengikuti setiap sgerekan orang-orang
Islam dan melaporkannya.

Semua perancangan ini dilaksanakan dengan penuh sempurna.Setiap orang yang boleh
memikul senjata sudah siap sedia dikerah tenaga.Qabilah-Qabilah sekutu pun sudah
bersetuju member bantuan.Qabilah al-Ahabisy misalnya bersetuju member bantuan
setelah ketuanya al-Hulaish ibn Zabban diputar-belitkan dengan keterangan dan
penjelasan yang palsu di mana beliau ditaklimatkan dengan dakwaan bahawa kedatangan
orang-orang Islam sebenarnya bertujuan perang.Hasilnya tentera Quraisy dan seku-
sekutunya semuanya berjumlah lapan ribu perajurit.Tentera Quraisy dan sekutnya
berkhemah di lembah Baldah bersama-sama dengan wanita dan kanak-kanak.Angkatan
berkuda yang dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid yang berjumlah dua ratus orang
berkhemah di Kuraa al-Ghamin di tepi jalan utama Madinah-Makkah yang dijangka
akan dilalui oleh orang-orang Islam.


3.1.2 Mengubah Arah Perjalanan


Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini,sepatutnya orang-orang Islam bergerak
dari Usfan menuju utara menghala ke Makkah melalui et-Tanim.Jalan ini biasa
digunakan oleh orang yang ingin ke Makkah dari Madinah.Tetapi oleh kerana keputusan
nabi tidak mahu berlakunya pertempuran,baginda mengarahkan orang-orang Islam
mengubah haluan supaya dapat mengelak dari berdepan dengan angkatan berkuda Khalid
ibn Walid.Oleh kerana mereka bergerak berjalan di jalan yang tidak pernah dilalui kecuali
oleh beberapa orang yang tinggal di sekitar lembah itu,mereka menemui kesukaran.Tiga
kali mereka sesat jalan walaupun tiga orang bani Sulaim yang memandu mereka pernah
memalui jalan tersebut beberapa kali.

Sementara itu,apabila Khalid ibn Walid mendapat kepastian bahawa nabi telah
menukar arah pergerakan ke sebelah kanan kedudukannya dan telah pun sampai di
kawasan bukit al-Hudaibiyyah,dia yakin bahawa nabi bertekad untuk bergerak masuk ke
Makkah dari arah barat melalui al-Hudaibiyyah.Khalid rupanya sedang mengatur
kedudukan tentera tentera berkudanya untuk menyerbu orang-orang Islam di satu tempat
yang strategic bagi mempastikan supaya orang-orang Islam tidak dapat bertindak balas.
Orang-orang Quraisy juga mara dengan kelengkapan tentera sehingga menghampiri at-
Tanim di sebelah selatan Makkah.Mereka menjangka bahawa rombongan umrah orang-
orang Islam akan melalui kawasan itu menuju Makkah.Tentara mereka juag mara ke
kawasan al-Hudaibiyyah dan berkhemah di situ iaitu dalam kawasan tanah haram.Tujuan
mereka ialah menghadang pergerakan orang-orang Islam dari masuk terus ke kawasan
haram.Nabi dan sahabat-sahabatnya terus bergerak menghala ke Makkah tetapi sewaktu
nabi menghampiri sempadan tanah haram dalam kawasan Hudaibiyyah satu peristiwa
aneh berlaku.Peristiwa ini menghalang mereka dari memasuki sempadan tanah haram.

Peristiwa aneh seolah-olah petunjuk Allah agar dua golongan musyrikin dan Islam
ini mengelekkan dari berlakunya tragedi pertempuran.Al-Quswa unta tunggangan
baginda adalah seekor unta betina yang cukup senang diarah.Tetapi tiba-tiba sahaja unta
itu menurun duduk sebaik sahaja tiba berhampiran sempadan tanah haram.Baginda
mengambil keputusan tidak akan memasuki sempadan tanah haram dan mengarahkan
rombongan mematuhi keputusan baginda itu sehingga keputusan lain dibuat.Sebenarnya
rombongan orang-orang Islam itu berupaya menghadapi tentera Quraisy untuk menyerbu
Makkah.Orang-orang Qurasiy juga menyedari hakikat ini.Tetapi demi menjaga supaya
pertumpahan darah tidak berlaku,nabi melengah-lengahkankan keadaan.Orang Isalam
masih tetap berkhemah disitu mennggu reaksi orang-orang Quraisy kalau-kalau mereka
ingin mengadakan rundingan.

Walaupun demikian sikap orang-orang Islam,namun orang-orang Qurasiy tetap
dengan keputusan mereka.Malah mereka terus menempatkan tentera mereka berhadapan
dengan orang-orang Islam.Mereka juga menematkan beberapa platun tentera di kawasan
bukit yang strategik di sekitar perkhemahan mereka.Ada beberapa kumpulan tentera
mereka pula yang cuba menyerang hendap di waktu malam.Tetapi beberapa kumpulan
orang-orang Islam yang sentiasa meronda di sekitar perkhemahan dapat menyekat
percubaan-percubaan Qurasiy itu.




3.1.3 Utusan Pertama Nabi Kepada Quraisy


Sebaik sahaja siap berkehemah di Hudaibiyyah dan nabi pula telah mengambil keputusan
untuk cuba mengelak dari berlakunya peperangan,baginda menghantar utusan secara
rasmi untuk memberitahu orang-orang Quraisy mengenai tujuan sebenar kedatangan
orang-orang Islam ke Makkah.Baginda mengarahkan Khirasy ibn Umaiyah membawa
perutusan mulut untuk disampaikan kepada pemimpin-peminpin Quraisy,disamping cuba
berusaha berunding dengan mereka supaya tidak bertindak terburu-buru dan emosional
yang menyebabkan berlakunya pertempuran.Khirasy juga ditugaskan berunding supaya
mereka diberi keizinan untuk menunaikan umrah dan bertawaf di Kabah dengan jaminan
bahawa mereka akan keluar dari Makkah sebaik sahaja selesai menunaikan ibadat itu.

Khirasy ibn Umaiyyah,utusan Rasulullah itu adalah dari bani Khuzaah,bani yang
tinggal berdekatan dengan kawasan penempatan orang-orang Quraisy.Mereka tidak ada
apa-apa perselisihan dengan orang-orang Quraisy serta dianggap sebani yang
berkecuali.Khirasy pun pergi menemui pemimpin Quraisy yang berpengkalan di lembah
Baldah.Dalam perjalanan beliau ditahan oleh golongan pelampau Qurasiy yang diketuai
oleh Ikramah ibn Abi Jahl.Mereka menyerbu dan menahan untanya dan cuba membunuh
unta itu,tetapi tindakan itu disekat oleh segolongan Quraisy yang lain.Kemudian Khirasy
yang menunggang unta nabi itu dibiarkan beredar pulang.setelah menemui
Rasulullah,beliau memberitahu nabi akan peristiwa itu.Sambil menyatakan kepada nabi
agar mengutuskan utusan yang lebih berwibawa dari dirinya.

Sejarawan ada menyebut bahawa orang-orang Arab yang tinggal dikawasan
berdekatan yang pertama datang menemui Rasulullah ialah rombongan orang-orang
Khzuah.Bani Khuzaah adalah bani kepercayaan nabi.Kebanyakan rahsia pergerakan
Islam dimaklumi oleh bani Khuzaah.Mereka tinggal di Tihamah.


3.1.4 Inisiatif Orang Tengah


Rombangan Bani Khuzaah yang bertindak sebagai orang tengah diantara umat Islam dan
Quraisy kerana mereka tidak menyenbelahi mana-mana pihak.Rombangan mereka
diketuai oleh Budail ibn Warqa.Setelah berjumpa nabi,beliau menyatakan bahawa orang-
orang Quraisy telah mengumpulkan sekutu-sekutu mereka dan sedia berperang menetang
nabi sehingga ke titisan darah terakhir.Perlu difahami bahawa kedatangan Budil ibn
Warqa ini adalah inisiatifnya sendiri sebagai orang tengah untuk mengurangkan
ketegangnan anatar orang-orang Islam dan Qurasiy.

Mendegar penjelasan Budil itu nabi menerangkan bahawa kedatanganya bukan
untuk membunuh seseorang tapi datang untuk bertawaf di Kabah.Oleh itu jika mana-
mana pihak yang cuba menghalang hasrat baginda,beliau tidak teragak-agak memerangi
mereka.Penjelasan Rasullullah kalau dikaji menggambarkan kebijiksanaan,sikap tolak
ansur,pertimbangan yang masak disamping penegasan terhadap keyakinan diri yang ada
pada Rasulullah.Budail menyedari dan memahami benar penjelasan itu.Begitu juga Amru
ibn salim,anggota rombongan bersama Budil.Di tengah jalan menuju ke perkhemanhan
orang-orang Quraisy di lembah Baldah,Budil dan rombongannya cuba ditahan oleh
pelampau-pelampau dari kalangan pemuda Quraisy.

Mereka mendapat tahu bahawa kedatangan Budil menumui pemimpin mereka
hanyalah untuk mengusahkan perdamaian dan mencegah dari berlakunya
peperangan.Tetapi perbuatan pelampuan itu di halang oleh Urwah ibn masud ketua
orang-orang Thaqif yang memang datang dari Taif untuk membantu orang-orang
Quraisy menentang orang-orang Islam.Sebagai seorang yang matang dan bijak berfikir
mengecam sikap pelampau-pelampau Quraisy terbabit.Beliau mengusulkan agar
mendengar dahulu apa yang ingin disampaikan oleh Budil serta rombonganya.Pendapat
Urwah di terima oleh pemimpin-peminpin Makkah.Rombongan Budil menyampaikan
kepada pemimpin-peminpin Quraisy bahawa hasrat Muhammad ke Makkah hanya untuk
melakukan Umrah dan menawarkan tempoh pendamaian walaupun sekejap bagi
membolehkan umat Islam mengerjerkan umrah.Budil juga menegur sikap orang Quraisy
yang bersikap keras terhadap Muhammad sedangkan kedatangan beliau hanya untuk
beribadat.Mendegar Nasihat Budil itu,maka Urwah ibn Masud menasihatkan sekutu
kaumnya itu supayta bersikap sederhana.Kini barulah Urwah sedar,kebenaran sebenarnya
berada di pihak orang-orang Islam.Rupanya penjelasan yang dibuat oleh orang-orang
Qurasiy kepada kaumnya,Thaqif dan kaum Ahabisy sebelum ini adalah penjelasan yang
direka oleh orang-orang Quraisy sendiri dan bukan hakikat yang sebenarnya.

Sebelum ini mereka benar-benar berpendapat bahawa orang-orang Islam datang
hendak menyerang Makkah.Memandangkan hakikat ini semua,maka Urwah mengkritik
sekutunya itu sambil mengesa agar pemimpin-peminpin Quraisy menerima tawaran
persetujuan damai.Kemudian Urwah ibn Masud menawarkan diri untuk menjadi orang
tengah,berunding dengan nabi berkenaan tawaran perjanjian damai itu secara lebih
lanjut.Urwah menyedari bahawa kebenarn berada dipihak nabi dan kesalahan sebenarnya
dari pihak Qurisy.Tetapi dia adalah utusan Qurasiy yang menjadi sekutu kaumnya.Kerana
itu walaupun dia menyedari hakikat ini tetapi dia tetap berusaha dalam perundigan itu
untuk menegaskan bahawa nabi patut dipersalahkan kerena bagindalah yang
menyebabkan timbulnya keadaan tegang ini.Ini semua dilakukan semata-mata bertujuan
untuk mengugut dan menekan nabi untuk kepentingan Qurasiy.Dia cuba mempengaruhi
nabi supaya orang-orang Islam kembali ke Madinah tanpa ibadat umrah dan tanpa
sebarang syarat.

Demikianlah berakhirnya rundingan antara nabi dan Urwah tanpa tercapai
sebarang persetujuan bagi menamatkan krisis.Tetapi sepanjang perundingan itu Urwah
telah mendapat kepastian bahawa kedatangan orang-orang Islam adalah benar-benar
untuk berumrah.Melihat semua ini Urwah menasihati agar pemimpin-peminpin Quraisy
menerima tawaran Muhammad itu sambil mengatakan bahawa beliau yakin orang-orang
Quraisy akan kalah dalam peperangan menetang orang-orang Islam.Tetapi disebakan
ingin menjaga imej mereka di mata orang-orang Arab yang tidak mahu mengatakan
mereka telah tunduk pada kekuasan Islam.Jawapan hampa itu menyebabkan Urwah
mengambil keputusan beredar pulang ke Taif bersama-sama pengikut-pengikutny.
3.1.5 Isu Terbunuh Uthman dan Baah di Bawah Pohon


Sehingga itu usaha Baginda tidak menampakkan sebarang hasil yang positif.Oleh itu
baginda cuba pula melakukan usaha yang lain.Baginda berpendapat patut dihantar orang
utusan kedua ke lembah Baldah dan Makkah.Baginda berpendapat bahawa Umar ibn al-
Khattab patut menjadi utusan kali ini untuk membuat tawaran kepada orang-orang
Quraisy.Tetapi Umar menolak permintaan Rasulullah itu dengan alasan yang
munasabah.Permusuhan sengit anatara beliau dengan orang-orang musyrikin dan
kekurangan pengaruhnya di kalangan qabilah-qabilah Qurasiy memungkin usahanya akan
gagal.

Beliau seterunya mencadangkan kepada nabi supaya mengutuskan seseorang yang
mempunyai pertalian kekeluargaan dan dihormati oleh kaumnya di Makkah,supaya dia
terlindung dari angkara.Orang seperti ini perlu untuk memikul tanggungjawab ini,lebih-
lebih lagi pengalaman seperti ini telah pun didapati oleh Khirasy ibn Umayyah,di mana
dia hamper-hampir dibunuh oleh musyikin kalau tidak dilindungi oleh qabilah al-
Ahabisy.Orang yang mempunyai keistimewaan seperti ini ialah Uthman ibn Affan kerana
beliau ada pertalian dengan bani Abd Syms ibn Abd Manaf yang merupakan bani yang
berpengaruh dari kalangan qabilah Quraisy Makkah.

Nabi pun menerima penolakan Umar dan bersetuju dengan alasan serta pandangan
itu.Baginda memerintah supaya Uthman supaya menyampaikan hasrat baginda serta
mengulangi tawaran damai yang di hulurkan oleh baginda.Ramalan Umar amat tepat
kerana sampai Uthman di pinggir Makkah,Uthman berserempak dengan pasukan ronda
berkuda Quraisy.Mereka hendak membunuh Uthman tetapi dihalang oleh Abban ibn
Said ibn al-Abi al-As ibn Umayyah ibn Abd Syams.Beliaulah yang membela dan
member pelindungan (Ijarah) kepada Uthman.Peraturan Ijarah yang menjadi amalan
orang-orang Arab jahiliyyah mempunyai kedudukan yang istimewa.Orang-orang Arab
menghormati peraturan ini.Telah menjadi amalan mereka menjamin hak setiap orang dari
mana-mana qabilah kepada sesiapa yang dikehendakinya dan mengisytiharkannya kepada
orang ramai.Di lembah Baldah Uthamn berunding dengan pemimpin-peminpin
Qurasiy.Beliau menyampaikan kepada mereka perutusan nabi.Tetapi orang-orang
Quraisy menolak semua tawaran itu.Mereka tetap dengan keputusan mereka menghalang
kemasukan orang-orang Islam ke Makkah.Ketika Uthman berhajat untuk memasuki
Makkah bagi menyampaikan perutusan Rasulullah bagi pemimpin-pemimpin Quraisy
yang tidak ada di lembah Baldah,sepupunya Abban ibn Said mengetahui hasrat Uthman
lalu dia membawa kudanya untuk Uthman menunggang di belakangnya bertujuan
memberitahu orang ramai bahawa beliau member Ijarah kepada Uthman.

Oleh kerana berada di Makkah di tengah-tengah kaumnya sendiri,wujudlah
hubungan mesra anataranya dengan anggota-anggota keluarga dan suku sakatnta.Mereka
menawarkan kepada Uthman bertawaf di keliling Kabah.Uthman menolak tawaran itu
dengan alasan beliau tidak akan bertawaf sehingga Rasulullah juga bertawaf.Di
perkhemahan orang-orang Islam di Hudaibiyyah tersebar berita bahawa Uthman ibn
Affan telah bertawaf di Kabah.Ternyata sekali sangkaan itu fitnah semata-mata kerana
ianya dinafikan oleh Uthman sekembalinya nanti dan turut di nafikan oleh
Rasulullah.Selama Berada di Makkah dan kebebasan yang diperolehinya di bawah adat
Ijarah itu digunakan oleh Uthman untuk membuat lawatan menemui golongan Islam
Mustadafin golongan lemah yang hidup dalam kalangan masyarakat Quraisy musyrikin.

Sudah dua puluh hari berlalu namun orang-orang Islam masih lagi berkhemah di
Hudaibiyyah.Akhirnya berlaku satu peristiwa yang tidak diduga,peritiwa yang
membuatkan sikap nabi dan suasana Hudaibiyyah berubah.Peristiwa itu ialah berita yang
kurang pasti bahwa orang-orang Quraisy telah bertindak membunuh Uthman ibn
Affan.Sebaik sahaja mendengar berita itu nabi pun mengumpulkan sahabat-sahabatnya
dan menyeru mereka memerangi orang-orang Quraisy.Baginda menggesa mereka
membuat Mubaah untuk mati,setelah menerima perintah dari langit.Para sahabat dan
orang Islam seramai satu ribu empat ratus itu menyahut seruan nabi dan terus membuat
baiah di bawah sebatang pokok yang terdapat di perkhemahan mereka di
Hudaibiyyah.Allah memuji dan menyanjung sikap mereka dan mengisytiharkan
keredhaan-nya dalam suruh al-Fatah.
3.2 Perjanjian Hudaibiyyah di Meterai


Setelah berlakunya mubiah orang-orang Islam orang-orang Quraisy merasa pasti bahawa
mubaiah itu merupakan satu penyusunan angkatan tentera orang-orang Islam untuk
menhadapi mereka.Kerana itu mereka mula merasa gerun dan takut.Mereka menjangka
bahawa kalau sekiranya berlaku pertempuran harapan mereka untuk menang adalah
tipis.Peperangan Badr,Uhud dan Khandak telah memberi pengajaran dan pengalaman
kepada mereka.Setelah mereka bersepakat mengadakan gencatan senjata dan berdamai
mereka mengutuskan Suhail ibn Amru,Huwaitib ibn Abd al-Uzza dan Makraz ibn
Hafs.Suhail ibn Amru merupakan seorang yang tenang,berdiplomasi,bijak dan
berpandangan jauh berbanding dengan pemimpin-peminpin Quraisy lain.

Setelah mengkaji dari beberapa aspek,kepaduan serta semangat orang-orang
Islam,sikap nabi yang masih mengutamakan perdamaian dan tindakan sekutu-sekutu yang
tidak merestui perancangan dan usaha yang dilakukan.Semuanya ini akan
menguntungkan orang-orang Islam.Akhirnya orang-orang Quraisy bersetuju
membenarkan orang-orang Islam memasuki Makkah menunaikan umrah,tetapi bukan
pada tahun itu.Mereka boleh masuk pada tahun hadapan.Keputusan keputusan lain yang
selanjutnya diserahkan kepada suhail dalam perundingan itu nanti.perkhabaran mengenai
Suhail dan rombonganya sampai kepada pengetahuan nabi dan menyatakan bahawa
orang-orang Quriasy memang mahukan perdamaian apabila mereka mengutuskan Suhail.

Permulan berdiplomasi dimulakan dengan Suhail meminta maaf bagi pihak
Quraisy mengenai tindakan tentera mereka yang cuba menyusup masuk ke dalam
perkhemahan orang-orang Islam di waktu malam.Beliau juga menyampaikan rasa kesal
dan meminta maaf terhadap penahanan Uthman di Makkah.Sebagai membutikan
kebenaran kata-katanya itu dan dengan tujuan untuk menunjukkan sikap baik dan setai
kawan Suhail telah mengtuskan suruhannya kembali ke Makkah meminta pihak Quraisy
membebaskan Uthman,selepas itu mereka semua hendaklah dihantar pulang dengan
penuh kehormatan di Hudaibiyyah.Nabi juga melepaskan tawanan-tawanan yang
tertangkap sewaktu mereka menyusup masuk ke perkhemahan orang-orang Islam.Setelah
selesai menguruskan pertukaran tawanan,nabi s.a.w dan Suhail memulakan pula
rundingan mengenai perkara-perkara yang patut dimasukkan dalam perjanjian damai.

Selepas kebijksaan Rasullulah berjaya mengatasi halangan untuk mencapai persetujuan
damai sama ada yang wujud dari kalangan sahabat-sahabatnya atau dari kalangan
perwakilan Quraisy.Maka selesailah perbincangan menegenai teks perjanjian yang
bsersejarah itu.Ia kemudiannya ditulis dalam dua naskah satu naskah untuk disimpan oleh
nabi s.a.w dan satu naskah lagi diberikan kepada Suhail ibn Amru.Sembilan orang saksi
pun menandatangani perjanjian itu.Tujuh orang dari orang-orang Islam.Mereka ialah Abu
Bakr,Umar,Uthman,Abd al-Rahman ibn Auf,Saad ibn Abi Waqqas,Abu Ubaidah ibn al-
Jarrah,Muhammad ibn Muslimah al-Ansari.Manakala dua lagi dari musrikin
Quraisy,mereka ialah Huwaitib ibn Abd al-Uzza dan Makraz ibn hafs al-Akhyaf.

Dengan penendatangan perjanjian itu perdamain berlaku dianatar dua
pihak.Begitu juga dengan termeterinya perjanjian ini,dua qabilah terbesar yang tinggal di
sekitar tanah haram iaitu Khuzaah dan Kinanah yang selama ini bermusuh sengit telah
juga turut mengadakan gencatan senjata.Kedua-dua qabilah memilih sekutu masing-
masing.Kinanah bersetuju dengan Qurasiy dan Khazaah bersekutu dengan orang-orang
Islam.Di zaman jahiliyyah dahulu,antara Quraisy dan Kinanah sering berlaku
pertempuran.Permusuhan begini berlarutan hinggalah zaman kelahiran Islam.Orang-
orang Quraisy pernah merasa bimbang terhadap Kinanah semasa mereka mara dalam
peperangan Badr untuk bertempur dengan orang-orang Islam,kerana waktu itu mereka
masihbermusuhan.

Sebelum peperangan Badr,Saraqh ibn Malik al-Kinani telah membuat perjanjian
dengan pihak Qurasiy bahawa Kinanah tidak akan menyerang Quraisy sekiranya Quraisy
mencapai kemenangan berperang dengan orang-orang Islam dalam peperangan
Badr,tetapi perjanjian itu tidak terlaksana.Sementara itun pula Khazaah sebenarnya tidak
bermusuh dengan Quraisy.Sejak dulu lagi peperangan tidak pernak berlaku anatar
Quraisy dan Khazaah.
3.3 Menyembelih Dan Bercukur Untuk Menamatkan Ihram


Setelah selesai perundingan,rombongan Quraisy pun beredar kembali ke Makkah.Nabi
pula mengambil keputusan pulang ke Madinah.Baginda pun mengarahkan sahabat-
sahabatnya bertahallul dan menyembelih binatang korban serta bercukur kepala.Tetapi
golongan yang menetang perjanjian masih berkeras.Sukar bagi mereka untuk menerima
hakikat pulang sahaja ke Madinag tanpa tawaf.Menyenbelih binatang korban dan
bercukur di dalam kota Makkah.Kerana itu pada mualanya mereka tidak mengendahkan
arahan Rasullullah s.a.w. membisu seribu bahasa,membayangkan rasa kecewa mereka.

Baginda tersinggung terhadap gelagat sahabat-sahabat baginda itu.Baginda masuk
semula ke bawah khemah.Isteri baginda dapat merasakan kekecewaan dan marah di
wajah baginda.Sebagai seorang isteri yang mengambil berat terhadap kekecewaan dan
kesedihan suami,dia bertanya terhadap kekecewaan dan kesedihan suami.Apabila
mengetahui punca kemarahan itu,Umm Salamah menasihati nabi s.a.w. agar tidak
mengarahkan mereka sekali lagi,sebaliknya menyuruh nabi s.a.w. melakukan sendiri
arahan itu.Nabi s.a.w. merasakan cadangan Umm Salamah itu baik.Baginda pun
menyembelih sendiri binatang korban baginda.Melihat Nabi berbuat demikian para
sahabat pun berlumba-lumbalah menyembelih binatang-binatang korban mereka.

Ada seekor unta mahri yang istimewa.Unta ini dalunya dimiliki oleh Abu jahl ibn
Hisyam yang berjaya dirampas oleh tentera Islam dalam peperangan Badr.Setelah jatuh
ke tangan orang-orang Islam unta ini digunakan dalam beberapa peperangan.Unta ini
digunakan untuk mendapatkan bakanya.pernah dibawa oleh Uyainah ibn Hussin al-Fazari
ketika menyerang puak Ghatfan dalam pertempuran Zat Qard.Untuk tujuan menimbulkan
kemarahan orang-orang musyrikin Quraisy,nabi s.a.w. membawa unta itu bersama-sama
sebagai binatang korban.Pada satu ketika binatang-binatang korban dilepaskan untuk
makan di tanah lapang.Unta mahri itu pun dilepaskan juga.Rupanay unta itu masih
teringat lagi akan tempat asalnya.Ia pun lari dari Hudaibiyyah menuju Makkah yang
jaraknya tidak kurang dari lima belas km.Ingatannya terhadap tempat asalnya masih baik
walaupun sudah lima tahun tidak pulang ke tempat kediaman asalnya.Ia berjalan terus
memaasuki Makkah dan terus duduk di hadapan rumah Abu Jahl ibn Hisyam.Peristiwa
ini berlaku sebelum ditandatangani perjanjian damai.Unta itu berjaya ditangkap oleh
Amru ibn Amru.Beliau bercadang mengembalikan unta itu kepada Rasulullah kerana itu
adlah bintang korban yang dibawa khas oleh Rasulullah.Oleh kerana terlampau sayang
dengan unta itu,golongan fanatik Quraisy menawarkan seratus ekor unta kepada orang-
orang lslam sebagai pertukaran kepada unta mahri istimewa kepunyaan Abu Jahl
itu.Rasulullah menolak tawaran tersebut kerana unta tersebut memang untuk sembelih
sebagai korban.


4.0 ANALISIS KANDUNGAN DAN IMPLIKASI PERJANJIAN TERHADAP
PERKEMBANGAN UMAT


Pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah terbentuklah persetujuan yang dicapai dalam
rundingan damai itu.Maka krisis yang dihadapi oleh kedua-dua pihak telah selesai.Itulah
satu perjanjian damai bersejarah antara Islam dan Syrik.Disamping isu utama yang telah
dipersetujui itu,ada lagi beberapa perkara lain juga dimasukkan kedalam perjanjian
antaranya ialah:

I. Orang-orang Islam hendaklah kembali ke Madinah tanpa memasuki
Makkah pada tahu ini.
II. Adalah menjadi hak orang-orang Islam untuk memasuki Makkah tahun
hadapan bagi menunaikan ibadat mereka
III. Orang-orang Qurasiy mesti tidak akan menegah orang-orang Islam
memasuki Makkah walaupun dalam apa bentuk tegahan pun
IV. Ketika memasuki Makkah ,orang-orang Islam hendaklah tidak membawa
senjata kecuali pedang musafir
V. Semasa berada di Makkah,orang-orang Islam tidak boleh mengeluarkan
pedang mereka,malah menyimpang pedang mereka dalam sarungnya
selama mereka masih di Makkah
VI. Masa yang paling lama dibolehkan mereka di Makkah ialah tiga
hari.Mereka hendaklah dengan segera meninggalkan Makkah selepas
cukup tempoh tiga hari itu.
VII. Keadaan perang yang wujud antara orang-orang Islam dan orang-orang
Quraisy sudah berakhir.Gencatan senjata ini akan berlaku selama sepuluh
tahun.Dalam tempoh ini orang awan akan merasa aman.
VIII. Nabi s.a.w. hendaklah memulangkan kepada pihak Quraisy mana-mana
orang Quraisy yang datang kepada baginda selepas ditandatangi perjanjian
ini.Ini apabila orang itu datang tanpa keizinan dari keluarganya.Nabi
hendaklah melaksanakan tanggungjawab ini walaupun orang itu telah
Islam.
IX. Orang orang Quraisy tidak perlu memulangkan kepada nabi mana-mana
orang yang datang kepada mereka dari kalangan orang-orang Islam
walaupun orang itu tidak lagi menganut agama asalnya
X. Kebebasan mutlak diberikan kepada qabilah-qabilah yang tinggal sekitar
Tanah Haram untuk bersekutu dengan mana-mana pihak sama ada orang-
orang Quraisy atau orang-orang Islam.Mereka juga bebas untuk
mengadakan perhubungan dengan salah satu dari dua pihak itu.
XI. Mana-manaQabilah yang bersekutu dengan salah satu daripada pihak
orang-orang Islam atau orang-orang Quraisy akan dianggap sebagai
sebahagian dari pihak itu,mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama
serta sama-sama menghormati peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam
perjanjian ini
XII. Sebarang tindakan pemusuhan yang dihadapi oleh qabilah-qabilah yang
bersekutu tadi adalah dianggap sebagai tindakan permusuhan terhadap
pihak yang mana qabilah-qabilah itu bersekutu.Tindakan permusuhan ini
juga akan membuatkan perjanjian ini terbatal.
4.1 Analisis Isi Dan Teks Perjanjian Hudaibiyyah


Analisi isi dari butiran-butiran perjanjian tersebut adalah perjanjian Hudaibiyah ini
merupakan gengcatan senjata diantara Islam dan musyrikin Makkah sambil mengakui
beberapa kelemahnya,tidak dapat diragukan bahawa langkah ini merupakan kemenangan
yang amat besar bagi kaum Muslimin.Sebab sekian lama pihak Quraisy tidak mahu
mengiktiraf kerajaan Islam Madinah tatapi melalui penjanjian ini mengambarkan bahawa
mereka tidak sanggup lagi mengadapi kemaraan tentera Islam sehingga mereka terpaksa
membuat perjanjian damai.Maka secara logiknya pihak Quraisy telah mengiktiraf
kekuasan Islam sehingga manpu mengheret mereka ke meja perundingan.

Pada fasal pertama perjanjian Hudaibiyyah orang-orang Quraisy beranggapan
persetujuan nabi menerima syarat itu adalah kemenangan bagi merea.Sebenarnya syarat
itu tidakt lebih dari pekung di dada yang cuba hendak di sembunyikan.Mereka
menyangka dengan persetujuan nabi s.a.w. itu mereka telah berjaya menyembunyikan
kekalahan mereka dalam memperjuangkan berhalaisme.Sebenarnya orang-orang
musyrikin itu telah tewas apabila mereka mengakui hak orang-orang Islam dan
membenarkan mereka menziarahi Kabah,hak yang selama ini tidak mendapat
pengiktirafan dari mereka.Kejayaan orang-orang Quraisy hanyalah menangguhkan
kemasukan orang-orang Islam ke Makkah untuk satu tahun.Itulah yang mereka rasakan
satu kejayaan besar bagi mereka.

Pada Fasal 10,11 ,12 perjanjian Hudaibiyyah,seolah-olah menunjukkan bahawa
pihak Quraisy lupa terhadap kedudukannya sebagai pembuat dasar bagi Jazirah Arab dan
pemimpin keagamaan yang berkuasa menuntukan halu tuju penduduk semenanjung
Tanah Arab.Mereka tidak lagi memikirkan hal ini lagi kerana yang penting bagi meraka
sekarang ialah keselamat diri mereka.Orang-orang Arab atau bukan Arab bebas untuk
masuk Islam dan mereka tidak akan menghalangnya yang mana sangat berbeza di awal
kemunculan Islam dahulu.Mereka akan menghalang sesiapa yang cuba memeluk Islam
dengan pelbagai cara termasuk membunuh peganut Islam tanpa belas kasihan.
Bukankah fenomena baru ini merupakan kemenangan yang nyata bagi pihak Islam kerana
penduduk Makkah bebas mengamalkan Islam secara terbuka dan
menyerbarkannya.Kesan kebebasan menyebarkan Islam di semenanjung Tanah Arab
tanpa ganguan orang-orang musyrikin dapat dilihat pada pembukaan kota Makkah iaitu
selepas dua tahun perjanjian Hudaibiyyah.Pasukan Islam terdiri dari sepuluh ribu
prajurit.Ini menunjukan peningkatan jumlah penganut agama Islam yang mendadak
disebabkan kerja dakwah yang berjalan lancar tanpa gangguan musyrikin.Apabila
diadakan gencatan senjata Hudaibiyyah dan peperangan terhenti,manusia di Tanah Arab
hidup dalam aman,mereka dapat berjumpa dan kadang-kadanag mengadakan
dialog.Setaip orang yang bercakap tentang Islam dan dia mula memikirnya tentang Islam
pasti dia memeluk Islam.

Pada fasal ketujuh perjanjian Hudaibiyyah menyatakan persetujuan gencatan
senjata anatara Madinah dan Makkah selama sepuluh tahun.Sebenarnya gencatan senjata
tidak boleh berlaku kecuali antara dua pihak yang ada kekuatan atau identiti yang kuat
sama ada dari segi ketenteraan mahupun di segi politik sekurang-kurangnya.Jadi seolah-
olah Nabi s.a.w. memaksa orang-orang Quraisy mengiktifar kewujudan kerajaan Islam di
Madinah melalui perjanjian yang bersejarah itu. Fasal kedua dalam perjanjian ini juga
merupakan satu lagi faktor umat Islam mendapat kemenangan yang nyata. Ini kerana
bukan orang Islam dahulu yang memulakan peperangan, tetapi ia dimulakan oleh orang-
orang Quraisy.Justeru,ia adalah satu tindakan yang sepadan dengan perbuatan mereka.
Setiap kumpulan memainkan peranan mengikut seperti yang dilakukab oleh kumpulan
lain.Justeru, perjanjian gencatan senjata selama sepuluh tahun dapat menghentikan
keburukan dan gangguan ini.Ianya adalah dalil gagalnya orang yang memulakan
peperangan serta kelemahan dan kemusnahannya.

Fasal kesembilan ini tidak bererti apa-apa pada Islam.Kerana tidak ada apa-apa
yang dapat memudaratkan orang Islam.Seperti yang diketahui selagi seseorang itu
menganut Islam,dia tidak akan lari daripada agama Allah dan Rasul-Nya, serta tidak lari
dari penguasaan Islam.Dia tidak akan lari melainkan jika dia telah murtad daripada Islam
zahir atau batin.Oleh itu,kalau dia telah murtad,maka orang-orang Islam pun tidak
memerlukannya lagi.Terkeluarnya ia dari komuniti Islam lebih baik dari terus kekal di
dalamnya.


4.2 IMPLIKASI PERJANJIAN HUDAIBIYYAH TERHADAP ISLAM


Terdapat dua fenomena yang menyebabkan keseluruhan orang-orang Islam mengalami
dukacita dan kegelisahan.Pertama baginda s.a.w. telah memberitahu mereka bahawa
mereka akan datang ke Baitullah dan dapat bertawaf.Justeru,mengapa pula baginda
pulang tanpa melakukan tawaf.Kedua Rasulullah s.aw. berada di pihak yang benar dan
Allah akan menzahirkan agama-Nya.Justeru,mengapa baginda menerima desakan
Quraish dan menerima kerendahan dalam perjanjian itu.

Inilah dua gambaran yang menimbulkan kesangsian dan syak wasangka serta
keraguan dalam kalangan mereka.Kerana sebab itulah perasaan orang-orang Islam
terluka,sehinggakan setelah selesai perjanjian itu kesedihan mereka lebih menguasai akal
fikiran.Boleh jadi yang paling berduka cita ialah Umar bin al-Khattab.Dia datang kepada
Nabi seraya berkata: Wahai Rasulullah,bukankah kita di atas agama yang benar dan
mereka dalam kebatilan? Baginda menjawab Memang benar.Tanyanya lagi:
Bukankah orang kita yang terbunuh berada dalam syurga dan orang mereka berada
dalam neraka? Memang benar. Jawab baginda.Tanya lagi Justeru mengapa kita
serahkan kerendahan dalam agama kita dan kita berpatah balik, sedangkan Allah belum
memutuskan keputusan antara kita dan mereka? Baginda menjawab: Hai putera al-
Khattab, aku ini Rasulullah dan aku tidak akan menderhakai Allah,Dialah pembantuku
dan Dia tidak akan mensia-siakan aku sekali-kali.Umar bertanya lagi: Bukankah
engkau memberitahu kami bahawa kita akan datang ke rumah Allah dan dapat melakukan
tawaf? Baginda menjawab,
Bahkan, tetapi adakah aku memberitahumu bahawa kita akan datang pada tahun ini?
Umar menjawab: Tidak. Baginda berkata: Memang engkau pasti akan datang ke
rumah Allah dan dapat melakukan tawaf.

Kemudian Umar beredar sambil menahan marah.Dia pergi kepada Abu Bakar dan berkata
seperti yang dikatakannya kepada Rasulullah s.a.w.Abu Bakar menjawab kepadanya
sebagaiman yang dijawab oleh Rasulullah SAW,di samping itu Abu Bakar menambah
lagi dengan katanya: Berpegang teguhlah dengan keputusan baginda sehingga engkau
mati.Demi Allah dia berada di atas kebenaran.Kemudiannya Rasulullah s.a.w
mengutuskan seseorang untuk membacakan ayat yang baru diturun kepada Umar.
Setelah mendengarnya,Umar berkata: Wahai Rasulullah,adakah ini kemenangan?
Baginda menjawab: Ya. Barulah Umar berpuas hati dan kembali.

Setelah itu,Umar berasa menyesal atas keterlanjurannya dengan sesalan yang amat sangat.
Umar menceritakan: Disebabkan perbuatanku itu maka aku telah membuat beberapa
amalan.Aku bersedekah, berpuasa,bersolat dan membebaskan hamba seperti yang aku
lakukan pada hari ini,kerana bimbang akan kata-kataku itu,sehingga aku mengharapkan
agar amalanku ini diterima sebagai satu kebaikan.


4.2.1 Terungkainya Kemelut Orang Islam Yang Lemah


Setelah Rasulullah SAW kembali ke Madinah dan berada di sana,seorang lelaki muslim
yang diseksa di Makkah berjaya memboloskan diri.Belaiu ialah Abu Basir (Utbah ibn
Usaid) seorang yang berasal dari Bani Thaqif yang menjadi sekutu Quraish.Orang-orang
Quraish menghantar dua orang utusan iaitu Azhar ibn Abdi Auf dan al-Akhas ibn Syariq
untuk mencarinya.Kedua-dua utusan itu bertemu Nabi s.a.w. dan menuntut dilaksanakan
perjanjian antara mereka.Lantas Nabi menyerahkan Abu Basir kepada dua orang lelaki
itu.
Kemudian mereka berdua keluar membawa Abu Basir sehingga sampai ke Dzul
Hulayfah.Di situ mereka singgah untuk makan buah kurma yang mereka bawa.Abu Basir
mengambil kesempatan itu dengan bertanya kepada salah seorangnya: Demi Allah,aku
melihat pedangmu ini sungguh cantik hai si fulan.Lalu seorang lagi menghunuskan
pedangnya, lantas berkata: Memanglah, demi Allah pedang ini memang cantik, aku dah
beberapa kali menggunakannya.Lantas Abu Basir berkata: Bolehkah aku melihatnya.
Lelaki itu pun menyerahkan pedangnya kepada Abu Basir dan dengan pantas Abu Basir
melibaskan pedang itu sehingga lelaki itu mati.Melihatkan kejadian itu, lelaki yang
seorang lagi melarikan dirinya ke Madinah.

Dari jauh Rasulullah s.a.w. melihat lelaki itu datang seraya berkata: Kelihatannya
orang ini dalam ketakutan.Setelah lelaki itu sampai kepada Rasulullah SAW dia pun
berkata: Dia telah membunuh temanku,dan aku pula hampir-hampir terbunuh.
Kemudian Abu Basir pun sampai dan berkata: Wahai Nabi Allah,demi Allah,Allah telah
melaksanakan perjanjianmu.Engkau telah pun mengembalikan aku kepada mereka,
kemudian Allah menyelamatkan aku daripada mereka.Rasulullah s.a.w. bersabda:
Celaka ibunya,dia boleh menyalakan api peperangan jikalau ada seorang lagi
bersamanya.Apabila mendengar kata-kata baginda itu, tahulah dia bahawa baginda akan
menyerahkannya semuala kepada mereka,lalu dia pun lari keluar sehingga sampai ke tepi
pantai dan tinggal di sana.Setelah itu,Abu Jandal pula berjaya melepaskan dirinya
daripada cengkaman Quraish lalu keluar bergabung dengan Abu Basir.

Akhirnya setiap kali ada orang Quraish yang masuk Islam yang terlepas keluar,
maka mereka akan menuju ke tempat Abu Basir dan bergabung dengannya sehingga
mereka berjaya membentuk satu pasukan.Setiap kali mereka mendengar ada rombongan
dagang Quraish yang menuju ke Syam,maka mereka akan menghalangnya,membunuh
dan merampas harta benda mereka.Mereka telah melantik Abu Bashir sebagai panglima
.Dia lalu memimpin mereka,lantaran itu orang-orang Quraish menghantar surat kepada
Nabi SAW meminta dengan penuh harapan bahawa barang siapa yang datang kepada
Muhammad,maka ia selamat.Justeru,Nabi Muhammad s.a.w. mengutuskan utusan kepada
kumpulan Abu Basir.Akhirnya mereka pun berjaya datang ke Madinah.
4.2.2 Berkenaan Pengembalian Wanita-Wanita Muhajirin


Ia mengenai seorang wanita bernama Umm Kultsum binti Uqbah.Dia telah memeluk
Islam di Makkah.Dia sudah biasa pergi ke kampung keluarganya di wailayah Tanim,lalu
tinggal di sana beberapa hari.Sesudah itu dia pulang semuala ke Makkah.Suatu ketika dia
bertekad untuk berhijrah ke Madinah.Dia membuat perancangan seolah-olah hendak pergi
ke kampungnya seperti biasa.Di sana dia bertemu dengan seorang lelaki dari Bani
Khuzaah,lalu memberitahu bahawa dirinya telah memeluk Islam.Dia telah di bawa oleh
lelaki itu ke Madinah.Lantaran tindakan Umm menyebabkan,wali-wali Umm Kultsum
telah meminta mereka supaya dikembalikan kepada mereka mengikut perjanjian yang
telah dipersetujui di Hudaybiyyah, tetapi baginda menolak tuntutan mereka.

Alasannya ialah kerana perkataan yang tertulis dalam perjanjian itu berkaitan
perkara ini ialah dengan syarat janganlah ada seorang lelaki pun dari kalangan kami yang
datang kepadamu sekalipun dia mengikut agamamu melainkan kamu hendaklah
mengembalikannya kepada kami.Butiran ini ternyata tidak termasuk golongan wanita
sama sekali.Kemudian Allah menurunkan firman-Nya:


Og^4C 4g~-.- W-EONL4`-47 -O)
N47.~E} eE4g`u^- 4OE_N`
O}-ONL4-^` W +.- NUu
O}jg+EC)) W up) O}-O+;)U4N
e4Lg`uN` E O}-ON_O> O)
jOO7^- W O}- gO += 4 -
4pOwUg4 O}+O W -O>-474 .E`
W-OE^ _ 4 EEE4N_ 7^OU4 p
O}-OL> .-O) O}-O+-uO>-47
O}-4OON_q _ 4 W-O7O;> +=g)
@Og-4O^- W-OU4*c4 .4`
u7+^E^ W-OU4*O41^4 .4`
W-OE^ _ 7gO N'NO *.- W N7^4
7E4uO4 _ +.-4 N7)U4 _1EO ^
(al-Quran,Al Mumtahanah 60:10)

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman!Apabila orang-orang perempuan yang mengaku
beriman datang berhijrah kepada kamu,maka ujilah (iman) mereka Allah lebih
mengetahui akan iman mereka dengan yang demikian,sekiranya kamu mengetahui
bahawa mereka beriman,maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-
orang yang kafir.Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-
orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami).Dan berilah kepada suami-
suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah
kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila
kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang
Islam) tetap berpegang kepada `aqad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan
yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan minta lah balik maskahwin yang kamu telah
berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang
mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah Ia hukumkan di antara kamu (dengan
adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Maka Rasulullah s.a.w. menguji wanita-wanita yang datang kepada baginda berdasarkan
firman Allah:

Og^4C O/EL- -O) E47.~E}
eE4g`u^- El4Lu)C4lNC -O>4N p
;^)O;+C *.) 6*^OE- 4
=}^~)O;O4C 4 4-g^uO4C 4 =}U+^4C
O}-Eu 4 4-g>4C }4;_+:)
+O4LC)O4^4C 4u-4 O}jgguC
;)_)UN_O4 4 CE41u4C O)
l+Ou+4` O}_u)C4: Og^4-c-4
O}+O -.- W Ep) -.- EOOEN 7gOO (al-
Quran,Al Mumtahanah 60:10) ^g

Maksudnya:


Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk
memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah
dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan
mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu
perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak
akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah
pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Justeru mana-mana wanita Mukminah yang bersetuju dengan syarat ini, maka baginda
akan berkata kepadanya: Aku terima baiah mu.Kemudian baginda tidak memulangkan
mereka kepada orang-orang Quraish.Maka, dengan turunnya hukum yang diputuskan
oleh Allah ini,orang-orang Islam pun menceraikan isteri-isteri mereka yang kafir.Umar
pada masa itu mempunyai dua orang isteri yang masih syirik, lantas dia pun
menceraikannya.Salah seorang isterinya itu kemudian dikahwini oleh Muawiyah dan
yang satu lagi dikahwini oleh Safwan bin Umayyah.


4.3 Implikasi Perjanjian Hudaibiyyah Terhadap Quraisy


Sememangnyalah perjanjian ini,kalau dikaji dengan teliti membawa hasil yang bukan
kecil.Ia sebenarnya membawa keuntungan dari pelbagi aspek.Pengiktirafan Quraisy
terhadap kewujudan orang-orang Islam.Sejak lahirnya dakwah Islam di Makkah lima
tahun dulu hinggalah ke hari perdamain Hudaibiyyah ditandatangani,orang Quraisy
menganggap Nabi dan pengikut-pengikutnya adalah kelompok kecil masyarakat yang
wujud dalam kalangan Arab sebagai parasit.Mereka memandang orang-orang Islam
sebagai pengembara musafir yang asing.Malahan mereka menganggap bahawa nabi
s.a.w. dan sahabat-sahabat orang pelarian yang mesti di halau keluar dari bumi
Makkah.Orang-orang Quraisy tidak pernah pun menjangkan bahawa pada suatu hari
mereka akan duduk bersama-sama dengan orang=-orang Islam untuk berunding dan
mengiktiraf orang-orang Islam sebagai umat yang berdaulat,sebagai umat yang
mempunyai kerajaan yang berdaulatyang harus dihormati.Tetapi pada hari perundingan
Hudaibiyyah mereka terpaksa mengakui dan meniktiraf semua itu.

Kefahaman Orang-orang Musyrikin Tentang Hakikat Islam

Antara lain hasil yang diperolehi dalam rundingan damai ini gelagat dan tindak tanduk
orang-orang Islam khususnya nabi s.a.w. sendiri,membuatkan mereka dikagumi dan
dihormati oleh sebahagian besar para pemimpin suku-suku Arab di sekitar kawasan
berkenaan yang pernah menjadi utusan Quraisy sebagai orang tengah dalam
menyelesaikan keruncingan antara Quraisy dan Islam.Sebelumnya dalam pandanagan dan
tanggapan bangsa Arab seluhnya orang-orang Islam adalah satu kelompok manusia yang
hobinya berperang,penghisap darah dan suka bermusuhan.Mereka menganggap
kedatangan orang-orang Islam ke Makkah pada kali itu dengan jumlah yang ramai adalah
bertujuan perang dan menumpahkan darah dalam kawasan tanah haram.Tetapi setelah
ketua-ketua mereka mendatangi orang-orang Islam yang berkhemah di Hudaibiyyah
untuk berunding,mereka pun sedar bahawa selama ini mereka tertipu oleh dakwaan
Quraisy.

Pepecahan Kem Syrik

Antara yang menjadi hasil dari perjanjian Hudaibiyyah juga pepecahan yang meruncing
yang berlaku di pihak Quraisy.Kebanyakan sekutu-sekutu Quraisy yang ditugaskan
berunding dengan Rasulullah s.a.w. mengecam sikap yang diambil oleh kepimpinan yang
bongkok dan ego dalam melayani isi rombongan orang-orang Islam.Sekutu-sekutu
tersebut telahmemberikan pandangan dan sikap mereka yang tidak puas hati terhadap
sikap Quraisy yang bercanggah dengan adat dan budaya Arab masa itu.Mereka tegaskan
bahawa adalah hak orang-orang Islam untuk mengerjakan umrah di tanah haram.

Kerana itu kita dapati ketua orang-orang Ahabisy ,al-Hulais ibn Zabban mengancam akan
memansukhkan perjanjian setiakawan dan menarik keluar orang-orangnya sekiranya
pihak Quraisy berdegil dengan sikap mereka.Ancaman ini memeranjatkan pemimpin
Quraisy dan membuatkan mereka menimbang semuala keputusan dan bersetuju mencari
jalan lain dalam menghadapi isu umrah orang-orang Islam ini.Ancaman al-Hulais ini
adalah perpecahan yang kedua yang telah berlaku di pihak Quraisy.Sebelum itu telah
berlaku perpecahan di mana ketua orang-orang Thaqif,Urwah ibn Masud telah
mengkritik keras tindakan pemimpin-peminpin Quraisy terhadap isu ini,sebelum beliau
menarik diri dan pulang bersama pengikutnya ke Taif.

Kerana itulah pemimpin-peminpin Quraisy akhirnya mengambil sikap sederhana
sehingga membawa kepada termeterinya perjanjian Hudaibiyyah.Tidak dapat disangkal
lagi bahawa kedua-dua peristiwa ini merupakan keutungan yang diperolehi oleh
Rasulullah s.a.w.Perpecahan ini sebenarnya faktor utama yang membuat kem Quraisy
menjadi lemah dan secara tidak langsung imbangan kekuatan fizikal yang sedia ada
memihak kepada orang-orang Islam.Keadaan inilah sebenarnya yang membuatkan orang-
orang Quraisy mengambil keputusan untuk berdamai.

Pihak Islam Mempengaruhi suasana Pihak Musyrikin

Perjanjian Hudaibiyyah secara tidak langsung dapat membuka ruang untuk orang-orang
musyrikin dan muslimin bercampur gaul.Keadaan ini wujud hasil dari suasana aman yang
diperolehi melalaui perjanjian.Orang-orang musyrikin berpeluang untuk mengenali
hakikat Islam terus melalui personaliti penganut-penganutnya.Bukan lagi melalui berita-
berita dan cerita yang didengar dari jauh.Kerana itu orang-orang musyrikin yang
mempunyai mentaliti yang seimbang dan stabil dapat menilai kebaikan dan keindahan
Islam secara langsung dari personaliti yang mereka gauli.Mereka tertarik dan
terpengarah.Hasilnya beberapa bulan selepas termeterinya perjanjian Hudaibiyyah
berpuluh malah beratus-ratus ribu orang memeluk Islam,khususnya dari golongan
Quraisy yang paling keras menentang Islam dalam lima atau sepuluh tahun sebelum itu.

Tokoh-Tokoh Quaisy Memeluk Islam

Selepas termeterainya perjanjian Hudaibiyyah beberapa tokoh Quaisy memeluk
Islam.Diantara mereka adalah Amru ibn Ash,Khalid ibn Walid dan Uthman ibn
Talhah.Belum sampai setahun perjanjian damai,tiba-tiba Khalid ibn al-walid,panglima
berkuda Quraisy naik ke puncak Safa dan melaung sekuat hatinya dengan mengatakan
bahawa telah jelas bahawa Muhammad itu bukan seorang tukang shir dan bukanlah juga
seorang pembohong.Oleh itu sepatutnya kita semua mengikuti ajaran Muhammad.Setelah
berucap demikian beliau pun mengambil pedangnya lalu menunggang kudanya menuju
Madinah untuk menisytiharkan Islamnya.Beliau diiringi oleh dua temannya Uthman ibn
Talhah dan Amru ibn Ash.

Setibanya di Madinah dia segera datang menghadap Rasulullah dan menyatakan
keislamannya.Kegembiraan terbayang di wajah Rasulullah.Uthman ibn Talhah adalah
seorang pemimpin kaum Quraisy yang mempunyai kedudukan yang tinggi di kalangan
kaumnya.Dia adalah orang yang mempunyai hak memegang kunci dan menjaga
kehormatan Kaabah pada masa itu.Namun dia tidak begitu keras dan kejam membenci
dan memushi Islam,tidak seperti Amri dan Khalid.Pada masa itu dengan diam-diam dia
pergi ke Madinah,tiba-tiba sebelum dia tiba di Madinah,di pertengahan perjalanan dia
bertemu Khalid dan Amru.


5.0 BELAJAR DIPLOMASI DARIPADA NABI


Menyahut Seruan Nabi

Sambutan kaum Muhajirin dan Ansar ketika mendengar seruan nabi untuk

Anda mungkin juga menyukai