Anda di halaman 1dari 11

Apa itu Celebral Palsy?

Cerebral Palsy adalah kelainan permanen pada otak yang memengaruhi perkembangan motorik dan postur tubuh, seringkali terjadi pada otak yang sedang dalam tahap tumbuh kembang. Kelainan ini bukan disebabkan karena perkembangan otak yang tidak sempurna, melainkan karena kerusakan otak yang terkena trauma, kuman, virus maupun hal lain yang menyerang otak namun penyakin ini bukanlah penyakit yang menular.

faktornya: - Beberapa faktor penyebab janin berisiko terkena Cerebral Palsy di masa kehamilan adalah terjadinya infeksi dalam kandungan yang dapat menyerang janin (misalnya seperti rubella, toksoplasma, sitomegalovirus atau inveksi virus lainnya) dan kehamilan yang terkena paparan radiasi berlebih. - Pada kondisi persalinan, yang membuat bayi berisiko terkena Cerebral Palsy adalah saatbayi lahir prematur, keracunan air ketuban atau kekurangan oksigen. - Terakhir, pada masa setelah kelahiran, benturan yang terjadi baik saat masih di dalam kandungan maupun saat sudah dilahirkan, meningitis, infeksi otak, kejang berulang juga menjadi salah satu faktor penyebab terjadinya Cerebral Palsy yang paling umum. Melihat dari beberapa faktor risiko penyebab Cerebral Palsy,

maka melakukan teskesehatan sebelum hamil dan menjalani pola hidup sehat selama kehamilan, termasuk gizi yang baik, istirahat dan olahraga cukup, sekaligus menjaga pikiran tetap positif adalah beberapa hal yang perlu dilakukan untuk mengurangi risiko anak terkena Cerebral Palsy.

Defenisi : cerebral palsy adalah suatu gangguan sikap, gerak, dan tonus disebabkan perkembangan struktur otak yang abnormal atau lesi yang non progresif dari pada otak yang immature. (World Comission On Cerebral Palsy)

Pada prinsipnya faktor penyebab CP dibagi dalam 4 besar, yaitu : a. Faktor prenatal : (55%) kejadian dimulai dari saat terjadinya konsepsi sampai masa gestasi 28 minggu. 1. Masa trisemester awal : Kelainan genetik/kromosom/bawaan Infeksi intera uterin : rubella, toxoplasmosis, sypilis Iradiasi Toksik/obat-obatan Kehamilan ganda Usia ibu yang terlalu tua atau muda. 2. Masa trisemester akhir Thread abortion Khronic maternal illness Toxemia gravidarum Interauterin growth reterdation Interauterin infection

b. Faktor perinatal (40%) masa gestasi 28 minggusampai hari postpartum Toxemia gravidarum Antepartum hemoragia Gangguan plasenta Trauma lahir Severe birth ashphyxia Infeksi Interauterine growthreterdation Hypoglycemia Shock Preterm birth c. Faktor postnatal (5%) terjadi darimasa mulai lahir sampai umur 2 tahun Infeksi (meningitis, ensefalitis, dan lain-lain) Trauma/injury CVD Eilepsi Gangguan metabolisme Malnutrisi Inflamasi neurologis.

CEREBRAL PALSY CEREBRAL ialah OTAKPALSY bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan ketika bahagian otak berkembang dengan pesat. Sebelum Kelahiran 1. Jangkitan dalam rahim 2. ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung 3. pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung Semasa Proses Kelahiran 1. Kelahiran tidak cukup bulan 2. kecederaan semasa lahir 3. lemas semasa lahir 4. jangkitan semasa lahir Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun) 1. meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) demam kuning 2. Jaundis yang teruk (kemicterus) 3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal. Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial. Punca-punca : 1. kekurangan bekalan oksigen (anoxia) punca utama.

2. perkembangan otak yang tidak normal. 3. rembesan (intraeraneal bleeding). 4. demam kuning. 5. terhentak / terhempas / kejutan. 6. serangan kuman / penyakit. Tanda-tanda : 1. bayi kelihatan lembik 2. lewat perkembangan 3. menggunakan sebelah tangan (hand preference) 4. masalah menyusu 5. kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas rangsangan 6. refleks primitive yabg kekal 7. sembelit 8. cepat marah Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy 1. bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis. Umur Tahap Perkembangan 0 10 bulan 1. kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanakkanak normal seperti meniarap, duduk mengesot dan sebagainya. 11 bulan 1. mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak. 1 3 tahun 1. 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.

2. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku di samping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila dia menarik nafasnya dan menangis, warna di mukanya kembali cerah semula. 8 tahun 1. Belum boleh bercakap Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : 1. rencatan akal (kurang kecerdasan) 2. kerencatan pertuturan 3. rencatan penglihatan 4. rencatan pendengaran 5. sawan (epilepsy) 6. kecacatan anggota 7. kecacatan gigi 8. masalah mengenai pernafasan 9. masalah mangenai pemakanan 10. masalah untuk buang air besar atau kecil. Jenis-Jenis Cerebral Palsy 1) Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut. 2)Athetoid.- Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka. 3) Ataxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanakkanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan koordinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang

dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mendapat keseimbangan postur tersebut. 1. Hypoytonik otot lembik. 2. Campuran sifat-sifat di atas. Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy. 1. Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanakkanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. 2. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. 3. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. 4. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka. Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama. Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secara langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota

yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu : 1. Spasticity 2. Athetosis 3. Ataxia Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic. Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otototot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya.Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan. Basal Ganglia Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu mengorganisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia. Serebelum Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan mentadbir fungsi

tubuh manusia seperti koordinasi pergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan. Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daripada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat. Mengesan Kanak-kanak Spastik. Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtomsimtom yang ditunjukkan : a)Kesukaran sewaktu makan Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanakkanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk dikeluarkan semula. b)Masalah pernafasan Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising. c)Masalah tidur. Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis. d)Masalah pertuturan. Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan babbling sound. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya. e)Masalah pendengaran.

Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. f)Masalah penglihatan. Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan. g)Reaksi yang tidak normal Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanakkanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia). Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal. Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya. Program Kanak-kanak Spastik dalam Kelas Pendidikan Khas. Kelas khas ini diwujudkan sejak tahun 1992. Kelas ini meliputi pelbagai aspek yang bukan berkaitan dengan pelajaran. Kelas ini dinamakan kelas kemahiran yang menempatkan pelajar yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Kelas Pembangunan bagi pelajar berumur dua belas tahun ke atas serta Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas. Kanak-kanak dalam kedua-dua kelas Kemahiran dan Pembangunan diberikan latihan fizikal yang berkesan, pembentukkan pemikiran dan keduaduanya sekali. Mereka ini didedahkan kepada komunikasi antara masyarakat.

http://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/cerebral-palsi.html

http://prappkitawau.blogspot.com/2011/10/masalahpembelajaran-kbk-1013.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0520&p ub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm http://duniacp.blogspot.com/2011/10/zaman-persekolahankami.html http://www.slideshare.net/QasehaQila/murid-pemulihan-khasdan-masalah-pembelajaran-khusus-disleksia

http://cikguhijau.blogspot.com/search/label/Murid%20Pemulihan %20Khas

RUJUKAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS, YASMIN HUSSAIN(PHD), PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN BHD, 2013, SELANGOR

http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=482.0