Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM PRAKTIKUM Praktikum adalah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektik dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Saya Siti Amirah Binti Mohamad Noor berasal dari Taiping Perak dari kuliah PISMP 7.12 Ambilan Januari 2011 ( Major Pendidikan Jasmani) akan menjalani sesi praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Bandar Banting di bawah penyeliaan Puan Nurpiriamalar Binti Ramiah untuk subjek major iaitu Pendidikan Jasmani manakala Encik Manas Bin Lehan untuk subjek minor iaitu Kewarganegaraan. Praktikum fasa kedua ini, saya masih lagi berasa gementar kerana akan berhadapan dengan murid murid yang latar belakang yang berbeza berbanding di sekolah praktikum fasa dua yang lepas. Ini kerana sekolah sebelum ini saya berpraktikum di sekolah kategori bandar manakala SK Bandar Banting ini adalah sekolah kategori luar bandar. Pada pandangan saya suasana sekolah menstilah berbeza dari sebelum ini. Pada pendapat saya, saya perlu menggunakan pendekatan yang berbeza dari praktikum dua mengikut kesesuaian murid. Saya juga membuat jangkaan saya akan mengajar murid murid tahap 1 memandangankan ingin mengajar KSSR kerana Pendidikan Sivik Dan

apabila tamat pengajian, KBSR sudah tidak dijalankan lagi. Selain itu saya juga menjangkakan agar dapat bimbingan yang baik daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Apa yang saya harapkan daripada praktikum fasa tiga ini adalah dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman mengajar kerana ini adalah bekalan saya sebagai

bakal guru pada masa hadapan. Saya berharap dapat mempelajari mengawal kelas dan cara menarik perhatian murid. Aspek kawalan kelas amat penting dalam subjek Pendidikan Jasmani kerana sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berlaku diluar kelas dan memerlukan kawalan kelas yang rapi agar dapat menjamin keselamatan murid semasa diluar kelas. Begitu juga dengan subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Saya berharap saya dapat mengawal kelas dengan baik dan berjaya menarik perhatian murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga berharap mendapat bimbingan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing tentang cara penyampaian ilmu kepada murid. Selain itu, saya juga ingin mempelajari cara mengendalikan murid murid nakal. Saya juga berharap dapat mengendalikan kelas dengan lancar dan baik di samping dapat mewujudkan suasana kelas yang seronok dan ceria. Saya juga berharap murid- murid gembira menghadiri kelas saya. Saya juga berharap dapat menimba pelbagai ilmu bukan sahaja dalam pengajaran subjek Pendidikan Jasmani malah dalam bidang lain seperti pengacaraan majlis, mengendalikan projek di sekolah dan lain lain lagi. Akhir sekali saya berharap dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya perolehi di IPG semasa menjalani praktikum ini.