Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa /kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-2 Kedua 29/7/2012 2/8/2012 Masalah komunikasi dengan pelajar

1) Masalah /Peristiwa Minggu ini adalah minggu kedua saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar. Saya telah mengalami masalah dalam berkomunikasi dengan murid di sekolah ini. Ini kerana saya tidak dapat memahami percakapan mereka. Mereka banyak menggunakan loghat Terengganu yang kadang-kadang tidak dapat difahami oleh saya sendiri. Walaupun saya sudah berada di Terengganu ini selama 4 tahun. Namun saya masih tidak masih dapat memahami perkataan-perkataan yang jarang didengar oleh saya.

2) Analisis Masalah ini timbul kerana saya berasal bukan dari Terengganu. Jadi sukar bagi saya untuk memahami loghat bahasa Terengganu yang digunakan oleh murid saya. Saya selalu meminta mereka mengulang -ulang percakapan mereka kerana saya tidak begitu faham apa yang dicakapkan oleh mereka. Selain itu juga, loghat utara saya juga menyukarkan murid untuk memahami percakapan saya.

3) Cadangan Tindakan Susulan Saya perlu lebih mendalami bahasa Terengganu dengan rakan-rakan saya yang berasal dari Terengganu. Selain itu juga, saya perlulah cuba menggunakan bahasa baku agar pelajar saya dapat faham apa yang diajar oleh saya dan saya dapat memahami dengan lebih jelas apabila ditanya oleh murid saya.

4) Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin supaya sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya dapat berlangsung dengan lancar. Ini kerana komunikasi merupakan aspek yang paling penting sekali dalam menyampaikan ilmu. Jika murid tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh saya sudah tentulah murid tidak dapat memahami pengajaran yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai