Anda di halaman 1dari 17

KONSEP SAINS Ilmu yang berkaitan dengan fenomena alam semesta.

. Sebagai proses yang melibatkan inkuiri-penemuan dan penyelesaian masalah. Ilmu yang melibatkan penyiasatan Ilmu yang memerlukan pembuktian Ilmu sains yang melibatkan fakta, konsep, teori, prinsip dan hokum Sumber perkembangan teknologi Sains melatih manusia menggunakan deria untuk mengenali dan berinteraksi dengan alam

MATLAMAT DAN TUJUAN PEMBELAJARAN SAINS

1. Mengenal dan menamakan benda hidup dan bukan hidup yang terdapat di sekitar kehidupan murid. 2. Menama jenis alat perhubungan dan pengangkutan yang terdapat di sekitar mereka. 3. Menunjukkan perlakuan bersopan santun semasa berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. 4. Menggunakan alat perhubungan dan pengangkutan dengan cara yang betul. 5. Mengamalkan sikap dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 6. Menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat dan Negara.

KEMAHIRAN ASAS PROSES SAINS

MEMERHATI

Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria. Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif .

MENGELAS

Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya. Mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing.
Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.

MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

Proses membuat kesimpulan awal untuk

MEMBUAT INFERENS

menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Pengalaman lepas digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut. Kesimpulan yang dibuat ini mungkin benar atau tidak. Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

MERAMAL

BERKOMUNIKASI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

1. INKUIRI Merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau masalah yang dikemukakan. Dua teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. 5 fasa model inkuiri. Fasa 1 (berhadapan dengan masalah ) Fasa 2 (Mengumpul data ) Fasa 3 ( Pengumpulan data ) Fasa 4 (Menyusun, merumus, keterangan ) Fasa 5 ( Analisa proses inkuiri ) Prinsip-prinsip model inkuiri Prinsip 1 (guru perlu memilih topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran. Prinsip 2 ( penyediaan alatan) Prinsip 3 ( peranan yang dimainkan oleh guru ) Prinsip 4 ( guru memberi kebebasan kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulan yang mereka berikan.

2. EKSPERIMEN - Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. - Langkah langkah semasa menjalankan eksperimen: a. Mengenal pasti masalah b. Membuat hipotesis c. Merancang eksperimen

Mengawal pemboleh ubah Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan Kaedah mengumpulkan data dan menganalisa data

d. Melakukan eksperimen e. Mengumpul data f. Menganalisa data g. Mentafsir data h. Membuat kesimpulan i. Membuat laporan

3. AKTIVITI HANDS ON A - Memerlukan murid terlibat secara aktif. - Mendedahkan murid kepada aktiviti sebenar. -Eksperimen melibatkan dua kriteria : e. Mengumpul data i. murid mempunyai idea apa yang hendak diuji (membuat hipotesis) ii. murid harus mengubah hanya satu syarat pada satu masa , membanding objek yang diubah dengan objek sepadan yang tidak diubah (mengawal pembolehubah )

4. PENEROKAAN - Suatu tindakan mencari untuk tujuan penemuan sumber atau maklumat. - Fokus kepada penglibatan murid dalam membentuk konsep dan kefahaman dalam sesuatu perkara. - Kaedah penerokaan member peluang kepada murid melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran di samping member peluang kepada murid menentukan hala tuju dan kemajuan pelajar

5. PENEROKAAN AKTIF - Murid-murid berupaya menjalankan penerokaan aktif apabila mereka diberi kesempatan pembelajaran secara hands on, bahan yang sesuai untuk dimanipulasi, masalah yang mengagumkan , bantuan dan bimbingan , kebebasan yang mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajarannya sendiri.

6. PROJEK SAINS - Aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah. - Projek mengambil masa yang panjang. - Murid boleh merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan tajuk yang dikaji. - Tugas guru adalah menyediakan pilihan projek, memberi garis panduan, mencadangkan bentuk persembahan dan memantau kemajuan pelaksanaan dari semasa ke semasa.

7. KAJIAN LAPANGAN - Aktivti dilakukan di luar bilik darjah seperti di kolam , taman botani, rimba rekreasi , zoo dan lain lain tempat yang difikirkan sesuai. - Persediaan sebelum kajian lapangan : a. Jelaskan tujuan laatan. b. Semak dasar sekolah tentang prosedur lawatan. c. Guru terlebih dahulu perlu melawat sendiri tapak lawatan d. Guru perlu merancang senarai soalan atau tujuan dan maklumat latar belakang tempat yang dilawati. e. Menetapkan peraturan tingkah laku dan keselamatan murid khas. f. Di tapak, pastiakn murid melihat dan mendengar, mengemukakan pertanyaan. g. Adakan refleksi tentang kajian yang dilaksanakan.

8. KERJA KUMPULAN - Aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan murid. -Jenis-jenis kumpulan : a. Mengikut kumpulan b. Pelbagai kebolehan

9. AKTIVITI MERENTAS KURIKULUM - Aktiviti merentas kurikulum yang terdapat dalam mata pelajaran sains adalah : a. nilai merentas kurikulum b. bahasa merentas kurikulum c. pendidikan alam sekitar merentas kurikulum d. sains dan teknologi merentas kurikulum -

10. SIMULASI - P& P yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. - Boleh dilaksanakan melalui main peranan, permainan dan penggunaan model. - Langkah-langkah penting kaedah simulasi ialah : a. menjelaskan objektif b. merancang dan mewujudkan situasi simulasi c. mengadakan perbincangan untuk merumuskan isi pelajaran

MASALAH-MASALAH YANG DIALAMI OLEH MURID MASALAH PEMBELAJARAN DALAM PEMBELAJARAN SAINS

Bil

Masalah Yang Dialami oleh Murid

Huraian

1.

Ketidakupayaan Kognitif

Masalah dalam daya ingatan , kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingat maklumat, mengklafikasikan benda, mendefinisi, menilai, membanding beza , lemah dalam kemahiran berbahasa.

2.

Ketidakupayaaan fizikal

Bermasalah dalam koordinasi motor halus dan motor kasar. Pergerakan pergelanngan tangan yang luar biasa, lambat menulis, sukar memegang objek, sukar menggunting, sukar mengimbangkan badan. Kecelaruan pandangan dan penglihatan Mengeja dengan tidak konsisten, sukar memahami perkataan atau istilah sains, daya ingatan yang lemah.

3.

Kecelaruan emosi

Tingkah laku daripada emosi murid itu sendiri. Setiap perlakuan digerakkan daripada hati murid.Ciri-ciri kecelaruan emosi ialah suka menarik tumpuan, suka menimbulkan masalah, mudah dipengaruhi, menjawab tanpa berfikir, mudah merasa malu, mudah tertekan, berkelakuan aneh, sukar untuk bertenang.

4.

Kesukaran menerima pengetahuan baru

Pengetahuan baru merupakan sesuatu yang asing bagi murid-murid berkeperluan khas. Ketidakupayaan kognitif mereka melambatkan proses penerimaan maklumat atau pengetahuan baru.

5.

Kesukaran memahami buku teks

Bermasalah untuk membaca dan memahami buku teks sains. Mereka mempunyai masalah menguasai bahasa terutama membaca ayat panjang serta memahaminya. Bahasa dan kandungan buku teks sains yang agak susah tidak dapat diikuti oleh murid khas yang 9

mempunyai berbagai masalah.

6.

Kesukaran menerima arahan

Sukar bagi murid bermasalah pembelajaran menerima sesuatu arahan dan melaksanakannya dengan sempurna. Mereka perlu diberi penerangan yang jelas serta berulangkali bagi kefahaman mereka.

7.

Kesukaran mengaplikasi konsep

Sukar bagi murid khas menerima konsep , apatah lagi untuk mengaplikasikan konsep tersebut. Mereka perlu diberi peluang sepenuhnya melatihkan diri dalam mengaplikasikan konsep yang dipelajari. Ini dapat dilakukan dengan bimbingan guru menggunakan langkah terperinci yang dipermudahkan.

10

11

12

13

14

15

16

17

Anda mungkin juga menyukai