Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

salam sejahtera Bersyukur kepada tuhan, kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ataupun Reka Bentuk dan Teknologi ini dengan jayanya. jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kursus ini iaitu En Hj Ismail Bin Saiman dan En Naaisam Bin Mohamad kerana memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya. ia telah dapat membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Dengan tunjuk ajar dan didikan dari mereka telah dapat memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menghasilkan kerja kursus ini kami saling bertukar pendapat dan mendapatkan idea untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Sokongan dan dorongan sahabat telah banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, ia dapat mendalami ilmu hasil daripada perkongsian maklumat antara kami. sesungguhnya

penghargaan dan hutang budi ini tidak dapat dilahirkan dengan sempurnanya dengan beberapa baris ucapan ini. Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat tugasan ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan saya amat menghargainya.

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai