Anda di halaman 1dari 1

Stadium Larkin yang terletak di negeri selatan tanah air iaitu Johor telah menjadi venue perlawanan bolasepak

yang menjadi bualan hangat dewasa ini. Stadium yang dahulunya kosong tanpa penyokong walaupun diberi tiket percuma kini mencatat kehadiran sehingga 30,000 peminat dari seluruh pelusuk negeri.

Biar menang atau pun kalah, peminat tetap memberi sokongan padu dan bersorak meriah bersamasama. Kalau dahulunya suasana ini hanya terdapat di negeri seperti Selangor, Kedah juga Kelantan, namun stadium Larkin sekarang berdiri megah dengan kehadiran penyokong setianya. Kerja menaiktaraf telah memungkinkan kapasiti penyokong bertambah dari 15,000 kepada 30,000 tempat duduk sekarang ini.

Di bawah teraju Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, revolusi bolasepak telah berlaku di negeri Johor sejak beliau megambil alih pucuk pimpinan persatuan bolasepak Johor awal tahun lalu. Pemain berkualiti dari dalam dan luar negara dibawa menyertai pasukan seperti Safee Sali, Safiq Rahim, Nor Shahrul Idlan Talaha, Daniel Guiza, Andrezinho dan juga Leonel Nunez turut merancakkan arena bolasepak khususnya di negeri Johor.

Zaman suram bolasepak Johor sejak dua dekad lalu telah berakhir dan diharap laungan Luaskan Kuasamu Johor akan terus bekumandang.

- See more at: http://johorsoutherntigers.com.my/ms/2013/11/21/bolasepak-johor-dahulu-dansekarang/#sthash.BS1aPxdK.dpuf

Anda mungkin juga menyukai