Anda di halaman 1dari 12

CERPEN ANAK GEMBALA

TEMA
Cerpen ini bertemakan kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri. Mat Seman digambarkan sebagai kelompok masyarakat desa yang menentang arahan pemimpin yang diwakili oleh Penghulu Isa daripada memindahkan 60 ekor kerbaunya dari Lembah Bilut ke kawasan kaki bukit.

WATAK UTAMA
MAT SEMAN 1. Cucu Tuk Gembala Deraman. 2. Isterinya bernama Sutinah. 3. Mempunyai 4 orang anak (Sehak, Milah, Kiah dan Semah). 4. Bekerja sebagai seorang askar di kem askar, Perak sebelum menjadi seorang gembala kerbau. 5. Merupakan generasi ketiga yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau. (MS 79) 6. Memakai kaki palsu (cacat) Kakinya remuk kena jerangkap samar ketika membuat operasi di sempadan menyebabkan kakinya telah dipotong. (MS 80

WATAK SAMPINGAN

AYAH MAT SEMAN 1.Anak Tuk Gembala Deraman 2.Merupakan generasi kedua yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau. 3.Menurunkan ilmu kerbau kepada Mat Seman tentang cara-cara menghalau kerbau pulang ke kandangnya dengan menggunakan seruling . 4. Meninggal kerana hidung dan gusinya berlubang disebabkan sakit resdung yang lama tidak berubat. (m/s 82)

WATAK SAMPINGAN

SUTINAH
1. Isteri Mat Seman 2. Tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau kerana baginya pekerjaan tersebut adalah hina dan tidak akan dihormati oleh orang lain. (MS 83)

PERSOALAN

1.Pengorbanan seorang ketua keluarga Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah memelihara 60 ekor kerbau sebagai sumber rezeki mereka dan bercita-cita menjadi contoh kepada warga Desa Anggun Batu Sebutir atas kegigihannya itu.

PERSOALAN
2.Kecintaan terhadap ilmu Sutinah mempunyai hasrat untuk menghantar anak-anaknya melajutkan pelajaran ke universiti bagi mengubah nasib mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan.

PERSOALAN
3.Keberanian seorang lelaki Mat Seman mengambil tindakan untuk melepaskan kerbau-kerbaunya bagi menghalang kumpulan pekerja yang akan memunggah Lembah Bilut. Namun demikian, akhirnya Mat Seman menjadi mangsa rempuhan kerbaunya sendiri yang berpatah balik setelah takut mendengar deruman enjin kereta sodok.

LATAR MASA
Pada waktu petang Mat Seman akan menghalau kerbau-kerbaunya masuk ke kandang apabila tiba waktu petang dengan menggunakan seruling. Petang-petang dia akan tiup, tidak dengar sekali,dua kali,masuk tiga kali biasanya semuanya memanjat lembah untuk pulang ke kandang. (Halaman 80-81)

LATAR MASA
2.Pada waktu pagi, Sutinah dan anaknya ,Sehak keluar ke kandang kerbau untuk memberi kerbau-kerbau itu makan batang pisang Kerana hujan semalammalaman,paginya lembap di sana sini,becak dan berair. Tetapi, Sutinah dan Sehak sudahpun melambakkan batang pisang dalam kandang (Halaman 89)

1.LEMBAH BILUT

2. DESA ANGGUN BATU SEBUTIR

3. DI RUMAH MAT SEMAN

LATAR TEMPAT

4. DI RUMAH MAT SEMAN

5. DI KANDANG KERBAU