Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KEJOHANAN MINI OLAHRAGA Nama No K/P : Norhayati Binti Mohd.

Nazri : 760614-01-5568

Kejohanan Mini Olahraga telah diadakan pada 27 April 2013.Kejohanan ini diadakan dua sesi kerana jumlah pelajar PPG yang agak ramai. Apabila diberi taklimat dan pembahagian kumpulan untuk menentukan kumpulan yang terlibat dalam sesi tersebut, kelas saya iaitu MT5 berada dalam kumpulan 2 iaitu sesi petang bermula jam 2 hingga 5 petang. Kami bersyukur kerana pelajar dari kuliah PJ 2 menawarkan diri untuk menyiapkan kertas kerja dan senarai pegawai kejohanan pada hari tersebut.Kami semua menerima tawaran tersebut kerana memikirkan bahawa mereka lebih pakar tentang sukan berbanding kami. Kami dibahagikan kepada beberapa rumah sukan dan saya berada dalam rumah merah. Dalam hati saya berkata adakah kami kena menyediakan baju sukan mengikut warna rumah sukan tetapi setelah berbincang dengan pensyarah pembimbing dan rakan sekuliah yang lain kami bersetuju untuk memakai baju yang kami sediakan untuk kelas kami sepanjang interaksi pada kali ini.

Kekuatan Semasa berlangsung hari kejohanan mini sukan ini, kami berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing. Kami mengadakan perbincangan dalam kumpulan rumah sukan masing-masing untuk menentukan siapakah yang akan masuk acara yang dipertandingkan nanti. Melalui mini olahraga yang diadakan ini, kami dilatih untuk menguruskan kejohanan sukan dengan baik bermula dari penyediaan kertas kerja hinggalah berlangsungnya acara pada hari kejohanan. Ini merupakan satu pendekatan yang baik untuk guru-guru PPG belajar dan mengaplikasikannya di sekolah kelak. Melalui mini olahraga ini juga semangat setiakawan dapat dipupuk dikalangan guru-guru PPG untuk sama-sama menjayakan kejohanan olahraga ini.

Kelemahan Memandangkan kami hanya berjumpa pada interaksi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan IPGKTI, ini merupakan salah satu kekangan untuk kami bagi memastikan kejohanan mini olahraga ini berjalan dengan lancar. Selain itu pelbagai

masalah berbangkit seperti penyertaan di kalangan guru-guru yang merungut untuk tidak mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan juga menjadi salah satu kelemahan dan kekangan dalam misi untuk menjayakan kejohanan mini olahraga ini. Pada hari kejohanan. setelah mendengar taklimat kejohanan dari pengerusi teknik, maka kejohanan pun dimulakan. Tetapi malangnya setelah beberapa acara dilangsungkan hujan turun dengan begitu lebat sekali sehingga memaksa kami semua bertempiaran lari mencari tempat berteduh kerana tidak sanggup basah dalam hujan .Setelah melihat hujan yang turun tidak berhenti malah semakin lebat maka pegawai kejohanan terpaksa membatalkan kejohanan mini olahraga pada hari ini. Majlis penutup yang dirancang rapi pun tidak sempat dilakukan kerana banyak acara yang tidak dilangsungkan. Inilah pengalaman manis dalam menjalankan kejohanan mini olahraga ini. Semoga ia tidak berulang semasa kejohanan sukan di sekolah nanti.

Cara Mengatasi Adalah diharapkan pihak unit kokurikulum IPGKTI dapat memaklumkan satu waktu atau masa bagi pelaksanaan mini olahraga ini dengan kadar segera dan tepat agar jadual dapat disusun dengan lebih baik bagi memastikan kelancaran kejohanan mini olahraga ini berjalan dengan lancar. Tarikh diluar waktu interaksi yang diperuntukkan menyukarkan sesetengah dari kami untuk menyertainya kerana komitmen kami terhadap tugas-tugas di sekolah selain tugasan sebagai ibu bapa di rumah.

LAPORAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 2013

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI

: 27 April 2013 ( SABTU ) : 2.00 hingga 5.00 petang : Padang IPGKTI : Mini Olahraga telah diadakan pada hari Sabtu,

Kejohanan

27/4/2013.Kejohanan ini diuruskan sepenuhnya oleh pelajar PPG Ambilan Jun 2011 untuk memenuhi salah satu daripada kriteria pemarkahan untuk mata pelajaran WAJ 3114- Olahraga untuk semester 4 ini.Taklimat berkaitan dengan kejohanan ini telah diadakan pada 13 April 2013.Pembahagian rumah sukan juga telah ditentukan oleh pensyarah pembimbing dan kami dibahagikan kepada dua sesi kejohanan.Kelas MT5 iaitu kelas saya telah ditetapkan dalam kumpulan 2 yang perlu menjalankan kejohanan pada sesi petang. Setelah perbincangan dijalankan, kelas PJ 2 telah menawarkan diri untuk menyiapkan kertas kerja dan pegawai yang akan terlibat dalam kejohanan ini.

Pada hari kejohanan tersebut diadakan, kami semua telah berkumpul diastaka untuk mendengar taklimat berkaitan kejohanan tersebut. Setelah itu kami dikumpulkan dalam rumah sukan masing-masing untuk menentukan peserta untuk setiap acara yang akan dipertandingkan nanti. Kami semua berkumpul sekali lagi setelah perbincangan selesai lagipun kami hanya diberi masa yang sedikit untuk berbincang kerana melihat keadaan cuaca yang agak mendung ketika itu.

Setelah pegawai kejohanan mengambil tempat masing-masing maka acara pun dimulakan.Tengah rancak bersukan tetiba hujan turun dengan lebatnya menyebabkan semua pelajar dan pegawai kejohanan berlari ke astaka untuk berteduh. Kejohanan ditangguhkan seketika untuk menunggu hujan reda malangnya hujan terus turun dengan lebatnya dan tiada tanda akan berhenti. Disebabkan perkara yang tidak dijangka ini maka kejohanan mini olahraga untuk kumpulan 2 ini dibatalkan.

Majlis penutup dan penyampaian yang dirancangkan juga tidak dapat dilaksanakan kerana kejohanan ini terpaksa dibatalkan. Para pelajar beransur meninggalkan padang IPGKTI setelah pensyarah mengumumkan bahawa kejohanan mini olahraga pada kali ini terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.

Anda mungkin juga menyukai