Anda di halaman 1dari 1

LAMPIRAN

PETIKAN IKLAN LARIAN MASYARAKAT SIHAT


Minta perhatian, tuan-tuan dan puan-puan pendengar radio yang saya hormati. Satu program Larian Masyarakat Sihat akan diadakan pada 30 April 2014. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Desa Harmoni. Pelbagai hadiah yang menarik disediakan untuk para peserta. Antaranya ialah hadiah cogan kata terbaik, hadiah cabutan bertuah serta cenderamata seperti kemeja-T, sijil penyertaan dan hamper daripada syarikat penaja. Jangan tunggu lama-lama! Daftarlah sekarang dengan mengisi butiran diri seperti nama, alamat, umur, jantina dan kategori yang ingin disertai. Selain itu, jangan lupa untuk menulis cogan kata yang tidak melebihi 15 patah perkataan. Oleh it, dapatkanlah borang penyertaan sekarang di Balai Raya Desa Harmoni. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 April 2014. Cepat, jangan lambat! Untuk keterangan lanjut sila hubungi Encik Aman di talian telefon 03-45678123. LARIAN MASYARAKAT SIHAT 30 MAC 2014

* Hadiah Cogan Kata Terbaik * Hadiah Cabutan Bertuah Cenderamata * kemeja-T, sijil

Jangan tunggu lama-lama. Daftarlah sekarang!

Kategori A B C D

Jarak 5 KM 10 KM 7 KM 3 KM

Umur 45 tahun ke atas 20 tahun ke atas Murid sekolah menengah Murid sekolah rendah

Yuran RM 20 RM 20 RM 15 RM 10