Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL MINGGU KEEMPAT (16 FEBRUARI 20 FEBRUARI 2014) Masalah : Masalah Mengingat Kembali Pembelajaran

1. Masalah Setelah hampir dua bulan menjalani praktikum, saya tersedar bahawa muridmurid saya mengalami masalah dalam mengingat kembali apa telah mereka pelajari selama ini. Hal ini disebabkan oleh setiap kali kelas berlangsung, mereka akan mempelajari sesuatu yang baru tanpa mengulang kembali apa telah dipelajari sebelum ini. Jadi, saya telah cuba untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid- murid saya dengan mengadakan kuiz semasa mengganti kelas. Ternyata ramai dalam kalangan mereka tidak dapat menjawab soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Hanya beberapa orang sahaja yang masih mengingati isi pembelajaran. Masalah ini akan bertambah serius jika tidak diatasi secepat mungkin.

2. Analisis Masalah ini berlaku kerana murid tidak mengulangkaji apa yang telah dipelajari sebelum ini. Mereka hanya belajar di dalam kelas sahaja tanpa membuka buku setelah pulang ke rumah. Selain itu, teknik penyalinan nota yang digunakan kurang membantu murid- murid. Saya telah menyediakan lembaran kerja yang berbentuk nota bagi topiktopik Sains untuk ditampal di dalam buku nota mereka tetapi penggunaan nota secara tampalan ini tidak dapat membantu mereka mengulangkaji pelajaran. Jadi, saya perlu memikirkan cara dan teknik lain bagi mengatasi masalah ini daripda terus berlanjutan. Jika masalah ini tidak diselesaikan secepat mungkin seterusnya akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak bermakna kepada mereka, hanya sekadar di dalam kelas dan pada masa tersebut sahaja.

3. Cadangan untuk Memperbaiki Untuk mengelakkan masalah ini daripada berlarutan, saya perlu megambil beberapa tindakan yang sesuai bagi menangani masalah ini. Antaranya ialah: i. Saya perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik agar nota yang lebih bermakna dapat dihasilkan.

ii.

Selain itu, saya juga boleh menggunakan kaedah peta minda atau peta konsep di mana setiap isi yang dipelajari dalam sesuatu topik dapat dihubungkan dengan berkesan. Murid juga akan mudah untuk mengulangkaji dengan menggunakan kaedah ini.

iii.

Saya juga boleh berbincang dengan guru subjek tersebut sebelum saya mengajar. Perbincangan ini dapat memastikan isi penting yang akan diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, nota yang dihasilkan adalah bermakna kepada mereka semua.

4.

Tempoh Masa Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dalam masa seminggu.

Pengajaran dan pembelajaran akan terus berlangsung. Jika masalah ini tidak diselesaikan secepat yang mungkin, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan bermakna buat mereka semua tetapi hanya bermakna buat tempoh masa yang terdekat sahaja. Padahal, mereka memerlukannya untuk menjawab peperiksaan dalam jangkau masa yang panjang.

5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada rakan, guru, dan pensyarah pembimbing agar masalah ini dapat diatasi dan sesi pengajaran dan pembelajaran

dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat halangan- halangan lain yang timbul. 6. Tindakan Susulan Bagi tindakan susulan, saya akan berusaha membuat kajian tentang penggunaan peta minda dan peta konsep agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya menghasilkan murid yang berjaya di dalam peperiksaan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ______________ Nama :______________ Tarikh : _____________

Disemak oleh : _______________ Nama : ______________________ Tarikh: ______________________

Anda mungkin juga menyukai