Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KOHORT2 AMBILAN 2012

KERTAS KERJA LAWATAN ILMIAH PENGURUSAN SUKAN

TARIKH: 9 MAC 2014

TEMPAT: SKYTREK ADVENTURE PARK, BUKIT CAHAYA SERI ALAM, SHAH ALAM.

ANJURAN: PELAJAR GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KOHORT2 AMBILAN 2012 KUMPULAN PJ 5.8

UNTUK TERBITAN DAN KELULUSAN PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN PJ 5.8

1.0 PENGENALAN Lawatan Ilmiah Pengurusan Sukan merupakan satu lawatan yang dijalankan untuk memenuhi sukatan pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan PJM 3112 serta memberi pendedahan lebih mendalam kepada para pelajar tentang mata pelajaran tersebut. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar diharapkan dapat menimba pengalaman secara terus dan melihat sendiri cara pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi dilaksanakan. Lawatan ini, sekaligus menjadikan para pelajar mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi apabila menjadi seorang guru sebenar kelak.

2.0MATLAMAT Lawatan Ilmiah Pengurusan Sukan ini berfokus untuk memberi kefahaman yang menyeluruh kepada peserta berkaitan dengan pengurusan, perancangan, pengelolaan, serta pentadbiran dalam sukan dan kejurulatihan. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan dengan cara dan prosedur yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi sukan di negara ini.

3.0 OBJEKTIF Melalui lawatan ilmiah pengurusan sukan ini, diharapkan guru pelatih dapat: 1. Didedahkan dengan pengurusan perancangan, pengelolaan, dan pentadbiran sesebuah organisasi sukan dilaksanakan. 2. Mengetahui isu tentang selok belok pentadbiran sukan di setiap agensi sukan. 3. Menyediakan para peserta untuk lebih bersedia bagi mengendalikan pengurusan dan pentabdiran pendidikan jasmani di sekolah kelak. 4. Mengalakkan aktiviti hands on agar para peserta dapat melihat sendiri aktiviti pengurusan dan program sukan yang dilaksanakan 5. Membina hubungan yang baik antara para peserta dengan pihak luar.

4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN TEMPAT 1. Lokasi yang dipilih tidak terlalu jauh dari IPG Kampus Khas. 2. Aktiviti yang disediakan menarik serta bersesuai dengan kursus yang diambil iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. 3. 3.Tempat yang dipilih mempunyai kemudahan yang lengkap dari segi infrastruktur serta jurulatih yang berpengalaman serta mementingkan tahap keselamatan yang tinggi. 4. Harga untuk menyertai aktiviti adalah berpatutan.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh Masa Tempat : 9 Mac 2014 : 10.30 pagi - 3 petang : SKYTREK ADVENTURE PARK, BUKIT CAHAYA,SERI ALAM, SHAH ALAM.

6.0 PESERTA Seramai 4 orang pelajar PENDIDIKAN JASMANI PPG semester 5 ambilan Februari 2012 akan menyertai lawatan ilmiah ini. Lawatan ini akan diiring oleh dua orang pensyarah pengiring iaitu Puan Hafidzah binti Abd Khafidz dan Puan Siti Salmiah 6.1 SENARAI NAMA GURU PELATIH

BIL 1. 2. 3. 4.

NAMA MOHD AZLAN B MOHD ZAIN BERNADETTE YII AI AI MOHD RIZOL FITRI B SAID THEWANESAN A/L BALEX KA RISNAN

7.0 STRUKTUR ORGANISASI

JAWATAN KUASA INDUK

Penaung Encik Shaari bin Othman ( Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas)

Penasihat Cik Teng Siew Lian

Penyelaras Puan Hafidzah Binti Abd Khafidz

7.1 Jawatan Kuasa Pelaksana Pengerusi Penolong Pengerusi Setiausaha Bendahari : Mohd Azlan Bin Mohd Zain : Mohd Rizol Fitri Bin Said : Thewanesan a/l Balex Ka Risnan : Bernadette Yii Ai Ai

7.2 Jawatan Kuasa Kerja Pengangkutan Dokumentasi Makan/minum Cenderamata : Mohd Azlan Bin Mohd Zain : Mohd Rizol Fitri Bin Said : Thewanesan a/l Balex Ka Risnan : Bernadette Yii Ai Ai

8 .0 TENTATIF PROGRAM

9 Mac 2014 ( Ahad) Masa 8.00 Pagi 9.30 Pagi 11.30 Pagi 12.30 Tengahari 1.30 petang 2.00 Petang 4.30 Petang 5.00 Petang Agenda Bertolak dari IPG Ilmu Khas Dijangka Sampai di Skytrek Adventure Mendengar taklimat ringkas daripada pihak pengurusan Skytrek Adventure Park Melawat persekitaran kawasan REHAT Makan tengah hari dan Solat Zohor. Sesi Cabaran Lasak Majlis Perasmian Penutup Bertolak pulang ke IPGM Kampus Ilmu Khas

10 Mac 2014 ( ISNIN ) 8.00 pagi 10.00 pagi 11.30 pagi Membuat laporan lawatan Membuat refleksi Pembentangan laporan dan refleksi

9 .0 KEWANGAN : 9.1 SUMBER KEWANGAN - Kutipan daripada Pelajar - Tajaan

9. 2 PERBELANJAAN: Bil 1. Perkara Makanan i.Sarapan ii.Makan tengah hari (Rujuk Lampiran Menu) Air mineral Tiket Cenderamata Mug ipti Pendant Buku Bilangan Harga seunit RM 5.00 RM 8.00 Jumlah Catatan

6 x 1 hari 6x 1 hari

RM30.00 RM48.00

= RM78.00 6 x 3 unit x 1 hari = 18 unit 6 X RM40 1 1 1 = RM 10.00 RM 240.00 RM 20.00 Stor

2. 3. 4.

Stor

JUMLAH =RM348.00

10. PENUTUP

Lawatan ilmiah pengurusan sukan ini diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang pengurusan sukan secara formal. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan kefahaman pelajar PPG tentang pengurusan perancangan, pengelolaan, dan pentadbiran sesebuah organisasi sukan yang telah dipelajari secara teori di dalam kuliah.Diharapkan juga pihak IPG Ilmu Khas dapat menampung sedikit perbelanjaan kami sepanjang menjalankan program ini.Segala kerjasama dari pihak Tuan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, .. ( Thewanesan A/L Balex Ka Risnan) Setiausaha Projek Program Lawatan Ilmiah Pendidikan Jasmani Kumpulan 5.8 PJK Ambilan Feb 2012

Disemakan oleh, .. (Puan Hafidzah Binti Abd Khafidz) Pensyarah Penyeleras Program Lawatan Ilmiah Pendidikan Jasmani Kumpulan 5.8 PJK Ambilan Feb 2012

Disokong oleh, ( Cik Teng Siew Lian ) Pensyarah Penasihat Program Lawatan Ilmiah Pendidikan Jasmani Kumpulan 5.8 PJK Ambilan Feb 2012

Diluluskan oleh, . ( Encik Shaari bin Othman ) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Anda mungkin juga menyukai