Anda di halaman 1dari 3

Marble Chocolate Cheese Cake

Marble Chocolate Cheese Cake - loyang 8"x 8" Bahan A: 1 cawan gula pasir 1 cawan serbuk koko 1 cawan susu cair 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak mazola semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Rehatkan sekejap bila dah sebati Bahan B: 3/4 cawan tepung gandum 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder semua bahan di atas diayak Bahan C: 4 biji telur - dipukul hingga kembang Bahan D: resepi dari dapur Yatie 250 gm cream cheese 3 sudu besar gula halus 1 sudu kecil esen vanila 1 biji telur

Cara membuat: Panaskan pengukus terlebih dahulu. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje hingga sebati. Ketepikan dahulu. Dalam bekas lain masukkan cream cheese, esen vanila dan gula kemudian putar hingga sebati. Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati (berkrim). Sediakan loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Masukkan adunan coklat diikuti adunan cheese (D) dan diakhiri adunan coklat. Lorekkan sket dgn lidi sate. Kukus selama 11/2 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

Nota: Nak buat marble agak payah sbb adunan coklat cair berbanding adunan keju...cuma lepas curah lorek2kan sket.

Chocolate Cheesecake (versi II)


resepi : DayangJack bahan-bahan : Lapisan Coklat :

125g tepung kek 125g mentega 2 biji telur A 150g gula kastor 30g serbuk koko (dibancuh dengan 100 ml air suam) 1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Cheese :

300g krim keju 1 biji telur 60 g gula kastor 1 sudu kecil esen vanilla 2 sudu makan tepung gandum

Cara-cara : 1. Lapisan coklat : Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sebati. Akhir sekali masukkan bancuhan koko dan tepung. Kacau sebati dengan spatula. Masukkan ke dalam loyang. Ketepikan. 2. Lapisan cheese : Pukul krim keju bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi dengan kelajuan minima. Akhir sekali masukkan tepung. Gaulkan rata-rata. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan cheese ke dalam loyang adunan coklat tadi. Ratakan. 3. Kemudian bakar hingga masak mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. DJ bakar dengan menggunakan suhu 140C selama 1 jam. (boleh juga dikukus) Selamat mencuba! ***gandakan adunan jika menggunakan loyang 7 inci ke atas. ***tepung kek boleh digantikan dengan 3/4 cawan tepung gandum + 2 sudu besar tepung jagung (ayak bersama) ***kek ni sedang-sedang manisnya. ***lepas bakar, biarkan ia sejuk terlebih dahulu(terutama lapisan cheese) sblm dipotong. ***alaskan loyang dan sekeliling loyang dengan baking paper jika suka. ***sila adjust kepanasan suhu oven sendiri ye, kalau terlalu panas, nanti rentung pulak lapisan cheesenya. ***jika suka, boleh buat 3 layer, coklat-cheese-coklat ***kalau susah sgt nk meratakan adunan cheese dgn sudu, sila guna piping bag/pastry bag jika ada. UPDATE : - kek ni kalau dikukus boleh, kukus lapis demi lapis. Lapisan coklat lbh kurang 20 minit dan lapisan cheese 20-25 atau hingga masak. Cucuk dgn lidi satay atau cake tester utk tentukan kek dah masak atau belum.