Anda di halaman 1dari 16

BAHAN BACAAN 4

Kesultanan Melayu Melaka dan Pentadbiran Kerajaannya


Zaman kesultanan Melaka merupakan zaman kegemilangan kepahlawanan dalam tradisi kesultanan di Tanah Melayu khususnya dan di Nusantara amnya, pemerintahan kesultanan ini kekal selama lebih kurang satu abad iaitu dari 1400-1500 di Melaka. Sungguhpun terdapat percanggahan pendapat tentang tarikh pembukaan negeri Melaka tetapi kebanyakan ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa Melaka di buka sekitar 1400-an. Selepas abad ke-15, kesultanan Melaka ini tidak terhenti begitu sahaja kerana telah diwarisi oleh Johor dengan beberapa kejayaan lain. Kesultanan Melaka sebenarnya telah diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Raja dari Pelembang yang kemudian mengundurkan diri ke Singapura dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan di Melaka. Pemerintahan kesultanan Melayu Melaka dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu tahap pembukaan sekitar 1400-1424 yang diperintah oleh Parameswara dan anaknya Mahkota Iskandar Syah. Tahap kedua ialah tahap pengukuhan iaitu pada tahun 1424-1446 dibawah pemerintahan Sultan Muhammad Syah seterusnya pengganti baginda manakala tahap ketiga ialah tahap kegemilangan (1446-1488) dibawah pemerintahan sultan mansur Syah dan tahap kejatuhan (1488-1511) dibawah pimpinan Sultan Mahmud Syah.[1] Kegemilangan Melaka telah dapat dicapai ekoran daripada langkah-langkah yang telah dilaksanakan bagi mengukuhkan negeri tersebut oleh rajaraja dan pembesar selepas pengasasannya. Salah satu caranya adalah dengan melaksanakan pentadbiran dengan cara yang cukup baik. Sejarah Melaka Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang juga berketurunan Majapahit. Sebelum membuka Melaka merupakan sebagai raja Palembang menggantikan ayahandanya Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill akibat menggelarkan dirinya sebagai ' Mjeura' ( orang yang berani). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.

Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, beliau menjadi pemerintah palsu tersebut selama 5 tahun. Oleh kerana bimbang diserang oleh Raja Siam, beliau dengan 1,000 orang pengikut melarikan diri ke Muar. Beliau menetap di sana selama 6 tahun iaitu ketika itu orang-orang Seletar mendiami Melaka. (Tome Pires ,Suma Oriental) Parameswara merupakan pemerintah Melaka yang pertama beliau merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Sebagai contoh sewaktu percubaan menjadi raja di Palembang dan Temasik walaupun percubaan itu gagal. Beliau juga seorang yang berpandangan jauh sebagai contoh memerintah rakyat bercucuk tanam kerana hasil pengeluaran beras dan tebu tidak mencukupi. Tindakannya menyusun satu pasukan laut yang cekap untuk memberi perlindungan kepada pedagang telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot yang penting ketika itu. Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting bagi survival ekonomi dan keutuhan Melaka.[2] Pasukan laut terbabit terdiri daripada orang Laut di sekitar selat Melaka yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan peranan "kelautan' dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa tahap awal abad ke-15.[3] Pemerintah Melaka kedua ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah ataupun Megat Iskandar Syah yang juga merupakan anakanda Parameswara. Baginda memerintah dari tahun 1414-1423 M. Disebut dalam Sejarah Melayu sebagai 'memerintah istiadat takhta kerajaan baginda'.[4] Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di Balairung, melantik para bentara yang bertugas di balairung dan melantik para biduanda. Megat Iskandar Syah kemudian digantikan dengan Raja Kecil Besar dan dinobatkan sebagai Sultan Muhammad Syah 1424-1444M. Baginda telah berkahwin dengan Tun Wati anak Seri Nara Diraja atau Tun Pepatih Besar.[5] Beliau telah banyak melakukan pembaharuan dalam pemerintahan Melaka. Antara pembaharuan yang dilakukan oleh beliau ialah menerangkan dengan terperinci beraneka jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana, memastikan berbagai-bagaib bidang kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, memformalkan amalan adat istiadat yang berhubung dengan peraturan kerajaan dan penentuan protokol.[6] memeluk agama islam melalui mimpi. Pengislaman baginda dilakukan oleh Nabi Muhammmad. Selepas memeluk agama Islam Raja Kecil Besar telah belajar tentang islam seperti sembahyang dan tuntutan agama yang lain.

Pemerintah Melaka keempat pula ialah Seri Parameswara Dewa Syah ataupun Sultan Abu Syahid (1444-1446).Tempoh pemerintahannya sangat cepat dan dikatakan masih belum banyak perubahan yang mampu dibawanya. Menurut sesetengah sumber, Walaupun Melaka adalah negeri Islam yang agak muda masa itu, baginda dikhabarkan masih kuat berpegang dengan amalan dan pengaruh agama Hindu. Baginda memakai gelaran Raja Sri Parameswara Dewa Shah. Sultan Syahid Shah selepas hanya 17 bulan memerintah Melaka mangkat dibunuh oleh satu konspirasi istana oleh kumpulan India Muslim Bendahara di kepalai oleh Tun Ali. Namun ada juga yang mengatakan Sultan Abu Syahid masih kanak-kanak ketika baginda dinobatkan sebagai Sultan, bahkan matinya pula dalam dukungan Bendahara. Raja Kassim (1446-1456) pula merupakan Sultan Melaka yang ke-5 dengan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah. Baginda mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama (semuanya tiga kali dan tewas) ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewaskan tidak jauh dari Muar. Semasa pemerintahan baginda Melaka berada dalam tahap kegemilangan. Pada itahun 1456 Sultan Muzaffar Syah diganti pula dengan Raja Abdullah ataupun Sultan Mansur Syah sehingga tahun 1477. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah dakwah islamiah telah berkembang dengan meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke gugusan Kepulauan Melayu. Pendakwa dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk menyebarkan agama islam. Terdapat pedagang yang datang ke Melaka turut mempelajari agama islam semasa berdagang, kemudian menyebarkan pula ke negeri masing-masing. Dasar perluasan kuasa juga membantu mengembang dan menyebarkan agama islam keseluruh semenanjung tanah Melayu dan negeri di Sumatera seperti Johor, Pahang, Rokan dan inderagiri. Disini dikatakan kebanyakkan penduduknya beragama islam Kemudian, Sultan Alauddin Riayat Syah atau nama sebenarnya Raja Hussin mulai menggantikan tahta kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1477 sehinggalah 1488. Sultan Alauddin Riayat Shah menaiki takhta pada usia 15 tahun. Baginda adalah seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya. Sultan Alaudin Riayat Shah 1 yang

pernah memerintah Melaka dikatakan telah mangkat di Pagoh, Muar. Kematiannya menjadi misteri dan lagenda. Ada yang mengatakan baginda meninggal dunia semasa datang untuk bersiar-siar manakala ada pula yang menyatakan beliau mati tercucuk daun. Beliau juga dikatakan berdarah putih dan mempunyai kaitan dengan Mahsuri di Langkawi, ada juga sumber yang mengaitkan Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. Walaubagaimanapun kesahihannya masih belum dipastikan oleh pengkaji sejarah. Baginda diganti oleh Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud atau Raja Muhammad meneruskan tradisi kesultanan Melaka dan memerintah dari tahun 1488 sehingga 1511. Baginda merupakan anakanda kepada sultan Alaudin Riayat Syah. Di sekitar tahun 1500, Melaka masih berada di kemuncak kekuasaan dan kegemilangannya. Kota Melaka menjadi pusat empayar Melayu yang unggul dan juga pusat perdagangan bagi kain dari India, tembikar dan sutera dari China dan rempah ratus dari kepulauan Melayu, serta markas aktiviti pengembangan Islam di kepulauan Melayu. Namun, pada tarikh 11 September 1509 semasa pemerintahan Sultan Mahmud dan Tun Mutahir sebagai Bendahara, satu angkatan Portugis yang terdiri daripada lima buah kapal besar yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira telah mendarat di pelabuhan Melaka. Kedatangan orang-orang Portugis ini membawa petanda buruk kerana sejurus kemudian bermulalah keruntuhan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Kemudian, dipercayai Raja Ahmad dengan gelaran Sultan Ahmad Syah yang memegang tahta kerajaan Melaka dari tahun 1511 sehingga 1516, iaitu ketika Melaka diambang kejatuhan. Dipercayai selepas kematian sultan AhmadSultan Mahmud mengambil kembali tahta dan menjadi sultan Melaka semula sehingga tahun 1528. Pada kurun ke-15 dan 16 Masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik di Alam Melayu, ekoran diripada sistem pentadbiran yang sistematik. Hal ini juga kerana sistem pentadbiran di Melaka mampunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan iaitu tergolong daripada golongan yang pemerintah dan golongan yang diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau Sultan,kerabat diraja dan para pembesar, manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada artisan,para pedagang, rakyat biasa dan hamba. Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan memainkan peranan yang paling penting. Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak, hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara. Contohnya Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah

dan penderhaka. Pelantikan Sultan adalah bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan. Kemudian, setelah ditabalkan menjadi sultan, seseorang Sultan dianggap berdaulat. Dalam pertabalan selalunya diakhiri dengan pengakuan dan pengikhtirafan oleh rakyat untuk mengikut dan menjalankan titah taat setia dengan Raja. Sesiapa yang ingkar dianggap menderhaka dan akan ditimpa tulah kerana Sultan memiliki pelbagai keistimewaan seperti penggunaan bahasa, hak istimewa raja, iaitu penggunaan warna dan perhiasan rumah dan perahu, alat kebesaran diraja dan penggunaan nobat diraja, secara tidak langsung menunjukkan kedaulatan seseorang Raja. Kestabilan politik Melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memerintah dan mentadbir politik Melaka. Hal ini kerana parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir, iaitu pengalaman semasa menjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang untuk memajukan Melaka. Selain menjalankan sistem pemerintahan beraja, iaitu raja atau Sultan mempunyai kuasa mutlak. Konsep ini sebenarnya dipengaruhi oleh unsur Hindu sebelum mendapat pengaruh Islam. Bahkan pemerintahan Melaka terpengaruh dengan sistem dari Srivijaya juga. Hal ini dapat dilihat apabila Melaka dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat pentadbiran diraja, peringkat ketenteraan dan peringkat daerah. Kekuasaan Raja Srivijaya dengan Sultan Melaka juga hampir sama, iaitu baginda berkusa mutlak dan baginda bertindak sebagai memerintah dianggap luhur dan suci. Namun selepas kemasukan pengaruh Islam, pemerintah berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan ketua agama Islam. Ketua negara dan pemerintah tertinggi dan mengetuai pentadbiran pusat dan wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar. Selepas kedatangan Islam raja menggunakan gelaran `Sultan' dan dianggap sebagai Amirul-Mukminin yang bererti pemimpin orang mukmim. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Sultan disebut `Zulliahifil`Alam' yang bermaksud Sultan yang memerintah di dunia adalah wakil Allah di bumi. Sultan juga mempunyai cop mohor yang melambangkan kuasa dan pengesahannya. Sultan dibantu yang dipanggil oleh pembesar-pembesar, untuk mentadbir di luar wilayah yang merupakan anugerah Sultan kerana jasa pegangan ketua kerajaan dalam pemerintahan. Pada zaman kerajaan awal juga raja digelar `devaraja', iaitu raja yang

dan perkhidmatan cemerlang mereka. Bagi mengukuhkan lagi perjalanan pentadbiran ini, sistem perlembagaan telah diperkenalkan yang mana ianya diketuai oleh Sultan, Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan, Orang Besar Berenam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua. Sistem ini dipelopori oleh Sultan Muhammad Syah. Tulang belakang bagi sistem pentadbiran Melaka terdiri daripada Orang Besar Berempat iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Selain itu terdapat juga jawatan-jawatan lain yang menyokong ke arah pentadbiran yang lebih baik dan lancar di Melaka. Selain itu, jawatan lain seperti Datuk dan Pemungut Cukai, dan Saudagar turut diadakan dan ini menunjukkan terdapat sistem pentadbiran yang tersusun dan teratur di Melaka. Pembesar Empat Lipatan ialah gelaran empat pembesar utama di peringkat pusat di negeri Melaka, iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari, dan Syahbandar. Mereka ini juga digelar `Orang Kaya Berempat'. Pembesar Empat Lipatan dibantu oleh pembesar 8, 16 dan 32. Biasanya mereka yang menjadi pembesar daerah dan pusat biasanya terdiri daripada kalangan keturunan Raja atau mereka yang ada kaitan dengan golongan kelas pembesar yang memerintah. Adakalanya, pembesar-pembesar ini juga mempengaruhi pentadbiran raja ataupun Sultan. Sebagai contoh, di Melaka peranan Bendahara Tun Perak sebagai The King Maker. Jarang sekali seorang rakyat biasa bolehmenjadi pembesar kecuali yang benarbenar menunjukkan kebolehan yang luar biasa. Sebagai contoh Hang Tuah dan sahabatsahabatnya.Pengaruh Srivijaya dapat juga dilihat dalam bidang daripada pemerintahan yang dibantu oleh majlis pembesar. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya Pembesar berperanan sebagai orang perantaraan antara raja dengan rakyat. Namun dalam pentadbiran di Melaka terdapat siitem pembesar yang sangt membantu kepada kecemerlangan Politik Melaka. Pembesar terutama di Melaka adalah Bendahara yang juga dikenali sebagai Menteri Utama Melaka dan menjadi orang kedua terpenting selepas kedudukan Sultan. Bendahara ialah orang kedua selepas Sultan. Beliau ibarat sebagai Perdana Menteri dan Penasihat Sultan bermakna Bendahara boleh juga menjadi Sultan jika tiada pengganti bagi keturunan Sultan. Tugas Bendahara adalah menasihati Sultan dalam soal pentadbiran negara dan perhubungan luar. Beliau juga boleh memberi arahan tanpa perintah daripada Sultan jika untuk kepentingan

negara. Malah apabila seseorang Sultan mangkat beliaulah yang bertanggungjawab menjaga alat-alat kebesaran diraja dan selepas tujuh hari menjemput Raja untuk ditabalkan. Bendahara juga bertindak sebagai ketua hakim dan ketua seluruh pentadbiran Untuk menjadi Bendahara perlu menjadi Penghulu Bendahari dan Temenggung terlebih dahulu. Jawatan Bendahara adalah seperti seorang Perdana Menteri ada masa kini. Malah, Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara Singapura yang pertama.Bendahara juga adalah bapa mentua Raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka bergelar Seri Wak Raja. Antara gelaran-gelaran bagi bendahara ialah Paduka Raja, Paduka Tuan, Seri Maharaja, Seri Wak Raja dan Seri Amar Diraja. Pada zaman pemerintahan Parameswara, pentadbirannya dibantu oleh Bendahara, Tun Pepatih Besar dan Bendahara Seri Wak Raja. Manakala semasa pemerintahan Seri Maharaja ataupun Sultan Muhammad Syah baginda telah dibantu oleh Bendahara Seri Amar Diraja. Wilayah pegangan Bendahara ialah Sungai Ujong dan memegang gelaran Seri Nara Di Raja. Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak pentadbiran Melaka yang semakin kompleks. Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Temenggung-pula di kenali sebagai Menteri Keselamatan dan bertanggungjawab melaksanakan peraturan dan keselamatan negeri terutamanya mengenai keselamatan. Sebagai Ketua Polis Negara, beliau boleh menangkap orang yang bersalah, memasung dan menghukum mereka. Dalam majlis adat istiadat istana, Temenggung bertugas sebagai ketua protokol dan mengatur tempat duduk mengikut pangkat masing-masing. Diantara gelaran temenggung adalah Seri Maharaja dan Setia Awadana. Dibawah

jawatan Temenggung terdapat dua jawatan tentera iaitu Hulubalang Besar dan Laksamana. Apabila raja berangkat dengan menaiki gajah, adalah menjadi tugas Temenggung mengepalai gajah itu. Beliau akan menjaga keselamatan dalam negeri. Temenggung akan menentukan timbangan dan kes jenayah kecil. Temenggung bertanggungjawab menentukan timbangan dan sukatan yang betul dan mengawasi saudagar- saudagar daripada kepulauan Melayu Selain itu, pembesar penting lain ialah, Penghulu Bendahari. Penghulu Bendahari ialah orang kedua selepas Bendahara dan merupakan menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja. Penghulu Bendahari juga bertangunggjawab ke atas Bendahari raja di negeri naungan. Beliau juga bertindak selaku setiausaha kerajaan dan sebagai ketua pemegang khazanah dan harta kerajaan. Bahkan, Beliau juga menyimpan daftar hamba raja bertepatan dengan tugasnya sebagai ketua seluruh hamba. Penghulu Bendahari juga akan mengurus kelengkapan dalam istana, mengurus makanan, menjemput tetamu dan memegang kepala usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat pada Hari Raya. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Syahbandar akan menyelia hal-ehwal pelabuhan yang semakin rumit dengan urusniaga. Syahbandar juga ditugaskan mengutip cukai dari pedagang-pedagang dan pembesar . Selainitu, meguruskan hal berkaitan dan dengan pedagang gudang asing untuk serta mengaturkan tempat perniagaan menyediakan

menyimpan barang.Syahbandar turut memainkan peranan penting dengan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan. Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah ( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya dimulakan oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija

Diraja. Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun. Laksamana ibarat ketua angkatan laut. Beliau akan menentukan keselamatan dan keamanan di perairan Melaka. Secara tidak langsung urut bertangungjawab menjaga keselamatan Negara. Selain itu, Laksamana akan menjadi pengawal peribadi Sultan. Beliau juga merupakan ketua utusan ke seberang laut. Manakala, di peringkat kampung pula, Penghulu atau Penggawa pula mentadbir peringkat kampung. Pembesar akan memastikan penduduk di bawah jajahannya sentiasa taat setia terhadap Sultan dan kerajaan. Pembesar akan membekalkan tenaga ketenteraan untuk mempertahankan negara dan juga sebagai tenaga tentera untuk ekspedisi memperluaskan empayar.Pembesar daerah atau penggawa juga berperanan untuk memungut cukai di kawasannya. Pembesar pusat pula mengutip cukai dari kawasan pegangannya. kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan yang menjalankan pelbagai perdagangan barangan enterport seperti buah Pala, kain, batik, hamparan, bulu burung, cengkih, kayu dan cendana. Melihat kepada kepesatan ini, pihak pentadbir Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan dengan tujuan untuk menarik minat lebih banyak lagi kapal dagang berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan ini akan di kenakan cukai 6 peratus dan perahu peribumi hanya 3 peratus. Melaka juga terkenal dengan pusat pelabuhan yang mementingkan keselamatan, pentadbiran yang teratur, dan cekap dalam mengendalikan pasar kosmopolitan. Menurut laporan China, Peraturan dan peruntukan kemudahan yang baik seperti gudang berkunci ada pengawal dan ada loceng untuk memberitahu jika ada kecemasan atau kekecohan. Apabila bersama dengan wakil-wakil perdagangan antara negara yang datang berdagang, raja menyediakan pasukan pengawal dengan hebatnya demi menjaga keamanan, kayu diikat dan menempakan keempat-empat pintu. Pada waktu malam ada orang mengawal. Hal ini membuktikan pentadbiran terhadap hal perdagangan turut berjalan dengan penuh sistematik. Sultan bertanggungjawab untuk mewujudkan hubungan baik dengan kawasankawasan yang boleh mendatangkan sumber ekonomi (kawasan pendalaman). Sultan menguasai bidang ekonomi dengan cara mengutip hasil-hasil pertanian, cukai, perkhidmatan buruh dan hamba- menjana pendapatan dengan hasil cukai.

Pentadbiran akan berjalan dengan baik apabila mempunyai pembentukan sistem undang-undang yang mantap. Sultan mempunyai daulat dan kesaktian untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diketuai olehnya. Raja berkuasa menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa yang dikatakannya pesalah. Selain itu, Raja turut berkuasa menggubal undangundang untuk mengukuhkan kedudukan raja dan rakyat tidak boleh mempertikaikannya. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah yang bertanggungjawab menyusun semula undang-undang Melaka semasa pemerintahannya. Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan berbagai-bagai bentuk konflik mahupun kekecohan dalam masyarakat sama ada antara sesama induvidu ataupun kelompok. Di Melaka, dalam memastikan kestabilan politik dan Negara. Kerajaan Melaka pada masa tersebut telah mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan pentadbiran.Terdapat dua buah teks undang-undang tradisional di Melaka pada waktu itu, iaitu Undang-undang yang pertama dikenali sebagai hukum kanun melaka iaitu undang-undang darat Melaka yang merangkumi peraturan yang harus diikuti oleh semua masyarakat di melaka dengan meliputi tentang semua tanah, sungai, dusun dan tanah jajahan Melaka. Penubuhan undang-undang ini bertujuan untuk mengawal keselamatan dan keamanan negeri Melaka pada waktu itu.Pada mulanya Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat. Namun, semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud. Ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam Hukum Kanun Melaka ; Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya. Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka pada ketika itu. Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga keamanan dan keselamatan rakyat di Melaka termasuklah bangsa asing yang tinggal dan singgah di Melaka. Namun begitu, undang-undang Islam hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat masing-masing. Sebagai contoh, jika seorang lelaki Islam telah berzina dengan seorang perempuan cina. Lelaki tersebut akan dihukum berdasarkan undangundang Islam dan perempuan tersebut akan dihukum mengikut adab dan agamanya. Peraturan umum seperti mencuri, merompak dan sebagainya akan dilaksanakan untuk

semua bangsa di Melaka termasuklah bangsa asing. Ini menunjukkan sikap Sultansultan Melaka yang bertoleransi dan adil dengan rakyatnya. Baginda hanya menghukum rakyat yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Hal ini telah menarik bangsa lain seperti pedagang dari China dan Gujerat, Orang Arab serta ramai lagi untuk datang dan menetap di Melaka. Manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai Undang-undang Laut Melaka atau adat pelayaran Melaka. Teks ini diterjemah sebagai the maritime laws of Malacca. Undang-undang Laut Melaka yang dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, cara berjual beli, kiwi serta anak kapal. Undang-undang Laut Melaka ditulis untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Hal ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. Sebenarnya undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan hukum syarak iaitu pengaruh kemasukan islam. Dengan adanya undangundang tersebut,melaka telah berjaya manjadi sebuah negeri yang aman dan selamat sehingga muncul sebagai pusat politik di nusantara. Secara tidak langsung telah membuktikan satu system pentadbiran yang baik dan cekap dari kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Melaka terkenal di Alam Melayu dengan kejayaannya dalam menguasai tanah-tanah jajahan. Bagi mengukuhkan lagi kuasanya Melaka telah menjalankan dasar penaklukkan, kerajaan Melaka telah menakluki kerajaan-kerajaan lain bagi menambah kekuatan pengaruhnya.Hal ini dapat mengukuhkan lagi politik dan system pentadbiran Melaka. Dengan adanya pengaruh yang banyak, malah pada masa yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain, yang sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai penaung. Selain itu, terdapat juga negeri-negeri yang secara sukarela meminta untuk menjadi sebahagian dari jajahan takluk Melaka seperti Kedah, pattani dan lain-lainnya seterusnya menerima dan memeluk islam. Bahkan, Melaka juga telah berjaya menakluki negeri-negeri dikepulauan Asia Tenggara. Penaklukan dibantu oleh orang laut, angkatan laut Melaka dengan wawasan ahli-ahli politik dan pentadbir Melaka seperti Seri Nara Diraja, Bendahara Tun Perak dan Tun Mutahir. Tujuan penaklukan adalah untuk mendapatkan hasil perdagangan, terutamanya dari kawasan yang kaya

dengan sumber-sumber seperti Kelang, Kelang, Selangor, Bernam, Manjung, Beruas,Selangor dan kedah yang kaya dengan Bijih Timah. Bijih timah dicairkan dan dijadikan kepingan Jongkong untuk dieksport. Manakala Siak pula dikuasai bagi membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emasnya untuk dibawa ke Melaka bagi tukaran bahan perdagangan dengan saudagar asing yang lain. Selain itu, penaklukan terhadap Kampar dan Rokan juga penting untuk mengawal eksport lada dan emas yang dikeluarkan oleh daerah pedalaman Minangkabau. Manakala penguasaan Melaka ke atas Riau-Lingga pula mempunyai matlamat perdagangan secara tidak langsung, iaitu supaya bahan-bahan keluarannya dapat dieksport ke Melaka di samping dapat membekalkan kepada Orang Laut sebagai pendayung kapal perang tentera laut Melaka untuk tujuan penaklukan. Walaupun Melaka menakluk banyak kawasan-kawasan yang berada di sekitarnya, Melaka tetap membiarkan Negara jajahannya itu menajalankan sistem pemerintahan sendiri. Hal ini termasuklah Raja atau sultan di negara tersebut masih berhak bertahta, Cuma kerajaan Negara tersebut diwajibkan membayar ufti perlindungan pada waktu-waktu tertentu dan dengan kadar tertentu. Melaka juga telah menakluk kawasan Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan Tungkal yang merupakan kawasan di pantai Timur Sumatera. Kawasan ini membentuk bahagian Zon Barat dan dilengkapkan dengan Zon Bahagian Timur seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Kecil menganjur sehingga ke Brunei untuk membentuk bahagian Selatan. Penaklukan ketiga-tiga zon ini membolehkan Melaka mengawal sepenuhnya kapal-kapal yang menggunakan Selat Melaka sebagai jalan perhubungan di antara Timur dengan Barat. Melaka di beri jaminan oleh jajahan takluknya dari segi keselamatan pelayaran melalui Selat Melaka, mata wang untuk urusniaga, pelaut untuk perkapalan, askar bagi keselamatnnya dan bekalan makanan untuk penduduknya. Dengan menguasai hasil bumi jajahan takluknya membolehkan pemimpim Melaka menubuhkan kuasa politik dan pentadbiran istana terhadap golongan pembesar Melaka, dan membina empayar Melaka melalui kuasa tentera serta memperkukuhkan pengaruh politik Melaka. Hal ini telah membuktikan Melaka mempunyai strategi yang tersendiri dalam mentadbir negaranya. Kejayaan Melaka dalam menjalin hubungan diplomatik dengan China juga merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam perkembangan politik Melaka dan

membuktikan satu pengurusan pentadbiran yang baik. Melaka telah mentadbir hubungannya dengan Negara China dengan begitu baik sekali, hal ni dapat dilihat dengan peristiwa apabila Parameswara telah menghantar utusan ke Peking pada tahun 1405 untuk menjalinkan hubungan baik dengan negeri China. Ekoran daripada penghantaran utusan tersebut, Parameswara diberi pengakuan secara rasmi pada tahun 1406, pengakuan tersebut disertakan dengan penyerahan cop mohor,persalinan pakaian daripada kain sutera dan payung kuning. Dengan terjalinnya hubungan tersebut dikatakan Melaka mendapat perlindungan negeri yang mempunyai kuasa yang terkuat di asia. Hal dapat menjamin keselamatan Melaka, khasnya daripada ancaman Siam. Ini dapat dibuktikan apabila laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam dahulu yang bertujuan untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyerang dan menancam Melaka kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China Konklusinya, Keagungan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan kerajaan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam di rantau Asia Teggara. Kecemerlangan pemerintahan beraja menjadikan Melaka muncul sebagai kerajaan yang gemilang pada abad ke 15 hingga 16. Sistem pemerintahan Melaka memperlihatkan satu bentuk pemerintahan sistematik dan sangat teratur, iaitu dari pemerintahan tertinggi sehinggalah pentdbir di peringkat bawahan . Terdapat pelbagai bukti yang telah menunjukkan kehebatan Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka, termasuklah dengan memperkukuhkan konsep daulat dalam kesultanan melayu Melaka itu Kejayaan dan kemajuan Melaka sebagai sebuah kerajaan Melayu yang berjaya banyak didokong oleh keupayaan pemerintahnya. Bermula dengan pengasasan Kesultanan Melayu Melaka oleh Parameswara berjaya mengukuhkan kedudukan negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Tidak dapat dinafikan juga bahawa corak dan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh sultan-sultan Melaka telah memberi impak yang besar kepada tampuk pemerintahan Pemerintah-pemerintah seterusnya. Pada ketika itu, jatuh atau bangun sebuah negara adalah dipengaruhi oleh tahap kewibawaan dan kebijaksanaan seseorang pemerintah di samping dengan bantuan para pembesarnya. Melaka telah mengalami zaman pengukuhan dan zaman kegemilangan

sehingga awal kurun ke-15 yang mana pada akhirnya terpaksa melalui zaman kejatuhannya setelah ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1989). Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Kuala Lumpur : Pena Sdn.Bhd. Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y. (1982). Sejarah Malaysia. London: Macmillan Press . Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu satu kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hamid. (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein.(1996). Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. (1993). Tamadun Melayu jilid satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Joginder singh jessa. (1978).Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Jamil Mukmin.(1994). Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Kuala Lumpur:Nurin Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Yusoff Hashim. (1990). Kesultanan Melayu Melaka,Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rahmat Saripan.(1983). Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka.Melaka : Marathon Engraving. Shellabear, W.G (Diusahakan). (1975). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Shellabear W.G., (1903). Sejarah Melayu American Mission. (edisi kedua). Singapura. Shellabear, W.G (ed), Sejarah Melayu ( The Malay Annals ). Singapura: Malaya Publishing House Limited. Zainal Abidin Abd Wahid. (1970). Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
[1] Rahmat Saripan. 1983. Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka. Melaka Marathon Engriving. Hal 19 [2] Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.

139. [3] Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. 1993. Tamadun Melayu jilid satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 191 [4] W.G Shellabear. (ed) di petik dari Muhammad Yusuff Hashim. op. cit hal. 148 [5] Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Shah Alam: Marwilis publisher & Distribute Sdn Bhd. hal 17 [6] Muhammad Yusoff Hashim, loc. cit. hal. 148.

Posted 20th January 2011 by


4

View comments
1. Muhammad AmiriskandarJanuary 20, 2011 at 12:07 AM Wow, assignment. Bolehlah plagiat. Hoho! Reply

2. January 20, 2011 at 3:22 AM haha.. Reply

3. fatiah or fatihaJune 20, 2011 at 5:30 AM panjangnyer tulis. .:) Reply

4. September 14, 2011 at 10:44 AM hehe...slmt brexam yer... Reply

Anda mungkin juga menyukai