Anda di halaman 1dari 4

http://dermagabmk1.blogspot.

com/ BAHASA MELAYU KLASIK


8:54 PTG SUHAIMI MOHD SALLEH Pendapat Anda

BAHASA Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat berkembang di Nusantara. Oleh itu, bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara. Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik ini lebih jelas berbanding dengan bahasa kuno. SUMBER Penggunaan bahasa ini dapat dikenal pasti daripada beberapa sumber, iaitu batu bersurat, karya sastera dan agama, dan surat rasmi raja Melayu.

a. Batu Bersurat Batu bersurat penting zaman ini ialah batu bersurat Kuala Berang. Batu ini ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, bertarikh 22 Februari 1303 Masihi, bersamaan dengan 4 Rejab 702 Hijrah. Kandungannya tentang perintah dan undang-undang Islam yang dikenakan terhadap rakyat dan pemerintah.

b. Karya Sastera dan Agama Pada zaman Melaka, karya sastera yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut Melaka.

Ketika zaman Aceh, muncul karya sastera bercorak tasawuf, syair sufi, falsafah, dan ketatanegaraan. Antara karya yang penting ialah Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair Burung Pungguk, dan Syair Perahu karya Hamzah Fansuri; karya agama, Mirat al-Mukminin, dan Miratul Iman oleh Shamsuddin al-Sumaterani; Siratul Mustaqim, dan Bustan alSalatin karya Syeikh Nuruddin al-Raniri; serta Mirat al-Tuluh karya Abdul Rauf Singkel.

Di Pulau Penyengat, Johor-Riau, muncul karya dalam bahasa klasik karangan Raja Ali Haji, antaranya Kitab Bustan al-Katibin (1857), Pengetahuan Bahasa(1859), Salasilah Melayu dan Bugis (1865), dan Tuhfat al-Nafis (1865).

Karya lain dalam bahasa Melayu klasik ialah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Bayan Budiman, Misa Melayu, Hikayat Negeri Johor, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, dan Hikayat Panji Semirang.

c. Surat Rasmi Raja Melayu Surat raja-raja Melayu ini bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah atas urusan rasmi kerajaan.

Antara surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja Portugal (1521 Masihi dan 1522 Masihi); surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada nakhoda Inggeris (1602 Masihi); surat Sultan Alauddin Shahkepada Kapten Harry Middleton (1602 Masihi), dan surat daripada Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Aceh kepada King James I, England (1615 Masihi).

CIRI Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat mengenal pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut. 1. Huruf dan perkataan a. Penggunaan huruf Jawi. Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dannya.

b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam.

Allah taala daulat wallahualam

c. Penggunaan bahasa istana:


beradu (tidur) bersiram (mandi) gering (sakit) santap (makan)

d. Terdapat kosa kata klasik:


berahi (cinta) ceritera (cerita) masyghul (sedih)

e. Penggunaan kata pangkal ayat.


adapun alkisah arakian hatta maka sebermula syahadan

2. Sintaksis a. Penggunaan ayat majmuk ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan kata hubung.

b. Terdapat ayat susunan songsang c. Penggunaan ayat pasif. Contoh penggunaan bahasa Melayu klasik dalam karya sastera: "Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."
- Sulalatus Salatin (Edisi Pelajar), Dewan Bahasa dan Pustaka: 1996, hlm. 74

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook

Anda mungkin juga menyukai