Anda di halaman 1dari 10

Bahagian B - ( Tugasan Individu)

Berdasarkan pemerhatian dan interaksi anda dengan komuniti setempat. Bincangkan bagaimanakah sekolah di tempat anda mengajar dapat melibatkan komuniti setempat dalam membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.0

Pendahuluan

Sekolah merupakan sebuah organisasi pembelajaran. Guru sebagai pendidik merupakan tenaga pengajar yang sentiasa berusaha dalam merealisasikan kehendak dan aspirasi negara yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Persoalannya adakah penglibatan komuniti setempat mampu membantu guru dan pihak sekolah dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar dalam

menjayakan matlamat dan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua sekolah memerlukan sokongan padu daripada Komuniti setempat demi menjayakan pencapaian kehendak dan aspirasi matlamat pendidikan.Beban untuk menjadikan anak didik berjaya bukan sahaja terletak di bahu para guru dan pihak sekolah sahaja tetapi juga penglibatan komuniti setempat untuk sama-sama membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara " Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. " (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996) 1

Berdasarkan intipati dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ada dinyatakan matlamatnya untuk melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-

prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat bagi mewujudkan perpaduan berbilang kaum. Peranan rakyat yang sentiasa bertolak ansur akan membawa perpaduan khasnya di peringkat sekolah.Bahkan ianya juga akan membantu menaikkan prestasi pelajaran anak-anak. 1.1 Pengenalan

Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks perlu mewujud dan mengekalkan hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar. Tanpa unsur saling bergantung bagai pepatah Melayu seperti aur dengan tebing, sekolah tidak dapat memainkan peranan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai visi dan misinya. Sekolah sebagai institusi pendidikan mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti dalaman dan luaran mereka. Sekolah mesti dipandang mulia oleh masyarakat luar khasnya ibu bapa kerana dengan sistem pendidikan yang berkesan mampu melahirkan seorang pelajar yang berkualiti dan berketrampilan selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan pemerhatian saya di sekolah tempat saya mengajar,pihak sekolah banyak melibatkan aktiviti aktiviti sekolah bersama sama dengan komuniti setempat dalam menjayakan program sekolah ke arah pencapaian kualiti para pelajar dan seterusnya meningkatkan kuntiti pencapaian pelajar yang cemerlang dalam

pelajaran.Perhubungan yang baik antara pihak sekolah dan komuniti setempat dapat membantu para guru dalam meningkatkan prestasi pelajaran anak- anak didik.

Terdapat beberapa pihak dalam komuniti setempat yang banyak

membantu

sekolah saya dalam meningkatkan prestasi akademik anakanak didik. Mereka yang terlibat ialah : i) ii) Pihak sekolah Persatuan Ibubapa dan Guru 2

iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x)

Ibu bapa Penjaga Pihak Bomba Pihak Polis Institusi Kewangan Motivator motivator Pihak Kesihatan Agensi Anti dadah Pihak Tentera

Semua komuniti di atas banyak membantu dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti pelajaran anak-anak didik di sekolah saya. Apakah peranan kesemua komuniti seperti ibubapa, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat yang lain dalam membantu meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak didik di sekolah ?

1.2

Peranan PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school-home-community partnership). Disamping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling lengkap melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.Ia bukan sahaja sebagai entiti yang penting kepada institusi sekolah

malah ia menjadi wadah penghubung antara pihak ibu bapa dengan sekolah demi kemajuan pendidikan bersama.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah laku di kalangan pelajar. Kebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata-kata dan acuman anak-anak berbanding fakta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka mulai memandang serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala yang berlaku di sekolah. Ini termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Ekoran itu, mereka mulai memulaukan sekolah dan mendendami guru tertentu. Namun dengan inisiatif PIBG, semua bentuk salah faham ini boleh diuraikan. Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat tahunan PIBG mampu menjernihkan suasana.. Hasilnya, situasi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan para pelajar. Ini termasuklah sumbangan kepada pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah amnya dapat memaksimumkan tenaga ke arah kecemerlangan dalam pendidikan dan sekali gus merealisasikan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) yang dicita-citakan Di samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap sekolah. Program seperti ini penting demi memberi kesedaran dan 4

semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Pelajar yang bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina semangat dan kaunseling. Dengan langkah ini, mereka diharapkan akan berasa insaf dan kembali bersaing dengan rakan-rakan dalam pelajaran. Ekoran itu, kita bukan sahaja dapat mengurangkan gejala salah laku atau meningkatkan prestasi akademik pelajar, malahan sekolah akan dapat melahirkan generasi muda yang bersahsiah tinggi.

Sehubungan dengan itu,Persatuan Ibubapa dan Guru di sekolah saya sering terlibat dengan aktiviti di sekolah saya di hasil daripada tindakan dan kerjasama Jawatankuasa Induk Persatuan Ibubapa dan Guru.PIBG sering terlibat dalam mesyuarat PIBG perihal aktiviti sekolah seperti gotong-royong,sukan tahunan,Sambutan Hari Guru,Hari Bacathon ,Hari Anugerah kecemerlangan Pelajar dan Pasar Ria yang dijalankan di peringkat sekolah.Sesungguhnya penglibatan PIBG di sekolah saya memang banyak membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti pelajar ke arah pembentukan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,rohani ,emosi dan sosial.

1.3

Peranan Ibu Bapa

Secara ringkas, konsep keibubapaan membawa maksud tanggapan atau pengertian yang berkaitan dengan sikap atau kelakuan ibu bapa. Sikap dan kelakuan tersebut berkaitan dengan cara mendidik anak-anak. Cara ibu bapa mendidik anak-anak bergantung pula pada beberapa situasi seperti usia anak, personaliti anak, pengalaman silam ibu bapa, dan sikap ibu bapa sendiri. Peranan ibu bapa dan anggota komuniti setempat merupakan faktor yang boleh menjadikan pendidikan berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat.

1.4

Peranan Pihak Bomba

Sebagai aktiviti tahunan dalam menjaga keselamatan diri pelajar di sekolah saya khasnya,pihak sekolah sering menggunakan khidmat daripada jabatan Bomba untuk memberi ceramah tentang cara mencegah diri daripada kebakaran dan cara menghindar dan menyelamatkan diri semasa berada di sekolah mahupun semasa berada di rumah.Pihak sekolah akan mengadakan latihan pencegahan kebakaran ataupun firedrill ,demonstrasi cara memadamkan api dan cara meminta bantuan sekiranya berlakunya kebakaran.

1.5

Pihak Polis

Pihak polis juga selalu di panggil untuk memberi ceramah di sekolah saya tentang gejala menangani masalah sosial dan masalah disiplin yang sering berlaku di peringkat sekolah rendah .Selain daripada itu,pihak polis juga mempromosikan kerjaya kepolisian kepada para pelajar yang berminat dengan kerjaya sebagai polis.

1.6

Institusi Kewangan

Dalam menggalakkan pelajar menyimpan demi masa depan,institusi kewangan seperti Tabung Haji,Bank Simpanan Nasional,Bank Rakyat dan lain-lain bank juga dipanggil oleh pihak sekolah untuk member ceramah tentang hal-hal yang berkaitan dengan simpanan masa depan.Interaksi sebegini memang sesuai dalam melahirkan insan yang bertanggungjawab selaras dengan kehendak Falsafah Peendidikan Kebangsaan.

1.7

Motivator-motivator

Dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar di sekolah saya khasnya pelajar Tahun 6, pihak sekolah ada menjemput penceramah-penceramah yang berkelayakan untuk memberi motivasi kepada para pelajar .Motivasi ini sering berkaitan dengan

kaedah belajar,strategi menghadapi ujian dan cara menangani stress.Hal ini juga 6

bertepatan untuk membantu guru dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti pelajar yang lulus dalam semua matapelajaran dan lulus cemerlang 5A dalam keputusan UPSR.Prestasi akademik yang baik akan menunjukkan hasil usaha guru dan pihak sekolah Berjaya dalam melahirkan insane yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari segi JERI.

1.8

Pihak kesihatan

Semasa berleluasanya penyakit Tangan,kaki dan Mulut (HFMD) dalam tempoh persekolahan pada tahun ini,pihak sekolah juga ada menjemput pihak kesihatan untuk memberi ceramah dan maklumat tentang penyakit HFMD ini.Selain ceramah tentang cara pencegahan dan tanda-tanda penyakit ini berjangkit,pihak kesihatan juga membuat pemeriksaan ke atas semua pelajar bagi mengenalpasti sekiranya ada pelajar sekolah yang berjangkit dengan HFMD.Selain itu,pihak guru dikehendaki membuat pemeriksaan terhadap semua pelajar pada waktu pagi sebelum sesi persekolahan bermula di hadapan pintu pagar sekolah.Ini bertujuan sebagai langkah awal dalam menangani pelajar yang dijangkiti supaya tidak hadir ke sekolah.

1.9

Agensi Dadah Kebangsaan( AADK)

Agensi Dadah Kebangsaan yang berperanan memberi maklumat tentang penyalahgunaan dadah juga mengadakan ceramah anti dadah khasnya kepada pelajar Tahun 6 selepas peperiksaan UPSR.Aktiviti ini terjadual dalam aktiviti Pasca UPSR demi membantu pelajar dan memberi info tentang bahaya penggunaan dadah.Sememangnya aktiviti ini sesuai diadakan demi menyelamatkan para pelajar daripada terjebak dengan dadah supaya menjadi insan yang pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan kehendak Falsafah pendidikan Kebangsaan. 7

1.10

Pihak tentera

Memandangkan sekolah saya terletak dalam kem tentera,pihak tentera memang banyak membantu pihak sekolah sekiranya ada aktiviti yang memerlukan bantuan mereka.Contohnya aktiviti gotong-royong,mengecat bangunan sekolah ,membina khemah,meminjam peralatan siaraya dan sebagainya merupakan salah satu cara pihak sekolah berhungung dengan komuniti setempat.Memandangkan Yang Dipertua PIBG sekolah saya merupakan seorang tentera maka mudah bagi sekolah untuk berurusan dengan mereka.Penglibatan mereka secara langsusng mahupun tidak,banyak membantu pihak sekolah dlam meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak didik supaya menjadi anak yang berilmu pemgetahuan dan berketrampilan.

2.0

Penutup

Secara rumusannya , berdasarkan pemerhatian dan interaksi saya khasnya pihak sekolah saya dengan komuniti setempat ,ianya banyak membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar sekolah saya dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Hal ini adalah kerana semua pihak yang terlibat dalam komuniti setempat mempunyai hak dan tanggungjawab mereka sebagai komuniti setempat.Penglibatan semua komuniti setempat seperti ibu bapa dan penjaga,PIBG, Pihak Bomba,Pihak Polis,InstitusiKewangan,Motivator-motivator, pihak Kesihatan ,Agensi Anti dadah dan Pihak Tentera memang banyak membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya penghargaan perlu diberikan kepada semua komuniti setempat kerana banyak membantu pihak sekolah dalam menjayakan program sekolah yang berkehendakkan peningkatan prestasi pelajaran anak-anak didiknya. Pengukuhan ikatan ini merupakan kelangsungan kejayaan konsep perkongsian.Seperti di sekolah saya ,ibu bapa ataupun penjaga sering terlibat dalam aktiviti Hari Pemuafakatan,Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar, Hari Sukan, Program

Anak Angkat atau Mentor Mentee untuk pelajar Tahun 6,Ceramah keibubapaan dan Motivasi bersama anak-anak dan Mesyuarat PIBG.

Penglibatan semua komuniti setempat seperti,ibubapa dan guru,pihak PIBG, Pihak Bomba,Pihak Polis,InstitusiKewangan,Motivator-motivator, pihak Kesihatan ,Agensi Anti dadah dan Pihak Tentera memang banyak membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ke arah melahirkan insan yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Bibliografi

1. Sufean Hussin (2004). Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

3. Buku Modul KPF 3012,Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah Dan Dasar

4. Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 5. Jimmy Sia Pik Chuan (2006). Penglibatan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Kawasan Zon Skudai Johor. Univerisiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda

10

Anda mungkin juga menyukai