Anda di halaman 1dari 8

Soalan 2 : Bagaimanakah taksonomi Bloom, taksonomi Solo dan Domain Krathwohl diaplikasikan dalam penilaian .

Pendahuluan Penilaian didefinisikan sebagai proses pengumpulan maklumat dan informasi yang diperolehi oleh pelajar untuk digunakan sebagai dasar dalam membuat keputusan ( Weeden. Winter, dan Broadfoot:2002 ; Bott:1996; Nitko: 1996; Mardapi: 2004). Penilaian merupakan komponen yang sangat penting dalam system pendidikan. Penilaian berupaya meningkatkan kualiti pendidikan. Penilaian dan pembelajaran adalah dua perkara yang saling berkaitan. Kualiti pembelajaran dapat ditingkatkan melalui sistem penilaian yang baik. Oleh yang demikian , sistem penilaian harus dirancang dan direka dengan baik kerana ia memberi makna bagi setiap pelajar yang terlibat. Penilaian mestilah memiliki ciri secara signifikan, memiliki criteria, prosedur, dan arahan yang jelas dan difahami oleh semua pelajar. Untuk itu setiap penilaian yang dilakukan mestilah mempunyai standard dimana ia menjadi landasan kepada guru dan murid dalam mencapai keputusan yang baik serta meningkatan kualiti pembelajaran dalam sistem pendidikan. Penilaian menggunakan kaedah Taksonomi Bloom. Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S.Bloom pada tahun 1956. Menurut kaedah ini. Tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Untuk membuat penilaian dan pengukuran, perlu dirujuk kepada objektif pengajaran dan pembelajaran. Taksonomi ialah klasifikasi berhierarki dari sesuatu atau prinsip yang mendasari klasifikasi. Taksonomi Bloom mempunyai enam peringkat penilaian iaitu:
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisa Sintesis Penilaian

Aras Pengetahuan Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk memgingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan iaitu:

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol. 2. Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. 3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh penggunaan istilah seperti siapa, apa, dimana, bil, beri definisi, senaraikan dan nyatakan. Dalam penilaian melalui aras pengetahuan, pelajar perlu menggunakan proses mental dimana pengetahuan yang diuji hendaklah sama dengan pengajaran guru. Soalan yang dikemukakan tidak memerlukan pelajar mengubah

pengetahuan dalam bentuk baru dan jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul,
Aras Kefahaman Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal. 2. Mentafsir (Interpretasi) idea atau mesej tersirat dan tersurat. Pelajar dapat menerangkan idea dalam ayat sendiri. 3. Ekstrapolasi atau membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan atau diterima.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini antaranya ialah: jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan. Penilaian melalui aras kefahaman boleh dilakukan sekiranya pelajar telah mendapat maklumat asas semasa sessi pembelajaran dan penilaian ini memerlukan bahan atau alat komunikasi. Pelajar perlu menyatakan kefahaman mereka tentang apa yang telah mereka pelajari.

Aras Aplikasi Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori dan hukum untuk menyelesaikan masalah. Dalam membina soalan perkataan yang boleh digunakan bagi aras aplikasi antaranya ialah kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan. Penilaian aras aplikasi menggunakan proses mental aplikasi. Aras ini melibatkan masalah situasi yang baru yang mana pelajar perlu mengemukakan jawapan yang lain dari masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah. Antara contoh soalan yang boleh dikemukakan kepada pelajar adalah seperti : Bagaimanakah pemburu selamat daripada dimakan harimau? Soalan seperti ini dapat menggalakkan pelajar untuk berfikir dan mengeluarkan idea berdasarkan teori dan konsep. Aras Analisis Aras ini memerlukan pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsureunsur kecil dan memperlihatkan pertalin antara unsur-unsur. Ia juga menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsure-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur. Penilaian berdasarkan aras analisis boleh dilakukan melalui empat jenis iaitu:

1. Analisis unsur iaitu memerlukan pelajar menentukan unsur-unsur. Pelajar perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. 2. Analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dengan hipotesis. 3. Analisis prinsip iaitu pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan. Apabila membina soalan cirri-ciri ini harus diambil kira untuk memastikan soalan adalah mengikut standard yang di kehendaki. Antaranya soalan menggunakan proses mental analisis. Situasi masalah adalah berbeza daripada pengalaman di bilik darjah. Situasi dokumen juga perlu di analisis dan soalan memerlukan fikiran kritik bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Contoh soalan seperti ini boleh diberikan kepada pelajar . Berikan factor-faktor yang mempengaruhi kejadian tanah runtuh.

Aras Sintesis Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas. Pelajar perlu mencantumkan, mennghubungkan, mengintegrasikan fakta-fakta atau idea yang berkaitan, Antara jenis-jjenis soalan aras sintesis ialah sintesis penyampaian iaitu menghurai dan menarik minat. Sintesis himpunan iaitu satu himpunan perlakuan dan sintesis cadangan iaitu cadanagn melalui andaian, analisis dan hubungan abstrak. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan dan apa akan berlaku. Contoh soalan bagi aras ini ialah: Tuliskan sebuah karangan bertajuk Aku sebuah basikal . Aras Penilaian Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasaskan criteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesiatu idea hasil kerja, penyelesaian bahan sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan dan huraikan. Soalan seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk memberi idea dan buah fikiran mereka berlandaskan logik akal dan pengetahuan sedia ada. Namun begitu idea atau jawapan yang diberikan mestilah disertakan dengan alasan yang logic dan boleh diterima. Penilaian beasaskan aras penilaian dapat melatih minda pelajar supaya berkembang dengan luas dan berani memberikan idea-idea yang bernas. Penilaian menggunakan kaedah Taksonomi Solo. Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan The Structure of the Observed Learning Outcome. Dicipta oleh Biggs dan Collins (1982). Ia merupakan kaedah mengklafikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Taksonomi Solo membimbing pembinaan item soalan aras rendah dan juga aras tinggi. Terdapat 5 aras taksonomi solo iaitu:

1. Prestructural iaitu jawapan yang mengandungi maklumat yang tidak berkaitan. Ia membawa maksud soalan yang dikemukakan adalah

berdasarkan pemerhatian, idea dan pendapat pelajar berdasarkan apa yang telah mereka pelajari. 2. Unistructural iaitu jawapan yang mengandungi satu maklumat yang berkaitan. Soalan yang dibina mestilah mengambil kira kefahaman murid tentang apa yang mereka pelajari. Contoh soalan seperti : Siapakah perdana menteri pertama Malaysia? 3. Multistructural iaitu jawapan yang mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan. Soalan berasaskan multistructural dapat membina kemahiran murid dalam memberikan beberapa jawapan yang berkaitan dan

hubungkaitnya. Contoh soalan yang boleh di bina adalah seperti : Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan semasa Kempen Hapuskan Denggi. 4. Relational iaitu jawapan mengandungi hubungkait di antara maklumat yang berkaitan. Soalan ini memberi galakkan kepada murid untuk mencari jawapan yang mempunyai alasan serta hubungkait sesuatu maklumat. Contoh soalan yang boleh dibina adalah : Berdasarkan petikan, nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri Amir. 5. Extended Abstract iaitu jawapan yang tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat tambahan. Murid diberi kebebasan untuk memberikan jawapan mengikut pandangan dan idea mereka sendiri selain dari maklumat yang diberikan.
Seperti taksonomi Bloom, taksonomi Solo juga menitikberatkan tahap pemikiran dan keupayaan murid dalam menjawab soalan. Penilaian yang dibuat berdasarkan kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir dan menggunakan tahap kognitif mereka. Melalui penilaian ini juga guru dapat menilai tahap penguasaan pelajar terhadap penguasaan kemahiran pembelajaran mereka.

Penilaian menggunakan kaedah domain Krathwol (1964)

Krathwohl dan rakan-rakan (1964 ) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminology afektif dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objek pengajaran disamping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif kepada beberapa bahagian iaitu :

1. Penerimaan Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Pelajar tidak akan menolak ransangan dan tindakan adalah terhad. 2. Gerak balas Pelajar akan bertindak balas kepada rangsanagn yang diterima disebabkan mereka mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakan ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. 3. Penilaian Seseorang akan memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat. Melalui kaedah ini pelajar dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi. Mereka juga boleh membuat penilaian dan memberi penghargaan kepada sesuatu nilai perbuatan. Pelajar juga boleh

membezakan nilai dan situasi yang berbeza. 4. Organisasi


Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian di antaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu. Melaui kaedah ini penilaian dibuat berdasarkan kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang. Penilaian boleh dilakukan melalui pembinaan ayat atau fakta. Pelajar boleh mencipta atau membina ayat berdasarkan gambar atau situasi yang diberikan.

5. Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai. Pelajar dapat mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Perubahan tingkahlaku selepas sessi pembelajaran dapat diperhatikan berdasarkan nilai-nilai yang telah diterapkan.
Rumusan Berdasarkan pada setiap kaedah iaitu Taksonomi Bloom, taksonomi Solo dan domain Krathwohl dapat diaplikasikan dalam penilaian melalui pelbagai bentuk dan cara. Setiap penilaian menjurus kepada tahap penguasaan pelajar dan kemahiran mereka dalam memberi jawapan yang tepat dan bernas. Kesemua kaedah ini boleh dianggap sebagai landasan dan panduan kepada guru dalam membina item soalan untuk setiap pelajar mereka. Soalan yang baik dapat memberi pelajar peluang mempamerkan pencapaian mereka. Seterusnya guru juga dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan pengajaran yang dilakukan seterusnya dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai