Anda di halaman 1dari 15

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

QGK3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN


TAJUK :

Tugasan 2: TINJAUAN LITERATUR


( Ulasan Artikel )

KUMPULAN : UPSI -01 ( A131PJJ )


DISEDIAKAN OLEH : NAMA WAN MOHD ZULKIFLY BIN YAACOB NO. ID D20102041380 NO. TELEFON 0192382480

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: DR. MOHD SANI BIN MADON : 2O NOVEMBER 2013

0|Page

1. ARTIKEL/JURNAL : Kelima-kelima artikel dibawah adalah berkaitan dengan Tema Kesihatan dan Aktiviti Fizikal yang berkaitan gaya hidup diamalkan pada zaman sekarang yang lebih mementingkan

kemewahan dari segi material sehingga meminggirkan elemen kesihatan diri ,keluarga dan masyarakat.Artikel tersebut jugak banyak mengaitkan amalan senaman yang telah tidak dititik beratkan didalam kehidupan seharian.Ia juga banyak menyentuh tentang peningkatan penyakit kronok akibat dari gaya hidup yang tidak aktif .Selain daripada itu terdapat banyak info dan maklumat secara fakta tentang jenis-jenis dan kepentingan untuk bersenam.

Artikel 1

Tajuk Penulis

: Kesejahteraan Melalui Gaya Hidup Sihat : Norliah Kudus,Pensyarah Kanan Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)

1|Page

Artikel 2

Artikel 3

2|Page

Artikel 4

Penulis : Dr Ismail Thamby,Pakar Sakit Tuan

Artikel 5

. Membudayakan Amalan Gaya Hidup Sihat,Ruangan Kesihatan 23 Mei 2013 Penulis: Dr. Azhar Bin Dato Razali,Pakar Jantung ,IJN Kuala Lumpur. 3|Page

2.0 RUMUSAN KESELURUHAN ARTIKEL 2.1 Pengenalan Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat.Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni.Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Gaya hidup sedentari adalah corak kehidupan yang dilalui tanpa atau kurang melakukan aktiviti fizikal.Kehidupan sebegini boleh memudaratkan kesihatan individu.Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan telah terbukti bahawa tidak atau kurang melakukan aktiviti fizikal dikaitkan dengan risiko mendapatkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti atau kegemukan.Juga, telah terbukti bahawa cara hidup sedentari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus, kanser payu dara, penyakit jantung koronari, strok, tekanan darah tinggi, osteoporosis (kereputan tulang), kemurungan dan keresahan. Di Malaysia, penyakit jantung koronari merupakan pembunuh nombor satu. Bagi penyakit diabetes, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada penduduknya menghidap penyakit tersebut. Laporan juga menunjukkan hampir 18% daripada penduduk dewasa wanita dan 15% penduduk dewasa lelaki di negara ini memiliki berlebihan berat badan. Antara puncanya, ialah tidak

4|Page

mengamalkan cara hidup yang sihat terutamanya dari segi mengawal makanan/diet dan melakukan aktiviti fizikal Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal. Gejala ini jika tidak ditangani akan menimbulkan masalah kesihatan awam yang serius.Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat sebagai antara langkah untuk mengatasi masalah ini.Sehubungan itu, salah satu daripada komponen yang diberi penekanan khusus dalam kempen ini bermula sejak tahun 1998 ialah melakukan senaman dan aktiviti fizikal. 3. Gaya Hidup sihat dan Cergas. Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula.Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera.Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi

fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya" Falls (1980) Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurangkurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. 5|Page

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang.Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan.Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh.Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang.Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas. Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan.Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah. Secara keseluruhannya,amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi,Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan.Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. 4.0 Senaman dalam Gaya hidup yang sihat Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan.Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem 6|Page

peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi.Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan.Jelasnya,semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang

banyak.Contoh senaman ialah seperti berlari,berjoging,berjalan,berenang,lompat tali dan berbasikal. 4.1 Kepentingan Bersenam Sebenarnya tubuh manusia memerlukan senaman. Ini berguna untuk membina kemampuan tubuh kita pada tahapnya yang terbaik.Orang yang tidak bersenam hanya menggunakan 27% keupayaannya.Dengan bersenam keupayaan seseorang boleh ditingkatkan kepada 56%.Badan yang cergas dapat melakukan aktiviti dengan tidak berasa letih, bahkan segala kerja dapat disempurnakan dengan penuh keriangan. Senaman juga boleh menyihatkan organ-organ badan.Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit.Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan.Senaman yang dilakukan secara teratur sangat berguna untuk meningkatkan pembinaan otot.Maka otot-otot akan terbina dengan lebih baik lagi dari segi saiz, kekuatan, kekenyalan, dan daya tahannya. Bahaya penyakit seperti serangan jantung boleh dikurangi kerana bersenam menyebabkan jantung kita bertambah kuat.Jantung yang cergas mampu melakukan kerja yang lebih daripada jantung yang kurang cergas.Contohnya jantung yang cergas mampu mengepam darah 25% lebih banyak daripada jantung yang kurang cergas.Sebab itulah orang yang cergas tidak mudah letih atau lesu. Selain daripada jantung, senaman memperelok sistem kardiovaskular.Senaman dapat mempercepat pembentukan kapilari darah yakni saluran darah yang halus pada tisu-tisu yang aktif.Dengan bersenam lemak dalam saluran darah dapat dikawal daripada menjadi beku. Ia juga memperbaiki sistem pernafasan kita.

7|Page

Selain itu,aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan.Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan.Jelasnya,semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Melalui bersenam juga kita membina daya tahan kardiovaskular dengan membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat serta memberikan kita lebih tenaga.Selain daripada itu,dengan bersenam kita dapat membina Kekuatan dari segi tulang dan otot supaya otot kekal kuat, membaiki postur tubuh badan anda serta dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis . 4.2 Tahap-tahap senaman Pakar sains sukan telah membahagikan mereka yang ingin memulakan program aktiviti fizikal ini kepada 3 kategori:a) Berisiko Rendah Golongan muda iaitu lelaki yang berumur kurang daripada 45 tahun dan wanita kurang daripada 55 tahun yang tidak mengalami simptom penyakit jantung dan memiliki tidak lebih daripada satu faktor risiko seperti merokok, tekanan darah tinggi, memiliki sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung, tinggi kandungan kolesterol dalam darah, paras glukosa darah tidak normal, kegemukan dan menjalani kehidupan yang sedentari.Golongan ini boleh melakukan aktiviti fizikal yang sederhana atau lasak tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan atau ujian senaman klinikal. b) Berisiko Sederhana

Golongan ini merupakan individu yang tidak memiliki sebarang simptom penyakit jantung tetapi berumur lebih daripada 45 tahun bagi lelaki dan 55 tahun ke atas bagi wanita atau mereka yang memiliki 2 dan lebih daripada faktor risiko di atas.Kumpulan ini boleh melakukan aktiviti fizikal 8|Page

yang sederhana dan tidak memerlukan ujian senaman atau pemeriksaan perubatan, tetapi jika mereka ingin melakukan aktiviti yang lasak adalah disarankan menjalani ujian dan pemeriksaan tersebut. c) Berisiko Tinggi

Golongan ini terdiri daripada klien yang memiliki satu atau lebih symptom seperti sakit dada, tengkok atau dagu akibat kekurangan bekalan oksigen ke jantung, mudah semput ketika berehat atau semasa melakukan senaman yang sederhana, pitam, pening, denyutan jantung yang tidak normal, mudah letih atau lesu dan sembab. Mereka perlu menjalani kedua-dua ujian senaman dan pemeriksaan perubatan.Apabila memulakan program, jika mengalami

kecederaan atau jatuh sakit, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor,tanpa mengira umur atau keadaan kesihatan.

Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah klien hendaklah peka serta tahu tahap kesihatan sendiri sebelum memulakan sesuatu aktiviti senaman. Klien tidak seharusnya mengalami kelesuan,kesakitan atau semput.Bersenam secara berlebihan serta sikap kurang bersabar boleh mengakibatkan kecederaan dan boleh memudaratkan mereka.Faktor ini boleh membantutkan segala usaha klien. 4.3 Jenis-jenis senaman

Senaman Kalistenik

Senaman kalistenik merupakan pergerakan yang dilakukan secara lokomotor dan secara bukan lokomotor.Ia melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti melompat, membaling, melontar dan sebagainya.Senaman kalistenik biasanya dilakukan tanpa

menggunakan beban dan sebarang peralatan.Ia bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti badan. Antara aktiviti kalistenik ialah: a. memalingkan kepala dari kanan ke kiri, b. mendongakkan kepala ke arah langit serta bumi, c. memutarkan kedua belah lengan dan juga kedua belah pergelangan kaki, d. mengilas bahagian atas tubuh badan, 9|Page

e. membongkok dan mengilas tubuh badan dan f. melakukan berbagai-bagai jenis lompatan Senaman Kardiovaskular Senaman kardiovaskular atau latihan aerobik, adalah jenis latihan untuk meningkatkan muscular endurance atau stamina dengan meningkatkan keupayaan jantung untuk menyalurkan oksigen kepada otot-otot yang memerlukan. Senaman kardiovaskular membantu mengawal berat badan dengan pembakaran kalori dan lemak jika dilakukan dengan cara yang betul.Untuk membakar lemak, sekurang-kurang badan kita memerlukan senaman kardiovaskular selama 24 minit.Senaman kardiovaskular adalah salah satu elemen penting dalam komponen kesihatan.Seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali.Antara contoh senaman aerobik adalah berlari, berenang, tarian aerobik dan lainlain. Senaman Ketahanan Senaman ketahanan adalah seperti berjoging, berenang dan berjalan kaki. Senaman ini disarankan kerana bukan saja baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda melakukan aktiviti seperti menaiki tangga Senaman Keseimbangan Senaman keseimbangan pula adalah senaman seperti tekan tubi dan mampu menguatkan otot kaki serta memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal berfungsi. Manakala Senaman Fleksibiliti pula adalah senaman regangan badan. Kalau sendi anda bermasalah, senaman ini sangat sesuai dan contoh senaman fleksibiliti adalah seperti yoga dan aerobik. Senaman kekuatan Senaman kekuatan dijalankan bagi mendapatkan lebih stamina untuk membina otot dan membuat kerja. Sebenarnya senaman kekuatan ini membantu meningkatkan kadar

metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah.Senaman ini sangat penting terutama pada mereka yang mengalami masalah lemak yang degil dan mengurangkan risiko asteoporosis. 10 | P a g e

Apabila hendak bersenam, kita kenalah tahu senaman apa yang bersesuaian mengikut kemampuan kita dan mulakan dengan perlahan lahan. Ramai yang tidak faham sehingga cedera tisu otot dan badan.Oleh itu, janganlah tergesa gesa nanti badan anda yang merana. Senaman senamrobik

Senamrobik adalah gerak latihan yang menggunakan muzik. Latihan bagi senaman ini dikombinasikan dengan pergerakan kaki dan tangan dan pergerakan mensasarkan kepada otot besar.Tujuannya untuk mencapai kadar nadi optima sesuai dengan umur dan tahap kecergasan seseorang.Di dalam aktiviti senamrobik yang dilakukan terdapat beberapa pergerakan yang menjadi asas kepada pergerakan yang lainnya.

Terdapat 4 pergerakan asas yang boleh diklasifikasikan: March / bergerak setempat. Tap / sentuh dengan hujung kaki atau tumit kaki. Lift / Angkat kaki Step touch / bergerak selangkah ke sisi

Dan kategori pergerakan asas senamrobik terbahagi kepada 3 bahagian: .Aerobik Impak Rendah .Aerobik Impak Tinggi .Tiada Impak

Senaman memanaskan badan

Memanaskan badan adalah proses untuk menaikkan suhu badan dan mempercepat peredaran darah ke seluruh badan.Melakukan senaman kalistenik seperti regangan untuk menyediakan badan bagi menghadapi senaman aerobik atau senaman yang lebih berat.Pemanaskan badan adalah sebagai persediaan tubuh badan menjalankan aktiviti berat.Regangkan otot-otot dan sendi-sendi serta perlahan-lahan meningkatkan kadar nadi yang dikehendaki sebelum mengerjakan aktiviti-aktiviti yang giat.

11 | P a g e

Cara menyejukkan badan

Bersenam tidak berakhir begitu saja.Jika memanaskan badan adalah penting, menyejukkan badan selepas bersenam juga penting dan tidak boleh diabaikan.Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan.Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati.Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.

5.0 Usaha ke Arah meningkatkan gaya hidup cergas

Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan akan dianjur untuk terus meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Usaha tersebut termasuk program pembangunan kecergasan dan aktiviti luar manakala program baru berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih ramai di kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidupsihat di kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran seperti kempen,program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman awam akan diteruskan dalam tempoh Rancangan. Sebanyak 50 peratus rakyat Malaysia dijangka terlibat secara langsung dalam aktiviti gaya hidup cergas dan sihat menjelang tahun 2010. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini, sejumlah 24,000 jurulatih dan fasilitator dalam sukan massa akan dilantik dan dilatih melalui kursus yang akan dijalankan di dalam dan luar negara.

Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah program ini,semua aktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan digalakkan dengan sokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Program dan aktiviti ini akan meningkat dan menggalakkan pelancongan sukan dan menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan. Sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan dinaik taraf.

12 | P a g e

Langkah akan diambil untuk memastikan penyenggaraan dan penjagaan kemudahan dilakukan dengan sempurna termasuk penguatkuasaan peraturan dan prosedur mengenai penggunaan kemudahan tersebut. Di samping itu, personel terlibat dalam penyenggaraan kemudahan akan diberi latihan berkaitan bagi memastikan mereka cekap dan berupaya untuk mengurus kemudahan tersebut. Bagi menggalak serta memudahkan penyertaan yang lebih ramai dalam sukan pada peringkat akar umbi, kompleks sukan pelbagai guna peringkat daerah akan dibina.Pelbagai kemudahan untuk sukan seperti badminton, sepak takraw dan futsal serta premis untuk mengadakan mesyuarat dan lain aktiviti berkaitan masyarakat akan disedia di kompleks tersebut. Satu jawatankuasa bagi pengurusan dan penyenggaraan yang teratur bagi setiap kompleks akan ditubuhkan di setiap kawasan berkenaan.

6.0 Kesimpulan Kesimpulannya,gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi.Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak.Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka.Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. . Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini.Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat 13 | P a g e

memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka.Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

14 | P a g e