Anda di halaman 1dari 20

FORUM 1

General Forum : tapak bagi forum 1 Posted On : 01 Mar 2012 12:21:13 AM Subject : Re : Forum 1 Salam sejahtera, Saya ingin berkongsi sedikit dengan apa yang diperkatakan oleh cikgu Chow Kar Yee,selain daripada itu itu kita sebagai guru dapat mengenalpasti dari pada segi sosial dan emosi kanakkanak yang bermasalah pembelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru. Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain. General Forum : tapak bagi forum 1 Posted On : 01 Mar 2012 12:16:29 AM Subject : Forum 1 : Mengenalpasti kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Berdasarkan pengalaman saya,kita dapat mengenalpasti kanak-kanak tersebut menerusi pembelajaran di bilik darjah.Antaranya ialah :Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks. Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun,

kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan. Selain itu ,sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.

General Forum : tapak bagi forum 1 Posted On : 07 Mar 2012 08:36:43 AM Subject : Re : Forum 1 Assalamulaikum dan Salam sejahtera, Saya ingin menambah sedikit apa yang diperkatakan oleh cikgu,antara cara lain untuk mengesan murid ini ialah melalui fizikal (motor halus dan kasar ), melalui cara ini pihak guru tidak menghadapi sebarang masalah kerana murid dapat dinilai secara luaran dengan melakukan ujian menjalankan kemahiran manipulatif, murid yang tidak dapat melakukan aktiviti yang dijanlankan sudah cukup menggambarkan murid ini menghadapi masalah perkembangan motor kasar dan motor halus. Berdasarkan pengalaman saya yang mengajar subjek kemahiran manipulatif, saya dapat melihat murid yang tidak tidak mempunyai kurang upaya yang tidak teruk dapat melakukan setiap kemahiran dan aktiviti yang dijalankan dengan baik sekali dan boleh menyamai murid aliran perdana. Pengalaman saya lagi dalam mengenalpasti murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran ialah bagi murid yang hyperaktif, murid ini tidak boleh duduk diam dan hanya berminat untuk melakukan sesuatu aktiviti hanya dalam tempoh masa yang singkat. Murid ini tidak boleh belajar sepanjang hari sebaliknya dalam pengajaran dan pembelajaran saya perlu memasukkan aktiviti permainan untuk menarik tumpuan dan minat mereka. General Forum : tapak bagi forum 1 Posted On : 07 Mar 2012 08:34:41 AM Subject : Re : FORUM 1 Assalamaualaikum dan salam sejahtera,

Saya amat bersetujuan dengan pendapat cikgu berdua,bagi saya , cara terbaik seorang guru mengenalpasti perkembangan murid dalam bilik darjah adalah dengan melihat perkembangan murid secara menyeluruh akademik ( kognitif), fizikal ( motor halus & kasar ), sosial, rohani dan psikologi. Berdasarkan pengalaman saya, setiap murid perlu dinilai dan dikenalpasti untuk mengesan murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Guru perlu melihat dari aspek akademik, jika guru mendapati murid berkenaan sukar mengikuti pengajaran di dalam kelas dan tahap pencapaian pelajaran murid berkenaan agak rendah, maka murid berkenaan perlu diberi perhatian yang serius. Memang benar setiap murid berbeza tahap IQ, namun apabila perbezaan tahap IQ terlalu jauh antara sesama mereka di dalam kelas, ternyata murid berkenaan menghadapi masalah dari aspek kognitif. General Forum : tapak bagi forum 1 Posted On : 10 Mar 2012 09:23:43 PM Subject : Re : Pengenalpastian Kanak-kanak Bermasalah Salam sejahtera, Saya juga bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan oleh cikgu. Sebenarnya tidak semua murid yang menghadapi tingkah laku bermasalah menghadapi masalah dalam pembelajaran. Tingkah laku bermasalah boleh didefenisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Tingkah laku bermasalah dapat diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walau secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Itulah yang berlaku kepada cikgu apabila adanya murid-murid yang bersemangat untuk belajar dan inginkan perhatian daripada cikgu. Apabila guru tidak memberi perhatian kepadanya ia akan menimbulkan masalah yang akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. General Forum : tapak bagi forum 1 Posted On : 09 Mar 2012 10:11:40 PM Subject : Re : Pengenalpastian Kanak-kanak Bermasalah Salam sejahtera..

Berdasarkan pengalaman sendiri dalam mengenalpasti kanak-kanak atau murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran ialah pokok pangkalnya adalah mereka mengalami masalah ketidakupayaan memberi tumpuan ataupun masalah hiperaktiviti. Pada hakikatnya semua murid ingin sekali menjadi seorang yang cemerlang di sekolahnya, namun disebabkan masalah ini iaitu kesukaran memberi tumpuan dengan kerap ini telah pun menyebabkan gangguan dan masalah kepada murid itu sendiri. Sungguhpun demikian, kebanyakan ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang melihat masalah ini seringkali di salah erti terhadap sikap muridmurid ini kerana tidak memahami mengapa murid-murid ini mempunyai tingkahlaku sedemikian rupa. Pada dasarnya murid ini bersikap normal tetapi oleh kerana masalah kesukaran memberi tumpuan dengan kerap ini akan menunjukkan sikap yang tidak diingini seperti mengamuk di dalam kelas atau pun terlalu aktif di dalam kelas sehingga mengganggu proses pembelajaran tersebut. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan. Ianya perlu dibawa berjumpa dengan pihak yang sepatutnya untuk dinilai atau didiagnos dengan lebih lanjut. Para ibubapa hendaklah meminta pihak pakar kanak-kanak atau pun doktor keluarga merujuk anak-anak mereka ini kepada pakar psikiatri kanak-kanak dan dewasa untuk proses diagnostik anak-anak mereka dengan lebih lanjut bagi tujuan perubatan. General Forum : tapak bagi forum 1 Posted On : 09 Mar 2012 10:08:07 PM Subject : Re : FORUM 1 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada pendapat saya ,faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Persekitaran yang serba kekurangan kerana faktor kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Saya pernah bersemuka dengan beberapa orang murid dan bertanyakan tentang latar belakang mereka. Memang benar, faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran mereka. Sebagai contoh, hubungan mereka dengan ibu bapa kurang mesra dan tidak cukupi kerana kurang perhatian yang diberikan terutama dalam pembelajaran. Ada ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pencapaian anak-anak mereka. Ini menyebabkan kanak-kanak tersebut memberontak dengan melakukan perkara yang tidak baik.

Salam sejahtera dan 1 Malaysia. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya. Kes yang saya pernah hadapi sama dengan maslah cikgu iaitu murid yang hyperaktif. Semasa saya mengajar dalam kelas, murid ini tidak boleh duduk diam di tempatnya, malah dia berjalan di dalam kelas lalu mengganggu pengajaran dan pembelajaran kelas. Dia suka membuat kerja sendiri seperti bermain pensel dan pemadam, berjalan ke tempat rakan lalu mengacau dan lari di dalam kelas dan sebagainya. Murid ini tidak suka bertulis. Apabila dia disuruh menulis, tangannya agak lemah di mana dia pegang pensel dan caranya adalah salah. Murid ini kurang berminat dalam mata pelajaran membaca, menulis dan mengira. Tetapi, jika cikgu mengemukakan soalan kepada dia, dia dapat menjawab soalan cikgu. Dia sangat suka melukis. Gambar yang paling suka dilukis ialah kereta. Dia melukis kereta sambil menyebut apakah kehebatan kereta. Selain itu, murid ini tidak dapat menjaga kebersihan kendiri. Ibunya meneman dia ke sekolah pada setiap hari. Selepas waktu PJ, ibunya akan menukarkan bajunya.

FORUM 2
General Forum : tapak forum 2 Posted On : 01 Mar 2012 12:34:26 AM Subject : Forum 2. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pada pendapat saya,kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar secara berasingan daripada rakan-rakan yang belajar di bilik darjah biasa kerana kanak-kanak ini berbeza dari segi perkembangan minda, fizikal dan emosi mereka. Contohnya,dalam kelas berasingan, bilangan pelajar berkeperluan khas adalah kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya, pelajar berkeperluan khas ini, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.

General Forum : tapak forum 2 Posted On : 07 Mar 2012 10:16:48 AM Subject : Re : Forum 2 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya sependapat dengan cikgu,bagi saya murid berkeperluan khas tidak patut belajar bersamasama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah biasa. Ini adalah kerana guru yang mengajar di dalam bilik darjah biasa adalah guru biasa ( arus perdana ) dan mereka tidak pernah menerima latihan khas. Selain daripada itu, murid khas tidak sesuai belajar bersama-sama dengan rakan arus perdana kerana keperluan mereka adalah berbeza. Maka, golongan tersebut memerlukan seseorang guru yang telah menerima latihan khas, mempunyai sikap simpati dan

empati, berfikiran kreatif, inovatif dan imagenatif untuk memberi pendidikan khas kepada mereka. Walau bagaimanapun, murid berkeperluan khas digalakkan menjalankan program integrasi bersama-sama dengan murid biasa kerana ini akan membolehkan murid-murid berkeperluan khas berinteraksi dengan murid-murid biasa. Ini akan membantu mereka menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat luar kelak. Bagi menjayakan usaha ini, pihak sekolah memainkan peranan yang penting. Contohnya, menyediakan kemudahan atau infrastruktur yang serba lengkap kepada murid-murid berkeperluan khas. Dengan adanya kerjasama semua pihak,program pendidikan khas pasti dapat berkembang dan berjalan dengan lancar.

General Forum : tapak forum 2 Posted On : 07 Mar 2012 08:41:34 AM Subject : Re : forum 2 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya amat bersetuju dengan pendapat Cikgu Munirah,Murid-murid berkeperluan khas perlu ditempatkan di kelas khas dengan di ajar oleh guru khas menggunakan sukatan dan kurikulum khas yang sesuai dan bertepatan dengan mereka. Seperti yang kita sedia maklum , murid berkeperluan khas ini adalah istimewa. Dengan pengasingan murid-murid bekeperluan khas dan murid-murid perdana membolehkan matlamat mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dapat dicapai. Dalam kelas pendidikan khas, program pengajaran yang dibentuk direka khas berpandukan ciri-ciri individu berkeperluan khas.Bagi murid-murid yang berkeperluan khas mereka harus menerima program pendidikan khas. Jika dilihat dari matlamat pendidikan khas ialah mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajaran bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa. Oleh itu, mereka perlu diasingkan untuk menerima hak yang sama adil untuk menimba ilmu. Prndidkan khas memang sesuai kerana program ini memang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek , fizikal, emosi serta serta sosiologinya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

General Forum : tapak forum 2 Posted On : 09 Mar 2012 10:17:23 PM Subject : Re : forum Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pandangan saya adakah perlu murid - murid berkeperluan khas belajar bersama - sama dengan arus perdana adalah mengikut tahap kebolehan , pencapaian murid dan juga bergantung dengan tahap keperluan khas yang mereka perlukan. Ini bermaksud murid - murid yang berkelayakan dan dirasakan dapat bersaing dan mempunyai tahap kebolehan dan kemahiran yang diingini sama dengan murid di aliran perdana haruslah diinklusifkan. Ini adalah untuk memberi peluang kepada murid - murid tersebut bahawa mereka juga boleh berjaya seperti murid - murid dialiran perdana. Kejayaan seorang murid di salah sebuah sekolah di Seremban misalnya iaitu seorang murid hiperaktif mendapat 5A dalam peperiksaan UPSRnya telah membuktikan bahawa murid - murid bekeperluan khas juga boleh berjaya jika diberi peluang. Bagi murid yang bermasalah seperti autisma , kerencatan akal dan sebagainya adalah dirasakan ia tidak perlu diinklusifkan kerana murid - murid ini memerlukan pemerhatian yang khas. Mereka ini selalunya diajar tentang kemahiran pengurusan diri dan sebagainya. Pencapaian akademik tidak begitu dititikberatkan . Ini jelas dengan konsep pendidikan khas yang bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid murid khas. General Forum : tapak forum 2 Posted On : 02 Apr 2012 09:19:06 AM Subject : Re : MURID BEKEPERLUAN KHAS. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Murid-murid khas ini biasanya kita dapati mereka menghadapi masalah dalam mengenal huruf juga mengahadapi masalah dalam pembelajaran. Mereka tidak dapat mengenal huruf walaupun telah masuk tahun empat. Mereka tidak faham akan pengajaran guru. Murid ini tidak berminat untuk belajar kerana tidak dapat menguasai atau memahami pengajaran guru. Selain itu, terdapat sebahagian murid di sekolah rendah masih tidak menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini merupakan satu cabaran kepada dunia pendidikan hari ini. Warga pendidik bimbang akan implikasi ini akan mengakibatkan murid golongan ini hilang minat dan untuk datang ke sekolah kerana mereka tidak lagi bermotivasi untuk belajar. Oleh sebab itu, dibimbangi sekiranya mereka ke kelas inklusif mereka tidak dapat belajar sebaik di kelas

khas mereka. Namun, belajar di kelas inklusif juga perlu agar mereka dapat menjalani kehidupan sosial bersama-sama kanak-kanak normal yang lain tanpa rasa segan dan malu. General Forum : tapak forum 2 Posted On : 02 Apr 2012 09:17:38 AM Subject : Re : FORUM 2 Salam Sejahtera, Jika kita memikirkan secara tidak mendalam, sememangnya murid keperluan khas ini perlu belajar bersama-sama dengan murid arus perdana di bilik darjah biasa supaya mereka ini tidak ketinggalan dan dapat menguasai semua perkara dalam setiap pembelajaran. Apa yang murid biasa belajar perlu murid berkeperluan khas ini belajar juga. Tetapi kita perlu melihat keupayaan murid berkeperluan khas ini dalam mempelajari pembelajaran. Murid-murid ini tidak dapat menguasai kemahiran seperti murid biasa. Mereka memerlukan keadaan bilik darjah yang dapat membantu mereka menguasai pelajaran, rakan yang seupaya dan guru yang member perhatian kepada mereka. Mereka ini perlu di pantau dan diberi perhatian setiap masa. Sekiranya murid berkeperluan khas ini diletakkan di bilik darjah biasa, mereka tidak dapat menguasai pelajaran dengan cepat seperti murid biasa malah mungkin akan terganggu dengan persekitaran bilik darjah yang biasa dan tidak dapat meberikan tumpuan. Mereka juga boleh mengganggu murid biasa untuk belajar kerana disebabkan guru yang tidak sempat memberikan perhatian kepada murid ini kerana terlalu ramai murid di dalam kelas dan sebagainya. Jadi murid berkeperluan khas ini seeloknya ditempatkan di bilik darjah yang sesuai dengan keadaannya.

General Forum : tapak forum 2 Posted On : 30 Mar 2012 11:57:49 PM Subject : Re : FORUM 2 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya amat bersetuju dengan pandangan cikgu,kanak-kanak istimewa ini kita tidak boleh samakan dengan kanakkanak yang lain.Kalau diajar secara berasingan,guru dapatmemberi perhatian yang sepenuhnya kepada kanak-kanak tersebut.Guru juga dapat membimbing dengan lebih efisen dan berkesan.

General Forum : tapak forum 2 Posted On : 26 Apr 2012 11:48:42 AM Subject : Re : Perlukah murid berkeperluan khas belajar bersama-bersama dengan rakan di arus perdana dlm bilik darjah biasa Assalamualaikum dan salam sejahtera Pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak khas. Oleh itu, strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Program pendidikan inklusif merupakan mengintergrasikan pelajar berkeupayaan khas dalam kelas biasa dan belajar dalam keadaan yang normal seperti murid yang lain. Pada pendapat saya kita boleh mengekalkan murid keperluan khas secara sepenuh atau secara separuh masa dalam kelas biasa. Sejurus itu, guru-guru harus memahami kebolehan murid khas sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi memudahkan dalam menyediakan atau melaksanakanmaktiviti yang sesuai dengan mereka.pendidikan inklusif ini juga boleh dijalankan kerana dapat mewujudkan situasi kanak-kanak normal yang lain terima mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat dan tidak dipinggirkan. Seterusnya kanak-kanak khas juga dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal. Muridmurid khas juga dapat peluang untuk meningkatkan konsep kendiri iaitu pengetahuan dan kemahiran yang diterima standing dengan yang lain. Akhirnya pendidikan inklusif juga dapat mengelakan diskriminasi dalam pendidikan dan semua kemudahan yang disediakan terima oleh semua kanak-kanak.

FORUM 3
General Forum : tapak bagi forum 3 Posted On : 05 Mar 2012 10:26:29 AM Subject : Forum 3: Punca kecacatan dan pencegahan Assalamulaikum dan salam sejahtera Saya ingin berkongsi maklumat dalam konteks kanak-kanak berkeperluan khas seperti kanakkanak down sindrom.Antara puncanya ialah : 1. Punca dari Genetik Kanak-kanak sindrom down mempunyai bilangan kromoson 47 berbanding 46 kromosom pada sel yang normal. Pertambahan kromosom ini disebabkan oleh proses pembentukan sel yang tidak berlaku dengan sempurna sehingga menyebabkan berlakunya terlebih sel. Dianggarkan 95% daripada kes sindrom down adalah disebabkan masalah ini. Terdapat 3 jenis sindrom down yang disebabkan oleh faktor genetik iaitu Trisomi 21, Mosaicism dan Translokasi Robertsonian.Faktor keturunan juga turut menyumbang kepada kes sindrom down. Jika terdapat sejarah kes-kes sindrom down pada pihak keluarga sebelah ibu dan bapa maka risiko untuk mendapatkan anak sindrom down adalah lebih tinggi. 2. Punca dari persekitaran Ibu mengandung yang berumur 35 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak yang mengalami sindrom down. Faktor ini disebabkan masalah kelewatan mendirikan rumah tangga yang berlaku di dunia dan tidak berkecuali kepada Negara kita sendiri. Sebagai langkah pencegahan,setiap ibu haruslah meminta pandangan pakar perubatan sebelum merancang ubtuk hamil sekiranya terdapat risiko seperti yg dinyatakan diatas dan seharusnya berdoa kepada tuhan semoga terhindar dari segala permasalahan. Sekian.

General Forum : tapak bagi forum 3 Posted On : 28 Mar 2012 10:09:26 AM Subject : Forum 3 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin memberi sedikit maklumat berkaitan dengan tajuk forum ini iaitu: Kecacatan kelahiran adalah keganjilan di dalam struktur fizikal, fungsi atau metabolisma bayi yang sedia ada ketika bayi dilahirkan dan boleh menyebabkan kecacatan fizikal dan mental, atau kematian.Kecacatan pada kanak-kanak dapat dikenal pasti berlaku disebabkan oleh perkara-perkara seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Baka Pemakanan Jangkitan kuman Dadah dan arak Sinar-X Pengambilan ubat Kemalangan Penyesuaian Kekurangan oksigen Umur ibu Kenan

Antara langkah-langkah yang boleh di ambil bagi mengelakkan mendapat anak-anak yang cacat ialah : 1. Setiap ibu mengandung perlu mengamalkan amalan cara hidup yang sihat seperti

bersenam dan menjaga kandungan . 2. Setiap ibu mengandung perlu mengambil makanan yang seimbang.

3.

Setiap ibu mengandung mengambil ubat yang disarankan oleh doktor dengan dos yang

betul sahaja. 4. Setiap ibu mengandung menjauhkan diri daripada pengambilan arak dan benda-benda

yang boleh membahaya kandungannya seperti herba-herba. 5. Genetik ( baka ) , berkahwin dengan individu yang tiada keturunan yang mempunyai

kecacatan seperti Down sindrom , talasemia dan hemofilia. 6. Setiap ibu mengandung mematuhi jadual imunisasi yang telah ditetapkan

General Forum : tapak bagi forum 3 Posted On : 28 Mar 2012 10:14:50 AM Subject : Re : Punca kecacatan Kanak-kanak Salam 1 Malaysia, Saya juga ingin berkongsi beberapa fakta berkaitan dengan tajuk ini.Punca-punca berlaku kecacatan adalah seperti berikut: Sebelum Kelahiran 1. Wanita hamil yang merokok ataupun terdedah pada asap rokok yang berlebihan menyebabkan anak mereka mempunyai risiko mendapat sindrom janin tembakau. 2. Wanita yang menggunakan dadah, narkotik, marijuana dan kokain semasa hamil menyebabkan anaknya menanggung risiko sindrom neonatal abstinence dan masalah neurologi. 3.Kanak-kanak mendapat jangkitan HIV daripada ibunya. 4. Terdapat anak istimewa yang dilahirkan disebabkan oleh genetik atau keturunan. 5. Kesihatan semasa hamil 6. Makanan semasa hamil 7. Kaum ibu tidak mendapatkan rawatan awal daripada pakar perubatan bagi menentukan kandungan dan sebarang komplikasi yang timbul. 8. Tingkahlaku dan emosi. 9. Mengambil pil dan vitamin tanpa nasihat pakar perubatan hingga menyebabkan anak yang lahir tidak sempurna. 10. Radiasi berlebihan tidak elok untuk kandungan.

Semasa Kelahiran

1. Proses semasa dilahirkan agak lambat ataupun keadaan bayi itu melintang ataupun songsang. 2. Kurang timbangan. Bayi akan mengalami masalah sukar bernafas disebabkan terbelit tali pusat. Sekiranya bayi mengalami kekurangan oksigen, pendarahan berlaku dalam otaknya. Bayi yang lahir tidak cukup bulan disebabkan kemalangan ataupun mengambil ubat-ubatan yang salah. Selepas Lahir 1. Penyakit berpotensi seperti deman kuning atau penyakit kuning yang serius, batuk kokol, dan campak yang mungkin menyebabkan kerosakan otak. Kancing gigi menyebabkan otak lemah, sakit telinga, dan mata boleh menyebabkan gangguan pendengaran dan penglihatan. 2. Pemakanan yang tidak sesuai. Ada kanak-kanak tidak serasi dengan gula fruktos kerana badannya tidak mempunyai enzim yang mencukupi. 3. Lain-lain penyakit. 4. Penderaan dan kemalangan Pencegahan awal dapat dilaksanakan sebelum ibu mengandung 1. Memakanan makanan yang seimbang 2.Mendapatkan rawatan berbentuk imunasi iaitu suntikan jangkitan Rubella semasa ia berumur 12 tahun. 3.Elakkan pengambilan dadah dan alkohol berlebihan. 4.Elakkan mengandung apabila mencecah dan melebihi umur 35 tahun disebabkan faktor kesuburan. 5. Dapatkan rawatan awal daripada pakar perubatan dari masa ke semasa untuk memastikan General Forum : tapak bagi forum 3 Posted On : 28 Mar 2012 10:11:36 AM Subject : Re : forum 3 Assalamulaikum dan Salam sejahtera, Saya ingin berkongsi maklumat sedikit berkaitan dengan pandangan cikgu, Kecacatan di kalangan bayi serta kanak-kanak terbahagi kepada 2 iaitu kongenital (sejak lahir) dan berpunca daripada kemalangan atau jangkitan.Kecacatan sejak lahir biasanya berpunca daripada kromosom atau genetik.Kecacatan berpunca daripada kemalangan atau jangkitan kuman pula berlaku apabila terdapat jangkitan kuman pada otak seperti meningitis atau encephalitis.

General Forum : tapak bagi forum 3 Posted On : 26 Apr 2012 11:51:25 AM Subject : Re : Pencegahan lebih baik dari mengubati Salam 1 Malaysia. Pada pendapat saya, pencegahan lebih baik daripada mengubati. Kesediaan ibu bapa untuk mengandung adalah sangat penting. Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi. Bagi mencegah kelahiran bayi cacat, ibu hendaklah berjumpa dengan doktor berdasarkan kekerapan yang telah ditetapkan. Ibu mengandung juga perlu menjalankan ujian saringan sifilis, ultrabunyi, hepatitis, HIV dan memeriksa tahap perkembangan dan tumbesaran bayi. Selain itu, gaya hidup boleh memberikan kesan kepada ibu yang mengandung. Ibu yang mengamalkan tidak bermakanan seimbang atau menghadapi gangguan makan akan menjejaskan pertumbuhan bayi. Ibu yang merokok pula dikaitkan dengan kadar keguguran yang tinggi dan minuman alkohol boleh merencatkan perkembangan bayi. Untuk mengelakkan kesan buruk terhadap bayi, ibu yang hamil harus makan makanan yang seimbang agar dapat lahirkan bayi yang sihat. Ibu juga harus mengurangkan pengambilan alkohol terutama semasa sel otak bayi sedang terbentuk. Selepas kelahiran, ibu bapa haruslah memberi perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan anak mereka. General Forum : tapak bagi forum 3 Posted On : 02 Apr 2012 09:21:27 AM Subject : Re : Forum 3 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kecacatan boleh didefinasikan sebagai kekurangan keupayaan sama ada dari segi mental, fizikal, emosi atau sosial iaitu bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas. Kecacatan dari segi mental dan fizikal adalah di luar jangkaan dan kawalan manusia, namun gangguan emosi, gangguan komunikasi dapat dielakkan dengan langkah- langkah pencegahan yang diambil dengan tepat. Faktor -faktor psikososial yang menyebabkan gangguan emosi dan komunikasi merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di rumah dan di sekolah , aspek pergaulan dan sebagainya. Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan engabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan

perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya. Program pembelajaran yang lebih sesuai perlu diaturkan untuknya, umpamanya, program yang menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak kanak lain secara lebih cepat. Adakalanya, kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning disability ) yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak lain. Ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral yang kuat dan galakan sepenuhnya kepada anak anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran hidup. Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan. Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan mendatangkan apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya. Dia memerlukan galakan , sokongan dan tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam pelajarannya. General Forum : tapak bagi forum 3 Posted On : 26 Apr 2012 11:52:41 AM Subject : Re : Forum 3 Salam perpaduan. Saya merasakan bahawa ibu hamil perlu menjaga pemakanan dan kesihatan semasa hamil. Ibu hamil perlu memakan makanan yang berkhasiat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pencegahan lebih baik daripada mengubati. Ibu perlu menyayangi anak yang berada di rahim dengan berjumpa dengan pakar perubatan dari masa ke semasa untuk memastikan kesihatan dan keselamatan bayi di dalam rahim. Untuk pengetahuan bukan sahaja semasa hamil, malahan semasa bersalin juga boleh menyebabkan masalah berlaku sekiranya tidak mengambil langkah berjaga-jaga dengan hanya berjumpa dengan pakar semasa bersalin agar anak dapat dilahirkan dengan selamat. Langkah yang berterusan iaitu berjumpa dengan doktor semasa anak memerlukan rawatan dan pantauan yang berterusan sehinggalah ia meningkat dewasa

FORUM 4
General Forum : Tapak forum 4 Posted On : 02 Apr 2012 09:59:04 AM Subject : forum 4 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, seksyen 41, Subseksyen(1)(B)Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas )1997, guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran , masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.Kurikulum Alternatif untuk murid khas adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran. Kurikulum ini dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid berkeperluan khas. Mereka diberi peluang yang sama dengan murid lain agar kualiti pendidikan mereka dipertingkatkan. Kebijaksaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pengajaran yang ditentukan.Guru juga dapat membina alat bantu mengajar dengan kreativiti sendiri tanpa bantuan orang lain.Alat bantu mengajar digunakan dengan cara yang betul dan sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran adalah menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan boleh menghasilkan pembelajaran yang kekal.

General Forum : Tapak forum 4 Posted On : 26 Apr 2012 11:58:33 AM Subject : Re : Forum 4 Salam Sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Sebagai guru pendidikan khas, program pendidikan yang tersusun amat diperlukan bagi proses pembelajaran murid-murid khas. Kaedah dan aktiviti pembelajaran mestilah bersesuaian dan tidak terlalu extrem agar murid-murid khas ini dapat mengikuti dan mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih baik dan sesuai mengikut kemampuan murid-murid ini. Pengubasuaian perlu ada dalam proses pembelajaran supaya murid-murid khas ini dapat dibentuk dan dididik dengan cara yang efektif dan berkesan. General Forum : Tapak forum 4 Posted On : 26 Apr 2012 11:56:47 AM Subject : Re : Forum 4 Salam Sejahtera. Saya berpendapat guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa untuk beraktiviti, matapelajaran yang diajar dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Semua ini perlulah bersesuaian dengan keadaan dan jenis kecacatan atau kekurangan mereka. Ini adalah kerana secara umumnya kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Apa yang paling penting ialah pendidikan yang diberi tidak menghalang mereka untuk berkembang dari segi mental dan fizikal. Penyediaan rancangan pendidikan dibuat secara individu bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan khas perlu menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini membolehkan guru merancang apakah yang hendak dicapai oleh murid-murid khas dalam satu-satu jangka masa yang ditentukan agar bersesuaian dengan mengambil kira potensi dan kekurangan kanak-kanak khas. Contohnya di dalam kelas pendidikan khas terdapat murid A yang bermasalah mental yang selalu mengasingkan diri dan pemalu, manakala murid B yang bermasalah emosi dan tingkah laku. Murid A boleh diberikan aktiviti mencarik-carikkan kertas, manakala murid B boleh diminta melekatkan kertas tersebut di kertas lukisan. Ini bagi mewujudkan interaksi sosial dan mengawal tingkah laku sesama mereka disamping memperkembangkan potensi yang ada.

General Forum : Tapak forum 4 Posted On : 26 Apr 2012 11:55:34 AM Subject : Re : Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Assalamualaikum.. Guru pendidikan khas mestilah sentiasa membuat perubahan dari segi corak pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan murid. Ini adalah bertujuan bagi menarik minat mereka untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, guru mestilah sentiasa memastikan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid sahaja digunakan bagi mengelakkannya berasa kecewa dan tidak memberi perhatian di dalam kelas. Guru pendidikan khas juga harus berfikir secara kreatif, inovatif dan imaginatif supaya dapat menarik minat murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dan menumpukan perhatian. Guru harus tahu bagaimana cara untuk mengekalkan suasana kelas yang ceria dan mesra supaya murid dapat menganggap rumah kedua mereka. Sebagaimana yang kita sedia maklum, murid-murid berkeperluan khas kebiasaannya sukar untuk menerima arahan yang kompleks. Oleh itu, guru-guru haruslah bijak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Salah satu cara bagi menarik minat murid untuk belajar ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak berkeperluan khas akan mengalami masalah dalam memahami arahan-arahan am di dalam kelas semasa pembelajaran. Ini adalah kerana tahap keupayaan kognitif mereka adalah lebih rendah berbanding kanak-kanak normal. Oleh itu, semasa guru hendak memberi latihan hendaklah diubahsuai kepada aras bawah dan mudah difahami oleh kanak-kanak bermasalah ini. Ini kerana tahap pembelajaran mereka adalah berbeza dan pelbagai latihan ini dapat membantu mereka mencapai kebolehan mereka. Kesimpulannya, kita sebagai pendidik haruslah sentiasa peka dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan khas, malah perlu menambahbaikkan lagi kualiti pendidikan untuk golongan khas ini. General Forum : Tapak forum 4 Posted On : 26 Apr 2012 11:54:25 AM Subject : Forum 4 Assalamualaikum dan salam sejahtera Memang tidak dapat dinafikan bahawa,pendidikan khas merupakan program khas yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak khas yang mengalami pelbagai kecacatan. Menurut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata

pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu. Sebagai Guru pendidikan khas haruslah menyediakan rancangan pendidikan individu mengikut kategori dan kesesuaian murid supaya mereka dapat menguasai satu kemahiran dengan baik. Selain daripada itu, guru khas juga boleh mengubah strategi pengajaran dengan mendengar nasihat dan idea ibubapa jika bersesuian dengan kurikulum. Aktiviti ataupun program pendidikan khas bukan sahaja boleh dijalankan di dalam kelas, tetapi guru juga boleh membawa kanak-kanak ke kawasan luar agar mereka dapat terdedah pada masyarakat luar. Aktiviti-aktiviti yang dirancang patutlah bersesuian dengan aras mereka. Masa bagi aktiviti juga tidak patut terlalu lama kerana tahap tumpuan perhatian mereka adalah rendah. Pengubahsuai ini adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya supaya potensi diri mereka dapat dikembangkan agar dapat berdikari dan menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain

Anda mungkin juga menyukai