Anda di halaman 1dari 4

CARA CARA PEMBUATAN KOMPANG

Proses pertama ialah pembuatan bingkai kompang.Ia dibuat dengan memotong kayu yang sesuai. Pada peringkat ini, kayu tersebut dipotong mengikut anggaran kasar saiz kompang yang dikehendaki. Proses pemotongannya tidak memerlukan ketelitian yang lebih kerana apa yang dikehendaki adalah bentuk bulat yang diperlukan untuk membentuk bingkai. Walaubagaimanapun, setiap kerja mestilah dilakukan bersungguh-sungguh.

Proses yang kedua adalah proses pengeringan kayu. Proses ini dilakukan dengan menjemur kayu-kayu yang telah siap dipotong di tempat yang redup dan kering. Sebelum proses ini, kayu tersebut hendaklah disapukan dengan lilin terlebih dahulu. Lilin disapu bertujuan untuk memelihara kekuatan kayu.

Kayu-kayu yang telah dijemur akan kering dalam jangka masa tiga hingga lima bulanbergantung kepada cuaca persekitaran. Selepas kayu-kayu tersebut kering gambar!, proses akhir untuk membuat bingkai akan dilakukan dengan menggunakan mesin "lathe#.

$esin Lathe digunakan untuk mengukir bingkai kompang. Pengunaan mesin ini telah memudahkan proses membuat kompang pada masa kini. %isamping itu, ianya juga dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Pada kebiasaannya, kulit yang digunakan untuk membuat kompang adalah kulit lembu dan kulit kambing. Kulit yang digunakan dibuang bulunya menggunakan bahan kimia. &ir kapur, abu, sodium sul'ide dan ammonium sul'at adalah antara bahan yang digunakan. Kulit akan dibiarkan reput sedikit supaya bulunya senang dibuang. &taupun tanpa reput,

kulit dikeringkan dan digosokkan dengan garam batu untuk menanggalkan bulunya. Kulit akan dia(et menggunakan tannin yang biasanya didapati dalam teh!. Selepas itu, kulit dikeringkan di tempat yang lembap.

Sebelum kulit dipasangkan pada bingkai, bingkai hendaklah diasah terlebih dahulu supaya tidak terdapat bahagianbahagian tajam yang boleh mencarikkan kulit dan seterusnya boleh menyebabkan kulit koyak.

Kulit dipasangkan pada bingkai dan diikat menggunakan da(ai. Kepakaran dalam menarik kulit supaya tegang adalah perlu untuk mengelakkan kulit daripada koyak.

Setelah kulit betul-betul tegang dan berada pada keadaan yang baik, lebihan kulit yang tinggal akan dipotong.

Proses terakhir ialah pengemasan. Ia adalah proses memaku dan seterusnya menutup lebihan kulit yang terbentuk seperti skirt.

)ambar menunjukkan kompang yang telah siap. *ara permainan kompang adalah berbeza-beza mengikut tempat. Walaubagaimanapun, keaslian muzik kompang tetap terpelihara sehingga kini dan akan tetap dipelihara Insya&llah+

Anda mungkin juga menyukai