Anda di halaman 1dari 2

Dalam era globalisasi pada masa kini, Negara kita kaya barangan teknologi yang

serba canggih menjadikan masyarakat ini dikenali sebagai celik IT. Penggunaan kemudahan
teknologi pada zaman ini amatlah dititik beratkan kerana ia merupakan salah satu perkara
terpenting untuk kemajuan sesebuah Negara. Namun begitu, tidak kesemua kemudahan yang
di sediakan ini boleh membawa kepada perkara yang positif sahaja, malah kemudahan-
kemdahan seperti inilah yang banyak membawa kepada kesan negatif. Perkara sebegini kerap
kali berlaku kepada masyarakat kita terutamanya kepada anak-anak remaja pada masa kini.
Pada peringkat ini mereka lebih cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru. Mereka juga
lebih mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka terutamanya pengaruh rakan
sebaya. Ini kerana pada peringkat ini lebih banyak masa yang dibuang bersama-sama rakan
mereka jika dibandingkan dengan masa yang dihabiskan bersama ibu bapa. Tambahan pula,
mejoriti masyarakat kita merupakan masyarakat yang bekerjaya. Maka, amat sedikit masa
yang dapat diberikan kepada anak-anak mereka. Oleh yang demikian, kebanyakan remaja ini
mudah terdedah denagan pelbagai masalah sosial. Antara masalah sosial yang sering kali di
lakukan oleh para remaja ini seperti lari dari rumah, samseng jalanan, penggunaan dadah,
video lucah, dan sebagainya. Berikutan dengan teknologi di Negara kita semakin canggih,
banyak kemudahan-kemudahan ini dijadikan sebagai alat permainan yang songsang. Alat
permainan songsang disini bermaksud mereka menggunakan kemudahan internet untuk
mencari maklumat tertentu, akan tetapi kemudahan ini digunakan untuk memuaskan nafsu
mereka sahaja seperti menonton video-video lucah, memuat turun video yang dirakam sendiri
yang berunsurkan seks didalam youtube dan sebagainya. Hal ini, amat berleluasa dalam
masyarakat remaja kita pada masa kini. Bukan sahaja remaja yang mempunyai peringkat
umur 18 tahun ke atas, malahan terdapat juga remaja sekolah seperti tingkatan 2,3,4 dan 5
yang turut sama mahir dalam perkara sebegini. Apa yang lebih mengejutkan, mereka bukan
sahaja mencari video klip di dalam internet, tetapi juga turut menghasilkan video sendiri
untuk tatapan diri sendiri atau dijaja kepada rakan-rakan yang lain. Masalah ini bukan sahaja
melibatkan kaum adam, malahan kaum hawa juga tanpa segan silu turut melibatkan diri
dalam perkara yang tidak bermoral ini. Oleh yang demikian, pihak tertentu perlu mengambil
langkah yang tepat agar gejala ini tidak berleluasa.

Kita tidak boleh menunding jari ke arah pihak berkuasa, seharusnya semua pihak
perlu mengambil berat terhadap masalah sosial ini kerana apabila masalah ini mencapai satu
tahap yang maksimum, sesebuah pentadbiran atau negara itu akan hancur. Apa yang lebih
menakutkan bangsa kita sendiri iaitu bangsa melayu akan jatuh dan lenyap dalam diri
masyarakat kita. Justeru itu, permasalahan ini dapat di atasi sekiranya ibu bapa memainkan
peranan mereka mendidik anak-anak sejak kecil lagi dan memberi pendidikan agama di
rumah secukupnya. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengepung anak-anak mereka supaya
tidak terlalu bebas terutamanya anak-anak remaja. Sekiranya mereka ingin engkar, ibu bapa
perlu memastikan terlebih dahulu apa yang dilakukan pada hari-hari berkenaan dan ibu bapa
perlu mengawasi setiap gerak langkah anak-anak mereka agar sesuatu yang tidak diingini
tidak akan berlaku. Selain ibu bapa, guru-guru terut memainkan peranan penting dalam
menangani masalah sebegini. Oleh kerana masa yang dihabiskan di sekolah adalah terlalu
lama berbanding di rumah, maka guru turut memainkan peranan penting dalam mengawasi
anak-anak remaja ini. Setiap guru perlu mamastikan sikap dan tingkah laku setiap pelajar di
dalam kelas mereka. Ini kerana remaja-remaja ini begitu rapat dengan rakan-rakan mereka
sewaktu di sekolah. Maka, guru-guru perlulah memberikan perhatian yang lebih kepada
anak-anak remaja yang bermasalah ini. Pihak kerajaan adalah satu badan yang terpenting
dalam memastikan segala bahan-bahan lucah ini di mansuhkan. Tetapkan had-had tertentu
bagi mengelakkan para remaja ini memperolehi bahan-bahan sebegini dengan mudah. Selain
daripada itu, masalah CD atau DVD cetak rompak dimusnahkan kerana kebiasaannya bahan-
bahan lucah ini mudah didapati di tempat-tempat sebegini. Justeru itu, semua pihak perlu
memainkan peranan mereka sendiri dalam mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja
pada masa kini.