Anda di halaman 1dari 30

Sambungan BAB 3

PEMBENTUKAN MALAYSIA
Sejarah Pembentukan Malaysia

 Berlaku selepas enam tahun merdeka iaitu pada 16


September 1963
 Penggabungan ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak
seperti David Marshall, Ghazali Shafiee, Tan Cheng Lock,
Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman
 Menurut Nordin Sopiee (1974) dalam buku beliau yang
bertajuk ‘ From Malayan Union to Singapore Separation’ :
Idea penggabungan gagasan Malaysia sebenarnya telah
lama timbul di kalangan pemimpin di Asia Tenggara dan pihak
British pada tahun 1888 dan lebih serius pada tahun 1932
setelah British berjaya menguasai sembilan negeri Melayu
serta Sarawak dan Borneo
 Terdapat tentangan daripada beberapa tokoh di Asia
seperti A.M Azahari di Brunei dan Ahmad Boestaman
di Malaya. Mereka memberikan cadangan yang lain
seperti gabungan Alam Melayu
 Tunku mengunakan kaedah tunggu dan lihat bagi
mendapatkan pandangan daripada semua pihak
 Pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis dengan wartawan
Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura, Tunku
dengan rasminya melahirkan hasratnya untuk
membentuk Malaysia
 Hasrat Tunku ini berdasarkan kajian dan perundingan
yang telah dijalankan seperti pertemuan dengan Lee
Kuan Yew pada bulan Januari 1961 dan tinjauan
Datuk Senu Abdul Rahman ke Sabah, Sarawak dan
Brunei serta pertemuan dengan Mac Milan di
London.
 Pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis dengan wartawan
Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura, Tunku
dengan rasminya melahirkan hasratnya untuk
membentuk Malaysia
 Hasrat Tunku ini berdasarkan kajian dan perundingan
yang telah dijalankan seperti pertemuan dengan Lee
Kuan Yew pada bulan Januari 1961 dan tinjauan
Datuk Senu Abdul Rahman ke Sabah, Sarawak dan
Brunei serta pertemuan dengan Mac Milan di
London.
Faktor Mendorong Pembentukan Malaysia
Politik
 Mengelak Ancaman dan Pengaruh Komunis
- Pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota Parti
Tindakan Rakyat (PAP)- People’s Action Party berhaluan kiri
tubuhkan barisan Sosialis yg dipimpin oleh Lim Chin Siong.
Kekalahan PAP dlm pilihanraya 1961 menyebabkan pengaruh
komunis semakin merebak di Singapura.
- Perkembangan yg berlaku di Singapura membimbangkan Tunku
Abd Rahman. Penyatuan Singapura dgn Tanah Melayu dpt
menyekat pengaruh komunis
- Pengaruh komunis juga aktif di Sarawak seperti Parti Bersatu
Rakyat Sarawak dipengaruhi idealogi komunisme.
2. Mempercepatkan Kemerdekaan
- Mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei,
Sabah dan Sarawak.
- dapat menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara.
Ekonomi
3. Kerjasama ekonomi
- negara-negara anggota kaya dengan sumber ekonomi
boleh membantu untukm faedah ekonomi.
- Persekutuan Malaysia dapat membantu
mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Tanah Melayu
kaya dengan sumber bijih timah dan Brunei dengan sumber
minyak.
Sosial
4. Keseimbangan Kaum
- Percantuman dgn Singapura boleh menimbulkan masalah
kaum yang tidak seimbang di Tanah Melayu. Lebih 75%
penduduk Singapura terdiri drpd kaum Cina. Komposisi
kaum Melayu 50% dan Cina 30% di Tanah Melayu.
- Bagi keseimbangan kaum, Sabah dan Sarawak perlu
digabungkan kerana mempunyai 70% kaum bumiputra.
Reaksi Awal Terhadap Gagasan

Setelah Tunku mengisytiharkan keinginannya untuk


bergabung terdapat pelbagai reaksi daripada setiap
negeri:
Singapura
 Lee Kuan Yew menunjukan minat yang ketara
 Terdapat tentangan apabila pengaruh parti sepihan
People’s Action Party (PAP ) seperti parti sosialis
bernama United People ‘s Party (UPP) yang
berhasrat memerdekakan Singapura mengikut
ideologi mereka
 PAP semakin terdesak apabila mereka kalah dalam
pilihan raya kecil
Brunei
 Pada peringkat awal tidak mendapat sokongan yang penuh
daripada rakyat.
 Mereka ingin merdeka dengan sendiri terlebih dahulu.
 Sultan Omar Ali Saifuddin sangat berminat dengan idea
penggabungan.
 Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan Ahmad M. Azahari
menentang dengan membawa idea gabungan Borneo Utara
British dan Sarawak dengan nama Kalimantan Utara.
 Kemuncaknya berlaku penentangan bersenjata tetapi
dipatahkan oleh Sultan dengan bantuan British
 Sabah dan Sarawak
 Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk
atas alasan inginkan kemerdekaan daripada pihak Inggeris
 Ancaman komunis juga telah menguatkan lagi keinginan untuk
bergabung
 Namun terdapat juga kebimbangan terhadap dominasi orang
Melayu terhadap bukan Melayu
 Parti Sarawak National Party (SNAP) menentang pembentukan
Malaysia diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan di Sarawak.
 Di Sabah, Parti UNKO(United National Kadazan Organization)
dipimpin oleh Donald Stephen tentang pembentukan Malaysia.
 Malaya
 Sebelum 1961, terdapat golongan dalam UMNO yang
menimbang untung dan rugi rancangan ini kerana
bimbang pengaruh Singapura
 Selepas kesediaan Sabah dan Sarawak menyertai
Malaysia kebimbangan mereka lenyap.
 PAS menentang atas alasan merugikan orang Melayu dan
mencadangkan konsep MAPHILINDO yang terdiri
daripada Malaya, Filipina dan Indonesia
 Britain
 British bersetuju dengan rancangan ini bagi menjaga
kepentingan pelaburan mereka
 Perdana Menteri Komanwel, Sir Harold Mac Milan
merasakan penggabungan ini dapat menjamin
keselamatan Singapura dan memberi kebaikan
kepada pulau tersebut
Suruhanjaya Cobbold
 Ditubuhkan pada Jan 1962 untuk mendapat pandangan rakyat
Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia.
 Dipengerusi oleh Lord Cobbold. Anggota:

a) Sir Anthony Abell wakil British


b) Sir David Watherston
c) Tan Sri Mohd Ghazali Shafie wakil Tanah Melayu
d) Dato’ Wong Pow Nee
 Tinjauan dibuat antara 19 Feb hingga 18 April 1962. Hasil laporan
mendapati 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju
menyertai penubuhan Malaysia.
 Antara syor Suruhanjaya Cobbold :

i) Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) ditubuhkan Ogos 1962


ii) Persekutuan Tanah Melayu ditukar kpd Persekutuan Malaysia
iii) Kuasa autonomi dan jaminan khas dlm beberapa perkara diberi
kpd Sabah dan Sarawak.
iv) kedudukan istimewa kaum peribumi Sabah dan Sarawak
v) Kuasa imigresen dan agama masih di bawah Dewan
Undangan di Sabah dan Sarawak.

Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Cobbold


Detik-Detik Peristiwa Ke Arah Penubuhan Malaysia
Tarikh Tindakan/Badan Tujuan Kesan/Keputusan

Jun Lawatan Bagi Kebimbangan dominan


1961 muhibbah Tunku mengurangkan Malaya berjaya
ke Sabah dan keraguan rakyat dikurangkan
Sarawak

Julai Kunjungan Tunku Memberi Sultan Brunei tubuh


1961 ke Brunei penjelasan lanjut Suruhanjaya Tinggi

Ogos Rundingan 1.Penjelasan Dipersetujui Singapura


1961 Singapura untuk rakyat diberi autonomi
2.Bincang Pendidikan dan Tenaga
kedudukan/ Buruh
autonomi
Singapura
Pertghan Jawatankuasa Menghilangkan Berjaya
1961 Perundingan kesangsian rakyat mengurangkan
Perpaduan (JPP) dan pemimpin keraguan. JPP terus
(ekoran keputusan Sabah dan Sarawak adakan mesyuarat
Persatuan Parlimen dari semasa ke
Komanwel) semasa

Nov 1961 Rundingan dengan Bagi menjamin 1.Rundingan


Britain tentang kedudukan Sabah Singapura – PTM
kepentingan Negeri- dan Sarawak diakuri
negeri Borneo 2.Pungutan suara
akan dibuat
3.perjanjian
pertahanan
England-PTM
diluaskan
Jan 1962 Suruhanjaya Meninjau Tinjauan sahkan
Cobbold pendapat rakyat lebih 70 %
Sabah dan penduduk kedua
Sarawak (tinjauan negeri setuju
dibuat 19 Feb- 18
April 1962)

Julai 1962 Rundingan Pra- Menyelesaikan Cadangan


Rang Undang- perbezaan antara diselaraskan.
undang Malaysia laporan anggota Perakuan Malaya
(London) Malaya dan diterima amnya
laporan anggota
Britain dalam
Suruhanjaya
Cobbold
Ogos Jawatankuasa Merancang bentuk Rangka
1962 Antara negara baru Perlembagaan asas
Kerajaan (JAK termasuk disiapkan. Laporan
atau J.K merangka JAK diterima dan
Landsdowne) Perlembagaan menjadi asas
Perjanjian Malaysia

Sept Referendum Bagi meyakinkan 80 % rakyat


1962 Singapura rakyat tentang bersetuju
(didahului taraf kerakyatan penyertaan dalam
kempen dan status Malaysia
referendum) perdagangan
Jun 1963 Misi Bangsa- Mendapatkan 1.Lebih 2/3
Bangsa kepastian rakyat rakyat
Bersatu Sabah-Sarawak menyokong
(Filipina dan Indonesia 2.Filipina dan
dakwa rakyat sangsi) Indonesia terus
menentang

Julai 1963 Perjanjian Memeterai Negara baru


Malaysia persetujuan (Negara Malaysia lahir,
ditandatangani baru & kebebasan diisytiharkan
oleh empat untuk tiga negeri) pada 16
negeri anggota September
bersama 1963
Britain
Indonesia
 Indonesia: pada peringkat awal, menerusi Menteri Luarnya,
Dr. Subandrio telah memberikan sokongan kepada
pembentukan Malaysia
 Presiden Sukarno telah melancarkan dasar konfrontasi
menentang Malaysia secara rasmi pada 20 Januari 1963
dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Sukarno mendakwa
penubuhan Malaysia satu bentuk penjajahan baru dan
memastikan penguasaan British ke atas getah, bijih timah dan
minyak.
 Indonesia bertindak menyerang sempadan Johor, Sarawak
dan Sabah untuk tujuan perisikan dan pengintipan.
MAPHILINDO ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah
 30 September 1965, tentera Indonesia berjaya menumpaskan
cubaan rampasan kuasa oleh PKI - konfrontasi semakin
berkurangan
 16 Ogos 1966 hubungan diplomatik dipulihkan
Regimen Askar Melayu DiRaja Ketua Pemuda Umno, Tun
sedang memburu penerjun TNI Sardon Jubir (baju batik) turut
di Pontian Johor pada menyoal siasat tentera
21 Ogos 1964. Indonesia yang ditahan di
Labis, Johor.
Situasi yang berlaku semasa konfrontasi Indonesia
terhadap Malaysia
FILIPINA
 Filipina - Presiden Macapagal mendakwa bahawa
Sabah adalah sebahagian daripada kesultanan
Sulu yang menjadi milik Filipina
 Pada 22 Januari 1878, Sultan Jamal Azam telah
menandatangani perjanjian dengan Baron de
Overbeck dan Alfred Dent untuk menyerahkan /
memajak Borneo Utara (Sabah)
 Sultan Sulu dan Filipina beberapa kali cuba untuk
mendapatkan kembali Sabah
 Idea penubuhan Malaysia telah membangkitkan isu
tersebut
 Beliau telah memutuskan hubungan diplomatik
dengan Malaya
 British menolak tuntutan Filipina.
Wilayah
Kesultanan
Sulu
Dua Pemimpin Menentang Penubuhan Malaysia
Sukarno Macapagal

Pengisytiharaan Malaysia pada 16 September 1963


Masalah Brunei
 Pada awal menyokong tetapi akhirnya Sultan Brunei, Sultan
Omar Ali Saifuddin membatalkan hasrat menyertai Malaysia.
 Antara tuntutan Brunei:
- tuntut 10 kerusi parlimen
- kuasai semua hasil minyak
- kekal semua pelaburan
- kadar cukai yang rendah
 Tuntutan paling utama soal kekuasaan baginda dan hasil
minyak.
 Tentangan dari A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei
(PRB) mencetuskan pemberontakan bersenjata pada
8 Dis 1962 menentang kemasukan Brunei dalam Malaysia.
Singapura Keluar Dari Malaysia
Sebab-sebab:
 Perlembagaan : isu ekonomi dan kewangan yang
melibatkan penyelarasan perindustrian dan percukaian
 Persaingan Politik PAP dan MCA: PAP melanggar
janjinya untuk hanya terlibat dalam kegiatan politik di
Singapura dan mereka berminat untuk menggantikan
MCA sebagai parti politik orang Cina. Tunku menyifatkan
PAP sebagai sebuah parti perkauman Cina dan tidak
diperlukan.
 Masalah perkauman:
- Orang Melayu Singapura diabaikan dan berlaku
rusuhan kaum di Singapura pada Julai dan September
1964.
- Konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh PAP
telah mengenepikan institusi beraja dan mencabar
kedudukan istimewa orang Melayu - Lee Kuan Yew telah
membentuk gabungan parti politik yang menjurus
kepada bentuk perkauman dan mendesak persamaan
hak dengan orang Melayu.
 Perbezaan pendekatan Perikatan dan PAP:
- PAP mahu mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman
secara serta merta’ manakala Perikatan yang diketuai UMNO
mahukan ianya ditangani secara beransur-ansur dan tidak
mahu diadakan debat secara terbuka bagi mengelakkan
berlakunya kekacauan akibat daripada isu-isu perkauman
 Kesan
Akibat daripada ketegangan yang berlaku antara kerajaan
Persekutuan dengan Singapura, pada 9 Ogos 1965 secara
rasmi Singapura keluar dari Malaysia.
Penutup
 Pembentukan Malaysia melibatkan penyertaan Tanah
Melayu bersama Singapura, Brunei, Sabah dan
Sarawak.
 Pembentukan Malaysia mendapat pelbagai reaksi
daripada pelbagai pihak.
 Penentangan daripada Indonesia (Konfrontasi
Indonesia) dan Filipina (tuntut Sabah).
 Pengisytiharaan penubuhan Malaysia dibuat pada

16 September 1963.
Latihan
1. Nyatakan LIMA (5) wilayah yang terbabit dengan idea Tunku
Abdul Rahman untuk membentuk gagasan Malaysia.
i)
ii)
iii)
iv)
v)
2. Presiden Sukarno telah melancarkan ________________
untuk menentang penubuhan Malaysia dengan slogan
__________________ manakala Presiden Macapagal
mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayah
______________________ .
3. Sebutkan faktor-faktor yang mendorong kepada
pembentukan Malaysia
a) Politik
i) _______________________________________
ii) _______________________________________
b) Ekonomi
i) _______________________________________
c) Sosial
i) _______________________________________

4. Tarikh pengisytiharaan penubuhan Malaysia dilancarkan


pada ____________________ .