Anda di halaman 1dari 20

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PEMULIHAN DI MALAYSIA

Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Kebangsaan 1979: (PERAKUAN 5) Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu

SEJARAH PENDIDIKAN PEMULIHAN DI MALAYSIA


1967 - Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Pemulihan
dengan menggunakan strategi Withdrawal System......
1975 -Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek Pendidikan Imbuhan bagi Tahap 1 ( Tahun 1 hingga Tahun 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas / guru mata pelajaran. 1994 -Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR. 1999 - Program jangka pendek (INTERVENSI 3M) diperkenalkan khas untuk murid tahun 4 di sekolah rendah dan Tingkatan 1/peralihan. Instrumen IPCH digunakan bagi menilai pencapaian kemahiran asas 3M. Program bermula 1999 hingga 2002.

2000 - Program IPP3M dilancarkan iaitu program jangka panjang bagi mengatasi penguasaan kemahiran asas 3M bagi murid tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1 hingga Tahun 3 ). Program IPP3M dilancarkan bersama satu pendekatan P&P secara Pelbagai Kecerdasan ( Multiple Intelligences ). 2006 -IPP2M ( Instrumen Penentu Penguasaan 2M ) yang menekankan kepada Bahasa Melayu membaca dan menulis dibina. 2007 -Ujian Pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk pelepasan murid pemulihan tahun 3, 4, 5 dan 6.

Pada tahun 1965, 3 orang guru mula berkhidmat sebagai guru pemulihan setelah mendapat latihan di England. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan diluar negara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula sebagai Pilot Projek di 9 buah Sekolah Rendah di seluruh Malaysia.

Tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru berkursus dalam bidang Pendidikan Pemulihan. akibatnya, Laporan Murad 1971, menyatakan 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir.

Kerajaan menyedari pentingnya pendidikan pemulihan dan mengadakan seminar yang pertama di Universiti Malaya. Pada tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk Sekolah Rendah Bawah di 12 buah sekolah dengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelas biasa.
Projek ini dijalankan kepada mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks dihantar ke kelas pemulihan khas.

Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus Dalam Cuti (KDC) untuk guru-guru terlatih dari sekolah rendah.
Jawatankuasa kursus KDC adalah seperti berikut :i. 2 minggu dalam cuti penggal pertama ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedua iii. 4 minggu dalam cuti penggal ketiga

Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan Pendidikan Malaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yang terlatih. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telah menyediakan kursus tersebut.

Pada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek.

Mulai 2001 ditawar sebagai pengkhususan untuk KDPM sepenuh masa (3 tahun)
Hanya seorang guru sahaja yang boleh dilantik sebagai guru pemulihan khas bagi sesebuah sekolah. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang guru yang terlatih dalam bidang pemulihan khas,langkah perlu diambil oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Daerah untuk menempatkan semula ke sekolah yang lain supaya kelas pemulihan khas dapat dijalankan di sekolah tersebut.

Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bth. 22.Jan.1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26)bth.28.Jan.1986. (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)

Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bth.17.Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan) Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (34) bth.30.Jun.1989. (Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PEMULIHAN DI LUAR NEGARA

Di luar negara, pendidikan pemulihan mula menjadi sebahagian daripada pendidikan khas pada pertengahan tahun 1990-an.
Pendidikan pemulihan di Barat,khususnya di Britain dan Amerika tidak begitu mendapat perhatian.

Laporan Warnock- England dan PL 94-142-Amerika yang dikemukakan pada 1978 merancakkan pendidikan pemulihan.

Pada 29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak. Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu diantara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka.

Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka.
Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Semuanya dibiayai oleh kerajaan.

Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan di Britain. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Childrens Act, 1989) memperkukuhkan pelaksanaan perubahan yang ditekankan.

Amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipindah kepada konsep koloboratif iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan pemulihan mengikut kepakaran dan keperluan. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanakkanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangancadangan dalam Laporan Warnock.

http://pkp3101.blogspot.com/2010/02/perbandingan -pemulihan-khas-di-malaysia.html http://www.scribd.com/doc/22848672/PENGURUSA N-PENDIDIKAN-KHAS-DI-MALAYSIA-DI-LUARNEGARA http://kapurputih.blogspot.com/2009/05/perkemban gan-pendidikan-khas-dan.html

Anda mungkin juga menyukai