Anda di halaman 1dari 2

ULASAN BUKU PENGANTAR TAMADUN ISLAM Diulas Oleh, LALITHA A/P HASOKAR

Penulis : Mustafa Haji Daud. Penerbit : MEDIA INTELEK Snd.Bhd Cetakan Pertama : 1985 Jumlah Halaman : 215 Tajuk : Pengantar Tamadun Islam.

Idea untuk menulis buku ini lahir sebaik-baik sahaja penulis menerima tawaran sebagai pensyarah Kursus Tamadun Islam di Universiti Utara Malaysia, pada pertengahan tahun 1984. Pendekatan yang digunakan oleh penulis sebolehbolehnya berpandukan kepada format yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian, penulis banyak menggunakan budi bicara sendiri untuk memilih tajuk-tajuk di dalam ini bergantung kepada bahan rujukan yang ada tanpa terikat kepada format tersebut. Buku ini juga bukanlah merupakan mewakili Universiti Utara Malaysia di dalam kurikulum Kursus Buku ini ditulis berdasarkan sukatan pelajaran Tamadun Islam: Kursus Pendidikan Asas bagi maktab pergururan yang dikeluarkan oleh Kemnterian Pelajaran Malaysia. Kandungan buku ini cuba memaparkan kemampuan Islam sebagai sebuah tamadun sejagat untuk semua zaman. Ianya bertujuan untuk menjelaskan sumbangan tamadun Islam kepada perkembangan masyarakat manusia sejak kelahirannya hingga ke hari ini. Asas pembentukan tamadun Islam iaitu wahyu daripada Allah s.w.t bertanggungjawab menjadikan tamadun Islam itu sebagai yang paling unggul dan sempurna yang telah dapat memberikan kebahagiaan, keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada manusia sejagat. Buku ini mengandungi enam bab, yang mana pada setiap bab dan ruangan yang terbatas ini pengarang cuba membincangkan beberapa perkara asas yang telah

berjaya membina tamadun unggul tersebut. Pada bab yang pertama pengarang cuba menampilkan tentang pengenalan kepada Tamadun Islam, seterusnya pengarang menerangkan tentang konsep-konsep, definisi, ciri-ciri, matlamat serta dasar-dasar asas tamadun Islam yang mana setiap tamadun itu lahir adalah

berasaskan konsep manusia, masyarakat dan sejarah. (ms 1-22). Seterusnya dalam bab yang kedua adalah penerangan tentang tamadun Islam dan Arab. Penulis menerangkan tentang tamadun Islam dan Arab jahiliah dan seterusnya tentang pencapaian bangsa Arab dan bahasa Arab. Dalam bab yang ketiga pula pengarang menerangkan tentang sejarah tamadun Islam iaitu tentang zaman Rasulullah s.a.w, zaman para sahabat, zaman Bani umaiyah, Bani Abasiah, zaman Islam di Andalus, zaman Kerajaan Fatimiah, zaman Kerajaan Islam India serta tamadun Islam pada masa kini. (ms 23-113). Dalam bab yang keempat pula penulis membincangkan tentang pengaruh Islam di Asia tenggara iaitu berkaitan aspek kepercayaan (Akidah), politik dan pentadbiran dalam Islam, pendidikan dan ilmu pengetahuan dalam Islam. Seterusnya dalam bab yang ke lima pengarang cuba mengutarakan pula tentang pencapaian dan warisan tamadun Islam iaitu dalam bidang sains, geografi dan perdagagan, seni bina, kesenian serta kesusasteraan. Segala pencapaian manusia di dalam bidang sains, perubatan, pelayaran, geografi, seni bina, seni halus dan sebagainya semuanya menjadikan akidah, syariah dan akhlak sebagai asas pembentukannya. (ms 114203). Pengarang menerangkan dalam bab terakhir iaitu bab yang keenam tentang kesan dan pengaruh tamadun Islam dalam tamadun Barat. Diantara kesan yang paling ketara yang dibincangkan ialah bangunan-bangunan yang mengabadikan seni bina Islam yang tidak ada tolok-bandingnya di dunia ini yang boleh didapati di seluruh ceruk rantau dunia ini. (ms 204-212). Secara kesimpulannya, setiap topik dibincangkan secara terperinci berserta huraian dan contoh-contoh dengan tujuan memberi kefahaman tentang amalan serta prinsip hidup universal yang sesuai untuk semua keadaan dan masa.