Anda di halaman 1dari 26

;

Shortcut To Main Menu

Kepala silinder
Terletak di atas bongkah enjin dan menutup lubang

silinder.
Diperbuat daripada besi tuang atau aloi aluminium. Terdapat satu lubang berulir di mana palam

pencucuh dipasangkan
Sirip penyejuk dan ruang pembakar juga terletak

pada kepala silinder ini

Sirip penyejuk

Memerangkap udara bagi tujuan penyejukan enjin.


Memindahkan haba dari bongkah enjin ke udara di

sekeliling. Terdapat di kepala silinder, bongkah enjin dan roda tenaga.

Palam pencucuh

Menghasilkan percikan bunga api bagi membakar

campuran udara dan bahan api yang dimampat di dalam ruang pembakaran. Palam pencucuh dipasangkan pada lubang berulir di kepala silinder.

Bongkah enjin

Merupakan bahagian utama enjin di mana terdapat:

(i) lubang silinder (ii) sirip penyejuk (iii) palam isi minyak (iv) ukur celup Bahagian enjin yang bergerak dipasang dalam bongkah enjin contohnya: (i) piston (ii) aci engkol (iii) aci sesendal (iv) tapet (v) rod penghubung

Palam pengisi minyak

Terdapat pada bongkah enjin.


Berfungsi sebagai ruang untuk mengisi minyak

pelincir.

Ukur celup

Digunakan untuk mengukur aras

minyak pelincir di dalam takung minyak pelincir.

Palam buang minyak

Ia adalah saluran keluar minyak pelincir yang kotor Ia berfungsi untuk menyalurkan minyak pelincir yang

kotor semasa menukar minyak pelincir Ia terletak di bawah takung minyak pelincir

Karburetor
Karburetor berfungsi untuk mengewapkan udara

bahan api mengikut kadar yang betul bagi tujuan pembakaran. Karburetor dipasang pada rongga masukan. Salur bahan api menyambungkan tangki bahan api ke karburetor.
petrol udara pembakaran

Pembersih udara

Alat ini mengandungi satu elemen penapis untuk

menapis udara dari habuk dan kotoran sebelum masuk ke dalam karburetor. Mengurangkan bunyi bising udara yang masuk ke dalam karburetor dan bertindak sebagai penahan nyalaan api sekiranya berlaku enjin tersedak. Terdapat beberapa jenis pembersih udara seperti jenis katrij, kertas, foam, kawal minyak, dan kasa dawai.

Tangki bahan api

Berfungsi menyimpan dan menyalurkan bahan api ke

karburetor. Tangki bahan api dipasang pada kedudukan yang lebih tinggi untuk memudahkan pengaliran bahan api ke karburetor.

Roda tenaga

Mewujudkan momentum untuk membolehkan enjin

berputar. Sirip yang terdapat pada roda tenaga bertindak sebagai kipas untuk menyedut udara masuk. Pada bahagian dalam roda tenaga terdapat megnet kekal yang berfungsi sebagai sistem nyalaan magneto ( generator)

Penyenyap bunyi

Mengurangkan bising hasil pembakaran campuran

udara dan bahan api. Paip ekzos menyalurkan gas ekzos melalui rongga ekzos. Gas ekzos ialah gas karbon monoksida.

Takung minyak pelincir

Membekalkan minyak pelincir kepada semua

bahagian yang bergerak dalam enjin Bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada setiap komponen atau bahagian tersebut Menghindarkan kepanasan akibat penggeseran komponen yang bergerak dalam enjin

Perumah penghembus

Merupakan penutup logam yang menutup bongkah

enjin dan roda tenaga. Udara yang disedut oleh sirip roda tenaga dialirkan melalui perumah penghembus untuk menyejukkan enjin.

Imbas kembali

Anda mungkin juga menyukai