Anda di halaman 1dari 8

1.0 FOKUS KAJIAN 1.

1 Isu Kajian Baharin Samsudin (1990) dalam buku penulisannya Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah menyatakan bahawa algoritma merupakan turutan langkah-langkah atau aturan membuat pengiraan matematik. Sehubungan dengan itu, algoritma penambahan diperkenalkan supaya murid-murid dapat menguasai penambahan dengan nombor-nombor yang lebih besar dan bersedia untuk menemui idea-idea matematik yang lain. Namun begitu, masih terdapat segelintir murid-murid yang masih lemah dan tidak dapat membuat penulisan algoritma penambahan dengan sempurna. Jika algoritma penambahan tidak diajar dengan baik, murid akan mengalami masalah dalam membuat pengiraan matematik dan menjejaskan pencapaian murid sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Kesalahan menyusun digit dan kecuaian semasa membuat penambahan merupakan salah satu punca seseorang murid tidak memperoleh jawapan dengan betul. Malah masalah pengiraan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula sering kali terjadi apabila murid melalukan kesalahan biasa seperti kecuaian mengira. Oleh yang demikian, perkara yang menjadi fokus kajian saya ialah
8

penulisan algoritma penambahan murid bagi mengelakkan muridmurid daripada terus melakukan kesilapan seterusnya dapat membantu mereka menghasilkan satu algoritma penambahan yang betul. Fokus kajian ini dipilih atas beberapa faktor. Penelitian dokumen telah dilakukan ke atas buku latihan murid, lembaran kerja, rekod pentaksiran berasaskan sekolah serta pemerhatian. Selepas diteliti dan dianalisis, kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid-murid Tahun 2 Tekun dalam Unit 2 iaitu Tambah dalam Lingkungan 1000 dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu : 1) Kesalahan meletakkan digit mengikut nilai tempat

Rajah 1 2) Kesalahan menambah secara pengumpulan semula.

Rajah 2

Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan salah satu kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid-murid saya. Penilitian dokumen yang dibuat menerusi buku latihan murid menunjukkan mereka kerap kali melakukan kesalahan yang sama iaitu salah di dalam meletakkan digit mengikut nilai tempat serta cuai ketika mengira hasil tambah yang melibatkan pengumpulan semula. Jika dilihat dengan teliti, murid-murid ini tidak mengalami masalah penambahan di mana mereka dapat mengira hasil fakta asas penambahan dengan tepat. Namun, kesalahan yang dilakukan hanyalah pada cara penulisan algoritma. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil penulisan algoritma penambahan yang ditunjukkan pada Rajah 1 dan Rajah 2. Pada Rajah 1, murid telah melakukan kesilapan di dalam menyusun digit mengikut nilai tempat yang betul. Misalnya, digit 6 sa diletakkan di rumah ratus. Namun begitu, hasil kirannya menunjukkan bahawa murid tersebut boleh menambah fakta asas penambahan dengan betul. Walau bagaimanpun, kesilapan susunan digit pada nilai tempat sa kepada ratus menyebabkan murid tersebut gagal memperolehi jawapan dengan betul. Seterusnya, pada Rajah 2 pula, apabila dianalisis kesalahannya, murid tersebut lupa atau cuai semasa mengira hasil tambah yang melibatkan pengumpulan semula. Digit satu yang diletakkan sebagai penukaran 10 sa kepada 1 puluh telah diabaikan. Begitu juga pada
10

contoh kedua iaitu digit satu yang diletakkan sebagai pertukaran 11 puluh kepada 1ratus 1puluh turut diabaikan dan hasilnya, murid tersebut tidak memperolehi jawapan dengan tepat. Sehubungan dengan itu, sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan betul dan dipandang remeh oleh guru, murid tidak mampu memperolehi jawapan dengan betul malah markah atau prestasi murid boleh terjejas akibat kesalahan lazim yang tidak dibetulkan dari peringkat awal lagi. Hal ini dapat dibuktikan melalui rekod pentaksiran berasaskan sekolah yang diperolehi daripada fail murid. Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah diperkenalkan pada tahun 2011 untuk peringkat Sekolah Rendah, dapat menilai tahap perkembangan dan penguasaan seseorang murid secara optimum. Evidens, lembaran kerja serta bukti pengusasaan murid yang diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, dan sebagainya membantu guru untuk menilai sama ada, murid benar-benar menguasai topik yang diajar ataupun masih belum menguasai sepenuhnya. Selagi seseorang murid belum menguasai topik tersebut dengan sebaiknya, guru perlu mengulangi pengajaran sehingga murid tersebut mencapai aras dan tahap yang telah ditetapkan mengikut Standard Prestasi. Oleh yang demikian, melalui analisis yang dilakukan terhadap senarai semak bagi setiap instrument yang dinilai bagi murid Tahun 2 Tekun, masih ada murid yang masih belum menguasai dan mencapai aras yang ditetapkan. 20 % daripada murid ini masih belum mencapai
11

aras B3 D1 iaitu melakukan operasi asas matematik dengan betul. Keadaan ini menyedarkan saya untuk membantu murid-murid yang masih belum menguasai topik ini untuk berjaya. Sehubungan dengan itu, penggunaan alat bahan bantu mengajar Lattice Sliding Board diperkenalkan kepada murid Tahun 2 Tekun bagi membantu mereka daripada mengulangi kesilapan lazim dan kecuaian yang menyebabkan mereka gagal memperolehi jawapan dengan betul semasa membuat penambahan.

1.2

Tinjauan literatur berdasarkan isu kajian

Beberapa kajian telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik mahupun guru matematik untuk menunjukkan sebab seseorang murid melakukan kesilapan dalam pengiraan penambahan. Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang murid semasa membuat pengiraan penambahan ialah kesalahan meletakkan nilai digit. Kajian Jainal (2009) Penggunaan Konsep Arah dalam Menguasai Nilai Tempat Nombor Dua Digit, menunjukkan apabila seseorang murid lemah dan tidak mampu menguasai konsep nilai tempat dengan baik, pengiraan melibatkan operasi nombor yang dilakukan oleh murid akan menyebabkan andaian guru terhadap mereka menjadi negatif. Misalnya, guru menganggap bahawa murid tersebut masih lemah dalam
12

matematik. Kelak murid tersebut akan dikategorikan sebagai murid lemah walhal, kesilapan yang dilakukan adalah kesilapan yang boleh diperbetulkan sekiranya diberi penekanan. Amar Sadi (2007) mendapati bahawa kesalahan yang kerap dilakukan oleh seseorang murid di dalam pengajaran dan pembelajaran nombor ialah berkaitan dengan kedudukan nombor dalam bentuk lazim dan proses mengumpul semula. Hal ini kerana murid-murid lebih

terdedah untuk melakukan kesilapan semasa menyusun nombor dengan betul dalam bentuk lazim dan melakukan kesalahan semasa membuat pengiraan penambahan secara pengumpulan semula. Dalam kajian Nur Zahidah (2010) , The Base Ten Game Can Improve the Understanding of Place Value Involving Addition with Regrouping Among Year 2 Students, menyatakan kebanyakan murid mengalami masalah dalam memahami nilai tempat semasa melakukan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Murid-murid gagal menentukan nilai tempat yang betul bagi sesuatu nombor. Menurut beliau, penggunaan bahan bantu mengajar yang baik mampu meningkatkan penguasaan konsep nilai tempat di dalam pengajaran penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Oleh yang demikian, saya telah mengambil satu inisiatif untuk menghasilkan satu intervensi iaitu Lattice Sliding Board bagi menangani masalah yang sama dihadapi oleh murid-murid Tahun 2 Tekun. Intervensi ini akan dilaksanakan ke atas murid-murid yang masih lemah dan mengalami masalah semasa membuat algoritma
13

penambahan.

Penggunaan

bahan

ini

yang

manipulatif

serta

memudahkan murid melihat cara penulisan algoritma penambahan ditulis mengikut susunan digit yang betul pada nilai tempat serta membantu murid untuk membuat pengiraan dengan kaedah

penambahan Lattice. Melalui pemerhatian awal, apabila segelintir murid-murid 2 Tekun tidak dapat memberikan jawapan yang betul semasa sesi pengajaran, mereka menunjukkan respon yang negatif, seperti tidak mahu membuat latihan, menggaru kepala, meniru kawan dan sebagainya. Penggunaan Lattice Sliding Board yang manipulatif serta memberi pengalaman kepada murid untuk menggunakannya akan dapat menarik minat dan bermotivasi untuk mencuba mendapatkan jawapan yang betul dan tepat penulisan algoritmanya. The use of materials alone does not result in better outcome for pupils. Learning will be only be enhanced when the learning experience was meaningful to the pupils and they were actively engaged in thinking about it. Kenyataan berikut dinyatakan oleh Baroody (1989) di dalam kajiannya Manipulative Dont Come Guarantees. Beliau menyatakan bahawa penggunaan sesuatu alat atau bahan yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tidak memberi jaminan bahawa sesuatu hasil pembelajaran akan tercapai sebaiknya. Namun,

pembelajaran hanya akan terbentuk apabila murid merasai sendiri pengalaman dan melibatkan diri secara aktif untuk berfikir tentang
14

pembelajaran itu. Sehubungan dengan itu, saya telah menghasilkan Lattice Sliding Board yang dikira sebagai bahan manipulatif di mana mereka mengaitkan sendiri nilai digit sesuatu nombor bagi menentukan nilai tempat dengan menggunakan cara menarik papan mengikut bilangan digit nombor tersebut. Melalui cara ini murid akan lebih

mudah faham dan jelas kerana mereka boleh menyentuh, menggunakan dan berfikir semasa menggunakan Lattice Sliding Board. Kajian ini juga dijalankan mengikut Teori Pembelajaran Jean Piaget iaitu Teori Perkembangan Kognitif. Terdapat empat tahap perkembangan yang telah dinyatakan dalam teori ini iaitu Peringkat Sensori Motor (Bayi hingga 2 Tahun), Peringkat Pra-Operasi (2 hingga 7 Tahun), Peringkat Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 Tahun) dan Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas). Piaget (1985) menyatakan bahawa ketika di peringkat Operasi Konkrit, kanak-kanak hanya mampu menyelesaikan masalah secara konkrit namun bukan secara abstrak (Noor Shah Saad, 2002). Oleh yang demikian, saya telah berpendapat untuk menggunakan kaedah konkrit ataupun bahan bantu mengajar manipulatif sebagai intervensi bagi menangani masalah algoritma penambahan ke atas murid-murid Tahun 2 Tekun.

15

Anda mungkin juga menyukai