Anda di halaman 1dari 3

3. Pandangan Guru Tentang Kurikulum Matematik Kini Temubual 1 : En.Mahat bin Samad (Sk.Mersing Kanan,Mersing) 1.

Berapa lamakah pengalaman anda mengajar subjek matematik di sekolah?. Pengalaman saya mengajar mata pelajaran matematik di sekolah ini dan sepanjang perkhidmatan saya selama 16 tahun.

2. Pada pendapat anda, mengapakah KSSR dipelkenalkan ?.

Pada pendapat saya KSSR diperkenalkan bagi penambahbaikan kurikulum pendidikan sekarang untuk memastikan murid-murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dalam menghadapi cabaran pada abad 21.

3. Apakah masalah-masalah yang sering timbul dalam melaksanakan KSSR di sekolah? Melalui perbincangan bersama guru-guru matematik di sekolah ini, saya dapati beberapa masalah yang timbul semasa melaksanakan KSSR di sekolah. Antaranya dalam memberikan eviden dan memasukkan bahan kedalam fail. Eviden yang terbaik akan dimasukkan dan eviden yang terdahulu dikeluarkan. Ini mengambil masa yang agak lama kepada guru-guru. Masalah ketidak hadiran murid bagi kelas sederhana juga menyukarkan guru dalam menilai prestasi murid. Selain itu, bagi murid-murid yang tidak mengusai kemahiran akan diberi pengulangan bagi eviden yang tidak dikuasai. Ini menyebabkan masa guru terhad dalam sesi pengajaran dan juga proses penandaan.

4. Pada pendapat anda, apakah kebaikan sistem pendidikan matematik KSSR sekarang?.

Kebaikan yang saya dapati dalam sistem pendidikan matematik KSSR sekarang adalah murid-murid dapat menjana idea dan kreativiti masing-masing dengan adanya EMK. Murid-murid juga akan mempunyai sahsiah yang baik dan memiliki daya kepimpinan kerana ada elemen yang akan dinilai.

5. Berikan perbezaan sistem pendidikan kurikulum matematik KBSR dengan KSSR.

Terdapat beberapa perbezaan antara kurikulum matematik KBSR dengan KSSR. Antaranya dari segi waktu dalam seminggu. Bagi KBSR jumlah masa bagi subjek matematik ialah 7 waktu manakala KSSR 6 waktu. Selain itu, KBSR lebih menekan kepada peperiksaan manakala KSRR hanya PBS dilakukan dan tidak menekan kepada peperiksaan.

6. Sejauhmanakah pemahaman anda tentang KSSR dan pernahkah anda menghadiri kursus atau latihan pentaksiran sebelum menjalankan PBS matematik di sekolah?

Saya mendapat pendedahan tentang KSSR ketika mengikuti kursus KSSR matematik tahun 2. Justeru itu saya tahu serba sedikit bagaimana untuk memberi latihan/eviden dalam melakukan pentaksiran kepada murid-murid.

7. Sejauh manakah pelaksanaan KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?. Melalui pelaksanaan KSSR di sekolah rendah, saya berpendapat melalui konsep yang terkandung dalam tunjang keterampilan diri dapat memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

8. Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik?. Bagi saya KSSR diperkenalkan mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru Melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti didik hibur dalam mata pelajaran matematik dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Selain itu, guru juga telah dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran.

9. Penggubalan kurikulum KSSR bertujuan untuk penambahbaikkan kurikulum sedia ada . Berdasarkan pengalaman anda, sejauh manakah KSSR dapat membantu keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya untuk subjek matematik berbanding kbsr?.

Pada pendapat saya, pemberian eviden yang berulang-ulang bagi murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran, akan membantu murid lebih faham akan sesuatu topik berbanding KBSR yang hanya berfokus kepada peperiksaan. PBS yang dijalankan mampu menilai pelajar secara holistik dimana tahap penguasaan murid dapat dilihat dari band 1 sehingga band 6.

10. Penggunaan pelbagai kaedah dan strategi dalam menyelesaikan masalah asas matematik amat dititikberatkan dalam KSSR. Berdasarkan pemerhatian anda, bagaimanakah reaksi dan penerimaan murid-murid terhadap situasi ini. Adakah mereka mudah faham atau sebaliknya.

Dari sudut pandangan saya, bagi murid yang pandai mungkin mereka boleh menerima kaedah dan strategi yang pelbagai digunakan oleh guru. Tetapi hal ini tidak mungkin bagi murid yang lemah. Ini kerana murid yang lemah dan sederhana hanya berfokuskan kepada satu cara yang mudah untuk

menyelesaikan sesuatu operasi bukan dengan pelbagai strategi. Ini akan mengelirukan mereka dan membuatkan mereka kurang faham dan tidak berminat dengan matematik.

Anda mungkin juga menyukai