Anda di halaman 1dari 2

Tibi

Batuk kering merupakan sejenis penyakit yang dibawa oleh sejenis


bakteria yang dikenali sebagai ‘Mycrobacterium Tuberculosis’ atau
kuman Tibi. Bakteria berbahaya ini, bertindak dengan menyerang paru-
paru dan juga mana-mana bahagian lain dalam tubuh badan seseorang
seperti tulang, sendi tulang serta buah pinggang.

Simptom-Simptom Batuk Kering

Batuk selama dua minggu atau lebih dan kadang kala berdarah

Batuk berkahak yang berwarna kekuningan/kehijauan

Lemah dan keletihan

Susut berat badan

Kehilangan selera

Menggigil

Demam

Berpeluh waktu petang dan malam

Mereka Yang Berisiko Diserang Batuk Kering

Mereka yang telah dijangkiti HIV (virus AIDS)

Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering

Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk


kering yang tinggi.

Sesetengah bangsa dan etnik minoriti

Mereka yang kekurangan zat dan vitamin

Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV

Bagaimana Penyakit Ini Boleh Merebak

Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau


bersin, mereka akan mengeluarkan bakteria dalam udara dan
kemudiannya, mereka yang berada di sekeliling akan menghidu titisan-
titisan halus atau bakteria tersebut.

Rawatan Penyakit.

Apabila seseorang mengalami simptom penyakit tibi, seperti batuk


selama dua minggu atau lebih, segeralah berjumpa dengan doktor
untuk menjalani pemeriksaan kahak bagi mengenal pasti kuman tibi.
Selain itu, pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan
kuman tibi

Akibat Rawatan Tibi Yang Tidak Sempurna

Kegagalan mengikuti rawatan yang sempurna akan hanya


memburukkan lagi keadaan pesakit.

Ia akan menjadikan penyakit tibi menjadi teruk

Batuk berdarah akan terjadi

Kuman tibi akan menjadi kebal

Pencegahan Penyakit Tibi

Bagi tujuan pencegahan :

Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan


dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.

Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin.


Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang
terapung diudara.

Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang


sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.

Sumber maklumat: Kementerian Kesihatan Malaysia dan Harian Metro