Anda di halaman 1dari 40

Pengenalan

Dalam tugasan ini, Meteor adalah tajuk yang akan dibincangkan dalam kajian pemahaman murid. Secara umumnya, sebahagian besar maklumat dan bahan berkaitan tajuk di dapati di laman sesawang NASA dan buku rujukan sains tahun 4. Sebelum menceritakan tugasan tajuk, terdapat sepuluh fakta yang penting berkaitan meteor yang perlu diketahui mengikut kenyataan NASA. Sepuluh perkara tersebut adalah seperti berikut : 1. Meteoroid menjadi meteor atau tahi bintang apabila ia berinteraksi dengan atmosfera sesuatu planet yang kemudian menyebabkan berlakunya cahaya yang berkilau di langit. Ketulan yang sampai ke permukaan sesuatu planet akan di sebut sebagai meteorit. 2. Meteorit datang dalam pelbagai saiz yang berbeza dari sekecil bijirin sehingga sebesar batu-batuan, salah satu daripada meteorit yang terbesar pernah dijumpai di bumi ialah meteorit Hoba yang dijumpai di tenggara Africa seberat 54000 kilogram ( 119000 pound) 3. Kebiasaanya hujan meteor diberi nama bersempena dengan bintang atau buruj yang terhampir ( kedudukan arah meteor berlaku ) 4. Meteor dan meteorit bermula sebagai meteoroid iaitu serpihan batuan dan debu di angkasa. 5. Kebanyakan meteoroid adalah besi, batuan dan batuan besi. 6. Meteorit kelihatan seakan-akan batuan di bumi, Cuma dibezakan dengan kesan terbakar. 7. Kebanyakan hujan meteor dikaitkan dengan komet. Hujan meteor Leonids dikaitkan dengan komet Temple-Tattle, Aquarid dan Orionids dengan komet Halley dan Taurid dengan komet Enake. 8. Apabila komet menghampiri matahari, ia akan meninggalkan satu jejak berdebu. Setiap tahun, bumi akan melalui jejak komet yang mana akan membenarkan runtuhan batuan untuk memasuki atmosfera dan terbuka. Ini akan membentuk api dan cahaya berkilauan (meteor) di langit.

Page 1

9. Meteoroid, meteor dan meteorit tidak boleh menampung kehidupan. Walaubagaimanapun, ia mungkin memberikan bumi satu sumber berharga iaitu asid amino yang boleh membina kehidupan. 10. Pusat angkasa antarabangsa mempunyai perisai untuk melindungi pusatnya daripada meteor. Lazimnya, pemahaman murid terhadap meteor sangat sedikit berbanding dengan tajuktajuk lain. Oleh hal yang demikian ujian pra dan pos dijalankan dalam tugasan ini bagi mencari jawapan kepada pemahaman murid terhadap tajuk. Ujian ini dijalankan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan berkaitan tajuk. Sehubungan dengan itu, jadual dan graf membantu dalam mengenalpasti kelemahan dan kekuatan model pengajaran yang telah dirancang serta mengetahui tahap pemahaman murid berkaitan meteor. Tugasan ini mengambil pendekatan kualitatif tentang pemahaman murid berkaitan meteor. Seramai 11 orang murid yang terdiri daripada 4 orang murid tahun 6 dan 7 orang murid daripada tahun 5.. Tugasan ini hanya dilakukan oleh 11 orang murid yang terdiri daripada kelas tahun 5 dan kelas tahun 6 yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Laong Bakong, Miri. Kebanyakan murid-murid yang belajar di sini mempunyai latarbelakang yang sederhana dan rata-rata ibubapa mereka adalah petani kesemuanya. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat masalah yang dihadapi sebelum menjalankan tugasan ini. Masalah yang saya hadapi ialah, saya terpaksa meminta murid untuk datang pada waktu petang untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kerana waktu pagi adalah waktu kelas perdana biasa dan tidak boleh diganggu disebabkan oleh satu program Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu melindungi masa instruksional (MMI). Masalah kurang murid juga adalah satu masalah bagi saya kerana sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah kurang murid. Oleh hal demikian, kelas tahun 5 dan kelas tahun 6 digabungkan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi membantu saya mengumpul data dalam kajian pemahaman mereka berkaitan meteor.. Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk melihat, dan menilai murid serta keberkesanan model rancangan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Melalui

Page 2

kajian ini juga, saya berharap dapat menyumbang sedikit pengetahuan mengenai tahap pemahaman murid SK Sungai Laong Bakong berkaitan meteor. Dalam tugasan ini juga, rumusan berkaitan kajian dan refleksi diri disertakan untuk berkongsi pandangan, pendapat dan pengalaman saya semasa saya menjalankan tugasan yang telah diberikan. Diharap maklumat dan data yang telah saya kumpul dan ringkaskan berguna untuk pembaca dan memenuhi kehendak tugasan yang telah diamanahkan kepada saya.

Page 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (i) SAINS TAHUN 4

Tahun Masa Tempoh Tarikh Hari Bilangan Murid Tema Tajuk Sub Tajuk

: 5 dan 6 : 1 Jam : 1500 1600 : 28 Ogos 2013 : Rabu : 12 Orang : Menyiasat Alam Bumi dan Semesta : Sistem Suria : Meteoroid, Meteor dan Meteorit

Kemahiran Proses Sains : Mengelas, Memerhati, Meramal, Komunikasi dan Hubung Kait. Kemahiran manipulatif :1. Mengendalikan alatan dengan baik dan sopan. 2. Menyimpan dan mengemas alatan secara sistematik Nilai-nilai Murni : Berkeyakinan, berdikari, berani mencuba, menjana idea dan berfikiran rasional. Pengetahuan sedia ada murid : Murid telah belajar topik meteor semasa di tahun 4. Hasil Pembelajaran Umum: Murid mengetahui berkenaan meteor. Hasil Pembelajaran Khusus : Di Akhir P&P, Murid-murid dapat : 1. Menyatakan ciri-ciri meteoroid. 2. Mengetahui saiz meteorit. 3. Menyatakan perbezaan Meteoroid, meteor dan meteorit ABM dan BBM : Komputer riba, projector, kad manila, marker, pelekat dan lembaran kerja.

Fasa Orientasi ( 5 minit )

Kandungan - klip video mengenai meteor

Aktiviti 1. Guru menunjukkan video mengenai meteor.

Catatan ABM - video


Page 4

Tajuk : meteor

- soalan mengenai meteor

2. Murid disoal oleh guru mengenai video tersebut dan mengaitkan dengan topik yang dipelajari hari ini. a. video berkenaan apakah anda lihat ? b. Dimanakah anda dapat melihat benda ini? 1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Lembaran kerja diedarkan. 2. Murid dikehendaki menyusun puzzle sehingga berjaya. 3. Setiap puzzle yang disambung mempunyai maklumat berkaitan dengan tajuk. 3. Setiap kumpulan akan mencari maklumat tersebut di puzzle yang telah mereka sambung dan membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka.. 4. Murid diminta untuk menyoal kumpulan yang membentang. Soal jawab dan perbincangan dilakukan.

- laptop/projektor - soaljawab - menghubungkait

Pencetusan Idea (15 minit ) 1.Menyatakan ciri-ciri meteoroid. 2.Mengetahui saiz meteoroid. 3.Menyatakan perbezaan Meteoroid, meteor dan meteorit Penstrukturan idea (20 minit ) 1.Menyatakan ciri-ciri meteoroid. 2.Mengetahui saiz meteoroid. 3.Menyatakan perbezaan

- kerja kumpulan iaitu menyusun puzzle berkaitan tajuk iaitu meteoroid, meteor dan meteorit

- Guru menampal maklumat berkaitan tajuk mengikut stesen-stesen yang telah ditetapkan. - Ahli kumpulan akan mencari maklumat yang mereka kehendaki di stesenstesen yang telah disediakan.

1. Guru mengedarkan kad manila, marker, soalan dan arahan aktiviti yang akan dijalankan. 2. Di dalam kumpulan yang sama, murid di minta mencari maklumat yang diperlukan dan menulis jawapan mereka di kad manila yang telah disediakan. 3. Hasil kerja kumpulan akan dibentangkan bersama. 4. Guru memurnikan jawapan dan membimbing murid semasa pembentangan dijalankan.

Page 5

Meteoroid, meteor dan meteorit Aplikasi idea (15 minit ) - Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. 1. Murid diminta untuk membuat latihan yang diberikan secara individu bagi mengenalpasti kefahaman murid. 2. murid menyemak jawapan yang telah disiapkan bersamasama guru. 3. Murid yang lemah akan diberikan soalan yang sama setelah selesai perbincangan supaya dapat memperkukuhkan kefahaman mereka berkaitan tajuk. 1. Murid diminta untuk merumuskan topik yang telah mereka pelajari dengan bimbingan dan guru memurnikan rumusan yang telah diberikan oleh murid - latihan / lembaran kerja - soal jawab

Refleksi (5 minit )

- soal jawab / rumusan mengenai topik.

- rumusan - soal jawab

Page 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (ii) SAINS TAHUN 4

Tahun Masa Tempoh Tarikh Hari Bilangan Murid Tema Tajuk Sub Tajuk

: 5 dan 6 : 1 Jam : 1500 1600 : 18 September 2013 : Rabu : 12 Orang : Menyiasat Alam Bumi dan Semesta : Sistem Suria : Meteoroid, Meteor dan Meteorit

Kemahiran Proses Sains : Mengelas, Memerhati, Meramal, Komunikasi dan Hubung Kait. Kemahiran manipulatif :1. Mengendalikan alatan dengan baik dan sopan. 2. Menyimpan dan mengemas alatan secara sistematik Nilai-nilai Murni : Berkeyakinan, berdikari, berani mencuba, menjana idea dan berfikiran rasional. Pengetahuan sedia ada murid : Murid telah belajar topik meteor semasa di tahun 4. Hasil Pembelajaran Umum: Murid mengetahui berkenaan meteor. Hasil Pembelajaran Khusus : Di Akhir P&P, Murid-murid dapat : 4. Menyatakan ciri-ciri meteoroid. 5. Mengetahui saiz meteorit. 6. Menyatakan perbezaan Meteoroid, meteor dan meteorit ABM dan BBM : Komputer riba, projector, kad manila, marker, pelekat dan lembaran kerja.

Fasa Orientasi ( 5 minit ) Tajuk : meteor

Kandungan - klip video mengenai meteor - soalan mengenai meteor

Aktiviti 1. Guru menunjukkan video mengenai meteor. 2. Murid disoal oleh guru mengenai video tersebut dan mengaitkan dengan topik yang

Catatan ABM - video - laptop/projektor - soaljawab - menghubungkait


Page 7

dipelajari hari ini. a. video berkenaan apakah anda lihat ? b. Dimanakah anda dapat melihat benda ini? Pencetusan Idea (16 minit ) 1.Menyatakan ciri-ciri meteoroid. 2.Mengetahui saiz meteoroid. 3.Menyatakan perbezaan Meteoroid, meteor dan meteorit Penstrukturan idea (20 minit ) 1.Menyatakan ciri-ciri meteoroid. 2.Mengetahui saiz meteoroid. 3.Menyatakan perbezaan Meteoroid, meteor dan - Guru menampal maklumat berkaitan tajuk mengikut stesen-stesen yang telah ditetapkan. - Ahli kumpulan akan mencari maklumat yang mereka kehendaki di stesenstesen yang telah disediakan. 1. Guru mengedarkan kad manila, marker, soalan dan arahan aktiviti yang akan dijalankan. 2. Di dalam kumpulan yang sama, murid di minta mencari maklumat yang diperlukan dan menulis jawapan mereka di kad manila yang telah disediakan. 3. Hasil kerja kumpulan akan dibentangkan bersama. 4. Guru memurnikan jawapan dan membimbing murid semasa pembentangan dijalankan. - kerja kumpulan iaitu menyusun puzzle berkaitan tajuk iaitu meteoroid, meteor dan meteorit 1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Lembaran kerja diedarkan. 2. Murid dikehendaki menyusun puzzle sehingga berjaya. 3. Setiap puzzle yang disambung mempunyai maklumat berkaitan dengan tajuk. 3. Setiap kumpulan akan mencari maklumat tersebut di puzzle yang telah mereka sambung dan membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka.. 4. Murid diminta untuk menyoal kumpulan yang membentang. Soal jawab dan perbincangan dilakukan.

Page 8

meteorit Aplikasi idea (15 minit ) - Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. 1. Murid diminta untuk membuat latihan yang diberikan secara individu bagi mengenalpasti kefahaman murid. 2. murid menyemak jawapan yang telah disiapkan bersamasama guru. 3. Murid yang lemah akan diberikan soalan yang sama setelah selesai perbincangan supaya dapat memperkukuhkan kefahaman mereka berkaitan tajuk. 1. Murid diminta untuk merumuskan topik yang telah mereka pelajari dengan bimbingan dan guru memurnikan rumusan yang telah diberikan oleh murid - latihan / lembaran kerja - soal jawab

Refleksi (5 minit )

- soal jawab / rumusan mengenai topik.

- rumusan - soal jawab

Page 9

NAMA : ..

TARIKH :

Meteor (Sebelum / Selepas pengajaran ) a. Soalan ini mengandungi 30 soalan. Tandakan ( / ) pada jawapan anda. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 Perkara Adakah meteor salah satu bintang ? Adakah meteor di dalam sistem Suria ? Adakah meteor salah satu planet ? Adakah meteor ketulan batu atau logam yang terapung di angkasa lepas.? Adakah meteor satelit semula jadi Bumi ? Adakah Meteor di kenali sebagai Tahi Bintang ? Adakah Meteor adalah meteoroid ? Adakah Meteor Boleh terapung di angkasa lepas ? Adakah meteor benda hidup ? Adakah saiz Meteor sama ? Bolehkan Meteor dijadikan bahan api.? Bergunakah Meteor kepada kita ? Bolehkah Meteor dijadikan alat untuk mengesan planet lain ? Bolehkah Meteor dijadikan alat tulis ? Bolehkah Meteor melindungi Bumi daripada Tsunami atau ribut taufan ? Bolehkan Meteor mengeluarkan bunyi ? Bolehkah Meteor dilihat pada waktu siang ? Bolehkah Meteor menggantikan Matahari ? Bolehkah Meteor menggantikan Bumi ? Bolehkah meteor menghasilkan lubang atau kawah apabila terhempas di Bumi ? Sekiranya meteor terhempas ke bumi, Adakah Bumi akan hancur ? Ya Tidak

Page 10

22

Sekiranya saiz meteor lebih besar daripada matahari, Adakah bumi akan terbakar dan hancur apabila bertembung ? Sekiranya Meteor mempunyai udara, air dan tumbuhan seperti di bumi, bolehkah hidupan hidup ? Sekiranya meteor adalah bintang, bolehkah ia menggantikan Matahari ? Meteor terhempas dikenali sebagai meteorit. Bolehkah meteorit menjadi meteor ? Meteor akan terbakar sebelum terhempas ke bumi. Bolehkah meteor yang terbakar tadi menghasilkan kawah atau lubang di bumi ? Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi langit pada waktu malam, Bolehkah meteor bercahaya sepanjang malam ? Meteor dikenali sebagai tahi bintang, adakah meteor ini berbau ? Sekiranya meteor adalah hujan di bumi. Bolehkah hidupan hidup ? Semasa kita melihat meteor di langit, Bolehkah kita meminta hajat dan berdoa kepada meteor ?

23

24

25

26

27 28 29 30

Page 11

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

Meteor Jawapan bagi soalan di bawah Perkara Adakah meteor salah satu bintang ? Adakah meteor di dalam sistem Suria ? Adakah meteor salah satu planet ? Adakah meteor ketulan batu atau logam yang terapung di angkasa lepas.? Adakah meteor satelit semula jadi Bumi ? Adakah Meteor di kenali sebagai Tahi Bintang ? Adakah Meteor adalah meteoroid ? Adakah Meteor Boleh terapung di angkasa lepas ? Adakah meteor benda hidup ? Adakah saiz Meteor sama ? Bolehkan Meteor dijadikan bahan api.? Bergunakah Meteor kepada kita ? Bolehkah Meteor dijadikan alat untuk mengesan planet lain ? Bolehkah Meteor dijadikan alat tulis ? Bolehkah Meteor melindungi Bumi daripada Tsunami atau ribut taufan ? Bolehkan Meteor mengeluarkan bunyi ? Bolehkah Meteor dilihat pada waktu siang ? Bolehkah Meteor menggantikan Matahari ? Bolehkah Meteor menggantikan Bumi ? Bolehkah meteor menghasilkan lubang atau kawah apabila terhempas di Bumi ? Sekiranya meteor terhempas ke bumi, Adakah Bumi akan hancur ? Sekiranya saiz meteor lebih besar daripada matahari, Adakah bumi akan terbakar dan hancur apabila bertembung ? Sekiranya Meteor mempunyai udara, air dan tumbuhan seperti di bumi, bolehkah hidupan hidup ?

Ya

Tidak /

/ / / / / / / / / / / / / / / / / / / / /

23

Page 12

24

Sekiranya meteor adalah bintang, bolehkah ia menggantikan Matahari ? Meteor terhempas dikenali sebagai meteorit. Bolehkah meteorit menjadi meteor ? Meteor akan terbakar sebelum terhempas ke bumi. Bolehkah meteor yang terbakar tadi menghasilkan kawah atau lubang di bumi ? Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi langit pada waktu malam, Bolehkah meteor bercahaya sepanjang malam ? Meteor dikenali sebagai tahi bintang, adakah meteor ini berbau ? Sekiranya meteor adalah hujan di bumi. Bolehkah hidupan hidup ? Semasa kita melihat meteor di langit, Bolehkah kita meminta hajat dan berdoa kepada meteor ? /

25

26

27 28 29 30

/ / / /

Page 13

Analisis Kajian Tugasan


Setelah menyelesaikan beberapa tugasan dalam kajian, perkara yang sangat penting sekali adalah menganalisis data yang telah diperolehi daripada hasil kajian. Seramai 11 orang murid telah di edar borang soalan untuk di uji pemahaman mereka terhadap meteor. Dalam jumlah tersebut terdapat 4 orang murid daripada tahun 6 dan 7 orang murid daripada tahun 5. Kaedah jawapan bagi soalan yang digunakan adalah ya atau tidak. Perkara ini dilakukan bertujuan untuk memudahkan kajian berkenaan tajuk yang diberi. Mengikut data yang diperolehi seramai 6 orang murid dapat menjawab soalan nombor satu dengan betul. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan seramai 11 orang murid dapat menjawab dengan betul. Peningkatan sebanyak 5 orang murid yang dapat menjawab dan memahami soalan nombor satu. Ini bermakna kesemua murid dapat menjawab soalan nombor satu dengan betul. Mereka memahami bahawa meteor bukan salah satu daripada bintang yang ada di angkasa lepas. Bagi soalan nombor dua pula, sebelum pengajaran dan pembelajaran hanya 7 orang murid yang dapat menjawab dengan betul berbanding 11 orang murid yang dapat menjawab betul selepas proses pengajaran dan pembelajaran dibuat. Peningkatan untuk soalan nombor dua ialah seramai 4 orang. Murid sudah mengetahui bahawa meteor berada didalam sistem suria yang terapung-apung diangkasa yang digelar sebagai meteoroid. Bagi soalan nombor tiga pula 10 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum dan selepas proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan. Ini bermakna tiada perubahan terhadap pemahaman soalan ini. Seorang murid masih lagi tidak memahami yang meteor ini bukan planet. Kemungkinan besar murid ini keliru semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku dan tidak memberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya. Untuk soalan nombor empat 2 orang murid dapat menjawab dengan betul sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dan 7 orang murid menjawab dengan betul selepas proses pegajaran dan pembelajaran dijalankan. Terdapat 5 orang murid yang menunjukkan peningkatan bagi soalan ini. 4 orang lagi masih kurang memahami perbezaan meteoroid dengan meteor. walaupun sama tetapi pangilan untuk kedua-duanya mempunyai perbezaan. Mengikut data untuk soalan nombor lima pula, seramai 10 orang murid dapat menjawab dengan betul soalan
Page 14

sebelum dan selepas proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Tiada perubahan yang berlaku pada soalan ini. Seorang murid sahaja yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dan selebihnya mengetahui bahawa meteor bukan satelit semulajadi bumi. Bagi soalan nombor enam pula seramai 8 orang murid menjawab dengan betul sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan 11 orang murid dapat menjawab selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini bermakna semua murid memahami bahawa meteor juga dikenali sebagai tahi bintang. Untuk soalan nombor tujuh pula, seramai 6 orang murid dapat menjawab soalan ini dengan betul dan 9 orang murid dapat menjawab soalan ini selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Terdapat 2 peningkatan murid yang memahami soalan ini. Kemungkinan 2 orang murid lagi masih keliru dengan persamaan meteor dan meteoroid. Dimana sepatutnya panggilan untuk meteoroid dan meteor. Bagi soalan nombor lapan pula cuma 1 orang murid sahaja yang memahami soalan ini sama ada sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Seramai 10 orang murid lagi tidak mengetahui bahawa meteor tidak boleh terapung di angkasa lepas, yang terapung di angkasa lepas adalah meteoroid, manakala meteor akan terjadi sekiranya meteoroid ini memasuki lapisan atmosfera dan terbakar serta berkemungkinan akan terhempas kebumi sekiranya tidak terbakar habis semasa berada di atas. Kekeliruan ini mungkin tidak dapat di kelaskan oleh murid. Untuk soalan nombor sembilan, seramai 11 orang dapat menjawab soalan dengan betul sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Semua murid memahami bahawa meteor adalah bukan benda hidup. Seramai 9 orang murid dapat menjawab soalan nombor sepuluh sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dan 8 orang murid menjawab dengan betul selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna terdapat negatif 1 yang diperolehi dimana tahap pemahaman murid menjadi kurang. Ini berkemungkinan sebelum pengajaran murid ini betul jangkaannya dan menyebabkan soalan yang dijawabnya betul kerana soalan ini berbentuk ya atau tidak sahaja. Murid masih tidak memahami bahawa saiz meteor adalah berbeza-beza iaitu dari sekecil-kecil bijirin sehingga sebesar-besar batuan di bumi. Untuk soalan nombor sebelas pula, terdapat 6 orang murid dapat menjawab sebelum pengajaran dan pembelajaran dan 8 orang murid dapat menjawab dengan betul selepas pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan

Page 15

bahawa terdapat peningkatan pada soalan ini. 3 orang murid lagi tidak mengetahui bahawa meteor tidak dapat dijadikan bahan api. Bagi soalan nombor dua belas, seramai 2 orang murid dapat menjawab soalan ini sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan seramai 9 orang murid menjawab dengan betul selepas pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Terdapat 7 peningkatan yang ketara pada soalan ini, selebihnya tidak mengetahui bahawa meteor berguna kepada manusia kerana menghasilkan asid amino kepada bumi. Bagi soalan nombor tiga belas pula, seramai 9 orang murid dapat menjawab dengan betul sebelum dan 11 orang murid menjawab dengan betul selepas pengajaran. Semua murid mengetahui bahawa meteor tidak dapat dijadikan alat untuk mengesan planet lain di galaksi. Seramai 11 orang murid dapat menjawab dengan betul soalan nombor empat belas sebelum dan selepas pengajaran. Semua murid mengetahui bahawa meteor tidak dapat dijadikan alat tulis. Setakat ini, tidak ada lagi alat tulis yang diperbuat daripada meteor. Untuk soalan nombor lima belas pula, seramai 9 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum pengajaran dan seramai 10 orang murid menjawab dengan betul selepas proses pengajaran. Cuma seorang sahaja yang masih tidak memahami bahawa meteor tidak dapat melindungi bumi daripada Tsunami dan ribut taufan. Bagi soalan nombor enam belas, seramai 8 orang murid menjawab dengan betul sebelum pengajaran dan 11 orang murid menjawab dengan betul selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid memahami bahawa meteor tidak mengeluarkan bunyi. Seramai 9 orang murid menjawab soalan dengan betul sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran bagi nombor soalan tujuh belas. 2 orang lagi masih tidak memahami bahawa meteor tidak dapat dilihat pada waktu siang kerana cahaya Matahari terlalu terang. Bagi soalan nombor lapan belas, seramai 10 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum dan selepas pengajaran dan pengajaran dijalankan.hanya seorang murid yang kurang memahami bahawa meteor tidak dapat menggantikan matahari. Bagi soalan sembilan belas pula, seramai 8 orang dapat menjawab dengan betul sebelum pengajaran dan 11 orang murid dapat menjawab soalan selepas pengajaran dijalankan. Kesemua murid memahami bahawa meteor tidak boleh menggantikan bumi.

Page 16

Mengikut data yang diperolehi, seramai 7 orang murid yang boleh menjawab soalan nombor dua puluh sebelum pengajaran dijalankan dan 11 orang murid dapat menjawab selepas pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Semua murid memahami bahawa meteor boleh menghasilkan lubang atau kawah apabila terhempas kebumi sekiranya ia sebesar batuan di bumi. Bagi nombor dua puluh satu pula, seramai 8 orang murid dapat menjawab dengan betul sebelum pengajaran dilakukan dan 9 orang murid dapat menjawab soalan tersebut selepas pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Ini bermakna ada 1 peningkatan terhadap soalan ini. 2 orang murid lagi mungkin masih tidak memahami bahawa meteor tidak membawa kemusnahan sekiranya terhempas ke bumi. Untuk nombor soalan dua puluh dua pula, seramai 5 orang murid dapat menjawab soalan dengan betil sebelum pengajaran dan seramai 8 orang murid menjawab dengan betul selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hanya 3 orang murid yang masih tidak memahami dan tidak dapat membayangkan sekiranya meteor lebih besar daripada matahari dan bertembung dengan bumi . kemungkinan murid ini tidak dapat menjangkakan apa akan terjadi serta tidak member tumpuan serta kurang melibatkan diri di dalam perbincangan kumpulan. Bagi soalan yang ke dua puluh tiga pula, seramai 7 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum pengajaran dan Cuma 4 orang sahaja yang dapat menjawab soalan dengan betul selepas pengajaran. Ini bermakna penurunan tahap pemahaman murid agak ketara pada soalan ini. Murid tidak dapat membayangkan sekiranya meteor mempunyai segala keperluaan asas seperti bumi dan menggantikan bumi. Pengetahuan sedia ada mereka hanya mengetahui tiada hidupan lain di galaksi bima sakti ini melainkan bumi. Untuk soalan yang ke dua puluh empat pula, seramai 7 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum sesi pengajaran dijalankan dan seramai 9 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul selepas pengajaran dilakukan. Murid menunjukkan peningkatan kepada soalan ini. Mengikut data yang diperolehi bagi soalan dua puluh lima, seramai 4 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum sesi pengajaran bermula dan 9 orang murid dapat menjawab dengan betul selepas pengajaran yang dijalankan. Cuma 2 orang murid yang masih tidak memahami dan keliru dengan panggilan yang digunakan kepada meteor dan meteorit. Meteorit tidak boleh menjadi meteor kerana

Page 17

meteorit panggilan kepada meteor yang telah berada di dasar bumi dan tidak boleh kembali ke atas lagi serta berinteraksi dengan atmosfera bumi, oleh hal yang demkian, maka meteorit tidak boleh menjadi meteor. Seramai 5 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum pengajaran bagi soalan nombor dua puluh enam dan seramai 7 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul selepas sesi pengajaran. 4 orang murid lagi masih tidak memahami bahawa meteor akan terbakar dan terhempas serta menghasilkan kawah sekiranya bersentuhan kedasar bumi jika meteor tersebut sebesar batuan. Murid juga keliru dengan meteor yang terbakar di atas dan hancur begitu sahaja sekiranya meteor tersebut sekecil bijirin dan tidak terhempas ke bumi. Perkara ini sangat mengelirukan murid. Bagi soalan nombor dua puluh tujuh pula, seramai 4 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum pengajaran dan seramai 11 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul selepas sesi pengajaran. Ini bermakna, semua murid memahami meteor tidak dapat bercahaya sepanjang malam sehingga ke waktu pagi. Untuk soalan yang ke dua puluh lapan pula seramai 10 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum pengajaran dan 11 orang dapat menjawab soalan selepas pengajaran. Murid memahami bahawa meteor tidak mengeluarkan bau yang busuk seperti tahi yang terdapat di bumi walaupun meteor dikenali sebagai tahi bintang. Bagi soalan yang ke dua puluh Sembilan pula, seramai 8 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum pengajaran dan 10 orang dapat menjawab dengan betul selepas pengajaran dijalankan. Hanya seorang murid sahaja yang belum memahami bahawa meteor membahaya sekiranya menjadi hujan di bumi. Untuk soalan yang terakhir iaitu soalan yang ke tiga puluh, seramai 6 orang murid dapat menjawab dengan betul sebelum pengajaran dijalankan dan kesemua murid iaitu 11 orang dapat menjawab soalan dengan betul selepas pengajaran dilakukan. Murid mengetahui bahawa meteor tidak boleh menunaikan hajat kepada pemintanya, Hanya Tuhan semesta alam sahaja tempat untuk berdoa. Untuk melihat dengan lebih jelas, pembaca boleh rujuk di jadual 1 bagi jumlah murid yang boleh menjawab dengan betul iaitu sebelum pengajaran dan jadual 2 untuk jumlah murid yang menjawab soalan dengan betul selepas pengajaran serta melihat graf 1, graf 2, carta pai 1, carta pai 2, carta pai 3 dan carta 4 empat untuk pencerahan

Page 18

maklumat seterusnya. Jadual 3 pula menunjukkan perbezaan yang ditunjukkan oleh murid sama ada peningkatan atau penurunan yang berlaku. Mengikut peratusan murid untuk keseluruhan pula, sebanyak 64.54% murid dapat menjawab soalan dengan betul sebelum pengajaran dan 35.46% murid yang menjawab salah. Dalam carta pai 3, ia menunjukkan 65% dan 35%, ini kerana peratusan telah dibundarkan kepada nombor bulat yang hampir. Bagi peratusan yang ditunjukkan pada carta pai 4, dimana sebanyak 85% murid dapat menjawab dengan betul dan 15% murid menjawab salah. Untuk keseluruhan, terdapat sebanyak 20% peningkatan bagi pemahaman murid terhadap meteor. Di harap, segala jadual, graf dan carta pai yang di sediakan dibawah dapat membantu dalam memahami kajian yang telah saya lakukan.

Page 19

Analisis Murid Menjawab Dengan Betul Sebelum Pengajaran Dijalankan Soalan Bil Nama Murid Konsep 1-10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Arrif Bin Abdullah Alice Codeliana Anak Jackson Denny Anak Samy Eklesia Anak John Mac Bewsher Anak David Senorita Anak Ngumbang Tracy Uring Eta Anak Angau Evangelisyia Anak John Louisa Anak Langgie Melsel Ummelly Anak Galau 6 6 7 4 7 8 5 6 8 4 7 Soalan Aplikasi 11-20 6 8 8 8 5 7 8 8 8 7 10 Soalan KBAT 21-30 8 7 8 4 4 6 4 5 1 9 8

Jadual (ia)

Page 20

Analisis Murid Menjawab Dengan Betul Selepas Pengajaran Dijalankan Soalan Bil Nama Murid Konsep 1-10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Arrif Bin Abdullah Alice Codeliana Anak Jackson Denny Anak Samy Eklesia Anak John Mac Bewsher Anak David Senorita Anak Ngumbang Tracy Uring Eta Anak Angau Evangelisyia Anak John Louisa Anak Langgie Melsel Ummelly Anak Galau 9 8 8 8 8 7 7 9 8 6 9 Soalan Aplikasi 11-20 9 10 10 6 9 8 10 9 10 9 10 Soalan KBAT 21-30 10 8 8 8 8 6 8 7 8 9 8

Jadual (ib)

Page 21

Meteor Sebelum pengajaran ( jadual 1 ) Jumlah Murid Yang Dinilai : 11 Orang Jumlah murid Bil Perkara dapat menjawab dengan betul 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Adakah meteor salah satu bintang ? Adakah meteor di dalam sistem Suria ? Adakah meteor salah satu planet ? Adakah meteor ketulan batu atau logam yang terapung di angkasa lepas.? Adakah meteor satelit semula jadi Bumi ? Adakah Meteor di kenali sebagai Tahi Bintang ? Adakah Meteor adalah meteoroid ? Adakah Meteor Boleh terapung di angkasa lepas ? Adakah meteor benda hidup ? Adakah saiz Meteor sama ? Bolehkan Meteor dijadikan bahan api.? Bergunakah Meteor kepada kita ? Bolehkah Meteor dijadikan alat untuk mengesan planet lain ? Bolehkah Meteor dijadikan alat tulis ? Bolehkah Meteor melindungi Bumi daripada Tsunami atau ribut taufan ? Bolehkan Meteor mengeluarkan bunyi ? Bolehkah Meteor dilihat pada waktu siang ? Bolehkah Meteor menggantikan Matahari ? Bolehkah Meteor menggantikan Bumi ? Bolehkah meteor menghasilkan lubang atau kawah apabila 6 7 10 2 10 8 6 1 11 9 6 2 9 11 9 8 9 10 8 7

Page 22

terhempas di Bumi ? 21 22 Sekiranya meteor terhempas ke bumi, Adakah Bumi akan hancur ? Sekiranya saiz meteor lebih besar daripada matahari, Adakah bumi akan terbakar dan hancur apabila bertembung ? Sekiranya Meteor mempunyai udara, air dan tumbuhan seperti di bumi, bolehkah hidupan hidup ? Sekiranya meteor adalah bintang, bolehkah ia menggantikan Matahari ? Meteor terhempas dikenali sebagai meteorit. Bolehkah meteorit menjadi meteor ? Meteor akan terbakar sebelum terhempas ke bumi. Bolehkah meteor yang terbakar tadi menghasilkan kawah atau lubang di bumi ? Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi langit pada waktu malam, Bolehkah meteor bercahaya sepanjang malam ? Meteor dikenali sebagai tahi bintang, adakah meteor ini berbau ? Sekiranya meteor adalah hujan di bumi. Bolehkah hidupan hidup ? Semasa kita melihat meteor di langit, Bolehkah kita meminta hajat dan berdoa kepada meteor ? Jumlah peratusan yang dapat menjawab soalan 8 5

23

24

25

26

27 28 29 30

4 10 8 6 64.54%

Page 23

Meteor Selepas pengajaran ( jadual 2 ) Jumlah Murid Yang Dinilai : 11 Orang Jumlah murid Bil Perkara dapat menjawab dengan betul 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Adakah meteor salah satu bintang ? Adakah meteor di dalam sistem Suria ? Adakah meteor salah satu planet ? Adakah meteor ketulan batu atau logam yang terapung di angkasa lepas.? Adakah meteor satelit semula jadi Bumi ? Adakah Meteor di kenali sebagai Tahi Bintang ? Adakah Meteor adalah meteoroid ? Adakah Meteor Boleh terapung di angkasa lepas ? Adakah meteor benda hidup ? Adakah saiz Meteor sama ? Bolehkan Meteor dijadikan bahan api.? Bergunakah Meteor kepada kita ? Bolehkah Meteor dijadikan alat untuk mengesan planet lain ? Bolehkah Meteor dijadikan alat tulis ? Bolehkah Meteor melindungi Bumi daripada Tsunami atau ribut taufan ? Bolehkan Meteor mengeluarkan bunyi ? Bolehkah Meteor dilihat pada waktu siang ? Bolehkah Meteor menggantikan Matahari ? Bolehkah Meteor menggantikan Bumi ? Bolehkah meteor menghasilkan lubang atau kawah apabila terhempas di Bumi ? 11 11 10 7 10 11 9 1 11 8 8 9 11 11 10 11 9 10 11 11

Page 24

21 22

Sekiranya meteor terhempas ke bumi, Adakah Bumi akan hancur ? Sekiranya saiz meteor lebih besar daripada matahari, Adakah bumi akan terbakar dan hancur apabila bertembung ? Sekiranya Meteor mempunyai udara, air dan tumbuhan seperti di bumi, bolehkah hidupan hidup ? Sekiranya meteor adalah bintang, bolehkah ia menggantikan Matahari ? Meteor terhempas dikenali sebagai meteorit. Bolehkah meteorit menjadi meteor ? Meteor akan terbakar sebelum terhempas ke bumi. Bolehkah meteor yang terbakar tadi menghasilkan kawah atau lubang di bumi ? Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi langit pada waktu malam, Bolehkah meteor bercahaya sepanjang malam ? Meteor dikenali sebagai tahi bintang, adakah meteor ini berbau ? Sekiranya meteor adalah hujan di bumi. Bolehkah hidupan hidup ? Semasa kita melihat meteor di langit, Bolehkah kita meminta hajat dan berdoa kepada meteor ? Jumlah peratusan yang dapat menjawab soalan

9 8

23

24

25

26

27 28 29 30

11 11 10 11 84.54%

Page 25

Jumlah Murid Yang Dapat Menjawab Soalan Dengan Betul

11 11 10 10 1010

11 9

1111 9 9 8 6 9

11 11 11 10 9 8

11

11

11 11 9 11 10 7 5 4 4 10 8 6 11 9 8 7 7

7 6

8 6

99
8

10 10 8 7 9 8

2 1 1 2 1 2

10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

20

21

22

sebelum pengajaran selepas pengajaran

23

24

25

26

27

28

29

30

Graf 1

Page 26

peratus sebelum pengajaran


1 16 2 17 3 18 4 19 5 20 6 21 7 22 8 23 9 24 10 25 11 26 12 27 13 28 14 29 15 30

3% 3% 2%

2%

2%

2%

5%

4%

3%

3%

3%

5%

1% 5% 4% 3% 0% 5%

4% 4% 4% 3% 5% 4%

4%

4%

4%

5% 1%

3%

Carta pai 1

Page 27

Peratus Selepas Pengajaran


1 16 2 17 3 18 4 19 5 20 6 21 7 22 8 23 9 24 10 25 11 26 12 27 13 28 14 29 15 30

3% 3% 3% 1%

4%

4%

4%

4%

4%

4%

4% 3% 4%

4%
0% 4%

3%

3%
3%

4% 4%

4%

4% 3% 4% 4%

3% 3% 3%

4%

Carta pai 2

Page 28

Peratus Murid Jawab Dengan Betul Dan Salah Sebelum Pengajaran Dan Pembelajaran

Salah 35%

Betul 65%

Carta pai 3

Page 29

Peratus Murid Jawab Dengan Betul Dan Salah Selepas Pengajaran dan Pembelajaran

Salah 15%

Betul 85%

Carta pai 4

Page 30

Meteor Perbezaan jumlah murid menjawab soalan dengan betul sebelum dan Selepas pengajaran ( jadual 3 ) Jumlah Murid Yang Dinilai : 11 Orang Jumlah murid dapat menjawab Bil Perkara dengan betul Sebelum (a) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Adakah meteor salah satu bintang ? Adakah meteor di dalam sistem Suria ? Adakah meteor salah satu planet ? Adakah meteor ketulan batu atau logam yang terapung di angkasa lepas.? Adakah meteor satelit semula jadi Bumi ? Adakah Meteor di kenali sebagai Tahi Bintang ? Adakah Meteor adalah meteoroid ? Adakah Meteor Boleh terapung di angkasa lepas ? Adakah meteor benda hidup ? Adakah saiz Meteor sama ? Bolehkan Meteor dijadikan bahan api.? Bergunakah Meteor kepada kita ? Bolehkah Meteor dijadikan alat untuk mengesan planet lain ? Bolehkah Meteor dijadikan alat tulis ? Bolehkah Meteor melindungi Bumi daripada Tsunami atau ribut taufan ? Bolehkan Meteor mengeluarkan bunyi ? Bolehkah Meteor dilihat pada waktu siang ? Bolehkah Meteor menggantikan Matahari ? 6 7 10 2 10 8 6 1 11 9 6 2 9 11 9 8 9 10 Selepas (b) 11 11 10 7 10 11 9 1 11 8 8 9 11 11 10 11 9 10 perbezaan (b) (a) 5 4 0 5 10 3 3 0 0 -1 2 7 2 0 1 3 0 0

Page 31

19 20

Bolehkah Meteor menggantikan Bumi ? Bolehkah meteor menghasilkan lubang atau kawah apabila terhempas di Bumi ? Sekiranya meteor terhempas ke bumi, Adakah Bumi akan hancur ? Sekiranya saiz meteor lebih besar daripada

8 7

11 11

3 4

21

22

matahari, Adakah bumi akan terbakar dan hancur apabila bertembung ?

23

Sekiranya Meteor mempunyai udara, air dan tumbuhan seperti di bumi, bolehkah hidupan hidup ? Sekiranya meteor adalah bintang, bolehkah ia menggantikan Matahari ? Meteor terhempas dikenali sebagai meteorit. Bolehkah meteorit menjadi meteor ? Meteor akan terbakar sebelum terhempas ke bumi.

-3

24

25

26

Bolehkah meteor yang terbakar tadi menghasilkan kawah atau lubang di bumi ? Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi

27

langit pada waktu malam, Bolehkah meteor bercahaya sepanjang malam ?

11

28

Meteor dikenali sebagai tahi bintang, adakah meteor ini berbau ? Sekiranya meteor adalah hujan di bumi. Bolehkah hidupan hidup ? Semasa kita melihat meteor di langit, Bolehkah kita meminta hajat dan berdoa kepada meteor ? Jumlah peratusan yang dapat menjawab soalan

10

11

29

10

30

6 64.54%

11 84.54%

5 20%

Page 32

Perbezaan Jumlah Murid Yang Dapat Menjawab Soalan Dengan Betul


10 10

8 7 6 5 5 4 4 3 2 1 0 0 1 -2 -3 -4 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 -1 0 0 0 0 0 1 3 2 2 3 3 3 3 2 3 3 4 5 5 7

Jumlah murid

Nombor Soalan Graf 2


Page 33

REFLEKSI
Bersyukur kehadrat ilahi, dengan limpah kurnia dan kasih Nya serta kekuatan yang diberikan, dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada Pensyarah pembimbing iaitu Encik Abu Bakar Bin Abdullah kerana member tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. Tidak lupa juga kepada keluarga, teman seperjuangan, dan sesiapa sahaja yang mebantu dalam menghasilkan kerja tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebelum saya menyiapkan kerja kursus ini banyak juga dugaan dan halangan yang perlu saya tempuhi. Halangan dan cabaran itu menjadi kekuatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam menjalankan tugasan ini, terdapat kekuatan dan kelemahan yang telah saya kenal pasti. Untuk menceritakan kekuatan terhadap tugasan ini, saya bermula dengan ilmu pengetahuan sains terlebih dahulu. Jika kita lihat sukatan pelajaran sains tahun 4, tajuk meteor sangat terhad dan kurang, setelah saya mencari maklumat berkaitan dengan tajuk, baru saya menyedari bahawa ilmu yang saya cari telah memberi satu pengetahuan yang baru kepada saya berkenaan dengan meteor yang selama ini lebih dikenali sebagai tahi bintang sahaja. Ilmu pengetahuan yang saya perolehi semasa melakukan penyelidikan sangat penting dalam memberi dan mendidik generasi sekarang yang lebih moden dan berdaya saing. Selain itu juga, saya secara tidak langsung belajar dan terdedah dengan cara menbina data dan menganalisis data yang diperolehi sebelum membuat tesis untuk semester terakhir nanti. Dalam proses ini, banyak perkara yang telah saya sedari dan pelajari semasa membina data dan menganalisis data. Kekuatan yang ketiga yang saya dapati semasa membuat tugasan ini ialah saya mengetahui lebih lanjut lagi pemahaman murid berkaitan tajuk dan mengetahui minat murid terhadap tajuk angkasa lepas.Kekuatan yang keempat pula adalah kesedaran dalam membuat kajian berkaitan dengan setiap tajuk yang saya ajari timbul dan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengenalpasti kelemahan murid dan kelemahan guru sendiri semasa proses berlaku. Selain daripada itu, Saya juga menyedari bahawa kepentingan mengajar tajuk yang di ajar berulang-ulang walaupun menggunakan kaedah yang sama supaya tahap penguasaan dan pemahaman serta ingatan murid lebih kekal dan lama.

Page 34

Tidak dapat dinafikan, bahawa terdapat kelemahan dalam modul dan pengajaran yang telah saya rancangkan. Kelemahan yang pertama adalah berkenaan dengan modul soalan yang dibina, Soalan yang dibina kurang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi bagi menggalakkan pemikiran murid. Soalan ini bertumpu kepada aras pemahaman murid yang berada di pendalaman. Kelemahan kedua yang dikenalpasti adalah rancangan pengajaran yang dibina kurang mementingkan penglibatan murid secara menyeluruh. Semasa membuat perbincangan kumpulan, saya dapati terdapat murid yang kurang aktif dan kurang penglibatannya dalam aktiviti yang di rancang dan mengharapkan ahli kumpulan yang aktif melakukan kerja tugasan kumpulan. Sepatutnya saya menyediakan tugasan supaya kesemua ahli kumpulan terlibat mengikut tugas yang telah diberikan. Kelemahan yang ketiga pula adalah, kajian tugasan yang saya lakukan terhad dengan cara pembelajaran murid di pedalaman dan kurang menggunakan sumber-sumber yang lain seperti buku-buku atau penggunaan teknologi yang canggih seperti yang terdapat di Bandar. Kelemahan yang keempat pula adalah kekurangan infrastuktur dalam membantu pengajaran saya bagi memudahkan pemahaman dan penguasaan murid terhadap tajuk yang dipelajari. Jurang ini memang tidak dapat diatasi dengan mudah tanpa bantuan daripada pihak yang berkenaan, Cuma perlu penambahan baiakan pengajaran serta saya perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengolah pengajaran saya. Kelemahan yang kelima yang terdapat dalam modul saya adalah, saya tidak dapat menyediakan bahan yang asli atau sebenar kerana meteor sukar di dapati di Negara kita. Secara keseluruhannya, rancangan pengajaran dan pembelajaran yang saya bina serta analisis yang telah diperolehi member satu jawapan yang positif kepada saya. Saya boleh mengenalpasti kelemahan murid dan minat mereka terhadap tajuk yang mereka pelajari. Saya juga boleh mempelajari penggunaan grafik yang lebih manarik dan mudah difahami. Melihat dari segi perspektif lain pula, seramai 12 orang guru yang mengajar di sekolah saya, hanya saya seorang yang mempunyai opsyen sains. Pengetahuan guru lain juga agak kurang berkenaan dengan meteor. ini kerana minat terhadap pelajaran ini kurang dan tajuk ini tidak menjadi tuntutan di dalam alam pekerjaan. Walau

Page 35

bagaimana pun, saya terpaksa berusaha supaya guru minat dengan tajuk ini dengan mengadakan pameran sains yang berkaitan angkasa lepas. Bagi perspektif murid pula, seramai 11 orang murid yang telah di kaji, sebenarnya terdapat 12 orang murid yang terdiri daripada tahun 5 dan tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Laong Bakong, Miri. Disebabkan oleh seorang murid dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) Pendengaran dan pertuturan, maka saya Cuma mengedarkan 11 naskah soalan dan menganalisis 11 orang murid sahaja. Dalam sebelas murid yang saya kaji, terdapat seorang murid yang masih lemah dalam tajuk ini. Mengikut tinjauan awal yang saya lakukan, murid tahun 5 lebih berminat berbanding murid tahun 6 mempelajari sains dalam tajuk meteor dan angkasa lepas. Mereka ingin mengetahu perkara ini lebih lanjut walaupun proses pengajaran dan pembelajaran telah tamat. Ini menggambarkan keinginan serta kedambaan ilmu terhadap maklumat meteor dan angkasa lepas sangat tinggi. Murid juga telah mengetahui kegunaan meteor kepada mereka. 11 orang murid yang saya analisis dalam kajian ini mendapat manfaat secara tidak langsung selain menambah ilmu pengetahuan mereka lebih daripada murid lain. Untuk perspektif bahan pula, saya telah gunakan projektor, komputer riba, kad manila, marker dan pelekat. Semua bahan ini telah membantu dalam penyediaan dan penyiapan dalam tugasan saya. Bahan yang saya gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran agak terhad kerana penggunaan carian sumber maklumat terhad disebabkan oleh murid Cuma tertumpu kepada maklumat yang saya sediakan di setiap stesen yang telah ditetapkan. Bahan rujukan yang saya perolehi juga agak terhad kerana tidak banyak maklumat berkaitan meteor di laman sesawang sekadar bergantung dengan laman sesawang NASA semata-mata. Bahan yang saya gunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran juga kurang menarik minat murid, iaitu cuma tulisan dan maklumat berkaitan tajuk. Bahan kajian dalam tugasan ini juga adalah terhad dan sukar untuk memperolehi bahan yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman dan perkara yang telah saya harungi, banyak perkara yang perlu saya ubah terutamanya perspektif saya berkaitan tajuk. Saya perlu kreatif dan inovatif dalam mengolah rancangan pengajaran harian saya supaya murid melibatkan

Page 36

diri secara meyeluruh dan berkesan. Perkara kedua pula ialah, saya perlu membuang tanggapan buruk terhadap perkara-perkara yang sukar di dapati tetapi mencari jalan penyelesaian tentang perkara tersebut. Saya juga perlu membina blog berkaitan angkasa lepas ataupun sains supaya boleh berkongsi ilmu kepada orang lain, terutamanya orang yang di anggap pakar dalam perkara ini. Saya juga perlu mencari bahan yang paling sesuai untuk mengekalkan minat murid terhadap apa-apa sahaja tajuk berkaitan sains supaya Negara tidak ketandusan generasi yang celik dan pakar dalam ilmu sains. Kesimpulannya, banyak perkara yang telah saya pelajari dan alami sebelum, semasa dan selepas menjalankan tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberi peluang saya meneroka ilmu pengetahuan ini dengan mengadakan program pensiswazahan guru seperti ini. Saya juga ingin berterima kasih sekali lagi kepada pensyarah pembimbing kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. Di harap tugasan ini, memenuhi kehendak soalan sperti yang diminta oleh pensyarah pembimbing. Akhir kalam daripada saya ialah yang baik semuanya datang daripada Allah, dan yang buruk adalah daripada kelemahan dan kekhilafan diri saya sendiri. Sekian Terima kasih.

Page 37

RUJUKAN

Giam Yee Sim, Wong Ai Wee, Ng Pei Sim, (2013), Revisi Cepat Sains Tahun 4.5.6, Ilmu Bakti, Petaling Jaya, Selangor.

http: www.NASA.gov.com.

http:www.space.com.

http:www.youtube.com/watch?v=m16LmH9g7s8

Page 38

Soft Copy

Page 39

LAMPIRAN

Page 40

Anda mungkin juga menyukai