Anda di halaman 1dari 4

Amali 3 Daya Tujahan Tujuan : Untuk mengenal pastikan hubungan isipadu air yang

disesarkan dengan daya tujahan ke atas Pernyataan masalah Teori : Bagaimanakah daya tujah ke atas berubah dengan isipadu air yang disesarkan? : Satu objek yang berada dalam air secara amnya akan mengalami dua daya iaitu berat objek yang bertindak ke bawah dan daya tujah yang bertindak ke atas. Daya tujah adalah satu daya yang menghasilkan tolakan ke atas terhadap satu objek yang berada dalam air. Tidak mengira sama ada objek tersebut berada di dalam permukaan air atau tenggelam ke dalam permukaan air.

Prinsip

archimedes

menyatakan

bahawa

jasad

yang

terendam sepenuhnya atau separa rendam akan mengalami satu daya tujah ke atas yang sama magnitud dengan berat benda yang disesarkan oleh jasad tersebut, kerana cecair bertambah beratnya maka ia akan mengalami satu tekanan yang besar dibahagian bawahnya dan tekanan yang lebih kecil di bahagian atasnya. Dengan ini ia akan menghasilkan satu tekanan yang berkadar langsung dengan daya pada luas permukaan yang sama.

Maka, Daya = (Jisim cecair yang disesarkan) x (Isi padu kuboid) F = ma

Konklusinya, daya tujah ke atas sama dengan berat yang hilang atau berat cecair yang disesarkan. Hipotesis : Semakin banyak isipadu air disesarkan, semakin tinggi daya tujah ke atas.

Pemboleh ubah

: Manipulasi Respons Malar

: : :

Isipadu air yang disesarkan, V (cm3) Daya tujah ke atas, T (N) Jenis air yang digunakan

Radas & Bahan

: Pemberat, tin eureka, neraca spring, silinder penyukat, air

Diagram

Prosedur 1. 7 Pemberat telah diikatkan pada satu rod untuk menjadikan rod besi. 2. Tin eureka diisikan air. 3. Beaker telah diletakkan ditepi tin eureka untuk mengumpul air. 4. Rod besi tersebut ditimbangkan dengan menggunakan neraca spring. 5. Pemberat pertama dalam rod besi telah direndamkan dalam air. 6. Isipadu air yang disesarkan dan bacaan neraca spring telah diperhati. 7. Bacaan tersebut dijadualkan. 8. Langkah-langkah 1-7 diulangi dengan menambah bilangan pemberat 2, 3, 4, 5, 6 dan 7.

Keputusan

Bilangan Pemberat dalam Air 1 2 3 4 5 6 7

Berat Rod dalam Air, B (N)

Isipadu Air yang Disesarkan, V (cm3)

Daya Tujah ke Atas, T (W-B) (N)

5.5 5.4 5.3 5.2 5.1 5.0 4.9

20 30 40 50 60 70 80

0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 0.8

* Berat rod besi

5.7N

Perbincangan 1. Jelas sekali hubungan antara isipadu air disesarkan dan daya tujah. Semakin banyak isipadu air disesarkan semakin tinggi daya tujah. 2. Apabila semakin banyak pemberat direndamkan dalam air, maka berat pemberat tersebut akan melebihi daya keapungan, menyebabkan air yang banyak disesarkan. Apabila semakin banyak air disesarkan, maka semakin besar daya tujah ke atas. 3. Berdasarkan graf yang telah disediakan, daya tujah ke atas adalah berkadar terus dengan isipadu air yang disesarkan. 4. Kejadian kehilangan berat batu adalah sebab daya apungan sama atau lebih besar daripada batu tersebut. 5. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa jasad yang rendam separa atau sepenuh dalam bendalir akan mengalami satu daya tujah ke atas yang sama magnitudnya dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad tersebut. Daya tujah ke atas yang menyebabkan keapungan berlaku. 6. Objek akan menjadi lebih ringan apabila diletakkan di dalam air, kerana wujudnya daya apungan. Daya apungan bertindak menolak objek ke arah ke atas dan kejadian ini akan menyebabkan objek menjadi lebih ringan. Apabila objek tersebut keluar daripada air, ia akan menjadi berat. Kerana tidak ada daya apungan. 7. Salah satu aplikasi prinsip archimedes adalah kapal selam.

Langkah berjaga-jaga

1. Semasa membaca bacaan diatas neraca spring, mata haruslah selari, untuk mengelakkan parallex error. 2. Semasa memasuki rod besi ke dalam air, pastikan rod besi tidak tersentuh kepada dasar tin eureka. Konklusi Semakin besar isipadu air disesarkan, semakin tinggi daya tujah.