Anda di halaman 1dari 2

Kedaulatan & Kemerdekaan Negara Adalah Tanggungjawab Kita Bersama Yang dihormati Puan Azizah dan rakan-rakan Yang

dikasihi serta dirahmati Allah sekalian Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk kedaulatan & Kemerdekaan. Para hadirin sekalian, Kedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Kedaulatan amat penting kerana ia dianggap satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan negara untuk tidak terus dijajah. Dalam konteks Malaysia, kedaulatan memainkan peranan yang penting sehingga meletakkan negara amat dihormati oleh pihak luar. Perkataan kedaulatan atau sovereignty bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Kemunculan konsep ini dipengaruhi oleh proses pertumbuhan negara moden. Secara umumnya kedaulatan merupakan kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah institusi dalam masyarakat, politik untuk membuat keputusan tentang hal-hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik. Ahli falsafah pertama yang memberi pendapat tentang kedaulatan ialah John Bodin (1530-1596) dalam bukunya Six Books Cancerning The State menegaskan kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu kesatuan negara iaitu kuasa tertinggi ke atas warganegara dan rakyat wilayah itu. Kuasa tertinggi menurut beliau dimiliki oleh golongan raja atau pemerintah yang memiliki kuasa daulat. Selain itu, Merdeka adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita terutamanya kepada para perajurit yang terlibat secara langsung dalam peperangan untuk menuntut kemerdekaan.Keberanian dan kecekalan mereka perlulah kita hargai.Sifat kepahlawanan mereka telah memberi kebebasan kepada kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yang tercinta ini.Sekarang,telah tiba masanya untuk kita pula menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan kemerdekaan negara ini.Sebagai rakyat Malaysia,kita sepatutnya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yg telah kita miliki ini. Antara cara yg boleh dilakukan ialah kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bersemangat setia kepada negara supaya pengekalan kemerdekaan negara dapat dilakukan dengan semangat kepahlawanan yang berkobar-kobar.Di antara cara untuk mengekalkan kemerdekaan negara adalah dengan menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat dipertahankan.Masyarakat perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara. Pada pandangan saya, remaja juga perlu memainkan peranan. Remaja Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara. Bukan itu sahaja, dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara, kita perlulah lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara.Kita juga haruslah lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak-hak kita.Disamping itu,kita juga mesti berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin kedaulatan negara.

Natijahnya,jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah kita pasti dapat mengekalkan kedaulatan & kemerdekaan yg telah kita miliki selama 56 tahun ini kerana setiap usaha yg gigih pasti akan membuahkan hasil. Saya akhiri pidato saya pada hari ni dengan serangkap pantun yang berbunyi ; Cantiknya gelang pada ukiran, Diserikan pula emas permata, Biar hilang nyawa dibadan, Jangan kita berputih mata. Jika ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai