Anda di halaman 1dari 17

HUJAH DAN DALIL TENTANG KELEBIHAN MENGADAKAN SAMBUTAN MAULIDURRASUL DAN SANGGAHAN TERHADAPNYA

Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1452
Disunting semula oleh : Ahmad Muhd Nur Ariff email : nurariff1@gmail.com

Isi Kandungan
Prakata ........................................................................................................................................1 Berikut Adalah Senarai Hujjah Dan Dalil Yang Dikemukakan Serta Jawapan Kepadanya ...........3 1) Hujah Pertama: .................................................................................................................3 Jawapan: ..........................................................................................................................3 2) Hujah Kedua: ...................................................................................................................3 Jawapan: ..........................................................................................................................3 3) Hujah Ketiga ....................................................................................................................4 Jawapan: ..........................................................................................................................4 4) Hujah Keempat .................................................................................................................6 Jawapan: ..........................................................................................................................6 5) Hujah Kelima ...................................................................................................................6 Jawapan: ..........................................................................................................................6 6) Hujah Keenam ..................................................................................................................7 Jawapan: ..........................................................................................................................7 7) Hujah Ketujuh ..................................................................................................................8 Jawapan: ..........................................................................................................................8 8) Hujah Kelapan ..................................................................................................................8 Jawapan: ..........................................................................................................................8 9) Hujah Kesembilan ............................................................................................................9 Jawapan: ..........................................................................................................................9 Dl Antara Sebab Mengapakah Masyarakat Kita Begitu Ghairah Mengadakan Sambutan Maulidurrasul ............................................................................................................................ 10 1) 2) Kata Saidina Abu Bakar R.A. Yang Bermaksud: ............................................................ 10 Kata Saidina Umar R.A. Yang Bermaksud: .................................................................... 10

Isi Kandungan
3) 4) 5) Kata Saidina Othman R.A. Yang Bermaksud: ................................................................. 10 Kata Saidina Ali R.A. Yang Bermaksud: ........................................................................ 10 Kata Imam Syafie R.A. Yang Bermaksud : ..................................................................... 11 Keterangan .................................................................................................................. 11 Na'uzubillah, Sekali-Kali Para Sahabat Tidak Tergolong Dalam Ayat Ini. ..................... 12 Hadis Yang Digunakan Sebagai Rujukan Qias Untuk Mensabitkan Maulud Itu Adalah Sepertimana Di Bawah: ............................................................................................................. 12

DarulKautsar

Prakata
Segala puja dan puji bagi Allah Tuhan yang mengutus Nabi Muhammad untuk rahmat seluruh
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi yang terakhir Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya. HUJAH DAN DALIL TENTANG KELEBIHAN MENGADAKAN SAMBUTAN MAULIDURRASUL DAN SANGGAHAN TERHADAPNYA

Hujah dan dalil tentang kelebihan merayakan sambutan maulid yang dikemukakan ini adalah diambil daripada satu risalah yang tersebar bertajuk Maulidurrasul Dengan Dalil-Dalil Yang Nyata', Sebenarnya tidak ada satu pun dalil yang nyata samada al-Quran, as-Sunnah, ijma' maupun qias, berkenaan dengan amalan merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.' Bahkan tidak ada seorang pun di kalangan ulamak ahlis sunnah wal jamaah yang dahulu (salaf), bermula dengan para sahabat Rasulullah s.a.w., kemudian diikuti oleh para ulamak di kalangan tabien yang mengadakan sambutan maulidurrasul. Para imam mazhab empat, Imam Abu Hanifah, Imam

DarulKautsar

Malik, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal tidak pernah mengadakan sambutan maulidurrasul. Demikianlah juga keadaannya, para imam hadis yang terkenal seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasai dan lain-lain tidak pernah kedengaran mereka ini telah mengadakan sambutan maulidurrasul sebagaimana yang diadakan sekarang. Ulamak dan para Imam yang tersebut di atas adalah sudah diterima dan disepakati oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia sebagai muktabar dan pandangan serta mazhab mereka menjadi rujukan dan diamalkan oleh umat Islam sehingga kini.

DarulKautsar

B ER IK UT AD A LA H S E NA R AI H U JJA H DA N D AL I L YA NG DIK EM UK AK AN S ER TA JA WA P AN K EP AD AN YA

1 ) H UJ AH P ER TAM A : Firman Allah yang bermaksud: Maka mereka yang beriman deng annya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikut cahaya (al-Quran) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan. (Surah al-Araf, Ayat:157) JA W AP A N: Kalimah 'membesarkan Nabi' dalam ayat ini tidak ada kaitan dengan sambutan maulid yang diadakan. Tidak pernah didapati di dalam mana-mana kitab tafsir yang menghubungkan ayat ini dengan maulidurrasul kerana tidak ada seorang pun ulamak salaf dan para mufassir yang muktabar mentafsirkan ayat ini dengan mengadakan maulid. 2 ) H UJ A H K ED UA : Firman Allah Taala yang bermaksud: Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya. (al-Haj : 32) JA W AP A N: Di dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran yang ditulis oleh Shaikh Abdullah bin Muhammad Basmih, cetakan keenam 1983, terjemahannya adalah seperti berikut: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar -syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. Maksud syiar-syiar agama Allah ini dijelaskan di dalam nota kaki (hasyiah) yang terdapat di dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman itu seperti berikut:

DarulKautsar

Syiar artinya: Lambang. Syiar agama Allah atau Syiar Islam ialah: Amal ibadat yang zahir dan benda-benda yang berhubung dengan ugama, yang melambangkan ugama Allah. Misalnya di dalam ibadat haji ialah tawaf, saie, berwuquf di Arafah dan sebagainya. Demikian juga binatang ternakan yang dijadikan qurban atau yang dijadikan hadyah kepada faqir miskin yang ada di Mekah. Di dalam huraian yang dibawa oleh penulis tafsir tersebut, syiar Agama Allah tidak dimaksudkan dengan mengadakan maulid, bahkan dimaksudkan dengan amalan ibadat haji itu sendiri iaitu Tawaf, Saie dan Wuquf. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk tafsir al-Azhar yang dikarang oleh Prof. Dr. Hamka (buku ini boleh dibaca oleh semua orang samada yang berkemampuan dalam bahasa Arab atau tidak). Bagi yang berkemampuan dalam bahasa Arab, masih banyak lagi buku-buku tafsir yang boleh dirujuk contohnya, Tafsir Ibnu Kasir, Qurtubi, al-Munir, al-Asas fi at-Tafsir tulisan Said Hawa dan lain-lain. Boleh dipastikan kesemuanya tidak menafsirkan syiar-syiar agama Allah ini dengan mengadakan maulidurrasul. 3 ) H UJ AH K E T IG A Meriwayat Imam Bukhari dalam Sohihnya, begitu juga Imam Ismail dan Abdul Razak : Bahawa diringankan azab Abi Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah iaitu hamba yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w. JA W AP A N: Dakwaan bahawa hadis ini terdapat dalam Sohih Bukhari itu adalah palsu semata-mata dan merupakan satu fitnah terhadap Imam Bukhari. Ianya juga tidak terdapat di dalam riwayat Ismaieli dan Abdul Razak. Cuma Suhaifi ada mengemukakan cerita ini tanpa menyebut sanad. Sila lihat Umdatul Qari, karangan Badruddin Aini, juz. 20, halaman 95. Fathulbari, karangan alHafiz Ibnu Hajar Asqalani, juzu 19, halaman 174 - 175. Serta Raudhul Unuf, karangan asSuhaili, juzu 5, halaman 191. Apa yang terdapat di dalam Sahih Bukhari hanyalah kata-kata Urwah berkenaan dengan Thuaibah pernah menyusukan Nabi s.a.w. setelah dimerdekakan oleh Abu Lahab. Di sana ada satu riwayat lain yang mengatakan Thuaibah tidak dimerdekakan pada hari kelahiran Nabi s.a.w.

DarulKautsar

bahkan ianya dimerdekakan selepas hijrah Nabi s.a.w. (Ibid, juzu 5, halaman 191). Dan juga tidak terdapat kata-kata Diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah di dalam kata-kata Urwah itu. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Sahih Bukhari, Kitabun Nikah, Bab Wa Ummahatukumullati Ardha'nakum. Patut dijelaskan juga bahawa tidak ada seorang pun dari kalangan pensyarah hadis ketika menghuraikan kata-kata Urwah ini membuat kesimpulan dengan menyambut maulidurrasu l, seseorang muslim akan diringankan azabnya di dalam neraka sebagaimana yang berlaku terhadap Abu Lahab. Jika timbul pandangan yang menyatakan kelebihan maulidurrasul berasaskan kata-kata Urwah itu maka jelaslah ianya tidak berpandukan pendapat ulamak muktabar.

Berdasarkan kenyataan di atas juga kita akan mendapati maklumat berikut: I. Kata-kata tersebut adalah semata-mata kata-kata Urwah. Bukannya hadis Nabi. Lebihlebih lagi Urwah meriwayatkannya secara mursal. Beliau tidak menceritakan daripada siapa beliau mengambil kata-kata ini. Riwayat yang mursal tidak boleh dijadikan hujjah syari'yyah.

II.

Peristiwa diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin ini hanya mimpi Abbas sewaktu belum memeluk Islam. Kenyataan ini juga tidak terdapat dalam Sahih Bukhari. Ulamak sudah sepakat (ijma) bahawa selain daripada mimpi para Nabi, mimpi seseorang apalagi seorang kafir tidak boleh dijadikan hujjah syar'iyyah, biar setinggi mana keimanan keilmuan dan ketaqwaannya. Ulamak salaf dan khalaf juga berpendapat orang kafir tidak diberi pahala di atas amalan baik yang dikerjakannya apabila mati di dalam kekufurannya itu. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud:" Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan." (al-Furqaan, ayat: 23)

DarulKautsar

4 ) H UJ AH K E EM P A T Diriwayatkan daripada Qatadah al-Ansori, Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari Isnin, berkata Nabi s.a.w: Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku. J A W AP AN: Hadis ini langsung tidak membicarakan tentang terdapatnya sebarang kelebihan mengadakan 'Maulid' bahkan ianya berkaitan dengan berpuasa sunat hari Isnin. Amalan inilah yang sepatutnya dianjur dan diwar-warkan di kalangan umat Islam kerana sudah jelas nas dan dalil tentang kelebihannya. Sebaliknya realiti hari ini menunjukkan masyarakat lebih cenderung menjadi pak turut ketika melaksanakan amalan agama dan bukannya berusaha mengkaji serta menyelidik agar ianya menepati sunnah Rasul s.a.w. 5 ) H UJ AH K E L IM A Orang yang pertama merayakan maulid adalah sultan yang dikatakan seorang raja yang adil, warak, zuhud dan alim Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar sehinggakan ulamak-ulamak yang muktabar didakwa telah menghadiri majlis maulidnya. Malah ulamak besar Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah telah mengarang kitab Al-Tanwir yang membicarakan amalan maulid. JA W AP A N: Raja ini (wafat 630 H) bukanlah seperti yang didakwa itu bahkan dia seorang yang pemboros, pembazir harta rakyat dan zalim. Dialah raja yang pertama mengada-adakan (bidah) perayaan maulid nabi sehingga terbantut segala kegiatan ekonomi masyarakat, kerana perayaan ini dilakukan secara besar-besaran bermula dari bulan Safar lagi. Sambutan ini disertakan dengan nyanyian, permainan, dan berbagai-bagai bentuk hiburan. Lihat Mujamul Buldan jilid 1 ms 87 karangan Yaaqut al-Hamawi, Al-Qaulul Muktamad karangan Imam Ahmad b Muhammad Misri al-Maliki, Wafayatul Ayan karangan Ibnu Khallikan dan Duwalul Islam karangan Imam Zahabi.

DarulKautsar

Ada diberitakan bahawa Imam Suyuti pernah memuji raja tersebut. Namun begitu adalah perlu dijelaskan bahawa Imam Suyuti bukannya hidup di zaman Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar. Kalau Suyuti memuji raja ini bagaimana pula dengan ulamak-ulamak lain terutamanya Yaqut yang hidup sezaman dengan Raja Muzaffar itu sendiri. Siapakah agaknya lebih tahu tentang raja itu; Yaqut atau Suyuti? Berkenaan Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah pula, Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menulis di dalam Lisanul Mizan jilid 4 ms 296 bahawa: Dia seorang yang suka memburuk -burukkan imam-imam dan ulamak-ulamak salaf (bermulut hodoh), dungu, sangat sombong, dangkal dan alpa dalam hal-hal agama. Hafiz Ibnu Hajar menulis lagi tentangnya; Ibnu Najjar berkata: Saya melihat ulamak bersepakat tentang dusta dan kelemahannya. (Ibid ms 295) Adalah amat tidak tepat untuk mengatakan Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah seorang ulamak yang besar. Kenyataan ulamak-ulamak di atas membuktikan bahawa beliau langsung tidak layak dibuat panduan dan pedoman dalam membicarakan masalah maulid ini. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ulamak seperti inilah yang sentiasa bersedia menjadi pengampu dan pembodek raja yang zalim! 6 ) H UJ AH K E EN AM Diriwayatkan daripada Abu Hurairah: Bersabda Rasulullah: Tidak berhimpun satu

perhimpunan pada satu majlis di dalam masjid daripada masjid-masjid Allah, lalu mereka membaca al-Quran dan bertadarus sesama mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselubungi rahmat Allah serta dilingkungi para malaikat di sisinya. (Sohih Muslim). JA W AP A N : Hadis ini tidak menyentuh atau membicarakan soal atau kelebihan Maulidurrasul, bahkan hadis ini menyentuh fadhilat membaca al-Quran. Ini telah disepakati bahawa ianya sabit dan tidak ada apa yang hendak dibantah lagi. Yang mahu dipersoalkan adalah perayaan menyambut maulidurrasul dan bukannya membaca al-Quran.

DarulKautsar

7 ) H UJ AH K E TU JU H Bersabda Nabi s.a.w: Tidaklah berhimpun satu perhimpunan di dalam suatu majlis lalu mereka tidak berzikir mengingati Allah dan tidak berselawat ke atasku, melainkan kekurangan dan penyesalan ke atas mereka di hari Qiamat. JA W AP A N : Hadis inipun tidak ada kena mengena dengan maulidurrasul, dan tidak ada kena mengena dengan berdiri sewaktu berselawat. 8 ) H UJ AH K E LA P AN Firman Allah Taala: Kami ceritakan kepada engkau setiap perkhabaran daripada kisah-kisah Nabi yang menguatkan hati engkau dengannya dan datang kepada engkau dalam perkhabaran ini, kebenaran, pengajaran dan peringatan bagi orang yang beriman. (Hud: 120). JA W AP A N: Apa yang ingin dipersoal dan dipertikaikan adalah membuat atau mengadakan sambutan maulidurrasul dan bukannya pengisian di dalam sambutan tersebut.

DarulKautsar

9 ) H UJ AH K ES EM B I L AN Meriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim daripada Suhaib, Nabi bersabda: Seseorang yang terlebih baik di antara kamu ialah mereka yang menjamu makanan dan menjawab salam. Berkata al-lraqi hadis ini sahih sanadnya. Meriwayat Tirmizi: Bahawa sahabat -sahabat Nabi tidak bersurai mereka daripada majlis bertilawah al-Quran dan berzikir, melainkan selepas menikmati jamuan. JA W AP A N: Hujah ini sebagaimana tiga hujah sebelumnya seolah-olah ingin menyatakan bahawa apalah salahnya merayakan maulidurrasul kerana maulid itu pengisiannya ialah selawat, berzanji, membaca rawi, berzikir, membaca al-Quran dan makan minum. Semua perbuatan tersebut adalah ibadah dan mendatangkan pahala. Jadi kenapakah sambutan yang pengisiannya sebaik ini dikatakan bidaah? Adakah membaca al-Quran, berzikir dan berselawat itu bidaah?

Hujah-hujah yang seumpama ini kelihatannya dikemukakan supaya fokus sebenar kepada permasalahan ini dilencongkan. Yang dipersoalkan adalah menyambut maulid itu sendiri; adakah ianya pernah dilakukan oleh sahabat, tabien dan para ulamak salafussoleh? Jawabnya tidak pernah.

DarulKautsar

10

D l A N TA RA S EB AB M E NG A PAK AH M AS YA RAK A T K I TA B EG I TU G H A I RAH M ENG AD AK AN S AM B U T AN M A UL I DU RR AS UL Banyak faktor yang menyebabkan masyarakat kita begitu ghairah mengadakan sambutan maulidurrasul, sehingga ada di kalangan mereka sanggup menyembelih beberapa ekor lembu dengan harapan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t. Hal ini terutamanya disebabkan oleh tersebarnya hadis-hadis dan kata-kata sahabat yang palsu (maudhu) berkenaan dengan kelebihan menyambut perayaan maulidurrasul. Lebih mendukacitakan bilamana tersebarnya sebuah buku karangan seorang ulamak yang agak terkenal bertajuk 'Hukum Mengerjakan Maulud Dalam Islam'. Buku ini didapati telah memuatkan sekian banyak hadis-hadis maudhu` dan kata-kata yang mana pengarangnya dengan begitu berani menyandarkan kata-kata tersebut kepada Nabi s.a.w., Khulafa ar -Rashidin dan Imam Syafi`e. Di antara kata-kata tersebut ialah: 1 ) K at a S ai d i n a Ab u B a k a r r. a. y an g b e rm a k su d : Barang siapa membelanja ia satu dirham pada perbuatan Maulud Nabi s.a.w. nescaya adalah ia menjadi taulan dalam syurga. 2 ) K at a S ai d i n a U ma r r. a. yan g b e rm a k s u d : Barang siapa membesar ia akan maulud Nabi s.a.w. maka sesungguhnya telah menghidup ia akan Islam. 3 ) K at a S ai d i n a O t h man r. a. y an g b e rm a k su d : Barang siapa yang membelanja akan ia satu dirham atas membaca kisah Maulud Nabi s.a.w. maka seolah-olah hadir ia perang Badar dan Hunain. 4 ) K at a S ai d i n a A li r. a. y an g b e rm a k su d : Barang siapa membesar ia akan Maulud Nabi s.a.w. nescaya tidak keluar ia daripada dunia melainkan dengan iman.

DarulKautsar

11

5 ) K at a I ma m S ya f i e r. a. y an g b e rm a k s u d : Barang siapa menghimpun ia akan saudaranya yang muslimin kerana memperbuatkan Maulud Nabi s.a.w. dan menyediakan bagi mereka itu makanan dan minuman dan memperbuat ia akan kebajikan nescaya membangkit oleh Allah Taala akan dia pada hari kiamat berserta siddiqin dan syuhadat dan adalah ia dalam syurga Jannatunnaim.

KETERANGAN Fitnah yang disandarkan terhadap sahabat dan Imam Syafie ini sebenarnya disadur daripada sebuah kitab yang dianggap panduan utama di dalam hal ini iaitu Madarijussu'ud. Malah di dalamnya boleh didapati hadis-hadis rekaan antaranya sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Siapa yang membesarkan maulidku aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat nanti dan siapa yang membelanjakan satu dirham kerana maulidku maka seolah-olah dia telah membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud di jalan Allah. Kesemua kata-kata atau hadis yang dikemukakan di atas adalah palsu semata-mata. Kalau benar kata-kata tersebut keluar daripada mulut sahabat, kenapa para sahabat tidak pernah membuat perayaan menyambut maulidurrasul. Sedangkan para sahabatlah orang yang paling dekat dan paling kuat mencintai Nabi s.a.w. Para sahabat itu bukanlah satu golongan yang hanya tahu bercakap kosong sahaja. Keimanan dan kecintaan mereka terhadap Allah dan RasulNya telah termaktub dan diiktiraf oleh Allah s.w.t. Jika mereka hanya pandai menyuruh orang lain membuat perayaan maulid sedangkan mereka sendiri tidak membuatnya maka jadilah sahabat Nabi s.a.w. termasuk di dalam firman Allah yang bermaksud : Patutkah kamu menyuruh orang membuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal. (Surah al-Baqarah. ayat: 44)

DarulKautsar

12

NA ' UZ UB IL L AH , S E K AL I - K AL I P A R A S AH A BAT T I DA K T E RG OL O NG DAL A M AY AT I NI. Terdapat para pencinta dan pengamal maulid ini yang mengakui bahawa maulid ini adalah bid'ah, tetapi mereka mengatakannya termasuk di dalam bid'ah hasanah. Mereka mendakwa walaupun tidak ada nas-nas al-Quran, al-Hadis atau Ijmak tetapi terdapat qias yang mengharuskannya. Dakwaan mereka ini sudah bertentangan dengan golongan yang cuba mensabitkan maulid dengan kata-kata dan hadis palsu tadi kerana apa perlunya qias kalau sudah ada kata-kata sahabat seperti tersebut di atas. Bukankah apa yang didakwa sebagai kata-kata sahabat tadi adalah merupakan nas yang terang dan jelas? Golongan ini sebenarnya lebih berhatihati kerana mereka melihat Imam Suyuthi juga menafikan akan terdapatnya nas sebegini. Walaupun demikian sikap diam diri mereka terhadap nas-nas palsu yang diutarakan tadi seolaholeh membayangkan mereka sanggup membiarkan peribadi Nabi dan sahabat dicerobohi sematamata demi memastikan sambutan maulid ini terus subur dan berkekalan.

H AD IS YA NG D IG U NAK A N S EB AG A I R UJ UK AN Q I AS U N TUK M ENS AB I TK AN M A U LU D I T U A DA L AH S E PE R T IM AN A D I B A WAH : Hadis itu bermaksud: "Bahawasanya Nabi s.a.w. datang ke Madinah maka baginda dapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Mu harram. Maka Nabi bertanya kepada orang Yahudi itu, Kerana apa kamu berpuasa pada hari Asyura? Jawab mereka, Itu adalah hari peringatan. Pada hari ini dikaramkan Firaun dan pada hari ini juga Musa dapat kelepasan. Dan kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Nabi menjawab, Kami lebih patut menghormati Musa berbanding daripada kamu. Qias yang seperti ini sebenarnya dinamakan qias ma'al fariq (qias dengan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan apa yang didakwakan) kerana di dalam hadis tersebut Nabi s.a.w. berpuasa pada hari 10 Muharram itu sepertimana orang-orang Yahudi berpuasa sebagai menyatakan kesyukuran. Sedangkan maulidurrasul sekarang ini disambut dengan berbagai-bagai acara terutama sekali jamuan makan minum dan bukannya masing-masing akan berpuasa. Tetapi

DarulKautsar

13

adakah wajar untuk berpuasa sebagai merayakan hari kelahiran Nabi s.a.w. itu dan kalau kita berpuasa pada hari itu apa ertinya berpuasa pada hari perayaan? Lebih-lebih lagi jika mahu diikutkan orang-orang Yahudi bersyukur kerana kelepasan Nabi Musa daripada bencana Firaun, bukannya kerana menyambut hari kelahiran Nabi Musa a.s. Daripada perbincangan yang lalu dapat kita melihat bagaimana untuk menegakkan dan mempertahankan sambutan ini, mereka yang berkenaan terpaksa berdusta dan mengemukakan dalil-dalil serta hujah-hujah yang terdiri daripada nas-nas palsu dan langsung tidak bertepatan dengan syarak. Sebagai mengakhiri risalah ini marilah kita menjauhi amalan-amalan bid'ah seperti maulid ini kerana ia jelas tidak bersumberkan nas-nas yang terang dalam syariat dan marilah sama-sama mengikut Al-Quran, Sunnah Nabi dan juga Sunnah Para Sahabat sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa yang akan hidup daripada kamu selepasku, dia pasti akan melihat banyak perselisihan. Oleh itu, mestilah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafaurrasyidin yang terpimpin. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gerahamgeraham kamu. Hindarilah perkara-perkara baru (dalam urusan ugama) kerana semua perkara baru (dalam ugama) itu bid'ah dan semua bid'ah itu adalah sesat." (Riwayat Tirmizi j.2 ms.92, Abu Daud j.2 ms.279 dan lain-lain) Demikianlah sanggahan terhadap hujah dan dalil tentang kelebihan mengadakan sambutan Maulidurrasul ini. Insya-Allah lain hari, di lain waktu akan dikemukakan pula hujjah-hujjah para Ulamak Mu'tabar yang menentang amalan sambutan maulidurrasul ini. Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sometimes written words can be miss-interpreted, have problem with words ? Video is the solution. Berikut adalah video sessi temuramah di antara ustaz Zain-ys bersama Maulana Muhammad 'Asri Yusoff (MMAY) berkenaan latarbelakang keluarga, pendidikan, manhaj dan sebagainya 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. http://www.youtube.com/watch?v=mKtIWC_Xpnw http://www.youtube.com/watch?v=7I_HcXG6RP8 http://www.youtube.com/watch?v=aeu71yfteuY http://www.youtube.com/watch?v=xJKdLl2jBZ8 http://www.youtube.com/watch?v=wmm9GT7cV2s http://www.youtube.com/watch?v=m7go1hPJtOw http://www.youtube.com/watch?v=x_XmtQ-TPEw

Kredit kepada: al-qayyim.net, darulkautsar dan al-ahkam.net Untuk Tahu bagaimana untuk Subscribe 100++ Channels Maulana Mohd Asri boleh klik Link ini - http://www.youtube.com/watch?v=pEK4CotUJKE juga mengandungi Channels Video selain dari MMAY (bercampur) adalah Prodk 2010, proalahkam, maulanaasri2, Dokumentari Kuliah, Ibnu Ayyub, Kibaran Panji dan lain-lain.

https://www.facebook.com/MMAYUSOFF

https://www.facebook.com/groups/KPMMAY

Anda mungkin juga menyukai