Anda di halaman 1dari 3

JEJAK MERDEKA ****************Dato Bahaman*************** Dato Bahaman, Tok Gajah Pahlawan Pahang.

Pada 29 Jun 1894 sepasukan polis kerajaan Inggeris menyerang kumpulan penentang Inggeris di Jeran Ampai, Kuala Tembeling. Pahang yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis manakala pihak penetang di Jeram Ampai itu adalah tindak balas Inggeris terhadap ancaman terbaru penetang yang membunuh lima anggota polis dalam serangan keatas balai Polis di Kuala Tembeling. Peristiwa Jeram Ampai ialah salah satu insiden dalam sejarah penentang pejuang pembebasan Pahang terhadap Inggeris di negeri ini selepas 5 tahun insiden pembunuhan Orang Kaya Haji. Berikutan itu Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di pahang melancarkan serangan besar-besaran menelan belanja $ 7,393.83, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan. Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu. Cerita versi Anok Pahang Semasa di Hulu Sat @ Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar ) banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketika baginda berada di sana, datang rombongan Dato Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya bagi meminta perlindungan di Kelantan setelah melarikan diri dari buruan Inggeris di Pahang. Pemberontakan Dato Bahaman di Pahang bermula pada 8 Oktober 1891 selepas beliau dilucutkan jawatan sebagai Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad kerana enggan menurut perintah Inggeris yang melarangnya mengutip cukai. Beliau dikatakan telah melarikan diri ke Kelantan pada akhir tahun 1894 selepas gagal dalam pemberontakan tersebut. (Sejarah DarulIman,m.s241). Semasa kejadian peristiwa ini, pemerintahan Kota Bharu bertukar kepada Sultan Mansor. Dato Bahaman dikatakan merupakan keluarga Sultan Mansor dan beliau membahasakan Sultan Mansor sebagai Abang di dalam percakapannya. Berita kedatangan Dato Bahaman ini diketahui oleh Sultan Mansor, lalu beliau datang berjumpa Baginda Long Mansor di Machang bagi memintanya supaya menjaga dan melindungi Dato Bahaman dan keluarganya. Baginda Long Mansor pada masa itu tidak terfikir akibat daripada tindakannya itu tadi kepada kesinambungan pemerintahan keturunan Long Ghafar di Kelantan. Tindakan Sultan Mansor tersebut adalah helah beliau bagi mengelakkan dirinya daripada tuduhan melindungi Dato Bahaman yang pada masa itu menjadi buruan Inggeris. Kata Sultan Mansor, Pak Do tolong ambil orang kita di Hulu Lebir dan bawa balik ke rumah serta peliharalah. Long Mansor tidak membantah, lalu tinggallah Dato Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya di Machang di bawah jagaan Long Mansor. Menurut satu riwayat, beliau tinggal di sana selama 2 tahun. Menurut catatan di dalam buku Sejarah Darul Iman (m.s 240) Dato Bahaman serta pengikutnya seramai 12 orang telah membuat kediaman di Sungai Ampul, iaitu cawangan daripada

Sungai Lebir di Hulu Kelantan pada akhir tahun 1892. Berita Dato Bahaman mendapat perlindungan di Kelantan akhirnya telah diketahui oleh Inggeris, lalu wakil kerajaan Inggeris telah datang ke Kelantan dan berjumpa Sultan Mansor di Kota Bharu meminta supaya menyerahkan penderhaka tersebut. Kata Sulltan Mansor, Kita tidak boleh buat apa-apa kerana kita di bawah takluk Bangkok. Kalau nak selesai dengan mudah minta sendiri pergi ke Bangkok minta kebenaran Raja Siam untuk tangkap keluarga Dato Bahaman. Mereka kemudiannya pergi ke Bangkok bagi meminta keizinan. Raja Siam memerintahkan dengan perintahnya, Kalau tak dapat Dato Bahaman, orang yang beri perlindungan kepada beliau, siapa saja akan menjadi ganti. Maka terkenalah Baginda Long Mansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor. Orang-orang Inggeris itu kemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askaraskar Siam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato Bahaman itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpa dengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat. Beliau menasihati Baginda Long Mansor dengan katanya, Kita tak boleh lawan Siam, sebab anak kita duduk di Kota Bharu (iaitu Tengku Salleh, anak Long Mansor yang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah atau Tengku Kembang, anak Long Sulong atau Sultan Ahmad). Tambahnya lagi, Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh oleh Siam. Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato Bahaman mengadap, lalu menceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato Bahaman, Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kita tidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmat kepada raja Melayu. Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasib Dato Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat dua cara berudur yang digunakan, iaitu; 1. Keluarga DatoBahaman berundur ke Kuala Berang,Terengganu. 2. Dato Bahaman pula, seorang diri pergi ke Menara(Narathiwat). Pada masa Dato Bahaman mengadap Baginda Long Mansor itulah, askar-askar Siam telah mengepong keluarga serta pengikut Dato Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu katanya, Dato, keluarga Dato telah dikepong oleh askar-askar Siam pada masa maghrib. Dato Bahaman kemudiannya terus pergi untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawa lembing yang bernama Beringin (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang. Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang). Kemudian, pada malam itu juga Dato Bahaman melarikan diri ke Menara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela, telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam. Sebenarnya Dato Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apa yang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana. Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda Long Mansor dan di bawa ke Kota

Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkap iaitu; 1. Pak Nik Ya (penghantarbungaemas). 2. Dato Lela Perkasa Lundang. 3. TuanTabal. Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagai tahanan selama tiga tahun. Apabila genab tiga tahun, tiga orang dihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakan telah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit orang baik (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut). Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakan oleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama baginda semasa dalam tahanan di Bangkok. Menurut ceritanya, kepala baginda disimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-sama dengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman. KOMEN Berdasarkan catatan ini jelas bahawa Datuk Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahan British)...beliau dikatakan muncul semula "lewat" kemunculan Mat Kilau....walaubagaimanapun kemunculan Datuk Bahaman (Tok Guru Peramu) tidak diiktiraf kerajaan khususnya kerajaan Pahang dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan "tahta" Kesultanan Pahang....lagipun "Tok Guru Peramu" juga enggan mengaku bahawa beliaulah Datuk Bahaman...jadi kisahnya kemudiannya lenyap begitu sahaja. Tok Gajah, merupakan individu yang pada mulanya menentang Orang Kaya Haji (mati dibunuh 1889) kerana tidak menyokong Inggeris tetapi kemudian Tok Gajah pula menjadi menentang yang hebat bersama Datuk Bahaman apabila kuasa dan kegiatan ekonominya agak tergugat. Dalam catatan Abdul Talib bin Hj Ahmad berdasarkan cerita turun temurun seperti berikut: Sa-telah selesai bermeshuarat orang besar itu pun mengajak Sultan Ahmad bersumpah meminum ayer Yasin dan Quran yang telah di-bacha mereka ditepi sungai Silan. Maka sembah DatoGajah Dato Raja Jelai dan Dato Bahaman Jangan-lah Tuanku mungkir janji. Kalau mungkir janji nyawa padah-nya Maka baginda dan orang besarnya pun bersumpah tidak akan mungkin janji Peristiwa ini menunjukkan semua pembesar Pahang termasuk Sultan Ahmad mengadakan gerakan rahsia melawan Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai