Anda di halaman 1dari 2

(DOA MAJLIS PERHIMPUNAN MALAM BAKAT BARU)

,





Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja
kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Kami berhimpun pada hari ini, sebagai tanda penerimaan kami sebagai warga IPG ini
dan juga penglibatan dalam bidang perguruan ini di samping memohon inayah dan
taufikMu. Ya Allah, Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani
dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu
dan pengetahuan serta bimbingan para pensyarah kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah kami, sebagai seorang bakal pendidik yang bertaqwa,taat dan patuh pada
segala perintahMU, serta mempunyai semangat dan azam yang dalam
memperjuangkan syiar islam.
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan
menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, serta
anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan
keadaan.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Jadikanlah kami supaya terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan
umat dan masyarakat, bangsa dan agama, mudahan-mudahan segala titik peluh yang
dicurahkan mendapat keredaan dari Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai