Anda di halaman 1dari 26

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0 3.0

Latar Belakang Kajian Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu Fokus Kajian 3.1 3.2 Objektif Kajian Objektif Am

2 2

3 3 5

4.0 5.0 6.0

Objektif Khusus Kumpulan Sasaran Pelaksanaan Kajian 6.1 6.2 Tinjauan Masalah Analisis data

6 7

7.0

Analisa tinjauan masalah 7.1 7.2 7.3 7.4 Analisa Data Analisa soal selidik Analisa Data Pencapaian Sampel Selepas Rawatan Analisa Soal Selidik Selepas Rawatan 10 11 13 15 16 17 18 19 20

8.0 9.0 10.0 11.0 12.0

Cadangan Kajian Seterusnya Refleksi Kajian Kesimpulan Bibliografi Lampiran

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya telah membuka hati, iltizam serta kekuatan fizikal dan mental kepada saya untuk menjalankan Kajian Tindakan ini dengan penuh rasa syukur dan bertanggungjawab

Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang. Seterusnya ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua SMK Trolak, Tn. Hj. Md. Nasir b. Moin, yang telah memberi galakan dan sokongan moral yang tidak terhingga dalam menjayakan kajian ini. Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan kajian tindakan En Ahmad Rizlan b. Ahmad Masri yang sudi menjadi rakan kajian yang begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan kajian ini.

Penghargaan paling istimewa ditujukan kepada semua calon tokoh NILAM SMK Trolak dan ibu bapa yang terlibat kerana memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sehingga kajian ini dapat diselesaikan dan disempurnakan mengikut jangkamasa yang ditetapkan. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pencapaian program NILAM di kalangan calon-calon tokoh NILAM tingkatan 4 menggunakan kaedah cooperation antara ibu bapa dan Pusat Sumber Sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang calon tokoh NILAM bersama-sama ibu bapa masingmasing. Pelajar yang bermasalah dikenalpasti dan dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Tinjauan awal dilakukan dengan menganalisis rekod bacaan program NILAM sampel. Dapatan kajian mendapati rekod pencapaian sampel sangat rendah Sampel diberikan soal selidik untuk mengenalpasti punca masalah. Dapatan daripada soal selidik menunjukkan masalah kurang membaca tersebut berpunca daripada kurangnya penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan program NILAM. Berdasarkan dapatan tersebut satu sesi rawatan telah dijalankan menggunakan kaedah cooperation iaitu melibatkan kerjasama ibu bapa dan pihak Pusat Sumber Sekolah dalam menentukan tokoh NILAM. Kerjasama tersebut terdiri daripada dua sesi iaitu sesi penyediaan dokumentasi dan sesi temuduga. Semasa proses penyediaan dokumentasi ibu bapa dikehendaki menghadiri sesi taklimat dan membuat pemantauan rekod bacaan anak masing-masing. Sesi kedua ialah sesi temuduga yang melibatkan pentadbiran ujian tulisan, pengesahan rekod bacaan, mengadili pertandingan dan menghasilkan fail tegak menggunakan keratan akhbar. Selepas rawatan dijalankan, menunjukkan pencapaian program NILAM sampel telah meningkat.

1.0

Latar Belakang Kajian

Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) adalah merupakan program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1999 di semua sekolah yang melibatkan semua pelajar. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk dan meningkatkan kadar pembacaan negara yang berada pada tahap yang rendah. Ini terbukti berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia mendapati kadar pembacaan rakyat Malaysia hanyalah 2 buah buku setahun. Masalah ini kelihatan agak serius dan tindakan yang bersistematik harus diambil supaya gejala ini dapat diatasi.

2.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya telah memegang jawatan sebagai Guru Perpustakaan dan Media bermula tahun 2005. Pada setiap tahun Pusat Sumber Sekolah mengadakan hari Anugerah NILAM untuk program banyak membaca. Pada hari tersebut seorang tokoh NILAM akan dipilih daripada kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat. Pelajar yang terpilih akan mewakili sekolah ke peringkat daerah dan seterusnya peringkat negeri. Pada tahun ini Pusat Sumber Sekolah telah menyenaraikan nama-nama pelajar yang layak untuk dicalonkan bagi anugerah tersebut. Sebanyak 20 nama telah dicalonkan oleh guru bahasa. Berdasarkan rekod bacaan mereka, didapati bilangan buku yang dibaca amat sedikit dan tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri

(PSPN).

Mereka juga tidak pernah mendapat sebarang anugerah sekurang-

kurangnya bagi pencapaian tahap Jauhari.

Masalah ini saya luahkan kepada guru NILAM. Beliau menceritakan kepada saya tentang minat membaca yang tinggi di kalangan para pelajar. Berdasarkan pemerhatian saya juga, ramai pelajar yang mengunjungi dan membaca buku di Pusat Sumber Sekolah. Malangnya mereka hanya membuat pembacaan, tetapi malas dan tidak berminat untuk membuat catatan di dalam buku rekod bacaan NILAM. Peringatan juga sering diberi kepada pelajar sama ada di perhimpunan atau oleh guru bahasa tentang pentingnya membuat catatan di dalam buku rekod bacaan.

Saya dan guru NILAM telah berbincang untuk menyelesaikan masalah ini dengan melibatkan ibu bapa di dalam program bacaan. Program ini memerlukan ibu bapa membuat pemantauan terhadap rekod bacaan anak-anak dan proses penyediaan folio untuk tokoh NILAM. Ibu bapa juga dikehendaki hadir semasa sesi temuduga untuk membuat pengesahan buku rekod bacaan anak masingmasing dan membuat penghasilan bahan dalam bentuk keratan akhbar.

3.0

Fokus Kajian

Kajian ini ialah untuk mengatasi masalah kurang membaca di kalangan 20 orang calon tokoh NILAM tingkatan 4. Setelah membuat tinjauan terhadap sampel

terpilih, beberapa aspek yang menjadi faktor kepada masalah ini telah kami kenalpasti iaitu; i. ii. Kurang mendapat pemantauan daripada ibu bapa Tiada penglibatan ibu bapa dalam mengesahkan rekod bacaan NILAM

Justeru itu kajian akan memfokuskan usaha menyelesaikan masalah kurannya pemantauan oleh ibu bapa dan tiada penglibatan ibu bapa dalam mengesahkan rekod bacaan NILAM. Pengkaji yakin sekiranya pihak ibu bapa dapat dilibatkan dalam program ini, sudah pastilah motivasi untuk membaca dapat dipertingkat, dan masalah kurang membaca ini akan dapat diatasi. Akhirnya kami memutuskan untuk cuba menggunakan kaedah cooperation iaitu kerjasama antara ibu bapa dengan pihak sekolah tersebut. bagi mengatasi masalah

Langkah-langkah yang diambil untuk melibatkan ibu bapa ialah dengan menghantar surat pemberitahuan kepada ibu bapa yang terlibat. Satu sesi taklimat telah diberikan mengenai kajian ini. Ibu bapa juga telah diberi taklimat mengenai pelaksanaan program NILAM dan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa. Mereka diminta membuat pemantauan terhadap amalan membaca sampel sepanjang tempoh kajian ini berlangsung selama 2 bulan.

Kemudian ibu bapa dijemput ke sekolah semasa proses temuduga tokoh NILAM. Pada hari tersebut semua ibu bapa dikehendaki menyemak dan membuat pengesahan rekod bacaan anak masing-masing. Mereka juga dikehendaki menyemak dokumen sokongan iaitu folio. Ibu bapa juga berpeluang melihat sesi

temuduga dan mentadbir ujian penulisan anak masing-masing. Setelah selesai sesi temuduga, ibu bapa diminta menghakimkan slot pengucapan umum dengan membuat penilaian terhadap kebolehan anak masing-masing. Aktiviti yang terakhir ialah ibu bapa dan anak masing-masing membuat aktiviti bersama-sama iaitu menghasilkan fail tegak daripada surat khabar yang disediakan.

4.0

Objektif Kajian

4.1

Objektif Am

i. ii.

Meningkatkan motivasi pelajar untuk membaca Menambahkan bilangan buku yang dibaca dalam program NILAM

4.2

Objektif Khusus

Meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan program yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah menggunakan kaedah cooperation melalui 5 cara iaitu; i. ii. iii. iv. v. Menghadiri dan mendengar taklimat Memantau rekod bacaan anak-anak Membuat pengesahan rekod bacaan anak-anak Menjadi hakim untuk persembahan sajak anak-anak Menghasilkan fail tegak menggunakan keratan akhbar

5.0

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kajian ini ialah 20 orang sampel bersama-sama ibu bapa yang anak-anaknya terpilih dalam pemilihan tokoh NILAM SEMETRO yang tinggal di Gugusan Felda Trolak Utara, Selatan dan Timur.

6.0

Pelaksanaan Kajian

6.1

Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah dalam kajian ini dibuat berdasarkan analisa data dan soal selidik terhadap sampel yang dipilih.

6.1.1

Analisa Data

Pengkaji telah membuat analisa data berdasarkan rekod bacaan sampel. Berdasarkan rekod tersebut didapati tahap pembacaan responden adalah sangat rendah.

6.1.2

Soal Selidik

Borang soal selidik telah diedarkan sebelum kajian untuk mendapatkan maklum balas bagi mengenalpasti sikap mereka terhadap amalan membaca iaitu bahan bacaan yang diminati, jumlah buku yang dibaca, orang yang mendorong untuk membaca, aktiviti mencatat bahan yang dibaca dan sejauh mana penglibatan ibu bapa sampel dalam memantau dan menyemak buku rekod NILAM. Setelah

dianalisa, pengkaji mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah cooperation iaitu kerjasama di antara ibu bapa dan Pusat Sumber Sekolah melalui program pemilihan tokoh NILAM SEMETRO tahun 2008.

6.2

Analisa Tinjauan Masalah

6.2.1

Analisa Data

Berdasarkan analisa data yang yang dijalankan sebelum kajian didapati skor rekod bacaan adalah sangat mengecewakan.

Jadual 1: Analisa data rekod bacaan

Bil 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Nama Nurul Atiqah bt Md Sabiani Muhamad Hidayat b. Shahidan Muhammad Ashraf b. Nor Azaid Muhammad Hafiz b. Ahamed Zahir Syukri b. Shaaibon Mohamad Nor Farhan b. Abd. Aziz Noramelia bt Abd Rani Amira bt Misdar Muhammad Aiman b. Mohd Nor Rashidi Eda Ashikin bt Muhamad Aznan Muhammad Hasif b. Mazlan Noor Aiman b. Mohamad Ridzwan Mohd Ismail b. Abd Manaf Munira bt Saharuddin Dian Alwani bt Zainori

Skor 23 33 40 50 34 12 14 35 21 11 12 21 12 23 11

Pengiktirafan Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak

16 17 18 19 20

Nurul Syahrina bt Sabran Nurul Jannah bt Samad Azreen Farhani bt Azman Nur Syafiqah bt Abd Halim Nur Hafini bt Hanin

31 24 32 44 33

Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak

Berdasarkan jadual 1 di atas, didapati sebelum kajian dijalankan semua sampel (100%) yang dipilih mempunyai rekod bacaan yang rendah dan masih belum layak untuk mendapat sebarang pengikhtirafan. Untuk mendapat pengikhtirafan, sampel mestilah mempunyai pencapaian seperti di dalam jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Skor program NILAM Tahap Jauhari Sekolah Menengah

Jumlah Bacaan 72 143 144 215 216 287 288 ke atas

Pengiktirafan Gangsa Perak Emas NILAM

3.2.2

Analisa Soal Selidik

Selepas membuat analisa data terhadap sampel terpilih, satu borang soal selidik telah diberikan untuk menilai sikap terhadap amalan membaca. Dapatan soal selidik dianalisa menggunakan kaedah peratusan dan kekerapan. Berikut ialah

10

jadual 3 iaitu analisa dapatan soal selidik tentang sikap terhadap amalan membaca sebelum rawatan.

Jadual 3: Analisa dapatan soal selidik tentang sikap terhadap amalan membaca sebelum rawatan.

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Item Soal selidik Adakah anda minat membaca Adakah anda telah mendapat pengiktirafan Anda mencatat ringkasan cerita yang dibaca dalam buku rekod membaca Adakah ibu bapa memantau aktiviti membaca di rumah? Adakah ibu bapa pernah menyemak rekod bacaan NILAM Anda memahami cerita yang dibaca Anda meluangkan banyak masa untuk membaca buku cerita

Ya 20 (100%) 6 (30%) 0 (0%) 0 (0%) 20 (100%) 10 (50%)

Tidak 20 (100%) 14 (70%) 20 (100%) 20 (100%) 0 (0%) 10 (50%)

Berdasarkan jadual di atas, dapatan soal selidik menunjukkan sikap sampel terhadap amalan membaca. Bagi soalan 1 menunjukkan semua sampel (100%) minat membaca. Walau bagaimanapun untuk soalan 2 semua sampel (100%) tidak pernah mendapat sebarang pengikhtirafan. Ini berkait rapat dengan soalan 3 di mana hanya 6 orang sampel (30%) yang membuat catatan, manakala 14 orang sampel (70%) tidak membuat catatan rekod. Bagi soalan 4 dan 5 pula, analisa menunjukkan kesemua sampel (100%) mengakui mereka tidak pernah dipantau aktiviti bacaan NILAM dan ibu bapa tidak pernah membuat pengesahan buku NILAM. Bagi soalan 6 pula, kesemua sampel (100%) memahami isi cerita yang dibaca. Manakala bagi soalan 7 menunjukkan 10 orang sampel (50%) meluangkan masa untuk membaca dan 10 orang sampel juga (50%) tidak banyak meluangkan masa untuk membaca.

11

Dapatan ini menunjukkan bahawa punca sebenar pelajar tidak banyak membaca lebih dipengaruhi oleh faktor ibu bapa yang kurang membuat pemantauan bacaan sampel. Ini menyebabkan sampel tidak mempunyai motivasi dan inisiatif untuk membuat pembacaan walaupun mereka mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti membaca.

7.0

Tindakan Yang Dijalankan

7.1

Pelaksanaan tindakan

Tindakan yang dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh sampel ialah; 7.1.1 7.1.2 Mengenalpasti masalah sampel berdasarkan analisa data dan soal selidik Menghubungi ibu bapa untuk memberi taklimat bersama-sama pelajar 7.1.2.1 7.1.2.2 taklimat pelaksanaan NILAM taklimat kriteria untuk pemilihan tokoh NILAM SEMETRO tahun 2008 7.1.3 Pelajar-pelajar membuat bacaan dan merekod di dalam buku selama 2 bulan dengan pemantauan ibu bapa sampel 7.1.4 Menghadiri majlis temuduga 7.1.4.1 7.1.4.2 7.1.4.3 7.1.4.4 penyerahan dokumentasi pelajar kepada ibu bapa sampel pentadbiran ujian penulisan oleh ibu bapa sampel penyemakan folio oleh ibu bapa sampel pengesahan rekod bacaan dan rakan pembaca oleh ibu bapa sampel

12

7.1.4.5 7.1.4.6 7.1.4.7

sesi temuduga oleh guru menghakimi sesi Public Speaking oleh ibu bapa sampel membuat keratan akhbar untuk penghasilan fail tegak oleh ibu bapa dan sampel

7.1.4.8

Penyerahan hasilan fail tegak kepada Pusat Sumber Sekolah

7.2

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian

Kajian ini telah dilaksanakan selama 2 bulan iaitu bermula pada bulan April hingga bulan Jun. Kajian ini dimulakan dengan memilih sampel yang mempunyai masalah kurang membaca berdasarkan analisa data buku rekod membaca program NILAM. Selepas itu setiap sampel diberikan satu borang soal selidik untuk mengenalpasti sikap mereka terhadap amalan membaca. Setelah dibuat analisis didapati masalah kurang membaca berpunca daripada kurangnya penglibatan ibu bapa. Oleh kerana itu satu kaedah rawatan dilaksanakan menggunakan kaedah
cooperation iaitu kerjasama antara ibu bapa dengan pihak PSS. Aktiviti membaca

dilakukan oleh sampel selama dua bulan dengan pemantauan ibu bapa semasa di rumah.

Ibu bapa yang terlibat sebagai pemantau juga telah diberi taklimat dan garis panduan untuk sentiasa memantau aktiviti bacaan sampel sehingga mencapai tahap yang telah ditetapkan. Mereka mesti mempastikan sampel membaca dan membuat catatan setiap hari untuk mencapai target dalam tempoh dua bulan.

13

Pengkaji mendapati kaedah rawatan yang dilaksanakan dapat membantu meningkatkan motivasi sampel terhadap amalan membaca. Sampel juga berjaya merekod dan mencatat setiap buku yang dibaca dengan baik. Situasi ini mendatangkan keseronokan dalam diri mereka sehingga menimbulkan motivasi untuk meningkatkan amalan membaca seterusnya menambah jumlah buku yang dibaca untuk program NILAM. Sampel yang terlibat melahirkan rasa seronok kerana di samping melakukan pembacaan, hubungan mereka dengan ibu bapa semakin rapat dan mereka juga gembira kerana kebiasaannya ibu bapa hanya memantau kerja-kerja rumah yang diberi oleh guru mata pelajaran sahaja. Sampel juga merasa gembira kerana telah mendapat hadiah dalam bentuk buku daripada ibu bapa hasil daripada rekod pembacaan yang meningkat. Sampel juga merasa seronok kerana telah mendapat pengikhtirafan dalam bentuk sijil bagi program NILAM.

Bagi ibu bapa yang terlibat pula mereka melahirkan rasa gembira kerana dalam program ini mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembacaan anak-anak. Pada kebiasaannya ibu bapa dipanggil ke sekolah untuk sesi ceramah, motivasi dan mesyuarat PIBG. Tetapi kali ini mereka bukan sahaja terlibat sebagai pendengar pasif, malahan bertindak sebagai hakim pertandingan, menyemak folio, mentadbir ujian dan menghasilkan fail tegak. Mereka rasa penglibatan kali ini lebih berkesan dan menyeronokkan kerana berpeluang melihat dan terlibat sama dengan program yang melibatkan anak masing-masing.

14

Malahan mereka juga mencadangkan agar program ini dilaksanakan kepada semua pelajar.

7.3

Analisa Data Pencapaian Sampel Selepas Rawatan

Untuk menilai keberkesanan rawatan yang telah dilaksanakan, satu analisa data berdasarkan buku rekod membaca Program NILAM telah dilakukan pada hari temuduga pemilihan tokoh NILAM.

Jadual 4 : Analisa data pencapaian bilangan buku yang dibaca sebelum dan selepas rawatan.

Bil

Nama

Skor

Pengiktirafan

Peningkatan

Sebelum Selepas 1. 2 3 4 5 6 Nurul Atiqah bt Md Sabiani Muhamad Hidayat b. Shahidan Muhammad Ashraf b. Nor Azaid Muhammad Hafiz b. Ahamed Zahir Syukri b. Shaaibon Mohamad Nor Farhan b. Abd. Aziz Noramelia bt Abd Rani Amira bt Misdar 23 33 40 50 34 12 207 193 140 117 154 115

Sebelum Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak Tidak layak

Selepas Perak Perak Gangsa Gangsa Perak Gangsa 184 160 100 67 120 103

14

51

Tidak layak

Tidak layak

37

35

135

Tidak layak

Gangsa

100

15

10 11

Muhammad Aiman b. Mohd Nor Rashidi Eda Ashikin bt Muhamad Aznan Muhammad Hasif b. Mazlan Noor Aiman b. Mohamad Ridzwan Mohd Ismail b. Abd Manaf

21

107

Tidak layak

Gangsa

86

11 12

111 40

Tidak layak Tidak layak

Gangsa Tidak layak

100 28

12 13

21 12

203 31

Tidak layak Tidak layak

Perak Tidak layak

182 19

14

Munira Saharuddin Dian Zainori Alwani

bt

23

30

Tidak layak

Tidak layak

15

bt

11

158

Tidak layak

Perak

147

16

Nurul Syahrina bt Sabran

31

126

Tidak layak

Gangsa

95

17

Nurul Samad

Jannah

bt

24

123

Tidak layak

Gangsa

99

18

Azreen Farhani bt Azman

32

124

Tidak layak

Gangsa

92

19

Nur

Syafiqah

bt

44

140

Tidak layak

Gangsa

96

Abd Halim 20 Nur Hanin Hafini bt 33 142 Tidak layak Perak 109

Berdasarkan analisa rekod pencapaian sampel selepas rawatan, terdapat perubahan yang amat ketara dari segi pencapaian bacaan sampel. Seramai 16 orang sampel (80%) telah berjaya meningkatkan jumlah bacaan mereka. 6 orang sampel (30%) telah berjaya mendapat pengiktirafan peringkat perak tahap Jauhari. Manakala 10 orang sampel (50%) telah berjaya mendapat peringkat gangsa tahap

16

Jauhari. Dapatan ini amat memberangsangkan kerana peningkatan yang amat ketara telah berlaku terhadap pencapaian bacaan sampel. Walau bagaimanapun terdapat 4 orang sampel (20%) yang tidak menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan kerana gagal mencapai tahap yang membolehkan mereka mendapat pengikhtirafan sekurang-kurangnya pada peringkat gangsa.

7.4

Analisa Soal Selidik Selepas Rawatan

Jadual 5: Analisa dapatan soal selidik tentang sikap terhadap amalan membaca selepas rawatan.

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Item Soal selidik Adakah anda minat membaca Adakah anda telah mendapat pengiktirafan Anda mencatat ringkasan cerita yang dibaca dalam buku rekod membaca Adakah ibu bapa memantau aktiviti membaca di rumah? Adakah ibu bapa pernah menyemak rekod bacaan NILAM Anda memahami cerita yang dibaca Anda meluangkan banyak masa untuk membaca buku cerita

Sebelum 20 (100%) 0 (0%) 6 (30%) 0 (0%) 0 (00%) 20 (100%) 10 (50%)

Selepas 20 (100%) 16 (80%) 20 (100%) 20 (100%) 20 (100%) 20 (100%) 20 (100%)

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan selepas rawatan didapati 16 sampel (80%) telah menunjukkan perubahan yang positif setelah wujud penglibatan di kalangan ibu bapa sebagai pemantau dan pengesah rekod bacaan. Faktor inilah

17

yang menyebabkan meningkatnya tahap pembacaan sampel. Jika dilihat pada analisa data didapati 4 sampel (20%) telah menunjukkan peningkatan bacaan yang rendah . Ini mungkin berkait rapat dengan faktor kegagalan mereka untuk menghadirkan diri semasa sesi temuduga Ini jelas menunjukkan tanpa penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembacaan, menunjukkan tiada peningkatan yang ketara dalam pencapaian rekod NILAM.

8.0

Cadangan Kajian Seterusnya

Berdasarkan dapatan kajian dan kesan daripada kaedah cooperation kerjasama antara ibu bapa dan pihak Pusat Sumber Sekolah menunjukkan terdapat perubahan yang positif terhadap amalan membaca pelajar. Di samping itu kaedah ini berjaya meningkatkan jumlah buku yang dibaca oleh sampel terpilih. Adalah diharapkan kajian yang telah dijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada Pusat Sumber Sekolah dan guru bahasa dalam mengatasi masalah kurang membaca para pelajar. Di samping itu adalah diharapkan kajian-kajian seperti ini terus dilaksanakan bagi mencari jalan yang lebih efektif untuk merangsang minat membaca di kalangan pelajar terhadap bahan-bahan bacaan ilmiah yang lebih sukar dan mencabar. Sesungguhnya peranan dan penglibatan ibu bapa dalam menyemai dan memupuk budaya membaca sangat bermakna dan tidak boleh dinafikan.

18

9.0

Refleksi Kajian

Sepanjang kajian ini dijalankan banyak pengetahuan dan pengalaman yang telah dilalui. Perubahan yang paling ketara ialah berlakunya peningkatan yang mendadak terhadap pencapaian program NILAM di kalangan sampel yang

terlibat. Perubahan dari segi amalan membaca jelas kelihatan apabila semua sample kelihatan begitu berminat dan bersungguh-sungguh membuat bacaan dan catatan di dalam buku rekod NILAM sehinggalah 16 orang sampel telah berjaya mendapat pengikhtirafan.

Mereka kelihatan semakin bersemangat untuk membaca dan berlumbalumba untuk membuat catatan malah sering membanding sesama sendiri rekod pencapaian masing-masing. Masa senggang pada waktu rehat dan waktu petang juga diisi dengan mengunjungi Pusat Sumber Sekolah untuk membaca dan membuat pinjaman buku untuk dibaca di rumah. Ada juga di kalangan mereka yang bercerita tentang insentif yang mereka dapat daripada keluarga masingmasing hasil daripada peningkatan bacaan.

10.0

Kesimpulan

Kajian ini dianggap berjaya walaupun empat orang ibu bapa tidak dapat menghadirkan diri pada semasa sesi temuduga dijalankan. Dapatan kajian jelas menunjukkan kerjasama dan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti bacaan anak-

19

anak amat membantu dalam peningkatan rekod bacaan program NILAM. Melalui penglibatan ibu bapa, motivasi ekstrinsik dan instrinsik anak-anak dapat ditingkatkan. Pada keseluruhannya saya berpendapat kajian ini berjaya mencapai objektif, khususnya dalam meningkatkan tahap pencapaian program NILAM di sekolah.

20

Bibliografi

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Pendidikan Dalam Permuafakatan Komuniti. Nota kuliah dalam Kursus Penilaian Tahap Kecekapan. Genting Highland, Pahang: Institut Aminuddin Baki.

Micheal Anak Ringgit (2005). Hubungan penglibatan ibu bapa di sekolah dengan pencapaian akademik pelajar. Tesis Sarjana tidak diterbitkan: IAB

Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya. Hubungan Antara Tingkah laku Keibubapaan dengan Penghargaan Kendiri di kalangan Remaja. Dimuat turun pada 12 Februari 2008 daripada http://www.felda.net.my /felda/settler_pbgn.asp

Rujukan dan panduan ibu bapa. Dimuat turun pada 12 Februari 2008 daripada http:// www.skhk8k.tripod.com/agamaislam/ibubapa.htm

Siti Fatimah Abdul Rahman . Keistimewaan Membaca Bersama Keluarga. Dimuat turun pada 12 Februari 2008 daripada http:// www.lib.uum.edu.my/bm07/

artikel/keluarga.htm

Zainori Ab Raman. (2007). Galakan membaca: Apa yang boleh kulakukan. Nota ceramah dalam Kempen Galakan Membaca. Ipoh: PSPN Negeri Perak.

21

LAMPIRAN

22

Gambar-gambar Pemilihan Tokoh NILAM

Penyerahan dokumen kepada ibu bapa

Ibu bapa menyemak dokumen anak masing-masing

Ibu bapa sedang asyik mencari petikan akhbar yang sesuai

Fail tegak yang telah siap disumbangkan kepada pihak PSS

Ibu bapa membuat keratan akhbar

Penyerahan fail tegak kepada pihak PSS

Fail tegak yang dihasilkan oleh ibu bapa

Sebahagian daripada ibu bapa yang terlibat pada hari pemilihan calon tokoh NILAM 23

Kajian Tindakan : Borang Soal Selidik Tandakan ( ) pada ruangan jawapan pilihan anda.

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Item Soal selidik Adakah anda minat membaca Adakah anda telah mendapat pengiktirafan Anda mencatat ringkasan cerita yang dibaca dalam buku rekod membaca Adakah ibu bapa memantau aktiviti membaca di rumah? Adakah ibu bapa pernah menyemak rekod NLAM Anda memahami cerita yang dibaca Anda meluangkan banyak masa untuk membaca buku cerita

Ya

Tidak

24

Kajian Tindakan : Borang Rekod Bacaan Pelajar Sebelum dan Selepas Rawatan

Bil. Sampel 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Jumlah buku dibaca sebelum rawatan

Jumlah buku dibaca selepas rawatan

Catatan

25

26

Anda mungkin juga menyukai