Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 3 PENGENALAN Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan perkembangan sosial dengan menekankan kepentingan komunikasi yang

berkesan di dalam bilik darjah. Sebagai suatu proses interaktif, pembelajaran yang berkesan dapat memberi peluang pelajar berinteraksi, bekerjasama, menunaikan tanggungjawab, membina keyakinan diri dan seumpamanya. Pengajaran yang dilakukan dengan menarik dan menyeronokkan, dapat mendorong pelajar menyalurkan fikiran dan pandangan secara berkesan. Melalui komunikasi yang berkesan, penekanan kepada aspek-aspek kemahiran sosial dapat membantu pelajar bertindak balas dengan persekitaran dan mengawal diri dalam menghadapi cabaran bagi mencapai dan meningkatkan kecemerlangan diri. emahiran guru berkomunikasi dapat mempengaruhi minat dan

tingkah laku pelajar dalam mencorakkan suasana pengajaran yang menarik dan menyeronokkan. omunikasi yang berkesan sebenarnya memerlukan kesungguhan, emahiran komunikasi

pengalaman dan minat terhadap profesion yang diamanahkan.

bukan sahaja dilihat sebagai faktor yang menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran, malahan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan dapat membantu guru mengenalpasti tingkah laku pelajar di samping menerapkan nilai-nilai yang positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosi pelajar.

!ary "#$%$& menekankan komunikasi adalah proses memberi makna dan mempengaruhi seseorang untuk mempercayai dan melakukan sesuatu seperti yang dikehendaki. omunikasi merupakan proses perpindahan pengetahuan, pengertian

atau perasaan yang dikongsi bersama melalui mesej yang disampaikan sama ada

secara lisan atau bukan lisan "'raig #$$$&. (alam menyampaikan ilmu pengetahuan, guru seharusnya menguasai pelbagai bentuk kemahiran merangkumi kemahiran bertutur, mengawal bilik darjah, teknik pengajaran dan penggunaan komunikasi yang berkesan dan teratur. )erkomunikasi di dalam bilik darjah bukan sekadar

menyampaikan ilmu tetapi membina hubungan agar dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut *bdullah + *inon ",--,& komunikasi berlaku apabila seorang guru menyampaikan pengalaman dan pengetahuannya kepada muridmuridnya. )agi .ook + /ass " ,---&, antara ciri-ciri yang dapat menghasilkan kepimpinan bilik darjah yang berkesan adalah guru yang mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan. Pengajaran yang merupakan suatu proses komunikasi di antara guru dan pelajar bukan sahaja melibatkan penyampaian pengetahuan atau maklumat, tetapi juga melibatkan hubungan dan pengawalan sosial di dalam bilik darjah. Pendekatan komunikasi bilik darjah seperti penggunaan bahasa yang berkesan, proses interaksi, komunikasi terbuka dan kemahiran lisan merupakan suatu mekanisme hubungan sosial dalam sesuatu organisasi yang menentukan kualiti perkembangan sosial dan kualiti pengajaran " *bd. 0ahim, ,--3&.

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR emahiran mendengar biasanya dianggap sebagai satu kemahiran yang diperoleh secara semula jadi oleh penutur sesuatu bahasa. *nggapan seperti ini menyebabkan kemahiran ini diabaikan dalam pengajaran bahasa. Tetapi dalam konteks pengajaran bahasapada dekad ini, pengajaran kemahiran ini dipentingkan. emahiran

ini perlu diajar secara sistematis supaya pelajar akan berkebolehan mendengar secara berkualiti dan seterusnya dapat menggunakan hasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota masyarakatnya "1ahya 2thman, ,--3&. menunjukkan bahawa sebahagian besar pengetahuan ajian '.M. 4eyten "#$$#& kita diperoleh melalui

pendengaran, tetapi kita dapat mengingati hanya lebih kurang ,3 peratus daripada apaapa yang kita dengar. Mendengar seharusnya merupakan suatu akti5iti yang aktif dan melibatkan pendengar dari segi mental, iaitu memahami dan menilai maklumat yang didengar. Terdapat tiga perkara yang boleh mempengaruhi pemahaman dalam mendengar. Pertama, pengetahuan tentang sistem bahasa lisan, iaitu tentang system bunyi "fonologi&, struktur ayat "sintaksis& dan system makna "semantik&. Kedua, teks atau bahan "perkara, topik maklumat, cerita, mesej, idea, fakta, berita dan lain-lain& yang didengar. (an ketiga, pengetahuan latar belakang, iaitu pengetahuan sedia ada yang ada pada diri pendengar yang berkaitan dengan teks atau bahan yang didengar "6iddowson, #$%37 dan Ma8lan 0ais, ,---&. 2leh itu, mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif, terutama semasa pelajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah tahun #$%3 dan Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah tahun #$%% " ementerian Pendidikan Malaysia, #$%3 dan #$%%&. *kti5iti mendengar perlu dikuasai

kerana penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan. (ianggarkan lebih kurang 9-: daripada masa pengajaran dan pembelajaran adalah bagi tujuan mendengar . emahiran mendengar secara berkesan dapat mewujudkan suasana berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan menghasilkan persefahaman secara optimum.

(alam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar supaya membolehkan mereka menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam pengajarannya. eupayaan mendengar

yang baik juga satu kelebihan terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan lancar. emahiran bertutur pula merupakan kemahiran lisan yang amatpenting, sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. emahiran

ini penting bagi seseorang itu dalam hubungannya dengan orang lain. Pertuturan yang diadakan la8imnya membawa maksud tertentu. Menurut 0oselan )aki ",--9&, manusia bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keseronokan, tujuan memaklumkan sesuatu, tujuan mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan masalah. eupayaan

menuturkan sesuatu bahasa itu dapat mempercepatkan pemahaman pelajar, terutama yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini memerlukan pendekatan yang sesuai terutama apabila berhadapan dengan kumpulan pelajar yang berlainan, seperti keperluan bagi mempelajari bahasa pertama ataupun bahasa kedua. 6.M. 0i5ers "#$%3& dan Malamah;Thomas "#$%<& yang menjalankan kajian tentang akti5iti lisan mendapati unsur interaksi amat penting dalam akti5iti lisan. =nsur interaksi antara penutur dengan pendengar, dan antara

penutur dengan penutur, akan menghidupkan situasi dan akan menjadikan simulasi lebih realistikseperti keadaan yang sebenarnya.

*kti5iti lisan merupakan akti5iti bahasa yang paling penting dalam kehidupan manusia sehari-hari. Maka, dalam apa jua akti5iti bercakap yang dipilih oleh guru untuk melatih pelajar-pelajarnya, aspek interaksi yang menggambarkan situasi dalam situasi lisan yang sebenarnya perlu wujud. Satu kajian tentang kemahiran bahasa telah dijalankan oleh >.*. 0ankin "#$$$&. )eliau telah menyelidik apa-apa yang telah dilakukan oleh orang dewasa pada setiap hari. (apatannya menunjukkan bahawa <peratus daripada masa orang dewasa digunakan untuk salah satu kegiatan berkomunikasi, dan setelah diperinci didapati bahawa ?, peratus daripada masa untuk berkomunikasi itu digunakan untuk mendengar, 3, peratus untuk bercakap, #3 peratus untuk membaca, dan ## peratus untuk menulis. Mengikut kajian 0aminah Sabran "#$$#&, jika seseorang itu ingin meluaskan ilmu pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur supaya mahir dan cekap membaca. Seseorang itu juga perlu menguasai kemahiran menyebut bunyi;bunyi huruf yang tertera di dalam teks yang dibacanya, di samping dapat menyebut dalam gabungan yang didukung oleh setiap perkataan mengikut konteks ayat dalam petikan yang dibacanya itu. )erdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh @amri Mahamod, Mohamed *min Ambi + >amaluddin )adusah ",--9& ke atas pelajar Melayu, 'ina dan Bndia yang berinteraksi di luar kelas, mendapati status kemahiran bertutur )ahasa Melayu pelajar lelaki lebih baik daripada pelajar perempuan. Pelajar luar bandar pula menguasai kemahiran bertutur lebih baik daripada pelajar bandar. (ari segi keupayaan pula jelas bahawa pelajar cerdas lebih

terserlah berbanding pelajar sederhana dan lambat. Pelajar Melayu pula telah mengatasi pelajar-pelajar 'ina dan Bndia dari segi etnik.

RUMUSAN emahiran komunikasi guru amat penting bagi bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matlamat yang harapkan. !uru yang bertindak sebagai sumber utama sewajarnya mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan sesuai dengan peranannya sebagai pendidik dan pembimbing kepada para pelajar. epentingan kemahiran komunikasi tidak hanya dilihat dari aspek penyampaian pengetahuan semata-mata, tetapi kemahiran komunikasi dapat membantu guru mengenali pelajar dengan lebih rapat dan memahami keperluan dan kehendak pelajar. Sementara itu, latar belakang pelajar yang berbe8a dan sikap pelajar yang tidak konsisten memerlukan kesungguhan guru untuk berdamping dan memahami kehendak dan keperluan pelajar. Bni bermakna kemahiran komunikasi tidak hanya melihat kepentingan ciri-ciri komunikasi sahaja, tetapi faktor emosi dan sosial pelajar merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Secara keseluruhannya keberkesanan pengajaran dipengaruhi oleh kemahiran komunikasi kerana komunikasi merupakan asas perhubungan di antara guru dan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai