Anda di halaman 1dari 10

Konsep Budaya

-Kebudayaan : ditakrifkan Sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir). -Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yg lain, namun beberapa aspek yg sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat (seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dll). Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat.

Perkataan "budaya" secara amnya, ia merujuk kepada kegiatan-kegiatan manusia. Perkataan bahasa Inggerisnya, culture, berasal daripada kata akar bahasa Latin "colere" (mendiami, mengerjakan, menghormati ) Berbagai-bagai definisi "budaya" yang berbeza membayangkan teori yang berlainan terhadap pemahaman dan kriteria penilaian untuk kegiatan manusia.

KONSEP BUDAYA
Budaya berasal dari perkataan Jawa: budaya hasil cantuman budhi dan daya . Perkataan budhi yang dipinjam dari bahasa sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ( budaya ) akan membawa maksud tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa . ( Kajian Kebudayaan Melayu,1963 ).

Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

Mengikut Edward B. Taylor, budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Kesimpulan: Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat

BUDAYA
Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.

Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dengan proses penyesuaian.

Perubahan merupakan sifat yg penting bagi sesuatu kebudayaan.

- Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: 1. Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta dentiti. 2. Memupuk kesedaran kebangsaan & kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual, & mental. Ciri-ciri penting sesuatu budaya: 1. Dipelajari. 2. Dikongsi. 3. Bersifat sejagat.

4. Diwarisi 5. Berubah-ubah 6. Mempunyai unsur simbolik 7. Adanya pandangan semesta (world view)

-Terdapat perbezaan budaya antara

satu masyarakat dgn masyarakat yg lain. - Manusia itu sendiri yg membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai