Anda di halaman 1dari 4

Buku yang bertajuk Linguistik Transformasi Generatif karangan Nik Safiah Karim ini adalah sebuah buku yang

banyak membincangkan tentang Teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Buku setebal 250 muka surat ini dibahagikan kepada 14 tajuk dan saya telah memilih tajuk yang ke 12 iaitu Satu pandangan tentang Sejauh Manakah Sumbangan Teori Tatabahasa Transformasi Generatif untuk Pengajaran Bahasa hasil karya Arbak Othman. Tajuk ini mengandungi sebanyak 23 muka surat. Dalam penulisan ini, Arbak Othman telah mengemukakan satu pandangan mengenai sumbangan teori tatabahasa transformasi generatif dalam pengajaran bahasa. Dalam penulisan ini, beliaus juga telah mengemukakan pendapat beliau tentang teori ini yang memberi kesan yang mendalam terhadap kajian bahasa. Secara keseluruhannya, penulisan ini adalah mengenai satu pandangan tentang sejauh manakah sumbangan teori tatabahasa transformasi-generatif untuk pengajaran bahasa. Ahliahli tatabahasa transformasi menggunakan sintaksis sebagai penggunaan bahasa serta memberi penekanan kepada kepentingan mengetahui pada tingkat fungsian cara-cara unsur sintaksis yang universal diletakkan bersama bagi mengenal makna tertentu pada permukaan sesuatu bahasa. Ahli tatabahasa transformasi generatif beranggapan bahawa proses kognitif dalam pembelajaran bahasa bermula daripada peraturan umum yang terdapat pada bahasa. Sumbangan teori tatabahasa transformasi sememangnya tidak terkira dalam analisis bahasa, mahupun dalam penerapannya kepada pendekatan-pendekatan pengajaran bahasa. Pada pandangan saya, buku ini adalah satu karya yang bermutu kerana penulis dapat membawa pembaca melihat dengan lebih mendalam mengenai teori tatabahasa transformasigeneratif ini. Kekuatan yang dapat saya perolehi dalam tajuk hasil karangan Arbak Othman ini adalah dalam gaya penulisan yang beliau gunakan. Seperti yang dapat saya lihat, pada pemulaan karangan ini, beliau telah memperkenalkan kepada para pembaca mengenai pandangan ahli bahasa tentang bahasa dan tatabahasa itu sendiri. Di sini, para pembaca akan dapat membandingbezakan mengenai pandangan ahli-ahli bahasa tersebut. Tajuk ini sememangnya memiliki kelebihannya yang tersendiri. Dalam tajuk ini, contoh dikemukakan secara terperinci dalam beberapa helaian untuk panduan pembaca. Para pembaca menjadi lebih jelas dan faham dengan adanya contoh-contoh yang telah disediakan. Arbak Othman telah menyentuh dan mengemukakan kedua-dua aspek, positif dan negatif dalam penulisan beliau.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM3110

Selain itu, susunan idea yang teratur dan penyampaian yang sistematik juga menjadikan buku ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Susunan idea yang teratur memudahkan pembaca untuk memahami perkara yang hendak disampaikan dan penyampaian yang sistematik pula menjadikan pembaca mudah untuk mengenalpasti isi-isi penting. Tambahan lagi, kelebihan tajuk ini juga ialah penulis turut memasukkan gambar rajah pohon untuk menerangkan mengenai ayat yang telah diberikan. Sebagai contoh, penulis telah menyertakan gambar rajah pohon dalam sub tajuk penulisan beliau. Dengan itu, para pembaca menjadi lebih jelas dan faham akan penerangan yang diberikan dengan adanya gambar rajah pohon tersebut. Tajuk ini adalah menarik dan dapat memberi input tambahan kepada para pembaca. Walaubagaimana pun, beberapa aspek penulisan masih boleh diperbaiki supaya pembaca dapat memahami isu yang diketengahkan dengan lebih jelas lagi. Sebagai contoh, penulis banyak menggunakan penggunaan perkataan pada aras yang tinggi. Dengan demikian, para pembaca perlu membaca berulang kali untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Pada pendapat saya, penulis hendaklah menggunakan ayat yang mudah agar para pembaca dapat memahami isi-isi dalam karangan tersebut dengan lebih mudah. Pendekatan teori tatabahasa transformasi yang banyak mengatasi kelemahan-kelemahan pendekatan struktural golongan behavioris masih perlu kita nilai kelemahan demi kelemahannya, supaya landasan teori analisis bahasa dapat menyedari batas-batas yang boleh menjadi masalah besar pada tahap praktisnya. Pencapaian matlamat pengajaran haruslah menjadi tugas guru dan mereka juga perlu meningkatkan pengetahuan tentang teori tatabahasa transformasi generatif ini. Sebagai rumusannya, buku ini dapat memberi dorongan dan bimbingan kepada bakal penyelidik dan bakal guru-guru pelatih yang ingin menerapkan aspek-aspek analisis transformasi-generatif pada bahasa Melayu. Buku ini juga turut dapat menjadi bahan rujukan bagi penuntut bahasa, terutama mereka yang pertama kali berjinak-jinak dengan aliran transformasi-generatif. Merujuk kepada penulis, tajuk ini bertujuan memberikan ilmu pengetahuan dan asas yang kukuh serta kemahiran kepada tenaga pengajar bahasa dalam meningkatkan prestasi murid-murid. Adalah diharapkan bagi sesiapa sahaja yang membaca tajuk ini akan dapat menyedari dan memahami betapa penting dan relevannya teori tatabahasa transformasi generatif ini dalam pengajaran bahasa dan seterusnya merasai bahawa ia sebenarnya merupakan bidang yang menarik dan mencabar.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM3110

Bibliografi Arbak Othman, 1980. Pengantar Teori Sintaksis : Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa Transformasi Generatif. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise. Nik Safiah Karim, 1988. Linguistik Transformasi Generatif : Suatu Penerapan pada Bahasa Melayu .Petaling Jaya / Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Safiah A. Karim, 1978. Bahasa Malaysia Syntax : Some Expects of Its Standardization. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof Emeritus

SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM3110

Bibliografi Nik Safiah A. Karim, 1978. Bahasa Malaysia Syntax : Some Expects of Its Standardization. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM3110

Anda mungkin juga menyukai