Anda di halaman 1dari 37

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

Ahli Kumpulan; Siti Zahrah Mohd Yatim Thivya Kalaichelvan Ummi Madihah Ahmad Vithya Ramanathan

LAMPIRAN 6 :

GRANDMAS BOY

ISI KANDUNGAN
SINOPSIS
WATAK DAN PERWATAKAN

MODEL, KONSEP DAN TEORI YANG


BERKAITAN.

STRATEGI UNTUK MENYELESAIKAN


MASALAH.

Artikel ini menceritakan tentang seorang guru bernama Helen Jamison yang bertugas di sebuah sekolah C.E Conners Elementary School. Merupakan seorang guru yang baru bertugas selama 2 bulan yang ditempatkan di sekolah ini. Helen, merupakan seorang guru yang kreatif di dalam membina keyakinan diri seseorang individu khususnya anak muridnya. Beliau juga memberi sumbangan dalam mencipta idea bagi memotivasikan murid-murid untuk memiliki rasa penghormatan diri, berani dan bekerjasama di antara satu sama lain.

Selepas dua bulan mengajar, Justin yang merupakan seorang murid baru dipindahkan ke sekolah ini dan dimasukkan ke kelas Cikgu Helen. Justin merupakan seorang murid yang bermasalah dari segi sosioemosi, sukar untuk bekerjasama, suka berkhayal dan tidak memberi tumpuan terhadap pembelajarannya serta tidak memberi komitmen di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Helen cuba mencari peluang untuk berjumpa dengan ayah Justin setelah dinasihatkan oleh rakan sekerjanya.

Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk berbincang mengenai keadaan pengurusan tingkah laku di rumah dan di sekolah di dalam menyelesaikan masalah Justin.
Helen dimaklumkan oleh bekas guru Justin iaitu, Cikgu Judy yang mengatakan bahawa Justin merupakan seorang murid yang baik dan pintar. Namun, tingkah laku Justin berubah pada penghujung tahunnya.

Menurut Cikgu Judy, perubahan tingkah laku yang berlaku pada Justin bermula setelah perceraian antara kedua ibu bapanya. Lantaran daripada itu, Justin dan ayahnya, Encik Richardson telah berpindah ke rumah neneknya. Masalah Justin bertambah apabila neneknya suka mengongkong dan memaksa untuk mengambil alih tanggungjawab penjagaan terhadap Justin. Selain itu, semua cadangan adalah dikawal oleh Puan Ann, nenek kepada Justin.

Justin menjadi tidak bersemangat setelah kehilangan ibunya yang mana mereka telah berpisah tanpa ada ucapan selamat tinggal dan tidak akan kembali lagi. Hakikatnya, Justin amat mengharapkan keluarganya dapat bersatu semula. Tetapi, neneknya, sering memburukburukkan ibunya di hadapan Justin.

Lantaran daripada hal ini, Helen telah membawa


Justin kepada guru kaunseling di sekolah tersebut. Namun, apa yang terjadi, nenek Justin memonopoli hampir setiap masa sesi kaunseling. Justeru, Cikgu Cindy yang sepatutnya memberi

khidmat kaunseling seakan-akan diberi nasihat oleh


Puan Ann. Pada masa yang sama, Puan Ann telah membantah cadangan Helen untuk mengadakan home-school management program.

Hasil perbincangan dengan keluarga Justin, Helen dan Cindy gagal mencapai penyelesaian yang boleh membantu perkembangan Justin. Kesimpulannya, cerita ini mengisahkan tentang usaha Cikgu Helen yang tidak tercapai objektifnya ekoran daripada tidak ada kerjasama daripada keluarga Justin. Hal ini bermaksud, tidak semua masalah yang dihadapi oleh murid-murid mampu diselesaikan dengan jayanya oleh guru.

PENGENALAN Watak;
Cikgu Helen Jamison
Justin E. Richardson II

Encik Richardson

Puan Ann

Cikgu Cindy

Cikgu Judy Cole

Cikgu Helen
Seorang guru baru yang ditempatkan di Sekolah C.E Conners Elementary School. Baru bertugas 2 bulan. Seorang yang kreatif Pemotivasi ke arah mewujudkan kerjasama di kalangan anak muridnya. Mengambil berat terhadap anak muridnya.

Justin E. Richardson II
- Bermasalah dari segi sosioemosi, sukar untuk bekerjsama, - Mula bermasalah pada penghujung tahun di tahap 1 dan dipindahkan ke sekolah tempat bertugas Cikgu Helen. - Pendiam. - Tidak dapat memberi tumpuan terhadap pembelajarannya. - Tidak memberi komitmen terhadap tugasan. - Mangsa penceraian ibu bapa. - Diasuh oleh neneknya, Puan Ann.

Cikgu Judy Cole


Guru Justin semasa berada di tahap 1. Menyimpan rekod perkembangan Justin

Cikgu Cindy
Guru kaunseling Rakan setugas Helen.

Encik Richardson
Ayah kepada Justin Bercerai dengan isterinya Menurut telunjuk ibunya, Puan Ann.

Puan Ann
Nenek kepada Justin, Ibu kepada En. Richardson Mengasuh cucunya Justin. Memberi didikan yang salah terhadap cucunya.

MODEL DAN TEORI


Model Terapi Realiti William Glasser Model Modifikasi Tingkah Laku B.F Skinner Teori Humanistik : hierarki keperluan Abraham maslow Keperluan kasih sayang

Model Akibat Logikal Dreikurs

Aplikasi Model Model Terapi

Situasi Perenggan 3

Huraian Kes Helen memberi kuasa kepada muridnya untuk memilih nama yang

Realiti William Helen menggalakkan Glasser muridnya untuk memikirkan dan memilih satu nama

mereka ingini. Ini


memenuhi kaperluan asas yang dicadangkan oleh model ini iaitu mempunyai kuasa dan kawalan.

untuk dijadikan nama


kelas mereka.

Model Terapi

Perenggan 2

Untuk situasi ini, Helen telah memenuhi keperluan kasih sayang dan dipunyai murid-

Realiti William Helen telah menampal Glasser gambar setiap ahli kelas dan

menjadikan gambar mereka


kolaj bagi latar belakang

muridnya. Dengan ada


gambar mereka diluar kelas,

gambar pahlawan diatas kuda murid akan merasa dipunyai

yang mana melambangkan

di dalam kelas dan

kelas beliau. Gambar ini telah merasakan merupakan ditampal pada dinding diluar sebahagian daripada kelas

kelas mereka.

itu.

Perenggan 4 Model Modifikasi Tingkah Laku B.F Skinner Menunjukkan situasi dimana Helen telah menyediakan stiker yang boleh digunakan untuk menebus hadiah yang beliau sediakan. Beliau juga akan memberikan anugerah Spartian of the Week untuk muridnya yang menunjukkan

Model yang menekankan tentang kepentingan peneguhan ini digunakan oleh Helen dengan memberi peluang kepada muridnya untuk menebus hadiah apabila mengumpulkan sejumlah stiker. Stiker akan diberikan jika mereka berkelakuan seperti yang dikehendaki oleh Helen. Ini merupakan salah satu peneguhan positif dalam segi pemberian ganjaran kepada murid-murid. Beliau juga

kerja keras bagi meningkatkan memberikan peneguhan positif dengan gred mereka dalam bidang yang mereka lemah. anugerah bagi setiap minggu bagi meningkatkan motivasi muridnya untuk belajar dan berkelakuan baik didalam kelas kerana mereka mempunyai matlamat untuk dicapai iaitu menebus hadiah. Dengan itu, kelakuan baik yang ditunjukkan akan terbiasa dan menjadi amalan mereka

Model Modifikasi

Perenggan 4 Helen amat berpuas hati dengan

Helen menggunakan model ini untuk membentuk tingkah laku yang di ingini dengan

Tingkah Laku pencapaiannya dan jika ada B.F Skinner masalah tingkah laku, beliau akan

menggunakan teknik kawalan


tingkah laku asas bagi mengatasi

menetapkan dan
memberikan peneguhan

dan mengawal tingkah laku murid- berkala. Melalui

murid beliau dan beliau yakin


kaedah itu amat membantu beliau menghadapi masalah tingkah laku

peneguhan yang
diberikan maka Helen dapat membentuk

yang wujud. Beliau yakin dengan


kebolehan dan keberkesanan teknik ini.

tingkah laku yang


seterusnya seperti yang di ingininya.

Perenggan 8, 11 dan 13 Teori Humanistik -hierarki keperluan Abraham maslow Ibu bapa Justin telah bercerai dan dia

Dalam situasi ini, kita dapat melihat bahawa Justin telah kehilangan

berpindah kerumah neneknya bersama kasih saying seorang ibu apabila ibu ayahnya selepas penceraian itu. Ibunya bapanya bercerai dan ibunya pula pula terus meninggalkan negeri dan menyerahkan hak penjagaan Justin kepada ayahnya. Dalam masa itu, tidak pernah menghubunginya setelah berpindah sedangkan Justin amat merindui dan menyayangi ibunya itu. Selain itu, timbul konflik

Keperluan kasih ibunya tidak pernah kembali dan tidak sayang

menghubungi Justin dan pihak sekolah. dalam diri Justin apabila neneknya Sementara itu, justin yang amat menyayangi ibunya masih berharap memarahinya apabila dia merindui ibunya serta memburk-burukkan

agar ibunya dapat kembali dan mereka ibunya. Ini telah menafikan akan menjadi sekeluarga kembali. Nenek justin bukan sahaja memarahi keperluan kasih saying Justin dan menyebabkan keperluan kasih

Justin kerana masih berharap, dia juga saying seperti yang dinyatakan telah meracuni fikiran Justin dengan bercakap tentang perkara buruk terhadap ibu Justin. dalam hierarki keperluan Abraham Maslow tidak dipenuhi.

Model Akibat Perenggan 18

Disini, menerusi Model akibat

Logikal
Dreikurs

Dalam usaha mengatasi


kelakuan Justin, Helen telah menceritakan masalah kelakuan

logikal Dreikurs, kita dapat


melihat Justin menunjukkan motif mempamerkan

Justin disekolah agar ayah dan

kekurangan apabila enggan

nenek Justin dapat membantunya bergaul dengan rakan sekelas dalam usaha untuk mencari jalan yang lain. Dengan berbuat mengatasi masalah Justin. Helen demikian, dia akan boleh telah menceritakan bahawa Justin kerap mengelamun, tidak mengelamun dan berada dalam dunianya sendiri. Ini kerana dia

menyiapkan kerja dan tidak mahu sentiasa mengahrapkan agar

bergaul dengan rakan sekelas

ibunya akan kembali dan dia

yang lain walaupun rakan sekelas dapat hidup bersama ibu yang memulakan perbualan bapanya sebagai satu keluarga semula.

Peneguhan negatif dan positif diberikan bergantung pada respon Justin Selalu memberi sokongan moral Merangka peraturan dan mengarah semua murid untuk ikutnya

Berikan satu tanggungjawab padanya

Membawanya berjumpa dengan pakar psikastrik

Mendapatkan perintah mahkamah supaya justin dapat berjumpa atau tinggal bersama ibunya Menggunakan Token Ekonomi strategi

Strategi-strategi Yang boleh Digunakan

Menekankan sokongan dari pihak ibubapa


Perhatian istimewa diberikan pada Justin Menghantar Justin ke kelas istimewa Kaedah P&P yang berbeza digunakan

Menggunakan Kekerasan Dalam nada

Menggunakan STRATEGI Token Ekonomi


Helen menyediakan satu carta untuk melekatkan bintang dalamnya Dalam carta itu ada semua nama pelajar Guru akan beri bintang kepada pelajar yang memberi respon yang sangat bagus dalam kelas Melalui kaedah ini Justin akan dapat inspirasi untuk mendapatkan bintang yang lebih Maka dia akan berusaha untuk berinteraksi dengan kawan-kawannya dan aktif dalam proses P&P

Menekankan sokongan dari pihak ibubapa


Satu lagi cadangan Canter adalah seperti berikut: Walaupun Helen tiada dapat respon yang baik daripada pihak keluarga Justin, Helen masih meneruskan usahanya Helen bolehlah mencari ibu Helen dan cuba menerangkan keadaan Justin padanya Helen juga bolehlah menjumpai bapa Justin semasa neneknya tiada dan cuba menerangkan keadaan anaknya Kalau tiada sesiapa pun yang memberi respon yang positif, Helen juga boleh melapor pada pihak polis atas alasan layanan yang buruk kepada Justin daripada ahli keluaraga

Kaedah P&P yang berbeza digunakan


Seterusnya Helen juga bolehlah menggunakan kaedah dalam model Dreikurs seperti berikut: Sedangkan pelajar suka memberi perhatian kepada proses P&P jika ia dijalankan dalam pelbagai cara,maka Helen juga perlu menggunakan kaedah yang pelbagai Banyakkan aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti ini Justin akan dapat peluang untuk menyuarakan pandangannya Apabila pelbagai kaedah digunakan, pelajar akan suka dengan cara pengajarannya dan selalu menunggu untuk kehadirannya

Menghantar Justin ke kelas istimewa


Cikgu Helen boleh menghantar Justin ke kelas istimewa yang boleh menukarnya dari pasif ke aktif. Dia boleh belajar untuk berkomunikasi dengan orang lain sekiranya dia mendapat perhatian atau pendekatan yang khusus Masalahnya ialah dia tidak dapat meluahkan masalahnya kepada orang lain dan mendahagakan kasih sayang. Dengan menghadiri kelas istimewa ini, dia dapat berkomunikasi dengan semua orang, termasuk bapanya.

Perhatian istimewa diberikan pada justin


Selalu memerhati pergerakan Justin Memberi kebebasan untuk Justin untuk bebas bergerak dalam kelas Selalu memberi kelonggaran untuknya supaya dia tidak merasa dirinya dikongkong Selalu mendampinginya dan menyoal masalahnya

Menggunakan Kekerasan Dalam nada


Helen juga bolehlah menggunakan contoh peraturan seperti dalam model Kounin Walaupun Helen bercakap dengan nada yang lembut dalam kelas tetapi dia juga perlu menggunakan kekerasan dalam nadanya semasa proses P&P Ini akan membuatkan pelajar-pelajar takut padanya dan memberi perhatian yang sewajarnya pada proses P&P.

Merangka peraturan dan mengarah semua murid untuk ikutnya


Helen juga bolehlah mengikut model Canter seperti: Merangka peraturan yang mudah dan jelas Sesiapa yang mengingkarnya akan mendapat hukuman Cth; Memberi jawapan apabila guru tanya soalan walaupun jawapan salah. Tidak membisukan diri apabila menanya soalan. Murid yang membisukan diri perlu membuat kerja rumah yang banyak

Selalu memberi sokongan moral


Helen selalunya memberi keyakinan padanya Helen memuji hasil kerjanya Panggil Justin selepas kelas dan memotivasikannya bahawa dia juga seorang murid yang berwibawa Oleh sebab Helen tiada dapat respon yang baik dari ibubapa, maka dia bolehlah menganjurkan satu kem motivasi untuk semua ahli kelasnya. Supaya Justin dapat sedikit sebanyak hasilnya Menerangkan padanya bahawa keadaan dunia ini akan mengetepikannya jika dia terus berkelakuan begini. Maka, memberi seberapa cadangan baginya supaya dia dapat mengatasi keadaanya

Peneguhan negatif dan positif diberikan bergantung pada respon Justin


Helen boleh kaedah Skinner seperti berikut: Jika Justin beri respon yang positif dalam kelas, Helen memujinya dan memberi hadiah sebagai tanda menghargainya Jika Justin tiada beri apa-apa respon ataupun pasif dalam kelas, Helen boleh menanya soalan sangat mudah kepadanya Jika Justin memberi respon yang negatif dalam kelas, Helen menggunakan peneguhan negatif seperti memberinya hukuman

Berikan satu tanggungjawab padanya Helen juga bolehlah menggunakan kaedah dalam model Glaser Akhirnya Helen boleh menjadikan Justin sebagai ketua kelas Apabila Justin dapat satu tanggungjawab dia akan rasa dirinya dihormat Justin akan berusaha untuk bergerak dengan aktif

Membawanya berjumpa dengan pakar psikastrik


Justin boleh dibawa berjumpa dengan pakar psikastrik supaya beliau dapat memberikan rawatan yang sesuai dengannya. Dengan ini, dia dapat mengatasi masalah emosinya dengan sewajarnya; bukan tunjukkan dalam pelajaran atau berkelakuan extrovet.

Mendapatkan perintah mahkamah supaya justin dapat berjumpa atau tinggal bersama ibunya
Cikgu Helen boleh cuba mencari ibu Justin dan mendapatkan perintah mahkamah supaya dapat berjumpa dengan ibunya. Justin boleh mendapat kasih sayang kerana ibunya mungkin memberi semangat kepadanya bukan seperti neneknya yang selalu mengongkongnya. Ayahnya juga tidak mempunyai komunikasi yang baik dengan Justin dan mendengar katakata ibunya sahaja.

BIBLIOGRAFI
Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas Semester 1. Selangor. Penerbit Fajar Bakti.

John Biggs & David Watkins (1995). Classroom Learning Educational Psychology For The Asian Teacher. Singapore. Prentice Hall.
Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Selangor. Siri Pendidikan Perguruan. Open University Malaysia (2006). HBET2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. UNITEM SDN. BHD. Shahabuddin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub (2003). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Pahang. PTS Publications & Distributors.

Anda mungkin juga menyukai