Anda di halaman 1dari 26

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

TUGASAN JANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUS

EFF 312

NAMA KURSUS

FONETIK DAN FONOLOGI

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU KUDAT

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

ISI KANDUNGAN

Perkara

Muka Surat

PENDAHULUAN

1. Transkripsi Fonetik bagi 1.1 1.2 Lirik Lagu Bunyi gitar oleh P. Ramlee Lirik Lagu Getaran jiwa oleh P. Ramlee

3 4 7

2. Esei bertajuk Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah 3. Ringkasan artikel bertajuk Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula, oleh Adi Yusran Abdul Aziz (2010)

9 - 14

15 - 22

PENUTUP BIBILIOGRAFI

23 24

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

PENDAHULUAN Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat disiapkan sepenuhnya. Objektif tugasan ini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan fonetik dan ejaan dalam sistem sebutan dan intonasi; menulis semula sistem bunyi bahasa Melayu berdasarkan rumus fonologi generatif; menunjukkan rasa prihatin terhadap kepentingan sistem bahasa baku; membuat justifikasi sumbangan fonetik dan fonologi terhadap perkembangan bahasa Melayu; seterusnya mengenal pasti permasalahan dan perbezaan yang wujud dalam pendekatan fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Tugasan ini mengkehendaki pelajar menyelesaikan tiga kehendak soalan tugasan yang bermula dengan lirik lagu Bunyi gitar dan Getaran jiwa (oleh P. Ramlee) dalam bentuk Transkripsi Fonetik; diikuti dengan penulisan esei bertajuk Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah; seterusnya diikuti dengan ringkasan artikel bertajuk Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula oleh Adi Yusran Abdul Aziz. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai. Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak pendedahan kepada diri saya tentang lambang-lambang fonetik dan fonologi sejagat dengan penekanan khusus terhadap bunyibunyi bahasa Melayu dan juga kaitan fonetik dan fonologi bahasa Melayu dengan sebutan baku serta sistem ejaan bahasa Melayu. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu yang perlu dimanfaatkan sebaiknya. Disediakan oleh :

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI 690506125566 AEU Kudat

26 Mac 2014M

1.

Lirik Lagu Bunyi Gitar Dan Getaran Jiwa Oleh P. Ramlee Dalam Bentuk
Transkripsi Fonetik. Lirik Lagu Bunyi Gitar (Oleh P.Ramlee)

Oh bunyi gitar Irama twist Tidak sabar Si gadis manis Dengar lagu rancak gembira Hatinya rindu tergoda Ingin dapat teman Menari suka ria Sungguh merdu Lagu ini Siapa mahu Boleh menari Pilih satu teman sendiri Ataukah si hitam manis Kalau sudi mari, kita menari twist Oh gitar berbunyi Menawan hati sedang berahi Oh rancaknya irama Dapat mikat sukma Gadis dan teruna Mari cari teman gembira Gitar solo, Dan melodi Ikut tempo Kalau menari Sila adik,

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

sila cik abang Marilah kita berdendang Irama gembira Hati jadi riang

1.1

Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu Bunyi Gitar (Oleh P.Ramlee)

Oh bunyi gitar : [#oh bui gitar#] Oh : [#oh] bunyi : [#bu#] gitar : [#gitar#]

Irama twist : [#irama twis#] Irama : [#irama#] Tidak sabar : [#tida sabar#] Tidak : [#tida#] sabar : [#sabar#] twist : [#twis#]

Si gadis manis : [#si gadis mans#] Si : [#si#] gadis : [#gadis#] manis : [#mans#]

Dengar lagu rancak gembira : [#dar lagu rana gmbira#] Dengar : [#dear#] [#gmbira#] Hatinya rindu tergoda : [#hatia rindu trgoda#] Hatinya : [#hatia#] rindu: [#rindu #] tergoda : [#trgoda#] lagu : [#lagu#] rancak : [#rana#] gembira :

Ingin dapat teman : [#in dapat tman#] Ingin : [#in#] dapat : [#dapat#] teman : [#tman#]

Menari suka ria : [#mnari suka ria #] Menari : [#mnari#] suka : [#suka#] ria : [#ria#]

Sungguh merdu : [#suguh mrdu#]

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Sungguh : [#suguh#] Lagu ini : [#lagu in#] Lagu: [#lagu#]

merdu : [#mrdu#]

ini : [#in#]

Siapa mahu : [#siapa mahu#] Siapa : [#siapa#] mahu : [#mahu#]

Boleh menari : [#boleh mnari#] Boleh : [#boleh#] menari : [#mnari]

Pilih satu teman sendiri : [#pilih satu tman sndiri#] Pilih : [#pilih#] satu : [#satu#] teman : [#tman#] sendiri : [sndiri]

Ataukah si hitam manis : [#ataukah si hitam mans#] Ataukah : [#ataukah #] si : [#si#] hitam : [#hitam#] manis : [#mans#]

Kalau sudi, : [#kalau sudi#] Kalau : [#kalau#] sudi : [#sudi#]

Mari kita menari twist : [#mari kita mnari twis#] Mari : [#mari#] kita : [#kita#] menari : [#mnari#] twist : [#twis#]

Oh gitar berbunyi : [#oh gitar brbui#] Oh : [#oh#] gitar : [#gitar#] berbunyi : [#brbui#]

Menawan hati sedang berahi : [#mnawan hati sda brahi#] Menawan : [#mnawan#] hati : [#hati#] sedang : [#sda#] berahi : [#brahi#]

Oh rancaknya irama : [#oh ranaa irama#] Oh : [#oh#] rancaknya : [#ranaa#] irama : [#irama#]

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Dapat mikat sukma : [#dapat mkat suma#] Dapat : [#dapat#] mikat : [#mikat#] sukma : [suma#]

Gadis dan teruna : [#gadis dan truna#] Gadis : [#gadis#] dan : [#dan#] teruna : [truna#]

Mari cari teman gembira : [#mari ari tman gmbira#] Mari : [#mari#] cari : [#ari#] teman : [#tman#] gembira : [#gmbira#]

Gitar solo : [#gitar solo#] Gitar : [#gitar#] solo: [#solo#]

Dan melodi : [#dan melodi#] Dan : [#dan#] melodi : [#melodi#]

Ikut tempo : [#ikut tempo#] Ikut : [#ikut#] tempo : [#tempo#]

Kalau menari : [#kalau mnari#] Kalau : [#kalau#] Sila adik, : [#sila adi#] Sila : [#sila#] adik, : [#adi#] menari : [#mnari#]

sila cik abang : [#sila i aba#] sila : [#sila#] cik : [#i#] abang :[#aba#]

Marilah kita berdendang : [#marilah kita brdenda#] Marilah : #marilah#] kita : [#kita#] berdendang : [#brdenda#]

Irama gembira : [#irama gmbira#] Irama : [#irama] gembira : [#gmbira#]

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Hati jadi riang : [#hati jadi ria#] Hati : [#hati] jadi : [#jadi#] riang : [#ria#]

Lirik Lagu Getaran Jiwa (Oleh P.Ramlee)

Getaran jiwa Menlanda hatiku Tersusun nada Irama dan lagu Walau hanya sederhana Tetapi tak mengapa Moga dapat membangkitkan Sedarlah kamu wahai insan Tak mungkin hilang Irama dan lagu Bagaikan kembang Sentiasa bermadu Andai dipisah Lagu dan irama Lemah tiada berjiwa Hampa

1.2

Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu Getaran Jiwa (Oleh P.Ramlee)

Getaran jiwa : [#gtaran jiwa#] Getaran : [#gtaran#] jiwa : [#jiwa#]

Menlanda hatiku : [#mlanda hatiku#] Menlanda : [#mlanda#] hatiku : [#hatiku#]

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Tersusun nada : [#trsusun nada#] Tersusun : [#trsusun#] nada : [#nada#]

Irama dan lagu : [#irama dan lagu#] Irama : [#irama#] dan : [#dan#] lagu : [#lagu#]

Walau hanya sederhana : [#walau haa sdrhana#] Walau : [#walau#] hanya : [#haa#] sederhana :[#sdrhana#]

Tetapi tak mengapa : [#ttapi ta mapa#] Tetapi : [#ttapi#] tak : [#ta#] mengapa : [#mapa#]

Moga dapat membangkitkan : [#moga dapat mmbakitkan#] Moga : [#moga #] dapat : [#dapat#] membangkitkan : [#mmbakitkan#]

Sedarlah kamu wahai insan : [#sdarlah kamu wahai insan#] Sedarlah : [#sdarlah#] kamu : [#kamu#] wahai : [#wahai#] insan : [#insan#]

Tak mungkin hilang : [#ta mukin hila#] Tak : [#ta#] mungkin : [#mukin#] Irama dan lagu : [#irama dan lagu#] Irama : [#irama#] dan : [#dan#] lagu : [#lagu#] hilang : [#hila#]

Bagaikan kembang : [#bagaikan kmba#] Bagaikan : [#bagaikan#] kembang : [#kmba#]

Sentiasa bermadu : [#sntiasa brmadu#] Sentiasa : [#sntiasa#] bermadu : [bermadu]

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Andai dipisah : [#andai dipisah#] Andai : [#andai#] dipisah : [#dipisah#]

Irama dan lagu : [#irama dan lagu#] Irama : [#irama#] dan : [#dan#] lagu : [#lagu#]

Lemah tiada berjiwa hampa : [#lmah tiada brjiwa hampa#] Lemah : [#lmah#] tiada : [#tiada#] berjiwa : [#brjiwa#] Hampa : [#hampa#]

2. Esei bertajuk : Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah

Bahasa melambangkan identiti bangsa dan sesebuah negara itu. Bahasa jua menjadi wahana atau medium yang sangat penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Boleh dikatakan bahawa bahasa itu tonggak tamadun bangsa dan melambangkan jati diri bangsa. Bagi negara kita tercinta, bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengekalkan penggunaan bahasa Melayu sekaligus memupuk rasa cinta dan sayangkan bahasa Melayu dalam kehidupan masa kini mahupun masa hadapan. Dalam memperkasakan bahasa Melayu, kita perlu menyedari bahawa bahasa Melayu itu perlu digunakan dalam bentuk bahasa Melayu baku. Secara sedar atau tidak, pembakuan bahasa Melayu ini pada hakikatnya telah menyumbang ke arah perpaduan rakyat di negara kita. Apakah yang dimaksudkan dengan pembakuan bahasa? Pasti ramai individu yang kurang arif tentang definisi pembakuan bahasa. Jika kita lihat definisi yang ditegaskan oleh Awang Sariyan (1966 : 3), pembakuan bahasa ialah usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Namun, usaha memperkasakan bahasa Melayu baku ini memerlukan gandingan kerjasama kuat oleh semua pihak supaya tidak dihalangi oleh masalah kerancuan bahasa mahu pun pencemaran bahasa. Saya mengatakan hal yang demikian kerana usaha mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu baku menghadapi cabaran hebat dalam banyak situasi dan peringkat lapisan masyarakat. Isu ini termasuklah penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah.

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa sering menghalangi proses pembakuan bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai keadaan rancu (tidak teratur dsb); kekacauan. Kerancuan bahasa pula bermaksud kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk terhadap usaha dalam menstandardkan bahasa Melayu . Manakala Dr. Nik Safiah Karim (1986) telah mendefinisikan pencemaran bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturanperaturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Saya amat bersetuju dengan pernyataan bahawa penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Ini kerana fenomena tersebut turut berlaku di sekolah tempat saya bertugas. Melalui pengalaman dan pemerhatian saya ke atas penggunaan bahasa baku di sekolah, saya dapati penggunaannya amat terhad oleh kalangan sebahagian pelajar sehingga menunjukkan wujudnya kesukaran untuk menguasai bahasa Melayu baku. Penggunaan bahasa baku hanya dititikberatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan ketika program-program bahasa Melayu dijalankan seperti Minggu Bahasa Melayu. Hanya pelajar-pelajar aras satu dalam mata pelajaran bahasa Melayu sahaja yang mampu menggunakan bahasa baku dengan betul. Saya juga dapati masalah yang dihadapi oleh sebahagian pelajar ini dalam menggunaan bahasa baku adalah masalah kerancuan bahasa dalam bentuk bahasa pasar atau bahasa basahan. Bahasa pasar ialah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian. Para pelajar di situ menjadi kelaziman mereka bertutur dalam bahasa pasar atau juga dikenali sebagai bahasa pidgin (rojak) sehinggakan menggunakannya semasa menjalani proses pembelajaran. Sebagai contoh, ayat-ayat bahasa Melayu yang dibina oleh beberapa orang pelajar : i. ii. iii. Farhan ndak (tidak) mau (mahu) melanggar perintah ibu lagi. Lelaki itu balik-balik (sering kali) mencuri wang orang lain. Kelihatan dari jauh kilat (halilintar) sambung-menyambung (sabungmenyabung). iv. v. Bisuk mulai sudah sekolah (Besok sekolah akan bermula.). Jangan kasi besar suara kamu (Jangan besarkan suara kamu).

Tindakan ini menyebabkan terbantutnya penguasaan ke atas bahasa Melayu baku yang betul di kalangan pelajar tersebut. Punca utama berlakunya kerancuan bahasa di sekolah tempat

10

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

saya bertugas adalah gangguan daripada bahasa pasar yang dituturkan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, saya turut mendapatkan pandangan dan maklumat tentang pernyataan Penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah melalui temu bual bersama dua orang guru bahasa Melayu di salah sebuah sekolah rendah. Kedua guru tersebut hanya ingin dikenali dengan guru A dan guru B. Mereka telah memberi kerjasama yang baik sepanjang temubual tersebut. Maklumat pertama saya perolehi daripada guru A dan B adalah mereka bersependapat bahawa penggunaan bahasa Melayu Baku di sekolah mereka kurang diberi perhatian sewajarnya sama ada kalangan guru-guru mahu pun para pelajar. Melalui pemerhatian Guru A dan B, mereka dapati semasa guruguru menyampaikan pengumuman atau peringatan di tapak perhimpunan, bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa Melayu baku yang bercampur aduk dengan bahasa pasar. Mereka tidak menggunakan bahasa baku sepenuhnya, sebaliknya diselit dengan kata-kata dari bahasa pasar. Sebagai contoh : i. Baiklah murid-murid, tolong berenti (berhenti) bercakap ketika guru menyampaikan maklumat penting. ii. Saya taulah (maklum/tahu) kamu mo (murid-murid ingin) cepat siap (perhimpunan segera selesai), tapi kalau ya pun (meskipun begitu, saya berharap) bagi dulu (supaya kamu boleh berikan) perhatian untuk beberapa minit lagi; iii. Apabila waktu rehat tiba, murid-murid diingatkan supaya tidak bertolaktolak waktu turun tangga (berebut-rebut sewaktu melalui tangga). iv. Siapa balik-balik (Sesiapa yang kerap) buang (membuang) sampah dalam bilik darjah, nanti cikgu repot sama bapa mama dia (cikgu akan melaporkannya kepada ibu bapa kamu). v. Sanang-sanang ja(Dengan sewenang-wenangnya ada murid telah) kamu kasi kotor (mengotorkan) kawasan kantin sekolah. Maklumat kedua, Guru A menyatakan bahawa para pelajar di situ hanya menggunakan bahasa Melayu baku apabila di minta untuk membuat karangan bahasa, sewaktu aktiviti menyampaikan pelbagai bentuk teks dijalankan,. Namun, Guru A sempat menjelaskan bahawa karangan yang dibina oleh sebahagian pelajar masih menggunakan bahasa pasar dalam membina ayat demi ayat. Selain aktiviti tersebut, majoriti pelajar lazimnya menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan seharian. Pelajar-pelajar

11

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

yang sering menggunakan bahasa pasar ini kebanyakannya terdiri daripada pelajarpelajar yang mempunyai masalah kerancuan dalam tatabahasa seperti kurang kosa kata baku yang betul, tidak menguasai penggunaan kata dalam ayat dengan baik, tidak menguasai penggunaan kata sendi dan juga tidak menguasai penggunaan adalah atau ialah. Walaubagaimanapun pelajar-pelajar yang dapat menguasai tatabahasa Melayu sentiasa menggunakan bahasa Melayu baku dengan betul. Berikut adalah contoh-contoh kesalahan tatabahasa dan kesalahan bahasa Melayu baku yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut : Kesilapan penggunaan kata dalam ayat bersama penggunaan bahasa pasar :i. Punya berbagai barang di kedai itu. (Ada pelbagai barang di kedai itu.) ii. Saya dibagi sebuah buku. (Sebuah buku diberikan kepada saya) iii. Saya membagi Ibu sehelai tudung. (Saya memberikan sehelai tudung kepada ibu.) Kesilapan penggunaan kata sendi bersama penggunaan bahasa pasar :i. dimana-mana saja (di mana-mana sahaja.) ii. dijaman ini (pada zaman ini.) iii. Beg di gendong oleh abang. (Beg digalas oleh abang.) Kesilapan penggunaan adalah atau ialah bersama penggunaan bahasa pasar :i. Utan adalah ciptaan Allah. (Hutan ialah ciptaan Allah). ii. Suar itu ialah bersih. (Seluar itu adalah bersih.) iii. Usaha yang dibuat adalah membanyakkan risalah. (Usaha yang dijalankan ialah memperbanyakkan risalah. iv. Adalah dibagitahu bahawa . (Dengan ini dimaklumkan bahawa.) v. Para ustad dan ustajah adalah dipelawa (Para ustaz dan ustazah dipelawa.)

Seterusnya maklumat ketiga pula ditambah lagi oleh Guru B. Beliau menjelaskan tentang faktor-faktor penyebab kerancuan bahasa mahupun kerancuan tatabahasa yang berlaku di sekolah tempat beliau bertugas. Faktor pertama adalah gangguan daripada bahasa bahasa pasar. Ia amat mempengaruhi penggunaan kosa kata dalam kehidupan seharian. Bahasa pasar mampu menukarkan perkataan-perkataan baku kepada perkataan-perkataan yang berbeza dari sudut sebutan dan ejaannya. Majoriti pelajar pula sejak kecil mereka bertutur menggunakan bahasa pasar yang dituturkan oleh ibu bapa mereka dan juga masyarakat sekeliling mereka. Sudah tentu penggunaan bahasa pasar amat memberi kesan ke

12

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

atas penggunaan bahasa Melayu baku sehingga menganggap bahasa pasar itu sememangnya betul dan tergolong dalam bahasa Melayu baku. Faktor yang kedua pula, para pelajar kurang pendedahan kepada kosa kata Melayu baku. Ini termasuklah kurangnya kesedaran bahawa amalan membaca itu penting untuk mendedahkan diri kepada pelbagai kosa kata Melayu baku yang betul. Para pelajar masih tidak mengenali bahasa Melayu sepenuhnya sama ada dari sudut sejarahnya, kelebihannya, kepentingannya, keunikannya dan yang paling utama tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara bahasa Melayu sejak dahulu, sekarang dan masa akan datang. Faktor yang ketiga, pelajar membaca bahan bacaan yang banyak kesalahan bahasa di dalamnya. Sebagai contoh mereka ada yang membaca buku-buku komik. Buku komik biasanya menggunakan bahasa-bahasa pasar kerana ia lebih ringkas untuk para pembacanya. Ini juga berpotensi mencemarkan bahasa Melayu baku sehingga penggunannya kurang diberi perhatian dalam kalangan sebahagian pelajar. Selain itu bahan bacaan untuk para pelajar selalunya terdiri daripada buku-buku rujukan bahasa Melayu sebagai contoh buku teks bahasa Melayu, buku rujukan karangan bahasa Melayu, buku rujukan tatabahasa Melayu. Ini menunjukkan kepada kita bahawa penggunaan bahan bacaan yang pelbagai boleh membuatkan para pelajar keliru dengan huraian yang berbezabeza. Bagi pelajar yang tidak bermasalah dalam pembelajaran bahasa Melayu, mereka mempunyai peluang cerah untuk memahami sesuatu topik. Sebaliknya, bagi pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran bahasa Melayu, mereka cenderung kepada kekeliruan dan sukar memahami sesuatu topik. Seterusnya faktor yang keempat, para pelajar tidak mengetahui sistem bahasa dari sudut ejaan dan juga bunyi. Apabila tidak mengetahui ejaan dan bunyi sesuatu perkataan yang betul, sudah tentu pelajar mengambil tindakan untuk memilih ejaan yang biasa digunakan dalam bahasa pasar dan mula menganggapnya itu ejaan dan bunyi yang betul. Sebagai contoh : sarikat (syarikat), membukak pintu (membuka pintu), ndak mau (tidak mahu). Demikianlah pendapat serta huraian yang sangat jelas oleh kedua orang Guru A dan B. Mereka telah berkongsi tentang sejauh mana penggunaan bahasa Melayu baku digunakan di sekolah rendah tempat mereka bertugas dengan huraian tentang masalah-masalah yang melanda bahasa Melayu baku, faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah seterusnya menyediakan contoh bagi setiap masalah kerancuan bahasa dan juga kerancuan tatabahasa. Awang Sariyan (1994) berkata : Salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa

13

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Melayu itu sendiri.Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa jika bahasa yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa?. Kata-kata Awang Sariyan menyedarkan kita bahawa kerancuan bahasa telah berlaku sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang dan berpotensi untuk berlaku pada masa hadapan. Namun, usaha pembakuan bahasa Melayu perlu diteruskan supaya mutu bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan sentiasa terpelihara, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak tergugat, bahasa Melayu yang indah tidak dipinggirkan oleh generasi Melayu; masyarakat Melayu akan lebih mengagungkan bahasa Melayu daripada bahasa asing dan tidak berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Terdapat beberapa cadangan untuk memaksimakan penggunaan bahasa Melayu baku di sekolah rendah antaranya guru-guru perlu menunjukkan contoh kepada pelajar dengan kerap menggunakan bahasa baku sama ada dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Guru-guru seharusnya elak daripada menggunakan bahasa pasar bimbang nanti pelajar pun akan ikut jejak guru. Guru perlu cetus perubahan daripada celik bahasa pasar kepada persekitaran celik bahasa Melayu baku. Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan kekabutan perlu segera dilakukan bukan sahaja oleh guru-guru bahasa Melayu, malah semua guru dan juga pihak ibu bapa pelajar perlu menggalakkan anak-anak mereka supaya rajin membaca pelbagai bahan bacaan bermanfaat dalam bahasa Melayu untuk meluaskan lagi kosa kata bahasa Melayu baku. Pihak sekolah pula sebaiknya merancang aktiviti-aktiviti bahasa seperti bulan bahasa Melayu, pertandingan menulis esei, pertandingan bercerita, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan syarahan, kuiz bahasa Melayu, pertandingan menghasilkan folio kosa kata bahasa Melayu dan banyak lagi aktiviti bertujuan memupuk rasa cinta dan tanggungjawab memelihara bahasa Melayu. Selain itu, penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan supaya bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunannya. Ini termasuklah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar nombor satu di sekolahsekolah rendah, sekolah-sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi seterusnya di jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta. Sebagai contoh, bahasa Melayu digunakan dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat, serta digunakan pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan bangunan dan sebagainya. Selain itu, pihak media cetak dan elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu.

14

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Pihak media sangat dituntut untuk memberi kerjasama ke arah memartabatkan bahasa Melayu yang bersih daripada kerancuan bahasa atau sebarang pencemaran bahasa. Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa penguasaan bahasa oleh generasi muda kita bermula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga semua lapisan masyarakat perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi isu penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Sesungguhnya, pembakuan bahasa di sekolah rendah sering dilanda masalah kerancuan bahasa dan juga kerancuan tatabahasa. Barisan guru dan ibu bapa pelajar perlu memberi galakan kepada para pelajar supaya mengamalkan budaya membaca bahan-bahan bacaan ilmiah dalam bahasa Melayu bsgi memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu baku.Guru-guru dan ibu bapa juga perlu memupuk rasa cintakan bahasa Melayu dalam diri pelajar atau anak-anak sekalian. Sesungguhnya bahasa Mealayu itu melambangkan maruah negara bangsa serta

menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

3. Ringkasan Artikel Tajuk Artikel : Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula

Penulis Artikel : Adi Yusran Abdul Aziz (2010) Sumber : Universiti Putra Malaysia, Jurnal Persatuan Linguistik, 11. Pp. 1-19. IS 1823-9242

Tujuan Kajian dan Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini bertujuan menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan pendapat dalam kalangan pengkaji. Aspek yang dikaji ialah aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal oral sengau, serta penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA). Manakala kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah menggunakan data berbentuk dokumen. Dokumen ialah segala bahan tertulis mahupun

15

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000). Penyelidik menggunakan analisis dokumen bagi mendapatkan data secara objektif melalui dokumen. Dalam kajian ini, aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal oral sengau, serta penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA) dianalisis dengan menggunakan pendekatan fonologi generatif. Data kajian terdiri daripada sumber sekunder yang diperoleh daripada kajian kepustakaan.

Dapatan Kajian Dapatan kajian yang terkandung dalam artikel ini atau yang diperolehi oleh penyelidik antaranya adalah : i. Inventori Vokal Dialek Kelantan Berdasarkan ciri fonologi generatif, inventori vokal lazimnya disusun berdasarkan posisi lidah di dalam rongga oral, iaitu tinggi, tengah (di antara tinggi dan rendah), dan rendah yang disusun secara menegak, manakala depan, tengah (di antara depan dan belakang), dan belakang, disusun melintang seperti yang ditunjukkan di bawah Inventori vokal Dialek Kelantan :

16

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) Rajah 1 : Inventori vokal Dialek Kelantan

Rajah 1 menunjukkan ada enam fonem vokal dalam Dialek Kelantan. Teoh (1994)juga bersetuju dengan enam fonem vocal tetap tidak sama dengan susunan inventori vokal yang berdasarkan ciri fonetik sebagaimana yang terkandung dalam The International Phonetic Alphabet (IPA). Susunan melintang mengikut IPA adalah berdasarkan ruang antara artikulator lidah dengan titik artikulasi, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas, dan luas yang tidak digunakan sebagai fitur distingtif dalam analisis fonologi. Kebanyakan analisis fonologi terkini, kedudukan tinggi, tengah, rendah, depan, dan belakang tidak lagi dinyatakan secara bertulis kerana ia boleh difahami dengan melihat susunan fonem tersebut. Fitur tinggi, rendah, belakang yang dianggap sebagai fitur asas dalam teori fonologi generatif oleh Chomsky dan Halle (1968) boleh dilihat secara jelas dalam carta di atas, tetapi terdapat dua lagi fitur yang turut memainkan peranan penting dalam analisis fonologi yang tidak ditunjukkan dalam carta tersebut, iaitu fitur bundar dan advanced tongue root [ATR] atau pangkal lidah ke depan.

ii. Fitur Distingtif Bagi Fonem Vokal


Dalam analisis fonologi generatif model linear, keseluruhan fitur-fitur vokal yang dinyatakan di atas direpresentasikan dalam jadual matriks fitur seperti berikut :

Jadual 1 : Matriks Fitur Dialek kelantan

17

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Jadual di atas menunjukkan fitur-fitur asas vokal, iaitu tinggi, rendah, dan belakang adalah seperti yang ditunjukkan dalam inventori vokal Dialek Kelantan.. Fitur bundar pula dinilai berdasarkan kedudukan dua bibir. Jika dua bibir dibundarkan maka fiturnya [+bundar], jika dua bibir dihamparkan maka fiturnya ialah [-bundar]. Manakala bagi fitur [ATR] pula, apabila pangkal lidah dikedepankan maka fiturnya adalah [+ATR], jika pangkal lidah dikebelakangkan maka fiturnya adalah [-ATR]. Fitur [ ATR] ini penting bagi

membezakan vokal tengah-tinggi /e/ dan /o/ yang mempunyai fitur [+ATR] dengan vokal tengah-rendah dan yang mempunyai fitur [-ATR] (Roca & Johnson 1999). Fonem vokal tengah // dan /a/ secara fonologinya boleh menjadi [+ATR] atau [-ATR] bergantung kepada perilaku fonologi dalam bahasa tersebut (Spencer 1996; Howe 2003). Berdasarkan perilaku fonologi dalam Dialek Kelantan, // berfitur [+ATR] manakala /a/ berfitur [-ATR]. Pendapat ini selaras dengan pendapat dan data yang dikemukakan oleh Teoh (1994) dan juga selaras dengan kebanyakan bahasa lain di dunia. Perilaku fonologi Dialek Kelantan bagi fitur [ ATR] boleh dilihat dalam fenomena harmoni vokal. Ciri kendur atau lax dan tegang atau tense juga dimasukkan dalam jadual di atas kerana ia diperlukan dalam kajian ini. Ia ditandakan ( ) bagi menunjukkan bahawa ia adalah fitur distingtif unari. Bagaimanapun dalam matriks fitur tidak terdapat fitur tengah dan depan kerana ia tidak diperlukan dalam

analisis fonologi. Ia boleh digambarkan dengan cara memberikan nilai positif [+] dan negatif [-] pada fitur-fitur asas yang disebutkan tadi.

iii. Vokal terbitan dalam Dialek Kelantan, Vokal terbitan dalam Dialek Kelantan, iaitu vokal . Segmen vokal [] dan ] kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi], [rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [] pula berfitur [+rendah], [+belakang], dan [tegang]. Kedua-dua vokal [, ] adalah vokal terbitan dan bukan berstatus fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa generalisasi fonologi. Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya saling memahami antara penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang dihasilkan itu adalah direalisasikan daripada bentuk fonemik yang sama. Setakat ini, ahli bahasa Melayu sepakat mengatakan bahawa fonem BM hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, , a, o, u/. Kedua, kehadiran segmen vokal [, ] dalam kata adalah mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek

18

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Kelantan tiga kemungkinan kehadiran [] dan ], iaitu ] yang direalisasikan daripada /e/ (misalnya : /gelek/ /biasa / /botol/ [ [ge.le]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (misalnya : /haiyan/ [t.ba], /buaia/ ]. Manakala segmen vokal [] pula direalisasikan daripada /o/ (misalnya :

[b.t:]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata (misalnya : /taubat/

[b.j). Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan pandangan yang berbeza daripada pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/ pada suku kata akhir tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U] bukannya vokal tegang [e, o]. Beliau beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o] pada suku kata akhir tertutup, jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian. Contoh yang diberikan oleh beliau adalah seperti di bawah :

Rajah 2 : Perealisasian segmen vokal [I, U] oleh Teoh (1994)

Penyelidik berpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di atas ialah [bi.si], [lu.kih], [hi.do], dan [tu.to]. Hanya Teoh (1994) pengkaji yang menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka. Namun bagi penyelidi kajian ini, kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh penutur asli Dialek Kelantan. Data yang digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak meragukan dan mungkin bersifat ideolek. Teoh juga menamakan bahasa Okpe, salah satu bahasa Benue-Congo yang dituturkan di Nigeria, contohnya berlaku pengenduran vokal seperti ini. Hoffman 1973 (dlm. Casali 1996) beranggapan bahawa dalam bahasa Okpe, segmen vokal
[I, U]

hanya wujud dari segi

fonologinya, tetapi masih [e, o] dari segi fonetiknya. Ini disebabkan kehadiran vokal tersebut ditentukan oleh harmoni vokal. Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang menunjukkan vokal-vokal berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Setelah Setelah dianalisis kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama seperti dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [ATR]. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa

19

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

harmoni vokal Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan segmen-segmen vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur [ATR]. Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi dalam Dialek Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam suku kata akhir tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U,

, , a, ] yang bersamaan dengan semua vokal

terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat fenomena yang berlaku dalam skop yang lebih sempit daripada harmoni vokal yang melampaui batas suku kata. Ini bermakna penjelasan berdasarkan harmoni vokal adalah lebih berpada. Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak harmoni. Dalam suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal dalam suku kata kedua [I, U] berfitur [-ATR]. Kaedah analisis berdasarkan harmoni vokal telah terbukti berkesan. Bagi tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas Dialek Kelantan, terutamanya bagi menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/ yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir tertutup. Sebagai contoh :

Rajah 3 : Data harmoni vocal [+ATR] bagi /i/ dan /e/ dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan

Maklumat b terdiri daripada /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu adalah dianggap fonemik, iaitu mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai [bi.l], sebagaimana /golek/
20

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

direalisasikan sebagai g.l]. Dalam hal ini, harmoni vokal sekali lagi memainkan peranan penting kerana pasangan vokal [i+] adalah tidak harmoni, iaitu tidak berasimilasi pada fitur [ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [] berfitur [-ATR]. Fenomena ini tidak akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni vokal ini, pilihan terbaik ialah mengekalkan bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang berasimilasi pada fitur [+ATR]. Berdasarkan kaedah harmoni vokal di atas, satu tanggapan boleh dibuat untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/ di peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u] dan [o] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua vokal yang berbeza /u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/ dalam suku kata akhir tertutup ialah /i+u/, /u+u/, /+u/, dan /a+u/ seperti berikut :

/tikus/ [ti.kuh] /lutut/ [lu.tu] /letup/ [le.tu] /patuk/ [pa.tu]

Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/, /u+o/, /+o/, dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh : /sibok/ [si.bo] /kutok/ [ku.to] /plok/ [p.lo] Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR]. Dengan itu penulis artikel ini
mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam suku kata akhir tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana Zaharani (1999, 2005) dan sistem ejaan Zaba (1965).

iv. Vokal terbitan [] Teoh (1994) menggunakan simbol [] bagi merujuk kepada segmen vokal []. Istilah IPA bagi simbol [] ialah vokal tengah hampir luas (near-open central vowel). Dalam kajian

21

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai fitur [+belakang]. Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh itu, penggunaan simbol ini masih mengundang kekeliruan terutama dari segi fonetiknya. Contoh bunyi [ ] yang ditemui dalam laman web Wikipedia dan Summer Institute of Linguistics (SIL) International didapati agak berbeza dengan bunyi /a/ di akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi [] dalam laman web yang sama. Perbandingan bunyi [] juga dibuat dengan beberapa perkataan bahasa Inggeris Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced Learners Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [p:d], pot [p :t], dan rock [r:k] yang didapati hampir sama dengan bunyi [] dalam perkataan kata [ka.t], kapak [ka.p] dan marah [ma.yh] dalam dialek Kelantan. Trigo (1991, dlm. Howe, 2003) pula menggunakan simbol [] bagi melambangkan segmen [] dalam Dialek Kelantan. Trigo beranggapan bahawa segmen tersebut mempunyai fitur [+bundar]. Demikian juga pendapat kebanyakan ahli tatabahasa struktural Dialek Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah ] yang juga mempunyai fitur

[+bundar]. Generalisasi fonologi menjelaskan bahawa kehadiran fitur [+bundar] ini boleh diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/. Sekiranya fitur tersebut bundar, contohnya : nya /u/, maka ia akan menyisipkan segmen [w] pada posisi onset imbuhan akhiran /-an/, contohnya : /adu+an/ [a.du.w:]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas [] dan ] pada posisi akhir kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan segmen [w] tidak berlaku, contohnyanya : /duga+an/ [du.g.:], bukannya *[du.g.w:] atau * du.g.w:]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur [bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana datangnya fitur tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai ], contohnya : /tolak/ dan /tolok/ direalisasikan sebagai t.l] dalam Dialek Kelantan, ia akan menyebabkan kehadiran ] dalam kata sukar diramal dan menjadikannya berstatus fonemik. Fenomena ini bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayu yang menunjukkan segmen vokal ] tidak fonemik.

Kesimpulan Kajian Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa Dialek Kelantan mengandungi sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e,

22

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

, a, o u/ dan vocal terbitan ialah ,,]. Artikel Ini juga menjawab persoalan yang timbul

daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik. Ia juga penting kepada pengkaji Dialek Kelantan yang akan datang. Ini bermakna fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa Melayu dan sudah pasti bahawa dialek-dialek lain pun mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ ialah [] bukannya ], ]. atau [] seperti yang dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Artikel ini

juga menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai dengan menggunakan pendekatan fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan inventori segmen bunyi yang lebih berpada.

PENUTUP Setelah menyiapkan tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini, dapat lah dirumuskan beberapa perkara pertama, Fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan lambing yang menunjukkan sebutannya. Kedua, transkripsi fonetik membantu pelajar membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian bunyi fonetik. Ketiga, transkripsi fonetik membantu membentuk atau mencipta harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi. Keempat penguasaan bahasa oleh generasi muda kita bermula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga semua lapisan masyarakat perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi isu penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Sesungguhnya, pembakuan bahasa di sekolah rendah sering dilanda masalah kerancuan bahasa dan juga

23

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

kerancuan tatabahasa. Kelima, Dialek Kelantan mengandungi sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e, , a, o u/ dan vocal terbitan ialah ,,]. Artikel Ini juga menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik.

RUJUKAN Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Syarikat Percetakan Bintang Baru.

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik : Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

24

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS Profesional 2002.

Nik Safiah Karim (1989). Bahasa Melayu Baku Ke Arah Pembinaan Bahasa Kebangsaan yang sempurna. Dalam Asraf (Editor), Bahasa Melayu Baku : Asas Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaludin. Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

25

Anda mungkin juga menyukai