Anda di halaman 1dari 3

ALIRAN-ALIRAN CATAN

Aliran Kiubisme

Kubisme merupakan aliran yang paling innovative, kretaif, dan berpengaruh besar terhadap dalam perkembangan aliran seni rupa di era abad 20an. Aliran kubisme adalah sebuah gerakan seni rupa moden pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Prinsip dasar yang umum pada kubisme yaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, pertindihan , penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dalam aneka bentuk. Gerakan ini dimulai pada media lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. Ciri dari aliran ini adalah mengaplikasikan bentuk-bentuk realisme kedalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna di atas kanvas yang diibaratkan sebagai media pecahan kaca. Istilah "Kubis" itu sendiri, tercetus berkat pengamatan beberapa pelukis iaitu Louis Vauxelles (kritikus Prancis) setelah melihat sebuah karya Braque di Salon des Independants, berpendapat bahawa bahawa karya Braque sebagai reduces everything to little cubes (menempatkan segala sesuatunya pada bentuk kubus-kubus kecil. Gil Blas menyebutkan lukisan Braque sebagai bizzarries cubiques (kubus ajaib). Sementara itu, Henri Matisse menyebutnya sebagai susunan petits cubes (kubus kecil). Maka untuk selanjutnya dipakai istilah kubisme untuk memberi ciri dari aliran seperti karya-karya tersebut sebagai aliran dalam seni visual.

Aliran Impressionisme Impressionisme bermula apabila timbulnya salah faham antara artis dan audien. Keadaan ini menimbulkan situasi luar biasa kepada audien tentang seni, keadaan ini berlaku berikutan perkembangan dan kemajuan berlaku dengan pesat. Masyarakat mula berkehendakkan kehidupan kepada yang lebih baik, mereka merasakan perlu memperolehi termasuklah apa yang dilalui oleh kelas atasan seperti pendidikan, hobi dan arts Pemikiran tentang seni klasik perlu berubah, selepas tahun 1860 pengkarya mula memikirkan rakaman secara spontan berdasarkan apa yang dilihat. Rakaman lukisan mestilah jujur iaitu melalui kesan berus yang perlu dinampakkan dengan jelas. Photographic di dalamnya hendaklah ada nilai poetic dan jiwa. Ini adalah idea baru mengenai teori yang berkait dengan pengalaman mata. Mata menerima informasi yang hanya melalui warna. Ianya juga bukan sekadar menghasilkan landskap malahan menghasilkan sensasi daripada landskap tersebut. Impressionisme mula wujud apabila pengkritik seni iaitu M. Louis Leroy menulis dalam jurnal Le Charivari tentang seni lukisan Claude Monet Impressionisme Sunrise 1872.

Pop Art

Istilah Pop Art dicipta oleh pengkritik Inggeris iaitu Lawrence Alloway untuk mencipta satu pergerakan ataupun kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai "Independence Group" yang bergerak aktif pada tahun 1954-1955. (ENglish Pop Art). MAnakala di Amerika Syarikat, Pop Art lahir di tengah-tengah kesibukan kota d New York. Pada tahun 1959, Robert Rauschernberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis Pop Art yang pertama. Pop Art dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme apabila ia menggunakan imej bergambar serta teknik "hard-edge" dan fotografi. Pelukis-pelukis yang terkenal di Amerika Syarikat terdiri daripada JAsper John Dan Robert. Manakala pelukis Pop ARt yang terkenal di Amerika Syarikat terdiri daripada Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blake dan Allen Jones. Pelukis Pop Art yang begitu kreatif dan juga yang mempunyai kemahiran yang begitu bermutu tinggi di dalam penghasilan karya atau lukisan yang berkaitan dengan Pop Art di Malaysia terdiri daripada Ismail Zain, Redza Piyadasa, dan Ahmad Shukri Mohamad. Di antara hasil karya pelukis-pelukis Pop Art Malaysia ialah "Pemandangan Malaysia Teragong'.

Aliran Ekspressionisme

Menolak ciri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Aliran Futurisme

Futurisme dari bahasa Perancis, futur atau bahasa Inggris, future yang keduanya berarti masa depan adalah sebuah ilmu yang mempelajari masa depan aliran seni yang avant -garde, atau sebelum masanya, terutama pada tahun 1909 Masehi. Futurisme juga pandangan yang lebih mementingkan masa depan. Futurisme adalah aliran seni yang mendukung perkembangan tipografi sebagai unsure ekspresi dalam desain, artinya dalam futurisme huruf tidak hanya diperlakukan sebagai tanda bunyi

tetapi juga sebagai lambang rupa untuk menyampaikan suatu makna. Hal ini disebabkan karena banyak penyair futurisme yang memanfaatkan tipografi sebagai bagian dari ungkapan perasaannya dalam berpuisi.

Aliran Surealisme

Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Aliran Dadaisme

Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan.