Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Dewasa ini multimedia sudah menjadi satu kebiasaan digunakan dalam membuat pembentangan dalam pelbagai bidang. Hakikatnya ia sudah digunakan secara meluas dari dahulu cuma istilah multimedia belum wujud, di mana teks, grafik, audio dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Kesepaduan elemen-elemen multimedia dengan bantuan teknologi telah membentuk satu aplikasi yang lengkap Persembahan multimedia merangkumi; i. Teks a. Asas utama bagi penyaluran sesuatu Informasi. b. Pelbagai jenis dan bentuk, berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. c. Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan.

ii. Grafik - Penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi - Membantu menerangkan informasi secara lebih berkesan. - Penyampaian informasi lebih menarik dan hidup.

iii. Audio - Keberkesanan penyampaian sesuatu maklumat - Meningkatkan daya tarikan dan tumpuan terhadap sesuatu persembahan iv. Animasi - Menceriakan persembahan informasi. - Mampu menerangkan suatu konsep yang kompleks secara mudah - Menarik perhatian.,

v. Video - Penyaluran informasi secara hidup. - Sumber dan media paling dinamik dan efektif.

APRESIASI

Bagi persembahan multimedia Persaraan Guru GPK 1, SK Teriang, saya telah menghasilkan sebuah video dengan perisian movie maker yang mengambil masa selama 5.20 minit. Untuk menjadikan video ini bertambah menarik, saya telah selitkan klip video countdown 10-1 dan di iringi pula dengan lagu Tahajjud Cinta nyanyian Siti Nurhaliza yang amat menyentuh perasaan para pendengar. Penggunaan video effects dan transitions dalam penonjolan teks juga memainkan peranan penting untuk menarik minat tetamu untuk menonton video ini.Penyusunan jalan cerita memainkan peranan yang penting agar video ini penjadi lebih menarik lagi. Warna latarbelakang juga memainkan peranan penting juga agar persembahan ini tidak membosankan para tetamu yang menonton. Bagi rekabentuk banner pula, saya telah memilih Adobe Illustrator walaupun kami digalakkan menggunakan Adobe photoshope. Bagi saya penggunaan font dan juga poin yang bersesuaian iaitu Tradisional Arabic dengan poin 106 bagi tajuk utama dan font Nyala dengan poin 85 bagi sub tajuk, memainkan peranan oenting dalam memberikan penegasan ataupun penonjolan kepada maklumat yang hendak disampaikan.Disamping itu, penggunaan warna yang bersesuaian pada maklumat yang hendak disampaikan juga memainkan peranan penting. Pemilihan warna sejuk bagi latar belakang banner juga memainkan peranan penting untuk mewujudkan suasana yang sayu dan penuh syahdu di kalangan warga sekolah atas majlis perpisahan ini. Penggunaan terlalu banyak warna juga akan mengganggu tumpuan kepada maklumat yang hendak disampaikan. Keseimbangan pada kedudukan gambar juga amat penting agar banner tersebut nampak stabil dan tidak berat sebelah. Oleh itu, gambar Puan Robibah telah saya seimbangkan dengan lencana sekolah SK Teriang di sebelah kirinya.Selain itu, penegasan juga telah dibuat pada gambar dengan di buat bulatan putih di belakang gambar dan petak putih pada sub-tajuk. Ini adalah untuk menonjolkan orang yang diraikan dan juga tarikh serta tempat dimana beliau akan diraikan.

REFLEKSI

Mula-mula, saya ingin berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan kerjakursus PSV 3109 MULTIMEDIA KREATIF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL dengan jayanya.Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah , PUAN HARTINI BINTI KANA kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliau, dapatlah saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan dengan jayanya. Sebelum mengikuti kuliah PSV 3109 ini, saya merasa agak tertekan bila diberikan soalan untuk kerja kursus pendek ini yang mana saya rasakan amat mencabar bagi saya memandangkan subjek ini merupakan subjek yang agak berat, perlu banyak membaca dan amat memerlukan pemahaman dan kajian yang mendalam tentang penggunaan perisian yang sesuai dalam penghasilan persembahan multimedia dan juga banner. Pada mulanya saya rasa kurang faham tentang kehendak soalan kerjakursus yang telah diberikan oleh pensyarah. Setelah saya mengikuti kuliah dan mendapatkan penerangan dan penjelasan dari pensyarah serta berbincang dengan kawan-kawan sekuliah, saya berasa bertambah yakin kerana telah mempunyai sedikit sebanyak gambaran tentang bagaimana hendak melaksanakan kerja kursus ini, bagaimana untuk mendapatkan bahan dan cara-cara untuk berkongsi maklumat. Sepanjang menyelesaikan kerja kursus ini, pelbagai pengalaman telah saya hadapi dan harungi. Antaranya, saya berusaha mendapatkan bahan dan tunjukajar dari rakan-rakan

sekuliah, keluarga dan juga sahabat handai. Malangnya masing-masing kurang mempunyai pengetahuan dalam penghasilan video serta penghasilan banner ini. Saya semakin risau dan keliru serta tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan video dan banner persaraan seperti yang dikehendaki oleh pensyarah. Disamping itu, saya juga kekurangan sumber rujukan tentang perisian-perisian serta tools yang perlu digunakan dalam penghasilan bahan kerjakursus ini. Walaupun telah berusaha tetapi saya kurang mendapat bahan rujukan. Akhirnya saya telah pergi ke perpustakaan awam untuk mendapatkan buku yang berkaitan dengan tugasan ini dan layari internet bagi menambahkan isi-isi untuk tugasan yang diberikan. Ini banyak membantu kerana dalam internet ada banyak sumber rujukan yang berkaitan dengan tajuk ini.

Untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah mengadakan perbincangan semula dengan rakan-rakan sekerja , rakan-rakan sekuliah dan keluarga saya. Saya amat beruntung kerana anak saya yang sulung kebetulan sedang bercuti dan beliau sedang belajar seni percetakan grafik di Institut Latihan Perindustrian di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Beliaulah yang banyak membantu saya dalam penghasilan banner ini. Disamping itu, saya juga mendapatkan pandangan pensyarah tentang intipati kerja kursus ini dan cara membuatnya sehinggalah saya faham bagaimana hendak melaksanakan kerja kursus ini dengan tepat dan menepati kehendak pensyarah. Akhirnya, masalah-masalah ini telah dapat saya atasi. Saya juga tidak berputus asa dan mengambil inisiatif yang lain dengan merujuk pada kawan-kawan yang telahpun menyiapkan kerjakursus kerana sudah pastilah mereka lebih arif tentang kehendak tugasan. Akhirnya, saya dapat maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini. Ketiga-tiga sumber, sumber media cetak, sumber media elektronik dan sumber manusia telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. Melalui kerja kursus ini juga, saya telah dapat belajar dan mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang perisian-perisian dalam penghasilan persembahan multimedia dan juga benner untuk hari persaraan guru penolong kanan 1 sekolah saya. Saya juga dapat mengetahui fungsi warna, font serta saiz poin agar maklumat yang hendak disampaikan tercapai. Dengan pengetahuan yang saya ada ini, saya pasti akan dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Persembahan multimedia seperti ini juga dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. Akhir kata, tugasan ini menyedarkan saya bahawa alat bantu mengajar seperti persembahan multimedia ini banyak membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bahan bantu mengajar seperti ini dapat meringankan beban guru dalam proses menyampaikan maklumat kepada pelajar. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh : SITI ROHAYU BT ROHAN (670902-05-5020)