Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 1 Petikan yang berikut merupakan sebahagian daripada temu bual yang telah dijalankan di sebuah sekolah antara

guru kelas dengan seorang pelajar baharu. Perbualan ini berlaku dalam suasana yang tidak formal dan bahasa yang digunakan juga tidak baku. Tukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ini ke dalam bahasa Melayu baku.

Guru Norji

: Siapakah nama kamu? Apakah perasaan kamu apabila belajar di sini? : Nama saya ialah Norji. Saya berasal dari Kampung Pinang. Saya berasa seronok belajar di sini.

Guru : Kenapa kamu berasa seronok apabila belajar di sini? Norji : Apabila belajar di sini, saya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Guru-guru di sini juga kebanyakannya belajar di luar negara. Apakah peranan smartboard? awak apabila cikgu mengajar dengan menggunakan

Guru :

Norji

: Apabila saya datang ke sekolah ini, baru saya tahu yang itu adalah smartboard. Apabila belajar menggunakannya, saya rasa sedikit bersemangat untuk belajar.

Guru : Semasa di sekolah lama dahulu, kamu tidak bersemangatlah untuk belajar? Norji : Bukan begitu maksud saya, cikgu. Dengan adanya smartboard, saya berasa lebih bersemangat lagi untuk belajar. Walaubagaimanapun, setiap kebaikan yang ada semestinya ada keburukannya.

Guru : Apakah maksud keburukan yang kamu nyatakan? Norji : Penggunaan smartboard itulah. Masa penggunaannya terlalu singkat. Jika menggunakan smartboard, kami tidak sempat untuk menulis nota.

Guru : Maksud kamu masa perlu dipanjangkan. Norji : Betul, cikgu. Kita telah membuang banyak masa semasa penggunaan smartboard. Itu merupakan satu kerugian.

SOALAN 2 Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan dasar bahasa, iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. Sebagai guru di sekolah, anda terlibat secara langsung dengan dasar tersebut dalam memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bincangkan lima peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan dasar berkenaan.

JAWAPAN: 1.0 PENGENALAN / ISTILAH BAHASA Istilah bahasa yang dinyatakan adalah berbeza-beza mengikut pandangan masingmasing. John B. Carol telah meninjau istilah bahasa dari sudut linguistic.Hasil istilah bahasa yang telah beliau peroleh ialah bahasa merupakan suatu sistem bunyi vokal yang berstruktur dan mempunyai urutan-urutan bunyi. Ianya berbeza pula dengan pendapat Bloch dan Trager. Mereka telah mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi. Bahasa Melayu merupakan satu jenis Bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan

persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan Bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah dari sebuah batu bersurat yang bertarikh 682 Masihi yang mana ianya telah dijumpai di Sumatera Selatan. Di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Bahasa Melayu turut dituturkan oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan

Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini adalah berbeza. Ianya adalah bergantung kepada sejarah dan budaya di Negara tersebut. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India

2.0 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya dan ianya adalah bersesuaian dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang terkandung dalam perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama dalam pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuhkan Bahasa Inggeris pula membawa maksud memantapkan

penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib untuk dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Tujuan pelaksanaan MBMMBI dilaksanakan adalah untuk melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris standard dalam perbualan, urusan-urusan yang rasmi, penerokaan ilmu dan dalam alam kerjaya mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Pelaksanaan dasar ini juga adalah bermanfaat dalam membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti teknologi komunikasi maklumat (ICT) serta mempunyai minda yang kritis, kreatif dan inovatif. Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kea rah membina Negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Tujuan utama memperkukuhkan Bahasa Inggeris pula adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Dalam perbincangan yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membentangkan program yang telah dan akan dilaksanakan

bermula tahun 2010 sehingga 2012 dalam usaha memperkasa dan memartabatkan Bahasa Melayu. Secara dasarnya, program dalam memartabatkan bahasa Melayu di KPM terbahagi kepada empat bahagian, iaitu Program Kurikulum, Program Kokurikulum, Program Kajian, serta Program Latihan dan Pembangunan. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dalam menjayakan dasar MBMMBI ini, banyak peranan yang boleh kita laksanakan di sekolah. Antara peranan yang boleh kita gunakan adalah dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang perlu di gunakan dalam semua mata pelajaran di kawasan sekolah. Guru-guru perlu

memberi penegasan agar guru-guru serta murid-murid dapat menggunakan Bahasa Melayu yang formal atau bahasa Melayu baku sepanjang berada di sekolah. Penggunaan bahasa yang betul semasa berintraksi antara guru dan murid serta proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan juga perlu dititikberatkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris. Kita selalu melihat serta mendengar yang kebanyakan antara kita akan menggunakan bahasa melayu yang tidak formal seperti mengikut loghat masing-masing dalam perbualan serta proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah agar murid lebih memahami apa yang ingin disampaikan. Dalam memperkasakan Bahasa Inggeris pula, guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris seharusnya menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Situasi yang kita lihat di sekolahsekolah ialah guru mengajar Bahasa Inggeris menggunakan Bahasa Melayu agar muridmurid cepat menguasai apa yang ingin mereka sampaikan. Situasi seperti ini kerap berlaku di kelas-kelas yang belakang. Di sini menunjukkan bahawa murid-murid akan menguasai sesuatu topik dengan menggunakan Bahasa Melayu. Pada pendapat saya, jika murid tidak faham sesuatu yang ingin guru sampaikan dalam Bahasa Inggeris, guru-guru boleh membantu mereka dengan mencari perkataan yang mereka tidak fahami dalam kamus Bahasa Inggeris Bahasa Melayu atau memberikan penerangan dengan menggunakan istilah dalam Bahasa Inggeris yang mudah, ringkas, cepat dan menyatakan contoh-contoh yang berkaitan dengan topik. Ini akan lebih membantu mereka lagi dalam menguasai Bahasa Inggeris. Peranan kedua yang boleh kita lakukan dalam menjayakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris ialah dengan memfokuskan proses pengajaran dalam aspek tatabahasa.

Peranan ke3- Pelaksanaan program NILAM-mewajibkan semua murid, memerlukan bimbingan dan pemerhatian guru (dapat mencapai hasrat dasar MBMMBI kerana dengan pembacaan yg banyak dapat membantu penguasaan kedua-dua bahasa dengan baik. Peranan ke4-Perbanyakkan aktiviti / program yang berkaitan dengan bahasa. Contoh pertandingan bercerita, coral speaking, dll peringkat kelas, sekolah dan seterusnya. (aktiviti spt ni murid akan guna bahasa baku / standart)secara xlngsung MBMMBI berjaya dilaksanakan Peranan ke 5-Bahasa melayu tradisional perlu diwujudkan semula. Contoh guru ajar syair. Sbb skrg ni syair, sajak tak lagi diambil berat.

# Banyak tu jeala yg ana bru buat. 3 peranan lgi tu ana tulis apa yg cikgu bm sekolah ana gtau..Noris huraikan la apa yg noris faham ngn lbih detail lagi. Tu apa yg ana fham..

Anda mungkin juga menyukai