Anda di halaman 1dari 51

SOALAN-SOALAN LAZIM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN PUSAT

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM

LEMBAGA PEPERIKSAAN 2014

KANDUNGAN
KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENTAKSIRAN SEKOLAH PENTAKSIRAN PUSAT PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI ,SUKAN DAN KOKURIKULUM PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK PENJAMINAN KUALITI PEREKODAN SKOR PELAPORAN HALAMAN 2-7 8 - 20 21 - 35 36 - 37 38 - 41 42 - 44 45 - 46 47 - 48

1 DASAR KPM
1.1 Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)? PBS direkabentuk selaras dengan dasar pentaksiran pendidikan yang bertujuan

mendapatkan maklumat tentang prestasi individu bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi diri sebagai modal insan. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI). Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak hanya dinilai berasaskan peperiksaan sematamata.

1.2

Apakah komponen PBS? PBS melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian akademik dan bukan akademik yang terangkum menerusi 4 komponen pentaksiran seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Pentaksiran Sekolah (PS); Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK); Pentaksiran Psikometrik (PPsi); dan Pentaksiran Pusat (PP).

Melalui empat komponen PBS pengumpulan maklumat tentang kebolehan murid adalah lebih komprehensif melalui profil, pencapaian (achievement), perkembangan (development) dan penglibatan (involvement) dan mampu memberi gambaran lebih tepat tentang potensi dan prestasi murid.

1.3

Apakah punca kuasa pelaksanaan PBS? Pelaksanaan PBS di peringkat sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah: i. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; ii. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturanperaturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan iii. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan.

Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.

1.4

Apakah dasar PBS di Malaysia ini mengambil model sepenuhnya dari negara maju? PBS dibangunkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor untuk membangunkan modal insan yang holistik. Kurikulum yang holistik perlu dilengkapi dengan sistem pentaksiran yang holistik. Dalam membangunkan PBS, LP merujuk kepada amalan negara yang telah berjaya melaksanakan PBS seperti Australia, Kanada dan New Zealand.

1.5

Adakah kajian rintis dibuat sebelum PBS dilaksanakan seluruh negara? Pada tahun 2008, LP telah menjalankan kajian rintis kepada persampelan 500 buah sekolah rendah yang merangkumi SK, SJKC dan SJKT, bandar dan luar bandar, kluster, Sekolah Kurang Murid di pedalaman dan SK Pendidikan Khas. Tujuan kajian rintis adalah untuk mendapat maklumat tentang keperluan, kesesuaian dan kebolehlaksanaan daripada segi sistem pentaksiran, personel, kemahiran guru dalam bidang pentaksiran serta prasarana fizikal dan ICT. Dapatan adalah positif, sebagai contoh dari aspek keperluan transformasi pentaksiran, jika sebelum kajian rintis 68% bersetuju, tetapi setelah kajian dilaksanakan peratusan meningkat kepada 93.1%.

1.6

Adakah PBS sesuatu yang baharu? Pentaksiran sekolah telah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran . Murid ditaksir melalui proses dan produk secara formatif dan sumatif. Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan murid. Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk menjalankan pemulihan, pengukuhan atau pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran Pusat telah dilaksanakan oleh guru di sekolah semasa menjalankan Penilaian 4

Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)

1.7

Bagaimanakah pengoperasian PBS dilaksanakan di sekolah? Pengoperasian PBS hendaklah dilaksanakan berdasarkan dokumen Panduan Pengurusan PBS, Panduan Penjaminan Kualiti, Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid, Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan dan surat siaran Lembaga Peperiksaan.

1.8

Adakah murid akan dinaikkan kelas secara automatik dengan pelaksanaan PBS? PBS tidak mengubah dasar sedia ada tentang kenaikan murid ke kelas / tingkatan yang lebih tinggi. Murid akan dinaikkan kelas secara automatik. Walau bagaimanapun melalui pelaksanaan PBS, guru harus membantu murid menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan dalam kurikulum.

1.9

Adakah pelaporan PBS di peringkat Tingkatan 3 (PT3) digunakan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional dan penentuan aliran di Tingkatan 4? PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka. Penentuan aliran murid di Tingkatan 4 dibuat oleh sekolah berdasarkan pelaporan Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Tingkatan 3 dan Pentaksiran Psikometrik.

1.10

Bagaimana dengan kemasukan murid ke pusat pengajian tinggi? Kemasukan murid ke pusat pengajian tinggi adalah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kedua-duanya sekali.

1.11

Bagaimana pelaporan PBS di peringkat menengah rendah digunakan untuk permohonan pekerjaan? Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pelaporan Pentaksiran Sekolah,

Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Penggunaannya bergantung kepada syarat dan keperluan yang ditentukan oleh majikan.

1.12

Apakah maksud penambahbaikan PMR mulai 2014? Penambahbaikan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula pada 1 April 2014 di semua sekolah kerajaan,sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan. Penambahbaikan yang dilaksanakan adalah dalam perkara berikut: 1. Dokumen Standard Prestasi dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan

Pembelajaran Murid. Pernyataan evidens disatukan dalam pernyataan deskriptor. Bilangan deskriptor juga dikurangkan. 2. Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase Rekod Transit ditiadakan. Perekodan perkembangan pembelajaran murid dilakukan mengikut kesesuaian guru. 3. Pengisian data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online ditiadakan bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline atau secara manual menggunakan cetakan daripada sistem / mengisi dalam buku rekod pengajaran harian. 4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). PT3 merupakan pentaksiran sumatif di peringkat pendidikan menengah rendah bagi melihat pencapaian akademik murid. Melalui PT3, pihak sekolah 6

akan mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor terhadap respon (jawapan) murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh LP. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi dan verifikasi adalah proses untuk memastikan kesahan dan ketekalan (konsistensi) pemberian skor antara pemeriksa.

1.13

Adakah apabila peperiksaan PMR telah tiada lagi, maka murid tidak memiliki sebarang sijil kelulusan akademik sejak darjah satu hingga tingkatan tiga? Peperiksaan UPSR dan PMR yang dilaksanakan adalah untuk melihat pencapaian murid dalam bidang akademik pada peringkat umur tertentu iaitu pada umur 12 tahun dan 15 tahun sebelum mereka meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Kedua-dua peperiksaan tersebut bukanlah di peringkat persijilan seperti SPM, STAM atau STPM. Sehubungan itu, KPM hanya mengeluarkan pernyataan keputusan dan bukannya sijil kelulusan akademik. PT3 mulai 2014 dilaksanakan untuk melihat penguasaan dan pencapaian murid dalam bidang akademik dan pelaporan dalam bentuk gred A,B,C,D,E dan F akan dikeluarkan untuk PT3.

1.14

Bagaimanakah

KPM

memastikan

PBS

yang

telah

ditambahbaik

ini

dapat

dilaksanakan dengan berkesan? KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir sekolah dan guru-guru. Latihan secara menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS yang telah ditambah baik ini adalah penting dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran berkenaan dengan komprehensif. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru lebih memahami konsep pentaksiran dan mengamalkan cara yang betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid. 7

2 PENTAKSIRAN SEKOLAH
2.1 Apakah PS? PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Guru menjalankan pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. PS yang dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif mentaksir proses dan produk. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Manakala pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. Pentaksiran Sekolah memberikan penekanan kepada pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pentaksiran Sekolah dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai instrumen untuk melihat perkembangan (growth) pembelajaran murid serta pencapaian prestasi seseorang murid. Kuiz, lakonan, lisan, latihan bertulis boleh digunakan untuk melihat perkembangan pembelajaran murid . Ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid dalam pembelajaran.

2.2

Apakah Pentaksiran Rujukan Standard? Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard bagi setiap mata pelajaran. Pernyataan standard ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Dalam pentaksiran ini, Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid digunakan untuk melihat kemajuan dan perkembangan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

2.3

Apakah Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid? Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid mengikut tahap-tahap seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dokumen ini merangkumi band, pernyataan standard, deskriptor dan evidens. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid adalah lebih fleksibel. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid membantu guru: mengenal pasti tahap penguasaan murid murid merancang pengajaran-pembelajaran dan pentaksiran yang sesuai untuk murid (cth: pengayaan, pemulihan dan pengukuhan) memberi fokus terhadap PdP dan pentaksiran Pernyataan evidens ditiadakan: Guru tidak perlu menyediakan instrumen berdasarkan setiap pernyataan evidens Guru tidak terikat dengan pernyataan evidens

2.4

Bagaimanakah contoh Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid? Contoh Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid mata pelajaran Geografi Tingkatan 1

TEMA

BAND

DESKRIPTOR
Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul: Kedudukan Arah Jarak dan skala Menjelaskan kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan jelas. Kedudukan Arah Jarak dan skala Simbol peta Mengaplikasi kemahiran geografi melibatkan perkara berikut dengan betul dan tepat. Mengorientasi kompas Mengukur jarak menggunakan skala Membina graf Mengaplikasikan dan menghubungkait kemahiran geografi dalam organisasi ruang atau lapangan mengikut prosedur yang betul dan tepat. Mentafsir dan menjelaskan maklumat dalam peta lakar dan bahan grafik dengan tepat relevan/sesuai dan terperinci Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geogarafi yang relevan dan jelas

2 Kemahiran Geografi Kedudukan Arah Jarak dan skala Simbol peta Peta topo Graf bar mudah

2.5

Apakah yang dimaksudkan dengan band dan deskriptor? Band adalah menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid. Band 6 adalah band tertinggi manakala Band 1 adalah band terendah. Deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Deskriptor mengandungi tingkah laku yang perlu dipamerkan dalam pentaksiran, cakupan 10

kriteria atau aspek yang ditaksir dan dimensi kualiti tingkah laku (Qualifier) yang perlu dipamerkan oleh murid.

26

Apakah Standard Prestasi? Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi.

2.7

Apakah perkaitan antara Standard Kurikulum dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid? Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

2.8

Apakah fungsi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid? Guru menggunakannya sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran

dilaksanakan secara adil dan berfokus. Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, 11

peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

2.9

Adakah instrumen PS perlu diselaraskan antara murid, kelas dan sekolah? Instrumen PS tidak perlu diselaraskan kerana guru perlu mempelbagaikan instrumen mengikut kesesuaian murid.

2.10

Adakah seseorang murid itu mesti menguasai setiap deskriptor untuk menentukan band yang dicapainya? Murid perlu menguasai setiap deskriptor untuk menentukan band yang dicapainya. Penguasaan setiap deskriptor membuktikan murid telah menguasai semua standard kandungan / hasil pembelajaran bagi band berkenaan.

2.11

Adakah murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu? Boleh, murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) / Sukatan Pelajaran. Walau bagaimanapun, murid perlu menunjukkan evidens lisan atau bertulis atau bahan yang membuktikan bahawa murid telah menguasai deskriptor dalam band yang terdahulu. Evidens boleh dikemukakan dalam bentuk bahan atau murid itu sendiri.

2.12

Adakah sekolah perlu melaksanakan PEKA, PLBS / ULBS dan kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 1? PEKA dan PLBS / ULBS perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PS. kursus bagi KHB tidak perlu dilaksanakan di Tingkatan 1 mulai tahun 2012. 12 Kerja

2.13

Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan?

Ujian Bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun boleh dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid. Pelaporan disediakan dalam bentuk markah atau gred.

2.14

Bagaimanakah contoh Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid?

Contoh Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid bagi Geografi Tingkatan 1

PELAPORAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENTAKSIRAN SEKOLAH

GEOGRAFI TINGKATAN 1 NAMA MURID: ALI BIN AHMAD

TEMA 1 2 3 4 KEMAHIRAN GEOGRAFI BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA CUACA DAN IKLIM TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

BAND 1 BAND 2 BAND 3 BAND 4 BAND 5 BAND 6

2.15

Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir? Boleh, kerana GSTT telah dilantik untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pentaksiran hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar.

13

2.16

Bagaimanakah

LP

dapat

menjamin

pentaksiran

sekolah

dilaksanakan

mengikut prosedur? Lembaga Peperiksaan telah menyediakan dokumen Panduan Pengurusan Pentaksiran Bersasaskan Sekolah yang merangkumi enam bab iaitu: Bab 1 Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bab 2 Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bab 3 Pentaksiran Pusat Bab 4 Pentaksiran Sekolah Bab 5 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Bab 6 Pentaksiran Psikometrik Dokumen ini digunakan sebagai panduan kepada pentadbir sekolah dan guru-guru dalam melaksanakan PBS. Dokumen ini juga dapat diakses melalui laman web LP. LP juga telah menyediakan dokumen Panduan Penjaminan Kualiti yang merangkumi lima bab iaitu: Bab 1 Pengoperasian Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bab 2 Pementoran Bab 3 Penyelarasan Bab 4 Pemantauan Bab 5 Pengesanan

14

2.17

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh KPM untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pelaksanaan PS di sekolah? Bagaimanakah untuk mengelak berlakunya ketidakadilan dalam penskoran oleh guru di sekolah?

KPM telah mewujudkan satu mekanisme penjaminan kualiti untuk memastikan bahawa pelaksanaan PS adalah selaras dengan matlamat yang ditetapkan. Pentadbir sekolah hendaklah menjalankan penjaminan kualiti yang merangkumi aktiviti pementoran, pemantauan, penyelarasan, dan pengesanan adalah untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran.

2.18

Bagaimanakah KPM memastikan guru yang mentaksir murid dapat menyediakan instrumen pentaksiran sekolah. Guru-guru yang akan melaksanakan PS telah diberi penataran dan dilatih cara menghasilkan instrumen pentaksiran yang menepati deskriptor dalam Panduan

Perkembangan Pembelajaran Murid. KPM juga akan melantik personel pentaksiran yang terdiri daripada Guru Pakar Mata Pelajaran (Subject Matter Expert) untuk membimbing guru-guru dalam penghasilan instrumen pentaksiran.

2.19

Bagaimanakah KPM memastikan integriti guru dalam menjalankan pentaksiran sekolah. Guru seharusnya memahami bahawa tujuan PS dilaksanakan adalah untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlaku. PS dilaksanakan bagi menilai pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai oleh murid semasa PdP. Dapatan dari PS seharusnya digunakan oleh guru untuk pemulihan dan pengayaan murid serta penambahbaikan dalam teknik penjajaran dan pembelajaran. Ini selari dengan konsep Pentaksiran Untuk Pembelajaran atau Assessment For Learning. Oleh itu integriti guru dalam pentaksiran penguasaan murid dapat diukur melalui kebolehan 15

murid sendiri. Kebolehan yang dipamerkan oleh murid seharusnya mempunyai korelasi dengan prestasi yang diberikan oleh guru.

2.20

Siapakah personel Penjaminan Kualiti di sekolah? Di peringkat sekolah, Penjaminan Kualiti iaitu Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia, Guru Cemerlang, Jurulatih Utama dan guru yang dilantik oleh pentadbir.

2.21

Bagaimanakah ibu bapa boleh mendapat maklumat tentang prestasi pentaksiran sekolah anak mereka? Ibu bapa boleh mendapat maklumat tentang prestasi pentaksiran sekolah anak mereka melalui pelaporan formatif dan pelaporan sumatif dari sekolah contohnya semasa hari perjumpaan ibu bapa dan guru.

2.23

Apakah kelebihan pelaporan formatif dalam bentuk band dan deskriptif berbanding dengan pemberian markah oleh guru dalam peperiksaan dan ujian? Pelaporan formatif dalam bentuk band dan deskriptif adalah untuk melihat perkembangan pembelajaran murid bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari pada tahun semasa. Pelaporan diperolehi daripada aktiviti pentaksiran sewakti PdP. Pelaporan sumatif dalam PS adalah untuk melihat pencapaian pembelajaran murid bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari pada tahun semasa. Pelaporan diperolehi daripada ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.

16

2.24

Adakah murid-murid diberitahu bahawa penglibatan mereka di dalam atau di luar bilik darjah akan dinilai oleh guru? Murid diberitahu bahawa penglibatan mereka di dalam atau di luar bilik darjah akan dinilai oleh guru. Makluman ini disampaikan melalui: Taklimat semasa minggu orientasi Poster dan banner PBS Perhimpunan mingguan sekolah Semasa pengajaran dan pembelajaran Laman web sekolah

2.25

Bilakah guru boleh mentaksir murid? Guru boleh mentaksir semasa proses PdP dan di luar waktu PdP. PBS bersifat fleksibel. Guru perlu kreatif dalam menilai dan mentaksir murid dengan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran. Sebagai contoh, guru boleh mentaksir penguasaan murid melalui tugasan yang diberikan sebagai kerja rumah.

2.26

Bagaimanakah guru hendak mentaksir murid yang pelbagai tahap pencapaiannya dalam satu kelas? Guru boleh mempelbagaikan aktiviti, kaedah pentaksiran dan menggunakan instrumen yang berbeza mengikut tahap pencapaian murid. Guru boleh menjalankan kelas pemulihan bagi murid-murid yang belum mencapai standard dan membuat pentaksiran semula sehingga murid menguasai standard yang telah ditetapkan dalam Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

17

2.27

Bolehkah pentaksiran sekolah membantu dalam penguasaan 3M? Sistem pentaksiran PBS yang lebih bersistematik dan holistik ini boleh membantu murid untuk menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira kerana PS berpusatkan murid dan melihat kepada perkembangan murid.

2.28

Bagaimana pentaksiran untuk murid di Sekolah Dalam Hospital dijalankan? PBS dijalankan sewaktu PdP. Guru yang bertugas di Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan menjalankan pentaksiran dan menyerahkan pelaporan murid berkenaan kepada sekolah asal mereka untuk direkodkan.

2.29

Bolehkan buku kerja, buku aktiviti bahan yang diakses dari internet digunakan untuk pentaksiran sekolah? Buku kerja, buku aktiviti dan bahan yang diakses dari internet boleh digunakan untuk PS selagi ia bertepatan serta bersesuaian dengan deskriptor dalam Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Pentadbir sekolah hendaklah menggunakan kebijaksanaan dalam menentukan bahanbahan yang digunakan.

2.30

Adakah unsur IQ (Intelligence Quotient) dan EQ (Emotional Quotient) diterapkan dalam pentaksiran sekolah? PS bersifat holistik dan menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang memberikan penekanan kepada penerapan unsur IQ dan EQ dalam usaha untuk membentuk perwatakan murid yang lebih beridentiti, berpengetahuan, beretika, berkemahiran dwibahasa dan berkemahiran memimpin seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025.

18

2.31

Apakah evidens? Evidens adalah hasil kerja murid merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.

2.32

Apakah evidens bagi kemahiran Mendengar dan Bertutur? Murid itu sendiri adalah evidens bagi kemahiran mendengar dan bertutur. Murid boleh berinteraksi dan bertindak balas dengan betul dalam situasi yang berbeza.

2.33 Bagaimanakah evidens murid diuruskan? Evidens murid dalam bentuk buku latihan, buku kerja, atau lembaran kerja boleh disimpan oleh murid sendiri.

2.34 Bilakah evidens Pentaksiran Sekolah murid boleh diserahkan semula kepada murid ? Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod.

2.35 Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PS? Tidak timbul isu pengecualian kerana pentaksiran dijalankan mengikut tahap pencapaian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

19

2.36 Adakah Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase perlu disediakan? Guru tidak perlu menyediakan FPM untuk menyimpan evidens terkini murid. Evidens murid disimpan oleh murid sendiri. Guru juga tidak perlu menyediakan Fail Showcase untuk menyimpan evidens terbaik murid. Evidens terbaik boleh dipamerkan sebagai rujukan, panduan dan penanda aras.

2.37 Adakah Rekod Transit perlu disediakan? Guru tidak perlu menyediakan rekod transit secara berasingan. Penguasaan murid boleh direkodkan pada cetakan daripada sistem atau mengisi dalam buku rekod pengajaran harian.

2.38

Bolehkah pentaksiran yang dibuat oleh guru dipercayai? Boleh kerana guru merupakan orang yang paling layak untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: merupakan pakar mata pelajaran (subject matter expert) telah menerima latihan dalam pentaksiran boleh memantau perkembangan murid secara berterusan boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan

pembelajaran murid lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid panduan perkembangan pembelajaran murid

Integriti guru dikawal melalui proses penjaminan kualiti yang merangkumi pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

Pentadbir sekolah seperti Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia bertanggungjawab untuk menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut panduan dan prosedur yang ditetapkan.

20

3 PENTAKSIRAN PUSAT
3.1 Apakah Pentaksiran Pusat ? Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana pihak sekolah mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor terhadap respons (jawapan) murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara ( standardised) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah pentaksiran pusat di peringkat menengah rendah. PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pencapaian akademik murid. dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.

3.2

Apakah maksud penambahbaikan PMR mulai 2014? Penambahbaikan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula pada 1 April 2014 di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan termasuk sekolah swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan. Menerusi PBS peperiksaan Penilaian menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk murid-murid Tingkatan 3 mulai tahun 2014. PT3 merupakan pentaksiran sumatif di peringkat pendidikan menengah rendah bagi melihat pencapaian akademik murid. Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor terhadap respon (jawapan) murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh LP. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi dan verifikasi adalah proses untuk memastikan kesahan dan ketekalan (konsistensi) pemberian skor antara pemeriksa.

21

3.3

Apakah mata pelajaran yang dijalankan PT3? PT3 dilaksanakan berdasarkan mata pelajaran yang terdapat dalam kurikulum kebangsaan yang ditawarkan di sekolah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Sejarah Geografi Pendidikan Kesenian (Sekolah Seni)

22

3.4

Apakah prinsip PT3? PT3 bagi peringkat menengah rendah adalah berdasarkan kepada prinsip yang dibangunkan oleh LP. Lembaga Peperiksaan menyediakan: 1. Item 2. Jadual Spesifikasi Ujian 3. Format Instrumen 4. Jadual Penggredan 5. Panduan Pemasangan Instrumen 6. Panduan Penskoran Item 7. Peraturan Pentadbiran 8. Format Pelaporan PT3 Sekolah melaksanakan perkara berikut: 1. Menyediakan Instrumen 2. Memasang instrumen berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian, Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen Membuat verifikasi instrumen

Mentadbir instrumen Menyediakan jadual Mentadbir PT3 dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP dengan mematuhi peraturan pentadbiran PT3

3.

Memeriksa Skrip Jawapan Memeriksa skrip jawapan murid berpandukan Panduan Penskoran Item Menjalankan moderasi Memberi skor dan membuat verifikasi skor Menetapkan gred berpandukan Jadual Penggredan Menghantar gred ke Lembaga Peperiksaan

4.

Mengeluarkan Pelaporan Mencetak pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3

23

3.5

Apakah jenis instrumen bagi PT3? Instrumen pentaksiran yang digunakan dalam PT3 bagi setiap mata pelajaran mencakupi sukatan pelajaran Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. JENIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN PUSAT Ujian Bertulis dan Ujian Lisan (Bertutur dan Mendengar) 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga 13. 14. Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan 15. 16. 17. Sejarah Geografi Pendidikan Kesenian (Sekolah Seni) Pelbagai Instrumen Ujian Bertulis

BIL

MATA PELAJARAN

1. 2.

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

24

3.6

Apakah tugasan bertulis? Tugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis dalam bentuk objektif atau subjektif.

3.7

Apakah ujian lisan mendengar dan ujian lisan bertutur? Ujian lisan mendengar adalah tugasan yang memerlukan murid mendengar rakaman audio dan respons secara bertulis. Ujian lisan bertutur adalah tugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan.

3.8

Mengapakah mata pelajaran Sejarah tidak ditaksir menggunakan instrumen ujian bertulis sedangkan mata pelajaran tersebut telah menjadi wajib lulus dalam SPM? Objektif mata pelajaran Sejarah berfokus kepada domain pengetahuan, afektif, nilai, dan dan kemahiran. Mata pelajaran Sejarah menekankan kepada penghayatan terhadap nilai sejarah dan menanam semangat patriotisme. Di peringkat menengah rendah, Sejarah lebih sesuai diukur melalui pelbagai instrumen yang memerlukan murid membuat kajian, rujukan dan mempersembahkan jawapan dengan kreatif dan kritis. Kemahiran yang diperolehi melalui instrumen pelbagai seperti kemahiran learn how to learn iaitu mencari maklumat daripada sumber yang sahih akan digunakan semasa murid menjawab soalan-soalan sejarah di peringkat menengah atas.

25

3.9

Apakah pelbagai Instrumen?

i.

Tugasan bertulis

Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan dan gubahan dalam bentuk tulisan.

ii.

Ujian amali

Tugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja dan / atau menghasilkan sesuatu produk.

iii.

Projek

Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan sesuatu produk dan membuat pelaporan tentang produk / artifak yang dihasilkan.

iv.

Persembahan

Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan.

v.

Demonstrasi

Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan.

vi.

Kajian lapangan

Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat serta membuat laporan.

viii.

Kajian kes

Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / maklumat yang diperoleh dan membuat laporan.

26

3.10

Siapakah yang akan menyediakan instrumen (kertas soalan) PT3? Ujian Lisan Mendengar Lembaga Peperiksaan akan menyediakan CD yang mengandungi rakaman audio, soalan, Jadual Penggredan dan Panduan Penskoran Lisan dan menyerahkannya kepada JPN. Sekolah akan menerima CD yang mengandungi dokumen berkenaan daripada JPN mengikut jadual. Ujian Lisan Bertutur Lembaga Peperiksaan akan menyediakan tugasan Ujian Lisan Bertutur, Arahan Persediaan Tugasan, Jadual Penggredan, Panduan Penskoran Lisan dan Lembaran Markah. Sekolah akan memuat turun dokumen berkenaan dari portal LP: http://www.moe.gov.my/lp mengikut jadual. Instrumen Pelbagai Lembaga Peperiksaan akan menyediakan CD yang mengandungi tugasan, Arahan Persediaan Tugasan, Jadual Penggredan, Panduan Penskoran Pelbagai Instrumen dan Lembaran Markah. Sekolah akan menerima CD yang mengandungi dokumen berkenaan daripada JPN mengikut jadual. Ujian Bertulis Lembaga Peperiksaan akan menyediakan CD yang mengandungi soalan, Jadual Spesifikasi Ujian, Format Instrumen, Jadual Penggredan, Panduan Pemasangan Instrumen dan Panduan Penskoran Item. Sekolah akan menerima CD yang mengandungi dokumen berkenaan daripada JPN mengikut jadual. Guru mata pelajaran akan menghasilkan instrumen (kertas soalan) berdasarkan soalan yang disediakan. Pemasangan mengikut Jadual Spesifikasi Ujian, Format Instrumen, Jadual Penggredan dan Panduan Pemasangan Instrumen. Instrumen (kertas soalan) akan diverifikasikan (sahkan) oleh Ketua Panitia dan Pentaksir yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.

27

3.11

Siapakah yang melaksanakan PT3?

Calon Sekolah 1 Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), SM Pendidikan Khas, dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM atau Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar tetapi mengikuti kurikulum kebangsaan hendaklah melaksanakan PP di peringkat menengah rendah; dan 2 Murid berada di Tingkatan Tiga

Calon Persendirian 1 2 Calon tidak berada dalam sistem persekolahan. dan Calon telah berumur 14 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran.

3.12

Berapakah kadar yuran calon swasta dan calon persendirian? Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian hendaklah membuat pendaftaran dengan bayaran yuran RM 65.00.

3.13

Bagaimanakah cara calon persendirian mendaftar untuk menduduki PT3? Calon Calon Persendirian hendaklah membuat pendaftaran di Jabatan Pendidikan Negeri menggunakan borang pendaftaran yang disediakan.

28

3.14

Apakah syarat pendaftaran mata pelajaran?

Calon Sekolah - Menganut agama Islam Pilihan Pertama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Sejarah Geografi Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Pilihan Kedua Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Sejarah Geografi

29

Calon Sekolah - Tidak menganut agama Islam Pilihan Pertama 1 2 3 4 5 6 7 8 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Kemahiran Hidup Sejarah Geografi Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Pilihan Kedua Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Kemahiran Hidup Sejarah Geografi

30

Calon Persendirian - Menganut agama Islam Pilihan Pertama 1 2 3 4 5 6 7 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Pilihan Kedua Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup

31

Calon Persendirian - Tidak menganut agama Islam Pilihan Pertama 1 2 3 4 5 6 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Kemahiran Hidup Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Pilihan Kedua Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Kemahiran Hidup

Nota : Calon Persendirian hanya dibenarkan menduduki Ujian Bertulis sahaja. 3.15 Adakah murid perlu melaksanakan PT3 bagi semua mata pelajaran? Murid hendaklah mendaftar mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah di mana murid belajar kerana hasil kerja murid bagi PT3 ditaksir oleh guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan.

32

3.16

Bagaimanakah pentadbiran PT3 bagi calon hospital? Murid yang berada di hospital akan melaksanakan PT3 mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP. Guru di Sekolah Dalam Hospital akan mentaksir hasil kerja murid dan memastikan markah murid direkodkan diserahkan kepada pihak sekolah untuk direkodkan dalam sistem kemasukan markah.

3.17

Bagaimanakah pentadbiran PT3 bagi calon berkeperluan khas (CBK)? CBK akan melaksanakan PT3 mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP. Tiada sebarang pengecualian diberikan kepada calon berkenaan. Walau bagaimanapun murid pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ujian lisan bertutur dan mendengar. Pihak sekolah hendaklah menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam PT3.

3.18

Bagaimanakah murid yang bertukar sekolah? PT3 dilaksanakan di tadbir, dilaksana dan diberikan skor oleh pihak sekolah. Murid yang bertukar sekolah hendaklah melaksanakan PT3 mengikut mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah baharu.

3.19

Bagaimanakah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara? PT3 dilaksanakan mengikut jadual sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PT3 telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PT3 tersebut.

33

3.20

Adakah Calon Berkeperluan Khas (CBK) dikecualikan daripada melaksanakan PT3? PT3 hendaklah dilaksanakan oleh semua murid termasuk CBK kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ujian lisan bertutur dan mendengar.

3.21

Apakah langkah LP untuk memastikan skor PT 3 yang diperoleh murid sahih? LP telah menyediakan dokumen Panduan Penjaminan Kualiti sebagai panduan kepada pihak pentadbir sekolah menjalankan penjaminan kualiti dalaman. Dokumen ini merangkumi empat aspek penjaminan kualiti iaitu: Bab 1 Pengoperasian Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bab 2 Pementoran Bab 3 Penyelarasan Bab 4 Pemantauan Bab 5 Pengesanan Lembaga Peperiksaan juga menyediakan prosedur pelaksanaan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses

menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima. Pentadbir sekolah hendaklah menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sahih. Ketua Panitia berperanan sebagai penyelaras (moderasi) dan penentusah skor (verifikasi) yang diberi oleh guru sekolah. Ketua Panitia akan menjalankan penyelarasan (moderasi) pemeriksaan skrip jawapan murid bagi memastikan pemeriksaan akur dengan panduan penskoran yang disediakan oleh Lembaga

Peperiksaan dan juga pemeriksaan adalah selaras antara kelas. Ketua Panitia juga akan menentusahkan (verifikasi) skor yang diberikan oleh guru bagi murid adalah sahih dan menepati jawapan murid. 34

LP juga melantik pentaksir luar iaitu Ketua Pentaksir Kebangsaan, Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan dari kalangan guru mata pelajaran untuk menjalankan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor bagi memastikan kesahan dan kebolepercayaan skor sebelum pelaporan dikeluarkan. Pengetua sekolah sekali lagi perlu menjalankan verifikasi skor sebelum menghantar gred murid kepada Lembaga Peperiksaan.

3.22

Bagaimanakah sekiranya murid tidak melaksanakan PT3 bagi satu mata pelajaran? Murid hendaklah melaksanakan PT3 bagi semua mata pelajaran yang didaftar. Murid yang tidak melaksanakan PT3 bagi mana-mana mata pelajaran tidak akan menerima keputusan (gred) bagi mata pelajaran berkenaan.

3.23

Apakah wajaran ujian lisan dalam PP? Ujian Lisan dan Ujian Bertulis dilaporkan secara berasingan dengan dua gred yang berbeza.

35

3.24

Apakah perbezaan antara pelaporan PS dan PT3? Pelaporan formatif dalam PS adalah untuk melihat perkembangan pembelajaran murid bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari pada tahun semasa. Pelaporan diperolehi daripada aktiviti pentaksiran sewaktu PdP. Pelaporan sumatif dalam PS adalah untuk melihat pencapaian pembelajaran murid bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari pada tahun semasa. Pelaporan diperolehi daripada ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Pelaporan formatif dan sumatif PS yang memberi maklumat tentang perkembangan pembelajaran dan pencapaian murid boleh digunakan oleh guru, ibu bapa dan murid untuk memperbaiki atau mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. Pelaporan PT3 adalah untuk melihat pencapaian murid dalam mata pelajaran yang dipelajari dalam tempoh 3 tahun di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3).

3.25

Bilakah PT3 ditadbir? Lembaga Peperiksaan menetapkan tempoh pelaksanaan PT3 tetapi pentadbir sekolah menetapkan jadual pelaksanaannya. Pelbagai Instrumen Ujian Lisan Ujian Bertulis 1 hingga 18 Julai 2014 6 hingga 29 Ogos 2014 12 hingga 17 Oktober 2014

36

3.26

Bagaimanakah pentadbiran PT3 bagi calon persendirian? Pihak Jabaran Pendidikan negeri akan menetapkan PT3 bagi calon persendirian seperti berikut: 1. 2. Menetapkan pusat pentaksiran PT3 bagi calon persendirian. Menyediakan jadual pelaksanaan PT3 dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. 3. Menyediakan instrumen pentaksiran PT3 dengan mendapatkannya dari sekolah kerajaan yang dijadikan pusat pentaksiran. 4. 5. 6. Menyediakan personel pentaksiran bagi memeriksa skrip jawapan calon. Menghantar gred calon ke Lembaga Peperiksaan. Mengeluarkan pelaporan PT3 bagi calon persendirian berdasarkan Format pelaporan PT3.

37

4 PENTAKSIRAN PAJSK
4.1 Apakah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) ? PAJSK adalah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Manakala Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

4.2

Bilakah PAJSK dilaksanakan dalam PBS? PAJSK bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014, Tahun 5 mulai 2015 dan Tahun 6 mulai 2016. PAJSK bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012, Tingkatan 2 mulai 2013, Tingkatan 3 mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 dan Tingkatan 5 mulai 2016.

4.3

Berapa kalikah perjumpaan untuk kokurikulum setahun? Bahagaian Kesenian dan Kokurikulum telah menetapkan perjumpaan untuk kesemua komponen dalam kokurikulum adalah 12 kali setahun.

38

4.4

Siapakah yang perlu merekod SEGAK dan BMI murid? Guru PAJSK perlu merekod SEGAK dan BMI murid kerana pentaksiran dijalankan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

4.5

Siapakah yang perlu merekod Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum murid? Guru kelas perlu merekod Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum murid.

39

5 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
5.1 Apakah Pentaksiran Psikometrik (Ppsi)? PPsi dilaksanakan di sekolah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat kerjaya, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

5.2

Bilakah PPsi dilaksanakan dalam PBS? PPsi bagi Sekolah Rendah dilaksanakan bagi murid-murid Tahun 3 dan Tahun 6. PPsi bagi Sekolah Menengah dilaksanakan bagi murid-murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 3.

5.3

Apakah kaitan antara Pentaksiran Psikometrik dengan Pentaksiran Sekolah? Maklumat yang diperoleh daripada Pentaksiran Psikometrik boleh digunakan oleh guru untuk menyesuai dan mempelbagaikan kaedah pengajaran, pembelajaran serta instrumen PS. pembinaan

40

5.4

Apakah kepentingan PPsi kepada murid yang mengikuti PBS? Maklumat yang diperoleh melalui PPsi digunakan untuk mengenal pasti kecenderungan, kekuatan / kelemahan, minat, bakat dan kesediaan murid. Maklumat ini dapat membantu guru menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Maklumat yang diperoleh daripada PPsi juga boleh digunakan bagi membimbing murid dalam penentuan aliran di tingkatan empat bagi laluan kerjaya murid.

5.5

Siapakah yang melaksanakan PPsi? Murid-murid Sekolah Rendah Ujian Aptitud Am ditadbir dan diskor oleh guru kelas. Skor diserahkan kepada Guru Bimbingan untuk interpretasi skor dan penyediaan laporan. Laporan disimpan oleh Guru Bimbingan di Bilik Kaunseling. Guru Bimbingan akan berbincang dapatan skor dengan guru mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik) untuk penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid. Murid-murid Sekolah Menengah Inventori Tret Personaliti, Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus ditadbir oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menginterpretasi skor dan menyediakan laporan. Laporan disimpan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di Bilik Kaunseling. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan berbincang dapatan skor Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya dengan guru kelas untuk membantu murid dari segi pemilihan kerjaya yang sesuai dengan murid. Skor Ujian Aptitud Khusus boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk tujuan menentukan aliran murid di Tingkatan 4.

41

5.6

Apakah status skor PPsi? Murid-murid Sekolah Rendah Skor Ujian Aptitud Am (UAA) tidak sulit dan boleh dibincangkan dengan guru mata pelajaran dan ibu bapa. UAA bertujuan untuk melihat penguasaan murid dalam kemahiran berfikir aras tinggi. Murid-murid Sekolah Menengah Skor Inventori Tret Personaliti (ITP) adalah sulit. Maklumat Ujian ini disimpan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. ITP bertujuan untuk membantu guru mengenal pasti dan memahami personaliti murid dan memilih intervensi yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat akhir ITP adalah untuk memastikan ciri peribadi individu selaras dengan bidang pekerjaan. Skor Ujian Aptitud Khusus (UAK) tidak sulit. UAK bertujuan mengukur ciri yang menggambarkan potensi seseorang untuk menceburi atau berjaya dalam sesuatu tugasan, bidang pembelajaran, aliran, pekerjaan atau situasi tertentu. Skor Inventori Minat Kerjaya (IMK) tidak sulit. IMK bertujuan untuk membantu murid mengenal pasti laluan kerjaya yang sesuai dengan mereka.

5.7

Apakah pelaporan PPsi yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa? Ibu bapa boleh memohon untuk mendapatkan pelaporan Ujian Aptitud Am, Inventori Tret Personaliti, Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Minat Kerjaya daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling.

5.8

Bagaimanakah pelaporan PPsi direkodkan? Pelaporan PPsi direkodkan secara manual oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam program (MS EXCEL) yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pelaporan hanya perlu dihantar kepada Pengarah Peperiksaan sekiranya dimohon.

42

5.9

Berapa lamakah pelaporan PPsi murid perlu disimpan oleh sekolah? Pelaporan PPsi Tahun 3 dan Tahun 6 disimpan sehingga murid tamat sekolah rendah. Pelaporan PPsi murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 disimpan sehingga murid tamat sekolah menengah.

43

6 PENJAMINAN KUALITI
6.1 Apakah maksud penjaminan kualiti? Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Penjaminanan Kualiti dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan.

6.2

Apakah pementoran? Pementoran dalam konteks PBS adalah satu proses yang diijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Pementoran dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Pengetua / Guru Besar atau guru. Manakala pementoran luaran dilaksanakan oleh LP / JPN / PPD.

44

6.3

Apakah pemantauan? Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS. Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh Pentadbir Sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru. Manakala pemantauan luaran dilaksanakan oleh LP / JPN / PPD / Bahagian di KPM.

6.4

Apakah penyelarasan? Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. Penyelarasan dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru. Manakala penyelarasan luaran dilaksanakan oleh LP / JPN / PPD.

6.5

Apakah pengesanan? Pengesanan ialah proses menilai instrumen PBS yang bertujuan untuk: 1. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran 2. 3. Menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran

Pengesanan dilaksanakan oleh pegawai LP atau pegawai yang dilantik oleh LP 45

6.6

Apakah maksud verifikasi dan moderasi? Moderasi dan verifikasi adalah proses untuk memastikan kesahan dan ketekalan (konsistensi) pemberian skor antara Pemeriksa.

6.7

Bolehkah sekolah melaksanakan silang penyelarasan dan pemantauan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama? Boleh, bagi menjamin kebolehpercayaan instrumen / tugasan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kerjasama tersebut akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PBS.

46

7 PEREKODAN SKOR
7.1 Bagaimana dengan kemasukan prestasi dalam SPPBS yang tidak sempat

dilaksanakan pada tahun lepas? Memandangkan perekodan prestasi murid bertujuan membantu guru meningkatkan tahap perkembangan pembelajaran murid bagi tahun semasa, maka kemasukan prestasi yang belum selesai pada tahun lepas tidak perlu dilaksanakan.

7.2

Apa yang telah KPM lakukan dengan data tahun-tahun sebelumnya? Dalam usaha menambahbaik PBS, KPM telah menggunakan data yang ada untuk dibuat pemantauan perkembangan pembelajaran murid. Ekoran daripada pemantauan tersebut, beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam pelaksanaan PBS pada tahun ini. Contohnya: KPM telah menambahbaik DSP dan menjadikannya sebagai Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM).

7.3

Bagaimanakah guru merekod penguasaan murid? Guru merekod menggunakan modul perekodan offline atau secara manual menggunakan cetakan daripada modul berkenaan / mengisi dalam buku rekod pengajaran harian.

7.4

Boleh terangkan serba ringkas tentang modul perekodan offline tersebut? KPM menyediakan satu modul yang sangat mudah untuk dikendalikan oleh guru. Melalui modul perekodan offline ini, setiap guru mata pelajaran perlu menanda pada Band yang telah dikuasai oleh murid setelah selesai sesuatu tajuk atau tema yang ditaksir. Pelaporan akan dijana secara automatik oleh modul perekodan offline. 47

7.5

Bilakah guru merekod tahap penguasaan murid? Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah guru.

7.6

Bagaimanakah cara ibu bapa mendapatkan pelaporan anak-anak mereka? Memandangkan modul perekodan yang disediakan adalah secara offline, maka ibu bapa boleh mendapatkan pelaporan perkembangan pembelajaran anak masing-masing di sekolah.

48

8 PELAPORAN
8.1 Apakah bentuk pelaporan yang akan dikeluarkan di Tingkatan 3 mulai 2014? Sehingga 2013, pelaporan PMR adalah dalam bentuk pernyataan keputusan bagi setiap mata pelajaran yang diduduki calon dalam peperiksaan pusat.

Mulai 2014, pelaporan pentaksiran di peringkat menengah rendah adalah bagi setiap komponen PBS iaitu PT3, PS, PAJSK dan Ppsi. Pelaporan akan dikeluarkan oleh pihak sekolah dengan format standard yang disediakan oleh LP.

Pelaporan ini dapat memberi gambaran tentang potensi murid secara holistik dan maklumat tersebut dapat membantu murid membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan aliran pendidikan di peringkat menengah atas.

49

8.2

Apakah bentuk pelaporan yang akan dikeluarkan bagi empat komponen PBS?

KOMPONEN AKADEMIK Pentaksiran Sekolah (PS) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

KOMPONEN BUKAN AKADEMIK PAJSK Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pernyataan keputusan bagi semua mata pelajaran yang dipelajari murid adalah berbentuk deskriptif dan Band: 6 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab misali. 5 Tahu, faham dan buat dengan beradab terpuji 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab 3 Tahu, faham dan boleh buat 2 1 Tahu dan faham Tahu

Pernyataan keputusan bagi semua mata pelajaran yang diduduki murid adalah berbentuk deskriptif dan gred: A B C D E Cemerlang

Pernyataan keputusan bagi semua aktiviti kokurikulum yang diceburi murid adalah berbentuk deskriptif tentang: Penyertaan

Pernyataan keputusan adalah berbentuk deskriptif bagi: Inventori Minat Kerjaya

Ujian Aptitud Khusus (minat &

Kepujian Baik Memuaskan Mencapai minimum tahap Penglibatan

kecenderungan pembelajaran)

Prestasi

Belum mencapai tahap minimum

50