Anda di halaman 1dari 3

Logamaya atau dari bahasa latin Mirare adalah suatu fenomena optik semula jadi di mana sinaran cahaya

dilenturkan untuk menghasilkan gambaran objek jauh atau langit yang palsu. Contoh yang paling mudah adalah semasa kita menaiki kereta pada hari yang panas dan terik, dimana kita akan terlihat bayangan lopak air akan di atas jalan raya. Tetapi apabila kita berada di tempat tersebut, lopak air itu sebenarnya tidak wujud. Bagaimana logamaya terjadi? 1) Adanya lapisan udara dengan ketumpatan dan suhu yang berbeza iaitu udara panas dan udara sejuk 2) Pembiasan cahaya 3) Pantulan dalam penuh

Udara & Pembiasan cahaya Udara sejuk mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi kerana kedudukan zarahzarah yang rapat manakala udara panas pula mempunyai ketumpatan yang rendah kerana zarah-zarahnya tersebar. Mengikut Hukum Snell, apabila cahaya melalui menembusi dua bahan yang berlainan ketumpatan, maka cahaya itu akan dibiaskan.

Disebabkan udara panas mempunyai ketumpatan yang rendah, apabilah cahaya melaluinya, indeks biasannya lebih kecil berbanding udara sejuk, jadi apabila cahaya melalui dari udara panas ke udara sejuk pembiasan cahaya akan lebih tinggi. Pantulan dalam penuh (total internal reflection) Sebelum kita beralih ke pantulan dalam penuh kita kena faham apa itu sudut genting. Sudut genting ialah sudut tuju apabila sudut biasan adalah 90 atau lebih.

Sekiranya cahaya masuk (sudut tuju) pada sudut biasan yang kecil (sudut biasan kurang dari 90), sebahagian cahaya akan dipantulkan kembali dan sebahagian lagi akan dibiaskan.

Manakala apabila cahaya masuk (sudut tuju) melebihi nilai sudut genting (sudut biasan lebih dari 90), maka pantulan dalam penuh akan terhasil seperti gambar diatas.

Contoh pembentukan logam maya

Katakan terdapat sebuah oasis, cahaya yang terhasil di titik A akan dibiaskankan oleh udara dan terus dibiaskan sehingga pantulan dalam penuh berlaku di titik B. Disini cahaya akan terpantul ke atas dan akan terbias lagi. (Perlu ingat ketumpatan udara yang berlainan akan menyebabkan cahaya terbias). Akhirnya cahaya yang

terbias tadi akan memasuki mata pemerhati di titik C yang menyebabkan terhasilnya ilusi imej oasis yang kelihatan dekat dengan si pemerhati.