Anda di halaman 1dari 9

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Perkhidmatan pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam pembangunan Negara.Antaranya ialah: ~Mengangkut barangan-Perkhidmatan bas ekspress juga mengangkut
barang seperti bungkusan akhbar/majalah dan barang-barang lain atas permintaan pelanggan untuk dihantar ke destinasi yang diingini. ~Mengurangkan kesesakan-Perkhidmatan bas,teksi,motorsikal van dan sebagainya telah mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Batu Berendam. ~Mengangkut penumpang-Seawal jam 6.30 pagi,perkhidmatan bas sekolah(tumbang bulanan)dan bas Panorama telah menganagkut penumpang yang terdiri dari pelajar sekolah dan pekerja. ~Pelancongan-Perkhidmatan beca di bandaraya Melaka menjadi tarikan pelancongan.Beca-beca dihiasi dengan cantik dan memberi perkhidmatan pemandu pelancong kepada pelancongan samada pelancong dalam negeri atau luar negara.Dari temu bual responden berpandangan Lapangan Terbang Batu Berendam yang dinaik taraf boleh mengembangkan sektor pelancongan di negeri Melaka.Bilangan pelancong dari Indonesia dan domestik akan bertambah .Saya berasa bangga kerana pembinaan lapangan terbang ini boleh merangsang ekonomi Melaka khususnya dalam pelancongan. ~Sumber pendapatan-Perkhidmatan bas atau van sekolah(tambang bulanan) yang mengenakan tambang antara RM35 hingga RM50 bagi seorang penumpang(pelajar)menjadi sumber pendapatan utama kepada pemilik bas atau van sekolah.

~Peluang pekerjaan-Tidak dinafikan perkembangan pengangkutan awam seperti bas Panorama telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar seperti bekerja sebagai pemandu bas atau atendan bas. ~Meningkatkan mobiliti penduduk-Kekerapan bas Panorama mengunjungi laluan setiap 20 minit memudahkan penduduk untuk bergerak.Bas yang berhawa dingin juga lebih selesa. ~Menjimatkan masa-Laluan yang berjadual dan setiap 20 minit oleh bas Panorama telah menjimatkan masa penduduk.Penduduk tidak perlu membazir masa menunggu lama sebagaimana sebelum ini, mereka terpaksa menunggu bas selama 1 jam.

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Berdasarkan masalah perkembangan pengangkutan awam di Batu Berendam,Daerah Melaka Tengah,Melaka,boleh diatasi atau dikurangkan melalui penguatkuasaan undang-undang.Sekiranya masalah pengangkutan awam di Malaysia dapat ditangani dan seterusnya diselesaikan.Kini sudah tibanya Kerajaan Malaysia bertegas dengan pihak-pihak tertentu,syarikat pemilikan bas umpamanya memberikan perkhidmatan yang kelas pertama kepada pengguna,menepati piawai yang ditetapkan sebelum mereka boleh beroperasi.Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ)dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan(LPKP)misalnya boleh menarik balik lesen sekiranya perkhidmatan bas dan teksi daripada mana-mana syarikat tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.Kaedah bagaimana memantau perkhidmatan boleh diperolehi melalui aduanataupun melalui borang kepuasan pengguna. Sebagaimana pemandu kenderaan,seseorang itu haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dari segi teknik-teknik pemanduan,penjagaan kenderaan,pengetahuan asas aspek-aspek teknikal kenderaan dan juga dari segi penyelenggaraan dan memanjang hayat kenderaan kerajaan.Oleh demikian,pemandu kenderaan perlulah menjalani Kursus Pemanduan Berkhemah bagi mendapatkan maklumat serta membantu menangani masalah perkembangan pengangkutan awam di Batu Berendam dan menjadikan diri pemandu bertimbang rasa serta mematuhi undang-undang dan peraturan.

Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar,penyelesaian yang bijak adalah dengan beralih kepada kempen alam sekitar.Peranaan pihak kerajaan dan swasta perlu bersatu dalam menangani isu tersebut.Pengangkutan awam boleh digunakan sebagai mod pengangkutan yang paling efektif di kawasan Bandar dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas jika mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan seperti perkhidmatan yang mesra pengguna,berkualiti,cekap dan cepat serta memberi keselesaan kepada penggunaan.Justeru,penyelesaian ini didapati dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas,mengurangkan pencemaran alam sekitar,dan seterusnya dapat mengurangkan tekanandi kalangan pengguna. Pendidikan alam sekitar boleh membantu pemahaman tentang masalah pengangkutan awam.Usaha pendidikan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran dan galakan kepada murid di sekolah rendah,menengah dan peringkat pengajian pendidikan.Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dan sering kali mengingatkan serta mengaitkan pembelajaran dengan isu semasa.Secara tidak langsung ianya dapat menjadikan mereka pengguna yang bijak mempengaruhi dan menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk,khususnya penduduk di Bandar.Dari temu bual,responden menyatakan pendidikan alam sekitar juga penting untuk pendedahan awal kepada murid-murid sekolah.Saya berharap masyarakat peka terhadap alam sekitar bagi menangani masalah sedemikian.Dengan adanya masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap alam sekitar,masalah ini tidak akan berlaku.

RUMUSAN

Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaana sendiri.Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan.Kebanyakkan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja,belibelah atau institusi pendidikan. Dari dapatan kajian saya jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di sekitar Batu Berendam adalah bas,teksi dan kapal terbang .Bas terdiri dua kategori iaitu bas untuk jarak dekat iaitu untuk kegunaan dalam Melaka dan perjalanan jarak jauh yang keluar dari Melaka.Manakala teksi terdiri daripada penumpang penduduk di sekitar Batu Berendam dan penumpang dari airport Batu Berendam .Kapal terbang pula untuk domestik dan ke Indonesia.Dari kajian saya pengangkutan awam sangat penting terutamanya mengangkut barang,mengurangkan kesesakan,mengangkut penumpang sumber pendapatan,memudahkan pergerakkan pelancong,menjimatkan masa dan member peluang kepada penduduk setempat mencari pekerjaan.Namun demikian terdapat masalah perkembangan pengangkutan awam di Batu Berendam,daripada 30 orangresponden menyatakanpaling tinggi adalah pencemaran udara seramai 25 orang,pencemaran bunyi 24 orang,kesesakan lalu lintas 23 orang diikuti jangka masa lama 18 orang,koe bahan api meningkat 9 orang,pencemaran air 8 orang dan lain-lain orang.Antara langkah-langkah yang perlu diatasi adalah penguatkuasaan undang-undang,kursus pemanduan berkhemah,kempen alam sekitar dan pendedahan awal melalui pendidikan alam sekitar. Oleh itu,kita sebagai masyarakat perlulah bertanggungjawab disekeliling kita bagi menangani masalah pengangkutan awam di Batu Berendam dan di mana sahaja kita berada.Saya berharap kita dapat menjadi masyarakat yang

prihatin,bertanggungjawab,agar keselesaan dalam menggunakan pengangkutan awam ini dapat mempengaruhi dan menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk,khususnya penduduk di Batu Berendam.

KESESAKAN LALU LINTAS


Masalah kesesakan lalu lintas yang dialami oleh penduduk di Bandar tidak seharusnya dibiarkan berterusan.Ini kerana kesesakan lalu lintas boleh memberi gangguan kepada persekitaran dan psikologi manusia.Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti jadual perjalanan yang tidak konsisten,bilangan penumpang yang terlalu ramai yang menimbulkan kesesakan dalam bas dan teksi,kekerapan perjalanan bas yang terlalu lama,tiada kemudahan penyaman udara,(sekiranyaada alat tersebut rosak dan tidak berfungsi),tiada`board pemberitahuanberkenaan jadual perjalanan bas yang seterusnya dan sebagainya.Keadaan-keadaan ini didapati telah menimbulkan kerumitan yang serius kepada pengguna.Ada kalanya penumpang cuba beralih kepada pengangkutan awam,tetapi perkhidmatan yang ditawarkan pula tidak memuaskan.Manakala untuk terus menggunakan kenderaan pensendirian ternyata akan lebih menyulitkan apabila terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas yang lama,keletihan dan sebagainya.

JANGKA MASA LAMA


Oleh kerana bilangan kenderaan semakin banyak dan laluan di sekitar di Batu Berendam merupakan laluan utama,kawasan yang dekat boleh sampai 5 minit menjadi 15 minit kerana pertambahan kereta yang semakin banyak disamping itu berdekatan laluan sekolah.`trafik lightyang ada kalanya tidak berfungsi juga menjadikan kawasan semakin bertambah rumit.

PENCEMARAN AIR
Kajian yang telah dijalankan oleh beberapa orang penyelidik dalam dan luar negara telah memperlihatkan bahawa masalah kualiti alam sekitar semakin tercabar apabila berlakunya pertambahan penduduk dan pengangkutan di Bandar.Boleh dikatakan bahawa hampir seluruh negara di dunia mengalami masalah pencemaran air,udara dan tanah.

JENIS PENGANGKUTAN AWAM DIKAWASAN BATU BERENDAM,DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA

Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya,terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan sekitar Batu Berendam iaitu:

1. BAS AWAM
a) Bas domestik (panorama)-menyediakan pengangkutan awam bagi kawasan dalam sesuatu Bandar,dengan jarak sekitar beberapa kilometre sahaja.Dari Bandar Melaka ke Batu Berendam,tambang RM1.00,kekerapan(30minit), masa perkhidmatan paling awal ialah pada pukul 6.15 a.m. sehingga tamat perkhidmatan pada pukul 10.00p.m. b) Bas jarak jauh(Tranasional,Jebat Ekspress-memberikan perkhidmatan jarak jauh Bandar-bandar besar.Contoh dari Bandar Melaka ke Kuala Lumpur.Tambang mengikut jarak perjalanan,kekerapan(1jam atau 2jam)masa perkhidmatan paling awal 7.00 a.m. sehingga 11.30 p.m.

2. TEKSI
a)terdiri penumpang dari kalangan penduduk di sekitar
Batu Berendam ke Bandar Melaka RM2.00 sehingga RM3.50 b)penumpang dari airport.

3)Kapal Terbang a)Beroperasi untuk perjalanan dari Batu Berendam Melaka


ke dalam negeri dan ke luar negeri seperti Indonesia.

b)operasi kapal terbang Batu Berendam Melaka dari Subang


ke Melaka iaitu pada hari Isnin dan Jumaat 08.30 a.m.,Melaka ke Medan Indonesia pada hari Isnin dan Jumaat pada pukul 09.35a.m.

c)Harga tiket Subang-Melaka-Subang serendah RM6.90 sehala


termasuk cukai.

Anda mungkin juga menyukai