Anda di halaman 1dari 4

Peranan Seni Dalam Psikologi 1.

Perkataan psikologi berasal daripada perkataan Greek, iaitu phyche yang bermaksud jiwa, minda dan semangat atau roh dan logos yang bermaksud perbincangan atau bidang kajian. 2. Psikologi mendukung maksud perbincangan atau kajian ke atas keseluruhan tingkah laku manusia secara saintifik. 3. Psikologi berasal daripada pemikiran ahli falsafah. Wilhlem Wundt (1832-1920) merupakan bapa psikologi moden yang menggunakan kaedah saintifik. Beliau merupakan seorang ahli saintis dari Jerman yang pertama menubuhkan makmal psikologi untuk memahami proses kesedaran dengan menggunakan kaedah introspeksi (membuat penilaian diri). 4. Selain Wilhlem Wundt, pelbagai gerakan psikologi muncul. Contohnya di Vienna, Sigmund Freud yang mengkaji tentang perlakuan di bawah sedar (unconscious), di Britain, John Locke mengemukakan konsep tabula rasa dan di Perancis, Binet mencipta ujian kecergasan dan gerakan psikometrik (mengukur kepintaran berfikir).

Matlamat Psikologi 1. Memperihalkan- melibatkan memperihal perlakuan untuk membezakan perlakuan normal atau tidak normal. 2. Menerangkan- berkaitan dengan penerangan mengenai kemungkinan punca atau penyebab sesuatu perlakuan. 3. Mengawal- untuk mengetahui punca sebenar, mereka mesti mengawal semua penyebab sesuatu perlakuan itu. 4. Meramalkan- melalui ketiga-tiga langkah tersebut maka ahli psikologi akann dapat mencapai matlamat yang keempat, iaitu meramalkan punca sebenar sesuatu perlakuan.

Psikologi Dalam Penghasilan Karya Seni Visual Psikologi bertujuan memupuk kesedaran bagaimana proses seni visual dapat menyumbangkan ke arah memperkembangkan daya kreativiti, imaginasi dan inovasi dalam diri seseorang individu. Kreativiti I. Menurut Kamus Dewan, kreativiti membawa maksud kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif.

II. III.

IV.

Manakala menurut pendapat ahli psikologi, kreativiti bermaksud sesuatu yang asli dan berdaya cipta. Kreativiti dalam seni visual merujuk kepada: a) penglibatan penghasilan kualiti kerja yang baru. b) Kemampuan pengkarya menyelesaikan masalah. Contohnya dalam menyelesaikan permasalahan yang wujud sepanjang proses penghasilan karya bermula dengan pencarian idea, pengolahan imej dan aplikasi aspek formal, serta kesesuaian imej dalam menyampaikan makna atau fungsi karya yang dihasilkan. c) Kemampuan pengkarya menggabungjalinkan media, alat, teknik dan kaedah tertentu dalam proses penghasilan karya. Contohnya dalam menghasilkan pembaharuan dalam rekaan atau reka cipta serta eksplorasi media dan teknik tertentu dalam penghasilan karya. d) Pemikiran yang spontan, berimaginsi, berani dalam sesuatu rekaan, contohnya Berjaya membuat penemuan saintifik dalam rekaan mekanikal atau dapat mereka bentuk imej di luar jangkauan pemikiran biasa. Taylor (1975) menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan perbezaan daripada segi proses: a) Kreativiti ekspresif- hasil yang dihasilkan lebih bersifat bebas, spontan dan mengikut gerak hati. Contohnya, menghasilkan imej ekspresif dan menekankan emosi pengkarya yang disampaikan melalui karya contohnya dalam aliran ekspresionisme. b) Kreativiti teknikal-melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan penetapan pengiraan dan ukuran yang telah ditetapkan. Contohnya, dalam menghasilkan karya seni grafik dan lukisan teknikal. c) Kreativiti inovatif- kefahaman modefikasi andaian asas dan pelbagai prinsip dengan pendekatan alternatif. Contohnya, penghasilan media catan menggunakan warna yang diperoleh daripada media alternatif / media baru. d) Kreativiti inventif- reka cipta yang baru. Contohnya ciptaan baru model telefon bimbit dan kereta yang bertemakan futuristik. e) Kreativiti emergenitif- kreativiti yang kompleks dan jarang berlaku. Penghasilan seni daripada proses kreativiti ini boleh merintis perubahan keseluruhan sesuatu prinsip atau kemunculan sesuatu prinsip yang baru. Contohnya, Picasso merupakan artis yang mempunyai kreativiti yang begitu tinggi sehingga mampu merubah aliran seni lukis daripada imej catan berdasarkan peniruan kepada penonjolan imej kiubisme dan kolaj.

Sensitiviti I. Definisi: suatu perasaan atau keupayaan deria yang cepat dan lekas merasakan sesuatu dan peka terhadap sesuatu. Contohnya, masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di persekitarannya, seperti gejala sosial yang membawa kesan negatif dan perlu dihindari. II. Sensitif terhadap sesuatu perkara adalah penting bagi pengkarya untuk menyuarakan sesuatu mesej melalui karya yang dihasilkan, contohnya sensitive terhadap : a) budaya dan norma dalam sesebuah masyarakat. Karya ini boleh dilihat pada kebanyakkan motif tumbuh-tumbuhan menjalar dalam seni ukiran Melayu tradisional yang melambangkan budaya hormat menghormati antara satu sama lain. b) isu-isu semasa boleh digambarkan dalam karya, seperti imej peperangan atau pergolakan politik dalam sesebuah Negara. c) emosi individu terhadap sesuatu perkara, contohnya kesedihan, kemarahan atau kegembiraan. d) isu keprihatinan seperti perubahan sosiobudaya dan fenomena alam semula jadi.

Emosi 1. Emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, marah, dan gembira. Keadaan atau fikiran yang teransang dan melibatkan perubahan psikologi pada seseorang. 2. Luahan emosi boleh dihasilkan secara positif melalui penghasilan karya. 3. Hasil seni dapat dijelmakan melalui emosi, pemikiran, idea, perasaan, kemahiran, dan diluahkan melalui pelbagai media atau bahantara. Jenis-jenis Emosi 1. Emosi sensori-kesan daripada rangsangan dari luar tubuh seperti rasa dingin, kenyang, letih dan lapar. 2. Emosi psikik- emosi yang mempunyai alasan kejiwaan seperti : a) Perasaan yang berkait dengan orang lain seperti kasih sayang dan simpati. b) Perasaan intelektual, iaitu berkaitan dengan kebenaran. c) Perasaan moral iaitu perasaan yang berhubung dengan nilai baik dan buruk atau etika moral seperti bertanggungjawab dan perasaan bersalah.

d) Perasaan estetika, iaitu perasaan yang berkaitan dengan keindahan terhadap sesuatu. e) Perasaan tentang ketuhanan contohnya, bersyukur, berharap, bermohon dan pasrah.

Anda mungkin juga menyukai