Anda di halaman 1dari 5

Bil 1

Agenda Ketibaan tetamu khas

Teks Mengumumkan ketibaan En. Ariffin Bin Kamis Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seremban Sektor Pengurusan Kualiti dengan diiringi oleh En. Ariffin Bin Ismail, Guru Penolong Kanan Kurikulum Sek. Keb. Ulu Beranang dan Kem Komandan ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Bacaan Asma ulhusna, lagu Negaraku dan lagu Pergerakan

Bagi memulakan majlis kita pada hari yang berbahagia ini, marilah kita bersama-sama mengalunkan kalimah Asma ul-husna diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Puteri Islam. ****** (bacaan dan nyanyian) Semua hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa

Hadirin dan hadirat sekalian, Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Bin Hasim. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ****** (bacaan doa) Amin, amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Azhar Bin Hasim atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan aluan pengerusi majlis

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Jejaran mengkudu berbias kesuma Di celah angsana di Tanah Jawa

Ucapan Aluan pembuka bicara Di dewan SKUB kita bersua Yang Berbahagia En. Ariffin Bin Kamis Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seremban Sektor Pengurusan Kualiti Yang berusaha En. Ariffin Bin Ismail, Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Ulu Beranang, Pn. Norhamiza Binti Basri, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Ulu Beranang selaku wakil Pengerusi Perkhemahan Tahunan Pergerakan Puteri Islam Sekolah Rendah Peringkat Daerah Seremban 1 dan Seremban 2 bagi tahun 2014. Yang dihormati Pn. Bahiyah Binti Mansor selaku Pegawai Teknikal Pergerakan Puteri Islam Daerah Seremban. Barisan Guru Penolong Kanan Barisan guru-guru penasihat Pergerakan Puteri Islam Sekolah-sekolah Daerah Seremban 1 dan Seremban 2, Barisan pendidik, Seterusnya, puteri-puteri yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Majlis Penutup Perkhemahan Tahunan Pergerakan Puteri Islam Sekolah Rendah Peringkat Daerah Seremban 1 dan Seremban 2 tahun 2014 ini yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 8 April 2014 dan berakhir pada hari ini iaitu 10 April 2014. Pihak majlis serta seluruh warga Pergerakan Puteri Islam, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia En. Ariffin Bin Kamis , Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seremban Sektor Pengurusan Kualiti kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Majlis Penutupan Perkhemahan Tahunan Pergerakan Puteri Islam Sekolah Rendah Peringkat Daerah Seremban 1 dan Seremban 2 yang kita rencanakan

pada hari ini. Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian, Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam ini dijalankan bermatlamat untuk memupuk semangat dan jati diri pelajar. Disamping itu kem ini juga dapat mencungkil dan menggilap potensi diri para pelajar. Tambahan lagi kem sebegini juga dapat meningkatkan kekuatan dari segi fizikal dan mental pelajar untuk mengharungi pelbagai cabaran yang akan datang. 5 Ucapan Pengerusi (GB SKUB) Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan menjemput En. Ariffin Bin Ismail, Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Ulu Beranang selaku wakil Pengerusi Perkhemahan Tahunan Pergerakan Puteri Islam Sekolah Rendah Peringkat Daerah Seremban 1 dan Seremban 2. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ****** (Ucapan) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Ariffin Bin Ismail atas ucapan itu tadi. 6 Ucapan Perasmian Penutupan Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. Majlis diteruskan pula dengan menjemput Yang Berbahagia En. Ariffin Bin Kamis Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seremban Sektor Pengurusan Kualiti untuk memberi sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Perkhemahan Tahunan Pergerakan Puteri Islam Daerah Seremban 1 dan Seremban 2 bagi tahun 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ****** (Ucapan) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Ariffin Bin Kamis atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Penyampaian hadiah dan cenderamata

Adat nan baharu berubah-ubah Adat manusia mengandung salah Keputusan pertandingan diketahui sudah Ada yang menang ada yang kalah. Kini, tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh puteriputeri sekalian iaitu penyampaian hadiah dan cenderamata kepada puteri-puteri yang telah bertungkus lumus menyertai pelbagai pertandingan yang telah dipertandingkan sepanjang perkhemahan 3 hari 2 malam ini. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berbahagia En. Ariffin Bin Kamis dengan diiringi En. Ariffin Bin Ismail untuk menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada para pemenang. Dijemput semua ahli kumpulan untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah. ###### (Rujuk senarai Pemenang)

Penyampaian sijil

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa Pengelola Perkhemahan Tahunan Pergerakan Puteri Islam Daerah Seremban 1 dan Seremban 2 bagi tahun 2014. Oleh itu, dijemput Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Nor sebagai wakil untuk menerima sijil tersebut. Seterusnya adalah penyampaian sijil penyertaan kepada semua puteri yang telah menyertai perkhemahan ini. Dijemput wakil dari : ##### (Rujuk senarai sekolah) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Ariffin Bin Kamis atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan cenderamata sebentar tadi.

Penyampaian cenderahati kepada tetamu khas

Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada tetamu khas. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha En. Ariffin Bin Ismail bagi menyempurnakan acara.

Dipersilakan Yang Berbahagia En. Ariffin Bin Kamis untuk menerima sedikit cenderamata. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Ariffin Bin Ismail atas kesudian beliau untuk menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

10

Ucapan penutup dan jamuan

Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada hari ini. Majlis terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Ariffin Bin Kamis kerana kesudian beliau untuk meluangkan masa menghadiri majlis kita pada hari ini. Majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program perkhemahan tahunan ini. Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Hadirin dah hadirat sekalian dijemput untuk ke kantin sekolah untuk menikmati sedikit jamuan.

Anda mungkin juga menyukai