Anda di halaman 1dari 3

SOALAN: GUNAKAN DATA YANG DIKUMPUL SEBAGAI BAHAGIAN UTAMA ISI TUGASAN ANDA.

KAITKAN DAPATAN KAJIAN DENGAN KONSEP DAN PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN TEORI-TEORI

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF YANG BERKAITAN. Konsep pertumbuhan dan perkembangan adalah dua proses yang penting dalam setiap manusia. Proses perkembangan berlaku secara berterusan hingga ke akhir hayat manakala proses pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad pada faktor baka dan persekitaran. Pertumbuhan juga boleh didefinisikan sebagai suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu perubahan fizikal manusia dari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus berlaku hingga ke satu tahap perubahan itu akan berhenti. Pertumbuhan dan perkembangan manusia sama ada pra-lahir atau selepas lahir mengikut arah tertentu. Arah ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Cephalocaudal(daripada kepala ke aki) dan Proximodistal(daripada tengah ke tepi) . walaupun corak dan susunan perkembangan setiap manusia hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbezs mengikut individu. Perkembangan anggotaanggota badan berkaitan juga saling mempengaruhi antara satu sama lain. Melalui ujian-ujian piaget tersebut, kumpulan kami mendapati bahawa semua kanak-kanak yang menerima ujian piaget telah memberi jawapan yang betul. Hal ini amat di luar jangkaan kami. Kami berpendapat bahawa jawapan yang diterima oleh kami akan hampir sama dengan jawapan standard ujian piaget. Jawapan standard ujian piaget bererti bilangan jawapan betul akan bertambah scara peringkat. Kanakkanak peringkat 3 akan mempunyai bilangan jawapan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan kanak-kanak peringkat 1 dan 2. Selepas perbincangan kami, kami bersetujui bahawa sebab kanak-kanak peringkat 1 dan 2 dapat menjawab soalan dengan betul adalah kerana pertumbuhan dan perkembangan mereka adalah lebih cepat dan proses pemikiran mereka adalahtepat. Oleh itu kami mendapat satu kesimpulan iaitu generasi yang akan datang akan lebih cerdik berbanding dengan generasi yang sedia ada. Kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial scara peringkat. Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif kanak-kank berlaku secara peringkat. Jean piaget juga berpendapat bahawa persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina persekitarannya. Kanak-kanak membina persekitarnya melalui proses penerokaan, manipulasi dan menilai fizikal persekitarannya. Jean piaget telah menyusun beberapa konsep asas

untuk menerangkan penemuannya. Konsep pertama ialah konsep skemata. Skemata merupakan kemampuan seseorang untuk menguasai sesuatu kemahiran. Kemahiran ini dapat dikuasai mengikuti umur. Misalnya seseorang bayi akan menghisap apa sahaja yang diletakkan ke mulutnya seperti jari tangan, botol susu, dan lain-lain. Hal ini sebab, bayi tersebut tidak dapat membezakan mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya. Keadaan ini boleh dikaitkan dalam ujian piaget yang dijalankan kepada murid-murid pada peringkat 1. Walaupun mereka berada pada peringkat 1, mereka sudah tahu kuantiti sesebuah objek tidak akan berubah meskipun objek luarannya berubah. Konsep kedua ialah asimilasi iaitu penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada. Perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanakkanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Dalam kajian data yang dikumpulkan, sasaran kumpulan kami telah memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Dalam teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky, pelajar akan

menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Lev Vygotsky kebanyakannya lebih menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya, dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan

pembelajaran individu. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini, iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan (scaffolding). ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak pada peringkat 1 melakukan ujian piaget dengan bantuan kami. Kanak-kanak peringkat 2 dan 3 pula kurang bergantung kepada bantuan kami. Konsep perancah (scaffolding) juga merupakan teori yang diasaskan oleh Vygotsky. Scaffolding bermaksud kerangka besi/kayu yang menyokong bangunan. Scaffolding merupakan satu struktur yang menyokong satu struktur yang lain. Apabila struktur yang baru itu sudah kuat/lengkap dan boleh berdiri sendiri, struktur sokongan akan dibuang. Hal ini dapat dikaitkan dengan perkembangan kanak-kanak. Jika asas pembelajaran atau kemahiran asas seseorang kanak-kanak sudah dapat dikuasai maka bantuan daripada orang lain tidak diperlukan lagi. Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi

kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Dalam dapatan kajian, kumpulan kami memerhatikan bahawa tulisan kanak-kanak mereka semakin cantik dari peringkat 1 hingga 3. Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 ), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Menurut Schmidt dan Wrisberg ( 2000 ), kemahiran fizikal kanak-kanak bahagi kepada dua aspek, iaitu tertutup dan terbuka. Kemahiran fizikal tertutup dimaksudkan sebagai perjalanan aktiviti yang di dalam persekitaran yang terkawal serta tidak berubah, manakala kemahiran fizikal terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti fizikal secara berubah. Aktiviti kami telah dijalankan dalam persekitaran yang terkawal. Mereke hanya menjawab soalan yang dikemukakan.