Anda di halaman 1dari 5

ISL 2: Definisi Tamadun Islam dan Prinsipnya.

Definisi Tamadun Islam o Syed Muhammad Naquib al-Attas : Tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. o Ibn Khaldun : Tamadun Islam sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilainilai seni. o Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (al-Sunnah) dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim o Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (meng-Esakan Allah s.w.t). o Manakala, golongan minoriti bukan beragama Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam. (Cthnya, menterjemahkan buku-buku tamadun-tamadun sebelum Islam dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang pengkhususan tertentu yang tidak bertentangan dgn prinsip-prinsip Islam.

Prinsip-Prinsip Tamadun Islam Dasar utama Tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Tuhan kepada hamba-hambaNya di dunia ini, termasuk lain-lain makhluk ciptaanNya. 1. Memelihara Nyawa

o Setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup. o Setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkan tubuh badan manusia atau mengancam kehidupan atau melemahkannya adalah haram seperti mabuk, memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Tuhan. o Setiap perkara yang bermatlamat untuk kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan sebagainya. o Setiap perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian adalah wajib dilakukan.

2. Memelihara Akal Fikiran o Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia daripada makhluk-makhluk lain. o Islam mewajibkan penganutnya supaya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi had masa, tempat atau bangsa. o Mengenai pemeliharaan akal fikiran manusa, dilarang penganutnya untuk minum dan makan makanan yang dilarang atau memberi kesan negatif , kerana kemabukan boleh menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-sifat kebinatangan. o Islam menggalakkan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepadaTuhan, fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan was was.

3. Memelihara Maruah dan Keturunan

o Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dsb. o Rasulullah menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah berasal drp satu bapa dan satu ibu. o Setiap orang wajib untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sbg manusia tanpa pengecualian.( Sabda Rasulullah di Padang Arafah : Sesungguhnya nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini diriwayatkan oleh Bukhari) o Dalam Islam, pemeliharaan keturunan ditekankan. o Terdapat undang-undang dan peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yg sejati dan benar. o Segala larangan terhadap perkara-perkara negatif spt perzinaan, seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dsb adalah utk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia drp sifat-sifat kebinatangan.

4. Memelihara Harta Benda o Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. o Islam juga melalui kaedah ilmu faraid telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikut fitrah manusia sendiri. o Allah s.w.t meluaskan bidang memiliki harta benda seluas-luasnya kepada makhluk di dunia tanpa sekatan yang di luar tabii manusia. o Apb seseorang dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya, maka kekayaan itu tdk harus dilucutkan drpnya dgn paksa atau dirampas. o Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darah terakhir. o Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid (Diriwayatkan oleh Bukhari)

5. Memelihara Hak dan Kebebasan o Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak dilahirkan. o Hak dan kebebasan manusia tdk boleh dilucutkan dlm keadaan tertentu kecuali ketika mempertahankan diri (kemerdekaan) dan untuk keselamatan ummah. o Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah s.w.t. o Oleh yang demikian, setiap orang Islam hendaklah bebas drp segala unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang jahat. o Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah perhambaan kepada hawa nafsu yang ganas. o Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya kemerdekaan beragama. o Mengenai kebebasan seseorang individu dlm tanah airnya, Islam telah menjelaskan kedudukan tersebut sbg waris. o Mengenai kebebasan setiap penduduk utk memberi pendapat, pandangan dan kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahnya, Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian. o Panduan ini juga kapada pemerintah agar mereka dapat melaksanakan kebajikan dan melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara serta mereka sentiasa mendapat sokongan dari rakyat. o Segala kebebasan ini terikat pd hak-hak tabii manusia dan maslahat umum. Jadi, Islam telah meletakkan kebebasan di bawah kepentingan umum.

Sumber Tamadun Islam Terdapat beberapa sumber tetap Tamadun Islam. Antaranya ialah Al-Quran, Sunnah, Syariah dan Fekah.

1. Al-Quran didefinisikan sebagai mukjizat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui Jibrail a.s. kepada Nabi Muhammads.a.w. serta membacanya berupa ibadah. Menurut kajian, terdapat lebih kurang 330 ayat Al-Quran daripada 6666 ayat yang terdapat dalam al-Quran yangmenyentuh mengenai perundangan. Antaranya ialah 140 ayat menyentuh ibadah dan taharah (bersuci secara fizikal dan spiritual), 70 ayat menyentuh hukum kekeluargaan, 70 ayat menyentuh hukum muamalah (urusan dan jualbeli), 30 ayat menyentuh hukum jenayah dan 20 ayat menyentuh kehakiman. 2. Sunnah pula ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.wsama ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Ia diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w oleh para Sahabat, Tabiin dan seterusnya sehingga ditulis oleh ulama hadis. Umat Islam berijtimak atau bersepakat bahawa sunnah menjadi sumber hukum syariah. Ini jelas sebagaimana firman yang bermaksud: Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah ia dan apa yang ditegahnya, maka tinggalkan ia. (Al-Quran, surah al-Hashr 59:7) 3. Syariah pula mempunyai pengertian lebih umum daripada fekah. Fekah lahir daripada syariah kerana syariah bersifat tetap, persoalanpersoalannya berbentuk prinsip dan dasar, manakala fekah berkembang, berubah dan persoalannya berbentuk cabang. Ulama fekah mengembangkan hukum-hukum fekah mengikut kegiatan manusia yang luas berdasarkan kefahaman mereka dan hukum dikeluarkan menurut nilai kebaikannya dengan berdasarkan nas-nas daripada Al-Quran, sunnah serta Ijma. Perbezaan masa dan suasana juga boleh membawa kepada pelaksanaan hukum fekah yang berbeza. Persoalan syariah dan fekah meliputi hak Allah ke atas hamba seperti amal ibadah dalam rukun Islam iaitu sembahyang, zakat dan haji. Juga hak hamba sesama hamba yang bertujuan mengatur cara hidup manusia seperti jual beli, nikah kahwin, jenayah dan pewarisan

Sumber : http://www.scribd.com/doc/47256476/Konsep-Asas-Tamadun-Islam http://www.scribd.com/doc/64535311/Konsep-Asas-Dan-Prinsip-Tamaduan-Islam

Anda mungkin juga menyukai